بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Kali ini, hati ni cuba bertahan, usaha tidak menganggu embunku mencari kedamaian di hatinya. Ntah jumpa atau tidak kedamaian yang dia cari. Apabila embunku menyepi, aku cuba menghormati kehendaknya itu walaupun aku sendiri terasa sayu dan pilu. Hiba hati ini bila mengingatkan dia sendirian,sunyi dan sepi.
Walaupun ada kalanya aku hantar juga mesej melalui telefon sekadar bertanya khabar dan mengingatkan waktu solat. Aku pasrah jika embunku tidak menjawap sapaan itu. Sebaliknya aku terus berharap moga Allah yang memelihara embunku.
Aku tetap ingat, "kalau hati ikhlas berdoa, maka apa yang dihajatkan akan tercapai." Kata-kata ini yang sering menyabarkan aku, agar tidak menganggu embunku yang inginkan bersendirian.
Saat hatiku tersenyum apabila ada juga mesej itu dibalas, walaupun sekadar 1 atau 2 huruf. Aku tetap syukur, embunku masih ingat padaku.
Subuh ini,memang menjadi rutin, aku bangun awal. Selesai membersihkan diri, solat dan menunggu masuk waktu subuh, jam 5, aku duduk sekejap menghadap laptop. Memantau kiriman di halaqahnet dan melihat FB Samudera Qaseh.
Malam tadi jam 12. 32 tengah malam aku terjaga dan teringat hari ini Isnin : 1 November 2010 @ 24 Dzulka'edah 1431H . Teringat hari ini adalah hari lahir embunku yang ke 31 mengikut kalendar hijrah. Memang setiap masa, akan aku jenguk laman FBnya untuk menawar rindu.
Selepas aku tulis ucapan selamat di wallnya, aku tidor semula bila lepas jenguk sana-sini, aku tak jumpa di mana embunku berada.
Jam 3.44 pagi aku terjaga semula dan aku lihat, ada comment pada wall postku. Alhamdullilah...
Dah sewaktu berwuduk semula untuk bersolat subuh, teringat, lepas ni nak hantar mesej, untuk ingatkan solat subuh. Tapi bila jenguk kat skrin laptop ada paparan YM,tulis 'asm' . Aku faham...menitis air mata ini. Kesabaran ku dihadiahkan oleh Allah hanya dengan perkataan itu. Syukur pada MU Ya Allah.
Cukup aku seorang yang faham apa makna nya perkataan ini 'asm'. Moga rajuk embunku cepat terubat dan hatinya yang retak pulih semula.
Terima kasih YA ALLAH,semoga embunku menjadi orang yang sabar menghadapi ujian dan dugaan MU,dan ada ganjaran untuk dirinya tidak kira semasa di dunia atau di akhirat nanti.
Luahan rasa,
Kembara Samudera Qaseh
0 ulasan:
Catat Ulasan