بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات
Nama Syaidina Ali di bulan
Singkapan sejarah ini bukan menandakan aku seorang Syiah, tetapi aku suka dengan kisah sejarahnya. Syaidina Ali merupakan suami kepada Syaidina Fatimah, menantu Rasullulah dan juga sepupu Rasullulah. Baginda bersama-sama berjuang menegakkan Islam di bumi.Nabi s.a.w. bersabda,”Aku bagaikan matahari dan Ali bagaikan bulan”. Sesungguhnya Allah Azza Wa Jalla ingin menunjukkan kecintaan kepada hamba-Nya melalui kebesaran-Nya yang Agung.
Retakan Pada Ka’abah.
Sebelum di simenTerdapat satu retakan pada salah satu penjuru Ka’abah yakni yang terletak di Rukun al Yamani. Pada tahun 30 sebelum hijrah Rasul, Fatimah binti Asad, ibu Imam Ali sewaktu melakukan tawaf di Ka’abah, telah merasa akan melahirkan bayi yang dikandungnya. Didalam keadaan tersebut beliau tidak dapat mencari tempat yang terlindung dari pandangan orang untuk beliau melahirkan anaknya.
Selepas di simen
Pada waktu itu, salah satu penjuru Ka’abah telah merekah dan terbuka, lalu beliau masuk ke dalamnya dan melahirkan puteranya di dalam Ka’abah. Sehingga hari ini pada tanggal 13 Rejab setiap tahun, penjuru ini akan merekah semula walaupun sesudah itu pihak berkuasa mencuba untuk menampal kesan rekahan tadi. Juga diberitakan akan keluar suatu bau yang harum dari rekahan tersebut.Semoga Kita Mendapat Syafaat daripada Baginda Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w.w dan juga sepupunya Amirul Mukminin Ali ibn Abi Thalib a.s. Insya Allah. Assamu alaika ya Amirul Mukminin Ali ibni Abi Thalib, Warahmatullahi Wabarakatuh. Allahuma solli alaa Muhammad wa aali Muhammad, Wa Ajjil Farojahum.
Penjuru Rukun Yamani
Biodata Amirul Mukminin Ali ibni Abi Thalib K.W.
Nama: Ali ibni Abi Thalib
Tarikh Lahir: 13 Rejab 23 Tahun Sebelum Hijrahnya Rasul s.a.w.
Tempat Lahir: Di dalam Ka’abah
Nama Ayahnya: Abu Thalib bin Abdul Muthalib
Nama ibunya:Fatimah binti Asad
Julukan: Abul Hasan
Gelaran: Al-Murthada,Assadullah,Haydar,Amirul Mukminin,Abu Turab,Karamallahu Wajhah
Tarikh Wafat: 21 Ramadhan Tahun 40 Hijrah
Tempat Wafat: Najaf,Iraq
Umur Wafat: 63 Tahun
Nama Pembunuh: Ibnu Muljam L.A
Membuka hijab Sejarah,
Kembara Samudera Qaseh.
0 ulasan:
Catat Ulasan