CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jumaat, 28 Januari 2011

Bicara Rindu 10

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.


Kenapa hari ini kenangan lalu terlalu menghambat hati ini. Subuh tadi ketika masak sambal sotong, terimbas kenangan kali pertama anak mak datang ke rumah. Ketika itu, mak baru saja keluar wad.

Mak keluar wad pada hari Sabtu, anak mak datang ziarah ke rumah sebelum balik ke Bangi. Tidak silap mak hari tu hari Rabu. Anak mak datang ke rumah bersama dengan abang dan kakak ipar.


Walaupun ketika itu mak baru sahaja 13 hari selepas pembedahan, mak berusaha masuk ke dapur untuk memasak. Mak masih lagi berjalan menggunakan 'step walker' . Perlahan-lahan dan berhati-hati mak berdiri di dapur. Plaster luka yang ditampal atas luka pembedahan masih belum dibuka.  Ini kali pertama mak mahu menjamu anak mak makan nasi di rumah mak. Mak mahu anak mak makan makanan yang mak masak sendiri. Makan masakan air tangan mak.


Mak masak sambal sotong dan masak lomak ikan tenggiri. Masa makan, kerana ada orang lain, mak segan untuk sendukkan lauk ke dalam pinggan anak mak. Lagi pun, kedudukan mak ketika itu berada bertentangan anak mak, jadi tidak dapat untuk menyendukkan nasi tambah. Mak tak makan, jadi mak tengok anak mak makan. Suka mak lihat anak mak berselera makan walaupun malu-malu. Malu  untuk tambah nasi dan malu untuk ambil lauk. Masa tu mak belum tahu yang anak mak mahu mak yang sendukkan nasi dan lauk-lauk.


Ada sotong dalam pinggan anak buah tu,dia tak usik, anak mak ambik sotong bersambal tu dan terus suap dalam mulut. Suka mak tengok anak mak menguyah sotong hingga kembung-kembung pipi. Tersenyum mak tengok masa tu.


Lepas makan, solat zohor. Lepas tu, lebih kurang jam 3.00 petang, baru anak mak bergerak ke Johor Bahru untuk beli tiket dan balik Bangi. Mak hadiahkan buku, karangan Imam Ghazali, Penenang Jiwa terjemahan kitab Mukashafah Al-Qulub. Buku tu mak baru beli,belum sempat mak baca. Baru ini, ayah beli buku tu semula untuk mak. Bila mak lihat buku, makin kuat kenangan dan ingatan pada anak mak. Memang Allah tidak izinkan untuk mak melupakan anak mak.


Mak tak tahu adakah buku itu masih anak mak baca atau entah terselit di bawah timbunan-timbunan skru dan playar. Moga dengan membaca buku itu boleh memberikan ketenangan jiwa melalui perubatan dan rawatan yang disarankan oleh Imam Al-Ghazali.


Mak juga ingat,mak berikan 2 helai kupiah. Mak suka tengok gambar yang anak mak baring letak kupiah tu atas badan.


Mak tahu anak mak hargai hadiah yang mak berikan. Hanya itu saja kenangan dari mak. Mak tak boleh buktikan sayang dan kasih mak pada anak mak, tapi anggaplah bila pakai kupiah tu, tangan mak yang membelai kepala anak mak. Peluklah kain serban, kain pelikat tu bila masih ingat pada mak.


Mak tak ada apa-apa untuk dipeluk hanya ada kenangan dalam diri mak. Kasih sayang mak yang memang tak bersempadan dan rindu mak yang tidak bertepi pada anak mak.


Sukar untuk mak melalui detik-detik ini walaupun zahirnya semua orang nampak mak biasa-biasa saja. Orang nampak mak boleh aktif berforum,berchatting tapi hakikat sebenar tak ada sesiapa yang lihat.


Nak tahu mak baik atau tidak, samada dapat berfikir dengan baik dan tenang, ialah lihat laman field of dream saja, sudah tidak terusik apa-apa. Mahu menulis tetapi emosi menguasai diri, payah untuk membina ayat-ayat. Dari situ sudah dapat meneka bagaimana keadaan diri dan perasaan mak. Mak tak mampu untuk mengungkap bait-bait ayat kerana jiwa yang sentiasa hiba dan berduka. Mak lebih suka menulis meluahkan rasa hati sebenar di sini.


Semoga anak mak bahagia,tenang dan selamat sejahtera walaupun dimana jua. Anak mak pilih cara begini, mak terima saja apa yang anak mak buat moga-moga dengan cara yang anak pilih ini membawa manafaat dan kebaikan untuk anak mak. Biarkan saja mak dalam berduka dan tangisan yang sukar untuk dihentikan. Kala sendirian hanya air mata saja teman mak.


Qudrat dan Iradat Allah menetapkan perjalanan silaturahim kita begini. Tidak mungkin putus tanpa izin NYA. Hanya terhubung melalui doa-doa sahaja.



Aku yag tetap sayang,
Kembara Samudera Qaseh.

Khamis, 27 Januari 2011

Bicara Rindu 9

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.



Kenangan, amat sukar untuk dilupakan. Bila lihat buku ini,ku dakap penuh rindu pada anakku. Aku hadiah buku ini kepadanya, buku pertama untuk merawat jiwanya yang kadang kala keluh kesah dengan ujian dan dugaan hidup. Moga buku ini masih dibaca untuk pengubatan dan rawatan jiwa. Untuk menenangkan jiwa dan untuk muhasabah diri menjadi insan yang lebih baik.



Penenang Jiwa ( Perubatan dan Rawatan )
Terjemahan Kitab : MUKASHAFAH AL QULUB
IMAM AL-GHAZALI


Manusia hanya akan beroleh ketenangan apabila fitrah atau rohaninya terisi, subur dan sihat. Yang dimaksudkan dengan kerohanian yang subur dan sihat ialah persediaan dan keteguhan hatinya untuk mengalahkan musuh-musuh batin , iaitu syaitan dan hawa nafsu. Musuh batin ini sangat payah untuk ditumpaskan jika kita tidak mempunyai persediaan asas yang lengkap.


Oleh itu , hendaklah memperbanyakkan ibadah serta amalan-amalan sunat yang boleh membantu untuk meningkatkan diri disisi Allah . Jadikanlah rasa kehambaan yang mendalam kepada Allah sebagai asas terhadap ibadah yang dilakukan . Allah akan menilai semua usaha-usaha tersebut jika dilakukan dengan ikhlas semata-mata kerana-Nya.


Ia Maha Mengetahui akan segala rahsia-rahsia tersembunyi . Segala sesuatu yang di dalam hati manusia adalah milik-Nya jua. Berserahlah kepada-Nya untuk mencapai ketenangan hidup di dunia dan kebahagian di akhirat.



Biar baca berulang kali pun tak akan rasa jemu. Bacalah buku ini agar diri kita lebih beroleh ketenangan dan redha dengan segala ketentuan yang telah Allah tetapkan. Buku ini ada 111 bab. Penulisannya sangat merutun jiwa raga. Bacalah...bukan kerana buku ini mak yang hadiahkan tetapi kerana ingin berubah kepada yang lebih baik.




Aku yang kerinduan,
Kembara Samudera Qaseh.

Rabu, 26 Januari 2011

Bicara Rindu 8

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.







Anakku,mak tulis doa ini khas untuk mu anakku...




YA ALLAH,


Engkau mengetahui hati-hati ini


telah ditemukan atas qudrat dan iradat MU


saling mengasihi untuk mematuhi perintah MU,


bersatu kerana takdir MU,


hati-hati ini yang tunduk mendokong syariatMU,


maka eratkanlah YA ALLAH akan ikatannya...


Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini


akan jalan MU yang sebenar,


Penuhkanlah hati ini dengan cahaya Rabbani Mu


yang tidak kunjung malap,


Lapangkanlah hati-hati ini dengan


limpahan iman dan keyakinan


dan keindahan tawakkal kepada MU,


Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan


ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentang MU,


Jika Engkau mentakdirkan mati,


maka jemputlah kami kehadirat MU,


dalam redha, rahmat dan kasih sayang MU


Engkaulah sebaik-baik sandaran


dan sebaik-baik penolong,


YA ALLAH,


Perkenankanlah permintaan ini...




Rintihan dalam doa,
Kembara Samudera Qaseh.

Selasa, 25 Januari 2011

Bicara Rindu 7

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.




Kerinduan kadang-kadang membuat seseorang itu berduka, namun kehendak Allah begitu, maka perlu hadapi jua dengan redha dan tabah.


Memang mak pasrah dan berserah urusan ini hanya kepada Yang Maha Pencipta. Namun tetap mak baja dan siram kasih sayang dihati ini agar tidak kontang dengan doa. Ingatan tetap bersahutan di sanubari. Makin kerap mak bermonolog dengan Yang Maha Pencipta agar anakku sentiasa dipelihara didalam rahmat dan kasih sayangNYA.


Hanya itu saja tanda kasih seorang emak kepada anaknya yang saban hari ditunggu dan dirindu. Tidak mungkin ada anak lain yang dapat menggantikan dirinya yang satu ini. Semoga anakku sihat walafiat, terpelihara iman, dan sejahtera menjalani kehidupan di dunia ini.


Pesan mak, apa yang kita buat di dunia ini akan dibawa ke akhirat nanti. Maka peliharalah iman, amal dan akhlak. Bak kata Pak Din, apabila kita sanggupi , maka ia dipertanggungjawapkan hingga ke akhirat.



Aku tetap sayang,
Kembara Samudera Qaseh.

Isnin, 24 Januari 2011

Bicara Rindu 6

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.


Dalam dakapan kasih seorang ibu, besar atau kecik ruangnya tetap sama. Sedarah atau tidak, warnanya tetap sama. Darah ibu, darah anak tetap merah warnanya.


Rambut juga begitu. Tetap hitam warnanya, sebab mak tahu anak mak bukan albino. Walaupun anak mak tak pernah lihat rambut mak, warna rambut tetap sama.


Begitu juga dengan anak mata. Walaupun, mak tak pernah merenung mata anak mak, zahirnya anak mata kita tetap sama. Kenapa mak tak pernah renung mata anak mak, usahkan mata,wajah pun amat jarang mak pandang. Kalau mak pandang pun sekadar sekilas dan seimbas. Bagi mak rindu itu bukan pada wajah, tetapi rindu itu dihati. Kasih itu dihati. Sebab antara mak dengan anak tetap ajnabi. Kasih yang dibaja hanyalah kasih seorang ibu kepada anaknya.







قُلْ لِّلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّواْ مِنْ أَبْصَـرِهِمْ وَيَحْفَظُواْ فُرُوجَهُمْ ذلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ


katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
[An-Nur, (24) : 30 ]



وَقُل لِّلْمُؤْمِنَـتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَـرِهِنَّ


“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang lelaki ajnabi atau lain2 yang haram)…..”
[An-Nur (24) : 31]


Perumpamaannya:



ينِسَآءَ النَّبِىِّ لَسْتُنَّ كَأَحَدٍ مِّنَ النِّسَآءِ إِنِ اتَّقَيْتُنَّ فَلاَ تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِى فِى قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلاً مَّعْرُوفاً



“Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).
[Al-Ahzab, (33) : 32]



Aku yang tetap kasih,
Kembara Samudera Qaseh.

Ahad, 23 Januari 2011

Bicara Rindu 5

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.


Hari ini, 23 Januari 2011, genap setahun perkenalan antara anak dengan mak. Berbagai ujian dan dugaan yang dihadapi. Namun kehendak Allah hubungan itu tetap terjalin seperti mana yang IA kehendaki, walaupun kadang kala ada rasa si anak untuk menjauhkan diri dan membawa diri.


Beribu langkah untuk menjauh jika di dalam qudrat dan iradatnya tidak berlaku, maka usahlan mencuba juga. Bukan atas kehendak kita ia terjadi. Maka redhalah dengan apa yang telah Allah tetap dan takdirkan.


Semoga kasih dan sayang yang telah terayam di sanubari mendatangkan redha dan rahmat Allah.


Bersilaturrahim akan dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur sebagaimana disebutkan dalam hadis Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

مَنْ َأحَبَّ َأ ْ ن يُبْسَ َ ط َلهُ فِي ِ رزْقِهِ، وَيُنْسََأ َلهُ فِي َأَثِرهِ، َفلْيَصِلْ رَحِمَهُ.
(رواه مسلم)


Maksudnya: “Barangsiapa yang suka dimurahkan rezekinya dan dipanjangkan usianya maka hendaklah dia menyambungkan kekeluargaan (silaturrahim).” (Hadits riwayat Muslim)

Begitu juga bersilaturrahim itu boleh menambahkan kehormatan dan pahala selepas kematiannya kerana orang-orang akan mendoakannya setiap kali disebut kebaikannya.


Silaturahim itu boleh juga "ketahuilah bahawa dirimu berada dalam hatiku meskipun aku tidak melihatmu dan kamu tidak melihatku." Ingati aku dan berdoalah untuk diriku kerana aku akan mengingati kamu dan mendoakan untuk dirimu jika Allah Subhanahu Wa Ta’ala mengkehendakinya. (Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih)


Maka dikau hadir anakku setiap waktu di dalam ungkapan doa. Moga Allah yang memelihara iman, kesihatan dan maruah dirimu walaupun di mana berada.




Sebagai Manusia,aku sayang padamu,
Kembara Samudera Qaseh.

Rabu, 19 Januari 2011

Bicara Rindu 4

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.



"Terkadang kita berada dalam satu tempat yang sama, tetapi tidak hadir kebersamaan hati; namun terkadang pula kita terpisah jauh, tapi ada tautan hati"



Biarlah dia berdarah dan terluka,namun hati tetap bersama. Telah menjadi lumrah manusia, mudah mengukir kata janji dari jari-jemari yang menari tanpa rasa, maka semudah itu juga melupakan dan berlalu pergi.

Perbualan hiba antara seorang ibu yang amat kasih pada anaknya,semasa ibu terlantar layu di atas katil wad 22 HSAJB. Mana pergi,mana mungkin laptop ini ditinggalkan. Hanya ketika di Dewan Bedah sahaja, terpaksa laptop ini di simpan oleh ketua Jururawat.

Mat Nocturnal (2/2/2010 1:30:04 AM): apa yg sy nak sampaikan cumalah...
Mat Nocturnal (2/2/2010 1:31:11 AM): mak jangan pergi dgn meninggalkan perasaan sedih pd sy...
Ummi (2/2/2010 1:31:28 AM): hehehe...
Ummi (2/2/2010 1:31:31 AM): tidaklah
Ummi (2/2/2010 1:31:46 AM): mati itu pasti,hidup itu insyaAllah
Mat Nocturnal (2/2/2010 1:32:05 AM): berdoalah,,,bila mak akan mninggalkan sy,sy dah bersdia
Mat Nocturnal (2/2/2010 1:32:46 AM): jgn biarkan ada rasa kesal kerana pemergian mak
Mat Nocturnal (2/2/2010 1:32:57 AM): bt keje dulu
Ummi (2/2/2010 1:33:02 AM): baiklah
Ummi (2/2/2010 1:33:06 AM): buatlah
Ummi (2/2/2010 1:33:16 AM): tapi,apa kata tidor sekejab
Ummi (2/2/2010 1:33:33 AM): atau buat solat hajat sekejap
Ummi (2/2/2010 1:33:48 AM): ni nak tidor ?
Ummi (2/2/2010 1:33:51 AM): bila?
Mat Nocturnal (2/2/2010 1:35:14 AM): tak tido dah,,,
Mat Nocturnal (2/2/2010 1:35:18 AM): jap lg
Mat Nocturnal (2/2/2010 1:35:27 AM): siapkan satu moto lg
Mat Nocturnal (2/2/2010 1:35:32 AM): pastu mandi
Ummi (2/2/2010 1:35:47 AM): pastu?
Mat Nocturnal (2/2/2010 1:35:54 AM): solat hajat dan insyaAllah sunat witir 3 rakaat
Ummi (2/2/2010 1:36:01 AM): tunggu solat subuh baru tidor?
Mat Nocturnal (2/2/2010 1:36:09 AM): tak tido dah,,,
Mat Nocturnal (2/2/2010 1:36:16 AM): mlm bsok la baru tido
Ummi (2/2/2010 1:36:21 AM): tak rasa mengantuk ke?
Mat Nocturnal (2/2/2010 1:36:28 AM): lawan lah...
Mat Nocturnal (2/2/2010 1:36:40 AM): keje bnyk sngt dah
Ummi (2/2/2010 1:36:44 AM): oh...pasang bunyian apa?
Mat Nocturnal (2/2/2010 1:36:49 AM): yasin
Ummi (2/2/2010 1:36:53 AM): ok
Mat Nocturnal (2/2/2010 1:37:07 AM): umi dgr ke?
Mat Nocturnal (2/2/2010 1:37:10 AM): hebat
Mat Nocturnal (2/2/2010 1:37:13 AM): umi lg
Ummi (2/2/2010 1:37:41 AM): dengar dihati
Mat Nocturnal (2/2/2010 1:37:50 AM): convert dr hijrah?
Ummi (2/2/2010 1:37:58 AM): mak kan boleh rasa,apa yang anak rasa
Mat Nocturnal (2/2/2010 1:38:13 AM): subhahanallah
Ummi (2/2/2010 1:38:15 AM): It's my birthday on Thursday 04 February
Mat Nocturnal (2/2/2010 1:38:46 AM): sy tak dpt hantar kad pd mak
Ummi (2/2/2010 1:38:56 AM): mak tak harapkan kad
Mat Nocturnal (2/2/2010 1:38:58 AM): jg hadiah
Ummi (2/2/2010 1:39:03 AM): mak cuma mahu doa sahaja
Mat Nocturnal (2/2/2010 1:39:12 AM): insyaAllah mak
Ummi (2/2/2010 1:39:27 AM): agar mak mati dalam Islam,Iman yang sempurna
Mat Nocturnal (2/2/2010 1:39:39 AM): sy akan menyamakan kasih syg pd kedua ibu sy
Ummi (2/2/2010 1:39:42 AM): mati dalam redha,rahmat dan kasih sayang Allah
Mat Nocturnal (2/2/2010 1:40:03 AM): mak tak boleh mati skrang
Mat Nocturnal (2/2/2010 1:40:28 AM): mak nak biar budak kecik ni hilang arah lg?
Ummi (2/2/2010 1:40:33 AM): mati itu pasti anak ku, hidup itu insyaAllah
Ummi (2/2/2010 1:41:03 AM): jangan kata macam tu, mak kena bagitahu awal, mak mahu arif bersedia
Mat Nocturnal (2/2/2010 1:41:13 AM): tiada apa yg blh menggantikan apa yg telah Allah kurniakan
Ummi (2/2/2010 1:41:24 AM): mak sentiasa doakan agar arif kuat,tabah dan sabar
Ummi (2/2/2010 1:41:36 AM): arif dah baca luahan hati mak?
Mat Nocturnal (2/2/2010 1:41:46 AM): dah,,,sedih sngt
Ummi (2/2/2010 1:42:00 AM): mak sayang arif
Ummi (2/2/2010 1:42:11 AM): macam mak sayang anak-anak mak juga
Mat Nocturnal (2/2/2010 1:42:15 AM): sy jg syg mak
Mat Nocturnal (2/2/2010 1:42:28 AM): seperti mak sy juga
Ummi (2/2/2010 1:42:49 AM): mak bagitahu awal-awal, mak tak mahu tejadi sesuatu pada arif
Ummi (2/2/2010 1:43:11 AM): mak dah rasa, apa akan jadi pada arif jika arif tak tahu keadaan mak
Mat Nocturnal (2/2/2010 1:43:18 AM): sy tak ada pengganti mak
Ummi (2/2/2010 1:43:40 AM): mak tak boleh kesalkan pertemuan arif dgn mak
Ummi (2/2/2010 1:43:48 AM): sebab ini anugerah Allah
Mat Nocturnal (2/2/2010 1:44:21 AM): sy merasakan kasih syg mak,,
Ummi (2/2/2010 1:44:25 AM): biar masa singkat pun sekurangnya arif tetap dapat rasa kasih sayang mak pada arif
Mat Nocturnal (2/2/2010 1:44:35 AM): sbb tu sy pun syg mak
Ummi (2/2/2010 1:44:58 AM): mak tak mahu arif hilang arah bila arif dapat berita mengejut tentang mak
Ummi (2/2/2010 1:45:10 AM): mak tak mahu sembunyikan keadaan sebenar mak
Mat Nocturnal (2/2/2010 1:45:12 AM): taknak cakap pasal ni lg
Mat Nocturnal (2/2/2010 1:45:19 AM): taknak
Mat Nocturnal (2/2/2010 1:45:24 AM): taknak]
Ummi (2/2/2010 1:45:28 AM): arif perlu tahu keadaan mak
Mat Nocturnal (2/2/2010 1:45:49 AM): taknak
Ummi (2/2/2010 1:45:52 AM): 12 tahun dulu mak dah buat biopsy hati
Mat Nocturnal (2/2/2010 1:45:57 AM): taknak
Mat Nocturnal (2/2/2010 1:46:01 AM): taknak
Ummi (2/2/2010 1:46:11 AM): saat tu doktor dah inform , peluang mak
Mat Nocturnal (2/2/2010 1:46:16 AM): taknak
Mat Nocturnal (2/2/2010 1:46:21 AM): taknak
Mat Nocturnal (2/2/2010 1:46:26 AM): taknak
Ummi (2/2/2010 1:46:28 AM): kini mak dah berada duhujung tahun 12
Mat Nocturnal (2/2/2010 1:46:30 AM): taknak
Mat Nocturnal (2/2/2010 1:46:37 AM): taknak
Mat Nocturnal (2/2/2010 1:46:39 AM): taknak
Mat Nocturnal (2/2/2010 1:46:42 AM): taknak
Mat Nocturnal (2/2/2010 1:46:49 AM): cukuplah mak
Ummi (2/2/2010 1:46:53 AM): awal tahun lepas mak dah jalani pemeriksaan
Mat Nocturnal (2/2/2010 1:47:07 AM): taknak
Ummi (2/2/2010 1:47:13 AM): hati mak tinggal 15% sahaja lagi berfungsi
Mat Nocturnal (2/2/2010 1:47:20 AM): mak nak sy putus harapan sekarang?
Mat Nocturnal (2/2/2010 1:47:26 AM): 15?
Ummi (2/2/2010 1:47:30 AM): dah 12 tahun hati mak rosak
Mat Nocturnal (2/2/2010 1:47:32 AM): 15%
Ummi (2/2/2010 1:47:45 AM): sikit demi sdikit
Mat Nocturnal (2/2/2010 1:47:55 AM): itu cukup besar utk terus hidup <<< (doa seorang anak)
Mat Nocturnal (2/2/2010 1:48:01 AM): itu cuma no
Ummi (2/2/2010 1:48:01 AM): skrg ni rambut mak byk gugur
Ummi (2/2/2010 1:48:23 AM): sebab tu, mak tekad kahwinkan 3 anak mak bulan jun ni
Mat Nocturnal (2/2/2010 1:48:26 AM): Allah yg maha berkuasa
Ummi (2/2/2010 1:48:47 AM): mak tak pernah bayang ada tahun 2011 dalam mata dan hati mak
Mat Nocturnal (2/2/2010 1:48:59 AM): mak tak boleh cakap mcm tu
Ummi (2/2/2010 1:49:13 AM): perancangan hidup mak berakhir pada disember 2010
Ummi (2/2/2010 1:49:22 AM): lepas mak pergi umrah
Ummi (2/2/2010 1:49:44 AM): walaupun mak tak ada bayang duit, tapi mak tekad nak pergi umrah disember ni
Mat Nocturnal (2/2/2010 1:49:44 AM): taknak baca lg
Mat Nocturnal (2/2/2010 1:49:59 AM): mak sy kuat
Ummi (2/2/2010 1:50:01 AM): sebab lepas tu,mak dah tak ada
Ummi (2/2/2010 1:50:13 AM): arif ingat mak suka tulis ni?
Mat Nocturnal (2/2/2010 1:50:16 AM): dia akan berdoa utk trus hidup
Ummi (2/2/2010 1:50:23 AM): mak tulis dgn airmata...arif
Mat Nocturnal (2/2/2010 1:50:27 AM): utk anaknya
Mat Nocturnal (2/2/2010 1:50:36 AM): arif tahu
Mat Nocturnal (2/2/2010 1:50:54 AM): ariff jg sama
Mat Nocturnal (2/2/2010 1:51:01 AM): senyumlah mak
Ummi (2/2/2010 1:51:03 AM): sebab tu mak tinggalkan 6 laman blog untuk anak-anak mak baca bila mak tak ada
Ummi (2/2/2010 1:51:30 AM): mak dah tulis semua riawayat hidup mak, buat kenangan anak-anak
Mat Nocturnal (2/2/2010 1:51:53 AM): mak g tidolah
Ummi (2/2/2010 1:51:58 AM): mak tak tulis buku, sebab mak nak semua orang atau siapa sahaja boleh baca tulisan dan luahan hati mak
Ummi (2/2/2010 1:52:13 AM): penderitaan mak bertarung untuk hiudp
Mat Nocturnal (2/2/2010 1:52:38 AM): mak akan masuk syurga
Mat Nocturnal (2/2/2010 1:52:50 AM): sy akan terkontang kanting
Ummi (2/2/2010 1:52:52 AM): Allah masih mahu mak hidup arif, dah byk kali mak kritikal ,duduk icu
Ummi (2/2/2010 1:53:20 AM): penbedahan tahun lepas tu,mak kritikal juga
Mat Nocturnal (2/2/2010 1:53:30 AM): mak tetap akan hidup sampai sy dah cukup kuat <<<(doa seorang anak)
Ummi (2/2/2010 1:53:45 AM): jenuh doktor usaha selamatkan mak, depan ayah, depan anak-anak doktor cuba selamatkan mak
Ummi (2/2/2010 1:54:12 AM): tu anak-anak tgk keadaan dan perjuangan mak
Ummi (2/2/2010 1:54:27 AM): nak bernyawa
Mat Nocturnal (2/2/2010 1:54:43 AM): mak.............sy nak tanya
Ummi (2/2/2010 1:54:50 AM): mak tak mahu sembunyi arif, mak tak mahu arif kesal juga
Ummi (2/2/2010 1:54:56 AM): arif nak tanya apa?
Mat Nocturnal (2/2/2010 1:56:52 AM): seandainya mak akan pergi,,,,,kenapa Allah temukan kita?kenapa Allah beri sinar pd sy,,kemudian ambik balik lg...
Mat Nocturnal (2/2/2010 1:57:24 AM): sy tinggal cuma satu mak
Ummi (2/2/2010 1:57:37 AM): mak ini cuma pinjaman arif
Mat Nocturnal (2/2/2010 1:57:44 AM): yg sy sendiri blum cukup kuat utk selamatkan dia
Ummi (2/2/2010 1:58:28 AM): dipinjmkan sekejap kepada arif, sementara usia mak masih ada ni,mak nak ia betul betul digunakan sepenuhnya
Ummi (2/2/2010 1:59:05 AM): mak mahu bantu arif jadi kuat, jadi tabah, jadi penyabar menghadapi dugaan
Ummi (2/2/2010 1:59:30 AM): arif kata arif akan dengar cakap mak
Mat Nocturnal (2/2/2010 1:59:42 AM): ya sy dgr
Ummi (2/2/2010 1:59:49 AM): jadi arif mesti ingat kata-kata mak ini sampai bila-bila
Mat Nocturnal (2/2/2010 1:59:56 AM): bt pertama kali dlm hidup
Mat Nocturnal (2/2/2010 2:00:04 AM): sy patuh pd seseorg
Ummi (2/2/2010 2:00:48 AM): mak tahu dan memang selalu mak sebut kasihsayang mak pada seseorang hingga akhir hayat mak, membawa ke akhirat
Ummi (2/2/2010 2:01:16 AM): kalau sekali mak dah sayang, memang mak sayang selamanya
Mat Nocturnal (2/2/2010 2:01:55 AM): ariff jg syg mak
Ummi (2/2/2010 2:02:33 AM): dihujung doa kala tahajud,pasti dalam doa mak akan mak sebut nama setiap anak mak termasuk arif, agar Allah simpulkan / satukan hati kita dengan ikatan kasih sayang kerana Allah
Ummi (2/2/2010 2:03:16 AM): sebab itu mak tahu, anak-anak mak ,walaupun jauh ,mereka tetap ingat pada mak
Ummi (2/2/2010 2:03:27 AM): sebab doa mak setiap hari macam tu
Ummi (2/2/2010 2:03:35 AM): mak panggil nama tiap orang
Mat Nocturnal (2/2/2010 2:03:47 AM): ...
Ummi (2/2/2010 2:03:59 AM): mak bilang berapa orang anak mak, mak panggil mereka termasuklah arif juga
Mat Nocturnal (2/2/2010 2:04:27 AM): ariff hargainya mak
Mat Nocturnal (2/2/2010 2:04:38 AM): terima kasih mak
Ummi (2/2/2010 2:04:48 AM): arif sendiri dapat rasakan ,walaupun baru seminggu tapi rasa macam arif dah kenal lama mak, betul?
Mat Nocturnal (2/2/2010 2:05:09 AM): ariff akan jg amalan,,,moga blh jumpa di syurga
Mat Nocturnal (2/2/2010 2:05:11 AM): btol
Ummi (2/2/2010 2:05:41 AM): baru seminggu tapi ariff rasa mcm dah lama kenal mak, betul tak arif?
Mat Nocturnal (2/2/2010 2:05:50 AM): btol
Ummi (2/2/2010 2:06:06 AM): itulah rahsia ikatan kasih sayang mak sebenarnya
Mat Nocturnal (2/2/2010 2:06:29 AM): sy percaya mak akan masuk syurga
Ummi (2/2/2010 2:06:49 AM): mak tidak pernah lupa doa dan mak yakin dengan janji Allah.
Ummi (2/2/2010 2:07:24 AM): senjata orang mukmin hanya doa
Ummi (2/2/2010 2:07:35 AM): arif mahu jadi orang mukmin?
Ummi (2/2/2010 2:07:42 AM): mahu jadi lelaki soleh?
Mat Nocturnal (2/2/2010 2:07:56 AM): mahu,,,ariff nak ke syurga
Mat Nocturnal (2/2/2010 2:08:14 AM): mahu ketemu semua org yg baik di dunia ini
Ummi (2/2/2010 2:08:36 AM): arif kena usaha
Ummi (2/2/2010 2:08:44 AM): arif kena kuat
Mat Nocturnal (2/2/2010 2:08:59 AM): sy akan ingat pesan mak
Ummi (2/2/2010 2:09:26 AM): syaitan akan sentiasa untuk cuba menyesatkan kita,mati dalam keadaan suul khatimah,pengakhiran yg buruk.
Ummi (2/2/2010 2:09:59 AM): mak mahu arif jadi orang yg sabar, tabah,kuat...
Ummi (2/2/2010 2:10:12 AM): nanti arif akan rasai manisnya iman
Ummi (2/2/2010 2:10:18 AM): manisnya dugaan
Ummi (2/2/2010 2:10:25 AM): manisnya ujian
Mat Nocturnal (2/2/2010 2:10:36 AM): lg satu sy pinta
Mat Nocturnal (2/2/2010 2:11:27 AM): bkn ariff minta pemergian mak
Mat Nocturnal (2/2/2010 2:12:06 AM): tuliskan satu wasiat tulisan tangan mak sendiri
Mat Nocturnal (2/2/2010 2:12:19 AM): bt bekal sepanjang hayat ariff
Ummi (2/2/2010 2:12:34 AM): insyaAllah arif
Mat Nocturnal (2/2/2010 2:12:41 AM): dan sampaikan bila mak telah tiada
Ummi (2/2/2010 2:12:50 AM): arif cuma dapat surat tu bila mak dah tak ada nanti
Mat Nocturnal (2/2/2010 2:13:24 AM): mak
Mat Nocturnal (2/2/2010 2:13:37 AM): adik syg mak
Ummi (2/2/2010 2:13:44 AM): mak nak ariff ingat ni, selagi mak hidup , mak nak arif dekat dgn mak, dekat dihati mak
Ummi (2/2/2010 2:13:58 AM): walaupun arif jauh
Ummi (2/2/2010 2:14:15 AM): kenapa bahasa adik?
Mat Nocturnal (2/2/2010 2:14:40 AM): itulah yg sy bahasakan diri pd mae dan mak
Mat Nocturnal (2/2/2010 2:15:18 AM): adik syg mak
Mat Nocturnal (2/2/2010 2:15:49 AM): kalau mak dah takda...ariff akan jg mak lg satu sebaiknya
Mat Nocturnal (2/2/2010 2:16:04 AM): supaya nanti kita semua boleh bersama lg
Ummi (2/2/2010 2:16:14 AM): mak nak panggil ariff, sebab nama ini yang akan dipanggil dihadapan Allah nati
Mat Nocturnal (2/2/2010 2:16:31 AM): adik tak kisah
Ummi (2/2/2010 2:16:38 AM): arif, satu lagi mak tak mahu arif tangguhkan,
Mat Nocturnal (2/2/2010 2:16:47 AM): apa mak?
Ummi (2/2/2010 2:16:58 AM): tukar kad pengenalan diri segera
Mat Nocturnal (2/2/2010 2:17:08 AM): baik mak
Mat Nocturnal (2/2/2010 2:17:18 AM): adik usahakan segera
Ummi (2/2/2010 2:17:26 AM): arif pergi sahaja jabatan pendaftaran negara, report hilang, bayar denda
Ummi (2/2/2010 2:17:38 AM): tak payah report polis
Ummi (2/2/2010 2:17:57 AM): apa nama ariff sebenarnya?
Mat Nocturnal (2/2/2010 2:18:03 AM): Bromine
Ummi (2/2/2010 2:18:19 AM): sapa beri nama Muhammad Ariff?
Mat Nocturnal (2/2/2010 2:18:31 AM): sy tanya imam..
Mat Nocturnal (2/2/2010 2:18:42 AM): nak pakai apa antara 3pilihan
Mat Nocturnal (2/2/2010 2:18:47 AM): yusuf
Mat Nocturnal (2/2/2010 2:18:51 AM): nazri
Mat Nocturnal (2/2/2010 2:18:54 AM): arif
Ummi (2/2/2010 2:19:01 AM): kalau mak pilih ariff
Ummi (2/2/2010 2:19:12 AM): mak suka nama ariff
Mat Nocturnal (2/2/2010 2:19:17 AM): imam trus panggil muhammad ariff
Mat Nocturnal (2/2/2010 2:19:44 AM): mudah2an jd bijak
Mat Nocturnal (2/2/2010 2:19:48 AM): berilmu
Mat Nocturnal (2/2/2010 2:19:52 AM): beramal
Ummi (2/2/2010 2:20:01 AM): ejaan Muhamad tu macamana?
Mat Nocturnal (2/2/2010 2:20:09 AM): muhammad
Ummi (2/2/2010 2:20:23 AM): Muhamad ariff atau Muhammad Ariff?
Ummi (2/2/2010 2:20:36 AM): ada bin?
Mat Nocturnal (2/2/2010 2:20:36 AM): 2m
Mat Nocturnal (2/2/2010 2:20:44 AM): ada,,bin abdullah
Ummi (2/2/2010 2:21:00 AM): apa yg ditulis di surat pendaftaran pengislaman?
Ummi (2/2/2010 2:21:06 AM): nama penuh?
Mat Nocturnal (2/2/2010 2:21:30 AM): biasa je
Mat Nocturnal (2/2/2010 2:21:47 AM): Muhammad Ariff Bromine bin Abdullah
Mat Nocturnal (2/2/2010 2:21:58 AM): nama asal
Mat Nocturnal (2/2/2010 2:22:08 AM): nama islam
Mat Nocturnal (2/2/2010 2:22:11 AM): no ic
Mat Nocturnal (2/2/2010 2:22:17 AM): jantina
Mat Nocturnal (2/2/2010 2:22:22 AM): DOB
Ummi (2/2/2010 2:22:23 AM): itu mak tahu
Ummi (2/2/2010 2:22:40 AM): mak cuma nak tahu nama pengislaman tu
Ummi (2/2/2010 2:22:51 AM): nama penuh yg ditulis
Mat Nocturnal (2/2/2010 2:22:53 AM): sori
Mat Nocturnal (2/2/2010 2:22:59 AM): jd bendul pula
Mat Nocturnal (2/2/2010 2:23:05 AM): mak senyum la
Ummi (2/2/2010 2:23:10 AM): moga bila dipanggil dihadapan Allah nanti, mak akan tahu tu ariff
Ummi (2/2/2010 2:23:53 AM): kalau mak tak tahu,nanti mak susah nak cari ariff
Ummi (2/2/2010 2:24:15 AM): mak mahu semua anak-anak mak berkumpul dgn mak nanti diakhirat
Mat Nocturnal (2/2/2010 2:24:23 AM): ariff janji akan berusaha ke sana dan mencari mak
Ummi (2/2/2010 2:24:43 AM): dah lewat ariff...
Ummi (2/2/2010 2:24:48 AM): arif buatlah kerja
Mat Nocturnal (2/2/2010 2:24:54 AM): mak tidolah
Ummi (2/2/2010 2:24:58 AM): nanti esok2 kita sambung
Mat Nocturnal (2/2/2010 2:25:05 AM): jgn menangis lg
Ummi (2/2/2010 2:25:08 AM): banyak pesanan mak untuk ariff
Ummi (2/2/2010 2:25:17 AM): ariff ada setting save ke di ym ni?


Perbualan hiba antara nak dengan anaknya. Setiap kali mak baca, pasti tumpah air mata ni.

Kini,19 Januari,Allah masih memberikan nyawa dan peluang pada mak untuk meneruskan hidup dan kehidupan. Adakah mak perlu kehilangan anak mak pula? Setelah janji-janji tercatat di sini?

Jika kita padam pun tulisan ini,ia telah tercatat di dalam kitab amalan kita samada di dalam dairi Malaikat Rakib atau Malaikat Atib.


Catatan kasih seorang ibu,
Kembara Samudera Qaseh.

Selasa, 18 Januari 2011

Bicara Rindu 3

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semoga kita semua didalam Rahmat Allah dan kasih sayangNya.


Sebenarnya ini luahan peribadi tetapi dibicarakan di chatbox halaqah net. Ummi sempat copy dan simpan, kerana bila membacanya ummi selalu rasa terharu. Kita bersyukur memiliki ibu bapa dan keluarga, saudara mara se agama, tetapi luahan hati ini berbeza dengan kita. Maka sewajarnya patut kita bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah yang kita miliki hari ini.

Terus terang ummi katakan, bahawa setiap kali ummi baca luahan hati ini, pasti air mata ummi mengalir , rasa terharu, rasa sayu, dan rasa dihargai oleh seseorang yang tidak ada hubungan nasab atau mahram dengan ummi. Ikatan ummi dengan dia hanyalah ikatan kasih sayang ibu anak sahaja, dan anak ini memanggil ummi 'mak'. Katanya rasa sangat dekat di hatinya.

Mudah benar rasa kasih dan sayang itu lahir...terpaut dan subur di sanubari seorang ibu.

Oleh kerana ummi copy langsung dari chatbox Forum Halaqahnet, maka perlu dibaca dari bawah ke atas, mengikut turutan masa. Bicara di Dewan halaqian diwaktu sunyi di dinihari, pada 5 Februari, Jumaat, 10 jam selepas ummi jalani pembedahan. Kebetulan pada waktu ini, ummi tersedar dari lena dan laptop ummi yang memang sentiasa online ke laman Halaqahnet, maka ummi terbaca bicara mereka berdua.



Kak Long Hati [01:54 AM]: air yg menyiram buah dari sumber yg sama tapi menghasilkan buah yg berbagai rasa senyum*

ariff_ong [01:53 AM]: dimana2 pun saya kagum dgn apa yg Allah jadikan

Kak Long Hati [01:53 AM]: bila lihat tempat lain akan terdetik rasa kagum ciptaanNya

Kak Long Hati [01:52 AM]: berjalan melihat keindahan ciptaan Allah

ariff_ong [01:52 AM]: sy cuma suka masuk hutan

ariff_ong [01:52 AM]: tak minat..terikat ngan hal dunia yg tak penah habis

Kak Long Hati [01:52 AM]: banyak berjalan luas pemandangan..boleh mematangkan fikiran sama

Kak Long Hati [01:51 AM]: dalam Malaysia pun bnayak tempat boleh pergi

Kak Long Hati [01:51 AM]: ada masa jalan2 la

ariff_ong [01:51 AM]: dunia sy kecik jer

Kak Long Hati [01:51 AM]: ehee london banyak bangunan lama...

ariff_ong [01:50 AM]: taknah

ariff_ong [01:50 AM]: boringlah

Kak Long Hati [01:50 AM]: ariff dah pernah jalan ke mana2 tempat ke?

ariff_ong [01:50 AM]: ooo..

Kak Long Hati [01:49 AM]: London

ariff_ong [01:49 AM]: uk kat ne?

Kak Long Hati [01:49 AM]: subuh dekat pukul 6

ariff_ong [01:48 AM]: subuh?

Kak Long Hati [01:48 AM]: lagi sejam

Kak Long Hati [01:46 AM]: sebab dah maghrib kira malam la...

Kak Long Hati [01:45 AM]: pukul 5.45 malam

fikrah_islamic [01:45 AM]: moga ummi cepat sembuh...

Kak Long Hati [01:45 AM]: jangan sia2 kn peluang yg ada...peluang akan datang sekali je...kena amibil kesempatan

ariff_ong [01:45 AM]: kat sana pukul berapa kak long?

ariff_ong [01:44 AM]: saya cuba,,saya sayang ummi seperti mak saya juga,,,

ariff_ong [01:44 AM]: mak belayar la dulu

Kak Long Hati [01:43 AM]: ariff masih muda masih kuat boleh bantu ikut kemampuan

Ummi Munaliza [01:43 AM]: ya,,,,,,,,,,zzzzzzzzzzzzzz

ariff_ong [01:43 AM]: jaga,,insyaAllah,,,jaga

ariff_ong [01:42 AM]: mak,,,dah hanyut ke?

Kak Long Hati [01:42 AM]: ariff la kena jaga ummi tu dulu

Kak Long Hati [01:42 AM]: ye

ariff_ong [01:41 AM]: lambatnya

Kak Long Hati [01:41 AM]: tapi lambat lagi...lagi 2 tahun

Kak Long Hati [01:41 AM]: insyaAllah...

ariff_ong [01:40 AM]: balik nanti jumpa lah

Kak Long Hati [01:40 AM]: kak long jauh macam mana nak jumpa

Kak Long Hati [01:40 AM]: belum

ariff_ong [01:40 AM]: kak long tak pernah jumpa ummi?

ariff_ong [01:38 AM]: nanti kita boleh borak tiap2 hari macam selalu

ariff_ong [01:38 AM]: mak sihatlah cepat2

ariff_ong [01:37 AM]: rupanya ummilah penawar hati saya

ariff_ong [01:37 AM]: selama ini saya tak tahu apa yang saya nak

Kak Long Hati [01:36 AM]: kak long tak ada peluang lagi

Ummi Munaliza [01:36 AM]: Segalanya urusan Allah...Allah yang menentukan.

Kak Long Hati [01:36 AM]: ooo ariff dah jumpa ummi ye...bertuah tu

ariff_ong [01:36 AM]: besar sungguh hikmahnya pertemuan kita mak

ariff_ong [01:35 AM]: melekat dalam hati

ariff_ong [01:35 AM]: ummi cakap sekali je

ariff_ong [01:34 AM]: saya tak penah patuh cakap sesiapa

Kak Long Hati [01:34 AM]: kak long dah lama tahu...

ariff_ong [01:34 AM]: ummi mmg hebat kak long

ariff_ong [01:34 AM]: basahlah

ariff_ong [01:33 AM]: kata2 nasihat mak,,,umpama hujan membahasi hati yg kering kontang

Kak Long Hati [01:33 AM]: tukar cara berfikir maka boleh nampak yang negative tu positif sebenarnya

ariff_ong [01:32 AM]: tp kehadiran ummi memberi sinar baru

Kak Long Hati [01:32 AM]: jadikan ianya menarik

ariff_ong [01:32 AM]: hidup saya takda apa yg menarik

Ummi Munaliza [01:32 AM]: ni, mak ada...sat gi mak baca apa ariff tulis.

Kak Long Hati [01:31 AM]: boleh sama2 belajar

Kak Long Hati [01:31 AM]: arif kongsi la pengalaman hidup

ariff_ong [01:31 AM]: sunyi

ariff_ong [01:30 AM]: kosong rasanya

ariff_ong [01:30 AM]: mak takda

ariff_ong [01:30 AM]: takda ilham

Ummi Munaliza [01:30 AM]: ariff buat satu post,supaya warna nama ariff bukan oren...

ariff_ong [01:30 AM]: nak bt keje dulu

ariff_ong [01:29 AM]: mak tidolah,,,

Kak Long Hati [01:28 AM]: insyaAllah sama2 kita saling doa untuk semua2

Ummi Munaliza [01:28 AM]: mudah tersedar,mudah juga lelapnya.

ariff_ong [01:28 AM]: kak long doa banyak2 utk ummi

ariff_ong [01:27 AM]: tidolah mak

Kak Long Hati [01:27 AM]: Ummi wanita kuat senyum*

ariff_ong [01:27 AM]: tp ummi steady juga nampaknya

Ummi Munaliza [01:26 AM]: ada je....

ariff_ong [01:26 AM]: tadi telefon kejap..ummi mcm mamai je,,,kesian dia

Ummi Munaliza [01:26 AM]: tak sunyi

Kak Long Hati [01:26 AM]: Ummi mungkin kena banyak rehat lepas operate tadi

ariff_ong [01:25 AM]: takda kawan nak borak

ariff_ong [01:25 AM]: ummi tidor

Kak Long Hati [01:25 AM]: kenapa?

ariff_ong [01:25 AM]: sunyinya

ariff_ong [01:25 AM]: ......

Kak Long Hati [01:18 AM]: salam perkenalan senyum*


Semoga dari bicara ini sedikit sebanyak mendatang rasa syukur kepada kita yang memiliki keluarga untuk disayangi dan menyanyangi. Kepada semua yang selalu salah sangka dan silap faham, ini lah kisah benar putih hatinya.

Kini,kedua-dua insan ini telah tidak bersama halaqahnet lagi.


Rindu yang membara,
Kembara Samudera Qaseh

Isnin, 17 Januari 2011

Bicara Rindu 2

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.
 
 
Jika bukan kerana Allah, demi mematuhi syariatnya, mahu rasanya mak peluk dan belai embun di saat-saat diri diperlakukan begitu rupa.


Kasih dan sayang mak bukan setakat sebutan di lidah saja. Tapi memang tak ada bukti dan manafaat untuk diri embun mak.  Kalau mak mampu , mak mahu menjadi lampu kepada embun mak. Lampu untuk menjadi penyuluh waktu kesuraman.


Kasih dan sayang mak tak boleh jadi nasi dan ikan goreng. Tak boleh kenyangkan perut embun serupa embun makan nasi lauk kambing.


Bila sebut kambing, teringat satu kenangan, kerana sayang lah, mak masakkan kambing osmoth khas untuk embun seorang. Mak masak sendiri, dengan jari-jemari ini, mak kupas bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, dan serai . Mak tumis cili dan rempah-rempahnya agar sebati dan aromanya harum semerbak kasturi.


Mak tunggu embun makan, terasa puas melihat embun menyuap nasi dengan kambing osmoth hasil air tangan seorang ibu yang kasih padanya. Memang jika ada peluang, akan mak usaha penuhi keinginan diri embun.


Masih satu keinginan dalam diri embun yang tidak mampu mak penuhi. Bukan mak tak mahu, tetapi selagi bukan dalam qudrat dan iradat Allah, tidak ada manusia yang mampu untuk melakukannya. Sudah banyak usaha , doa, ikhtiar yang mak lakukan, sesudah itu mak bertawakkal, namun tiada dalam izinNYA , maka belum sampai juga hajat dan niat embun mak itu.



Begitulah yang tertulis didalam takdir diri embun mak, belum ketikanya, hajat itu dipenuhi oleh Allah Ta'ala. Maka bersabarlah, dengan setinggi - tinggi kesabaran. Segalanya ini menjadi ilmu dan pengajaran mendidik hati agar yakin pada qada-qadarNYA.


Kini, walaupun mak dibuang untuk sekian kalinya, sehinggakan Samudera Qaseh tak boleh 'add friends'  mak tetap bersabar, mohon di dalam qudrat dan iradat Allah jangan terputus di hati ini rasa kasih dan sayang pada embun. Mak amat sayang embun mak sampai bila-bila. Kasih dan rindu mak tidak bersempadan.



aku yang tetap sayang,
Kembara Samudera Qaseh.

Ahad, 16 Januari 2011

Bicara Rindu 1

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.


سُوۡرَةُ الفَجر
يَـٰٓأَيَّتُہَا ٱلنَّفۡسُ ٱلۡمُطۡمَٮِٕنَّةُ (٢٧) ٱرۡجِعِىٓ إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً۬ مَّرۡضِيَّةً۬ (٢٨) فَٱدۡخُلِى فِى عِبَـٰدِى (٢٩) وَٱدۡخُلِى جَنَّتِى (٣٠)


(89:27) Wahai jiwa yang tenang. (89:28) Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya. (89:29) Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku, (89:30) masuklah ke dalam syurga-Ku.


سُوۡرَةُ البَقَرَة
وَٱسۡتَعِينُواْ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِ‌ۚ وَإِنَّہَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى ٱلۡخَـٰشِعِينَ (٤٥)


Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk. (AL-Baqarah:ayat 45)



Suara Hatiku,
Kembara Samudera Qaseh.

Sabtu, 15 Januari 2011

Suara Bisu Dari Hati

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته






Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.


Rupanya begitu berbeza nilaian dan bicara kata. Jika ayat itu ditulis atau dilafaz oleh orang lain, tidak ada sedikit kesan yang terpahat di dalam hati. Tetapi bila aku yang menulisnya, kesannya amat besar walaupun sebenar nya hanyalah ingin bergurau. Itulah akibat dari jari yang buta tak bermata.


Kesannya kini aku dibuang lagi. Dibuang untuk sekian kali. Tidak ada sedikit manafaat rupanya kasih ini. Aku hanya mempunyai kasih. Kasih ibu yang bersarang di dalam hati.


Kasih ini adalah limpahan dari yang esa. Tidak perlu pun untuk aku semai , siram dan baja.Memang magic. Ia subur dengan qudrat dan iradat Allah. Maka aku ini hambaNYA, akur dan patuh atas segala yang dikehendakiNYA.


Sebab itu walau dilukai,walau terluka namun Allah jua yang memelihara agar tidak berdarah dan tidak berparut. Allah mahu kasihku ini bukan kerana emosi bukan kerana nafsu.


Maha suci Ya Allah, aku redha di atas segala anugerah dan pemberian MU. Aku tahu, Allah masih menghendaki aku beribadah kepadaNYA melalui doa yang sentiasa aku panjatkan penuh tulus. Dalam doa kudus ini, namanya tetap terukir bersama-sama anak-anak yang lain. Biarlah kasih yang terikat tanpa tali ini tetap utuh disanubari di dalam qudrat dan iradat Allah. Tidak ada sesiapa pun boleh memutuskan tali ini.


Ya Allah , peliharalah iman, akhlak dan pekertinya sebagai seorang mukmin. Kurniakan dia kemurahan rezeki MU yang halal dan tidak terhingga dari keluasan rahmat MU, selamatkan lah dia dari melakukan kemungkaran, maksiat dan perkara-perkara yang laghra. Kurniakan dia nikmat berkasih sayang sesama makhluk di dalam redha dan rahmatMU...




Aku yang tetap sayang,
Kembara Samudera Qaseh.

Jumaat, 14 Januari 2011

Kau Tetap Mesra di Hati Ini

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.


Rupanya dendam di hati telah bertunas kepada benci. Mulai saat ini lagu hiba berirama di dalam hati. Pilu dan duka beraja di hati. Kenapa dan mengapa?


Samudera Qaseh tak pernah ada kawan. Kawannya cuma satu. Tetapi hari ini Samudera Qaseh sendirian sepi.


Cedera di jari nampak lukanya, cedera di hati siapa yang tahu. Biarlah seribu benci berumah di hati, suatu hari nanti, lenyap juga dimamah masa.


Bila kasih sudah terpahat disanubari, tidak usah cuba membuang diri,qada dan qadar suratan Ilahi,engkau tetap mesra dihati.


Melangkahlah menjauh seribu kali, jika tidak dengan qudrat dan Iradat Allah , seribu langkah itu juga ia kembali. Biar jasad jauh tetapi sebenar ia dekat di sanubari.


Memang kasih ini tak menjadi nasi, memang sayang ini tidak menjadi kuah, namun kasih ini adalah penawar di dalam diri jika ia masih hidup di hati.


Selesai ayat akhir di baca, terus ku renung gambar di sana. Gambar kenangan di tanah desa, rumah tepi sawah. Berbaju hijau muda, makan nasi berlaukkan ikan goreng cecah kicap lada.


Tidak pernah dalam hidup ini ku layan begitu rupa. Nasi disenduk di dalam pinggan, lauk disauk ke depan mata. Tetapi dengan yang ini, segalanya dilakukan jua. Penuh kasih yang tulus dihati. Biarlah dibuang lagi, berkali-kali...kesabaran tetap terpahat dihati.


(beginilah yang dirasakan oleh sidia rupanya hingga berpatah arang, memaafkan jauh sekali apatah lagi ingin kembali. Moga bukan aku tergolong seperti dia)



Catatan duka,
Kembara Samudera Qaseh.

Rabu, 12 Januari 2011

Perlukah Ada Dendam?

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.


Maha Suci YA ALLAH, kurniakan aku kesabaran dalam menghadapi apa jua dugaan dan halangan dalam aku berjalan menuju kepada MU dengan membawa kaum keluarga yang aku kasihi.


Diam itu lebih baik dari berkata-kata. Kata - kata yang akhirnya menjerat diriku sendiri. Maha Suci Ya Allah, bantulah aku dalam mendidik dan membimbing orang-orang yang aku sayangi untuk aku bersama mereka di alam yang kekal nanti.


Aku redha dan pasrah YA Allah di atas segala takdir dan ujian MU. Aku mohon dalam qudrat dan Iradah MU, kau bukakan hati mereka saling berkasih sayang. Permudahkan segala urusan hidup dunia dan akhirat orang - orang yang aku sayangi. Amin....


Marah, dendam dan kecewa bercampur aduk, 'kamulah penyebab aku menderita begini!' Aku akan hancurkan kamu!' jika hati telah disakiti begitu hebatnya kemarahan, hati menjadi mudah terkotori dengan nafsu membalas dendam dan ingin kembali menyakiti perbuatan orang yang telah menyakiti hati kita. Kebahagiaan atau penderitaan tidak perlu mencari siapa yang bersalah, atau yang menyebabkan hidup kita menderita. Jadilah orang yang mampu memaafkan orang lain yang telah menyakiti hati kita. Mohonlah ampunan kepada Allah untuknya .


'Dan bagi orang-orang yang apabila mereka diperlakukan dengan dzalim mereka membela diri. Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa, maka barangsiapa memaafkan dan berbuat baik maka pahalanya atas Allah. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang dzalim. Dan sesungguhnya orang-orang yang membela diri sesudah teraniaya, tidak ada dosa atas mereka. Sesungguhnya doa itu atas orang-orang yang berbuat dzalim kepada manusia dan melampaui batas dimuka bumi tanpa hak. Mereka itu mendapat azab yang pedih. Tetapi orang yang bersabar dan memaafkan sesungguhnya perbuatan demikian itu termasuk hal-hal yang diutamakan.' (QS. Asy-Syuura' 39-43).


Biarlah aku dibenci, biarlah aku disakiti, biarlah aku didendami, aku tetap aku. Berdiri di jalanku. Ya Allah pimpinlah aku dijalan yang lurus. Jadikan hati ku sentiasa hidup dalam nikmat berkasih sayang selama-lamanya.






Luahan rasa,
Kembara Samudera Qaseh.

Selasa, 11 Januari 2011

Wasiat Buat Anak Mak

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.


Memang manusia tak akan tahu apa yang berlaku sesaat pun masa didepannya. Kadang-kadang cantik kita merancang sesuatu perkara, tapi lain jadinya.

Hari ini tanpa diduga tiba-tiba pagi tadi sewaktu mak berhenti menulis laman blog Field Of Dream dan memasak di dapur, mak diserang angin medu sehingga sakit menyesak dada. Oleh kerana ketika dapat serangan tu , mak berada hampir dengan bilik air, perlahan-lahan mak berjalan ke bilik air dan berwuduk.


Sambil duduk, solat dhuha 2 rakaat, terus baring sambil zikir. Airmata ni mengalir lesu sambil menahan sakitnya. Datang Naimah menangis dan memeluk, "opah, jangan lah mati", "kakak sayang opah..."


Sekejap Naimah masuk bilik datang ke katil , sekejap Naimah keluar mendapatkan atoknya sambil berkata " atok, nanti opah mati, atok hantar kat kubor tau, opah sakit, kakak sayang opah." Terdengar mak akan kata-kata Naimah kepada atoknya.

Kemudian datang lagi, " opah, sapa nak jaga kakak?" "opah janganlah mati."


Sambil berbaring tu, teringat mak akan anak mak yang sorang ni. sambil menangis,mak taip sms, berupa wasiat. Sekiranya mak mati memang pesanan tu jadi wasiat. Usahalah untuk tunaikan. Sudah ramai perempuan yang anak mak suka tapi tak ada yang tulus untuk bernikah dengan anak mak. Hanya inilah satu-satunya perempuan yang tulus dan sedia untuk menjadi isteri anak mak. Anggapkan halangan ini sebagai ujian. Dan anggapkan ego anak mak itu juga ujian untuk mendidik hati agar sedia untuk memaafkan kesilapan.


Rezeki adalah urusan Allah. Anak mak mampu untuk menyara isteri dan anak-anak dengan kudrat yang anak mak ada tu. Berusahalah mengasihi dan menyayangi orang yang sayangkan anak mak dengan tulus.


Dalam kesakitan tu mak doa agar terbuka hati anak mak untuk berkasih sayang dan mohon Allah mempermudahkan urusan anak mak. Jangan lah meragui dirinya samada dia kuat dan tabah untuk hadapi ujian selepas berkahwin. Kalau saling sandar menyandar dan saling sokong menyokong, akan pasti teguh dan kuat juga.

Bila terdengar saja azan zohor, mak gagah diri untuk solat. Sebaik salam, terus baring semula dan senyap. Naimah datang semula, "opah dah mati ke?", "opah nganga kejap, kakak nak tengok mulut opah."


Selepas satu jam berlalu waktu zohor, barulah mak cuba untuk duduk bersandar. Suka Naimah tengokkan, terus Naimah keluar bilik dan terdengar dia ajak atoknya masuk bilik. " Atok, kejap tok, kejap tok, masuk bilik."

"Atok tengok tu, opah dah hidup." Suka Naimah tengok mak dah dapat duduk. "Opah dah tak mati."

Kemudian Naimah ke dapur ambik kan nasi. Lepas tu Naimah juga yang suapkan mak nasi berlaukkan ikan goreng dan tempe, hingga habis. Tersentuh hati mak melihat keprihatinan seorang anak kecik berusia 3 tahun melayan mak. Di ambilkan air minum, dan disuakan gelas tu ke mulut mak, sama seperti disuapkan nasi ke mulut mak.


Begitulah, jika kita tulus melayan mereka dari bayi, tak diduga baru usia 3 tahun sudah bijak melayan orang sakit. Bijak berkata-kata dan berusaha. Ayah pun kata, "bersungguh Naimah menjaga opah, takut sangat dia, kalau opah mati."


Mak kena usaha ceritakan pada Naimah tentang mati dan kematian lepas ni, agar dia faham dan bersedia menerima keadaan tu. Mak juga berharap anak mak bersedia saat tu. Setiap kali mak sakit, yang terbayang di depan mata ialah saat malaikat Izrail datang mencabut nyawa memisahkan roh dari jasad mak.


Petang tadi sebaik Mastura dan Anazahra tahu keadaan mak, terus mereka datang ziarah. Ketika mereka sampai , keadaan mak dah lega dan pulih sedikit dan boleh berbual-bual. Sebelum tu, sampai Naimah kata, "opah, cakaplah kuat sikit, kakak tak dengar la." Lepas kena serangan tu memang badan jadi lemah kerana berusaha menahan kesakitan. Menggunakan tenaga dalaman untuk menahan kesakitan.

Apakan daya, kita tak mampu melawan Takdirnya. Kalau belum mendapat keizinNya – ikhtiar dan tawakal hanyalah untuk berserah kepadaNya semata-mata. Yang menentukan cepat baik atau langsung tak boleh baik – adalah HakNya.





Catatan kasih,
Kembara Samudera Qaseh.

Ahad, 9 Januari 2011

Berani Kaya Berani Taqwa


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 


Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.



Mak tak akan jemu untuk memujuk anak mak, agar hati tidak bermusim-musim. Ada musim pancing ikan banyak yang kena, ada musim, pancing ikan seekor pun tak kena.


Kalau musim hujan lagilah parah, banjir merata tempat. Kalau musim kemarau tanah jadi gersang pula. Jadi yang mana satulah hati anak mak ini.


Ini mak nak kongsi sikit, buat tambah bacaan...


Sebuah buku menarik berjudul "BERANI KAYA BERANI TAKWA" karya ustaz Anif Sirsaeba (adik ustaz Habiburrahman el-Shirazy) menceritakan mengenai perkaitan kaya dengan mendirikan rumah tanggal, menarik sangat bukunya dan sdituliskan di sini untuk kita kongsi berkaitan saranan para sahabat untuk berkahwin. Antaranya:

1. Pesan dari saidina Abu Bakar r.a :

' Patuhilah Allah dalam apa-apa yang Dia telah perintahkan padamu untuk bernikah. Dia akan memenuhi janjiNya untuk membuatmu kaya'.


2. Pesan dari Saidina Umar al-Khattab r.a:

' carilah kekayaan selepas pernikahan! aku tidak pernah melihat sesuatu yg lebih aneh daripada seorang lelaki yang tidak mencari kekayaan selepas pernikahan. padahal Allah telah menjanjikan..." ....jika mereka miskin, maka Allah akan membantu mereka dengan kurniaNya".


3. pesan Abdullah bin Mas'ud:

'dapatkanlah kekayaan dengan bernikah'.

Imam al-Qurtubi dipetik menafsirkan ayat 32 surah an-Nur tu antaranya dengan makna bahawa jangan biarkan kemiskinan jadi alasan untuk tidak berkahwin. Dan perlu kita faham bahawa perkahwinan tak pernah pilih kasih, maksudnya bukan orang kaya sahaja yang boleh berkahwin sebab kalau kahwin dengan niat untuk cari redho Allah, pasti Dia akan bantu segala permasalahan yang melanda rumahtangga.


Dan jadi tanggungjawab kita juga untuk memberi galakan dan bantuan kepada orang lain untuk cepat2 kahwin, terdapat satu hadith dari Tirmizi, Rasulullah s.a.w bersabda..

" ada 3 orang yang mempunyai hak Allah yang harus dibantu;
1. seorang yang ingin berkahwin kerana ingin mencari kesucian,
2. hamba yang ingin merdeka,
3. orang yang berjihad fi sabilillah.."


Iktibar dari kisah yang berlaku lebih kurang 1400 tahun dahulu yang mana boleh kita jadikan panduan hidup ini. Insya-Allah.


Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. didatangi oleh seorang lelaki. Lelaki ini mengaku dirinya seorang yang miskin. Kemudian ia meminta jalan keluar agar terlepas dari belenggu kemiskinan.


Rasulullah s.a.w tanpa banyak fikir lagi terus menyuruh lelaki itu berkahwin. Lelaki ini sangat senang dengan saranan yang diberikan Rasulullah. Dengan keyakinan yang mantap, akhirnya lelaki itu berkahwin. Setelah sekian lama berkahwin, lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah dan mengadukan nasibnya, “Ya Rasulullah saya sudah berkahwin tetapi masih tetap miskin, bagaimana ya Rasulullah ?”. “Kahwin lagi,” jawab Rasulullah singkat.


Si lelaki tanpa banyak bertanya lagi. Beliau percayakan kepada Rasulullah. Sebab tidak mungkin Rasulullah mahu menipu ummatnya. Akhirnya lelaki itu berkahwin lagi dengan gadis lain. Namun beberapa waktu kemudian lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah dan mengadukan masalahnya : “Ya Rasulullah, isteri saya sudah dua tapi saya masih miskin, bagaimana ya Rasulullah… ?” keluh lelaki itu. “Kahwin lagi,” jawab Rasulullah singkat.


Hati lelaki itu berasa senang apabila mendengar jawapan Rasulullah. Kemudian beliau berkahwin buat kali ketiga. Namun setelah beberapa lama keadaan tetap juga belum berubah. Mulanya ia malu mengadu kepada Rasulullah, tapi apakan daya ia masih tetap miskin. Dengan berat hati beliau mendatangi Rasulullah dan menyampaikan masalahnya. “Ya Rasulullah, engkau telah menyuruhku menikah untuk ketiga kalinya, tapi aku tetap miskin. Sekarang apa yang harus kulakukan?”, adu lelaki itu. “Berkahwinlah lagi,” kata Rasulullah.


Akhirnya si lelaki itu menikah buat kali keempat. Dan benarlah kata Rasulullah. Ternyata isteri keempatnya ini membawa kebahgiaan di dalam kehidupannya. Dengan kepandaiannya menenun, ia mengajar kemahiran tersebut kepada tiga madunya. Akhirnya usaha tersebut mendatangkan keuntungan dan kekayaan. Perusahaan industrinya maju dan mampu mencukupi keperluan rumah tangga lelaki itu serta isteri-isterinya.


Sabda Rasulullah bermaksud :
“Carilah rezeki dengan menikah” (Riwayat Ibnu Abbas)


Firman Allah Taala bermaksud :
“Dan kahwinilah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.”(surah an-Nur :32)


Dengan mengambill iktibar dan teladan dari kisah di atas, Insya-Allah jika niat kita ikhlas dan murni serta tujuan berkahwin itu kerana Allah, tidak mustahil segala gejala-gejala sosial dapat dihindarkan.


Berani cuba? Janji Allah Benar! Maka jika yakin dengan janji-janji Allah, bersabarlah dan taati perintahNYA dan RasulNYA.




Perkongsian,
Kembara Samudera Qaseh.

Sabtu, 8 Januari 2011

Berkahwinlah


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 


Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.



Macamana lah nak pujuk anak mak sorang ni. Belas hati mak. Macamana nak buat ni? Jangan lah anak mak buat sesuatu yang merugikan masa depan samda di dunia atau akhirat.


Berkahwin atau mendirikan rumah tangga merupakan salah satu daripada sunnah Rasulullah s.a.w sebagaimana sabda Baginda yang bermaksud: “Perkahwinan itu sunnah aku. Sesiapa yang menolak sunnahku, maka dia bukan dari kalanganku.”(Riwayat Bukhari)



“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, Bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir”.



Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:

Maksudnya:
Dari Abdullah bin Mas’ud Radiallahu-Anhu ia berkata: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda kepada kami: Wahai orang-orang muda! Barangsiapa yang berkuasa antara kamu untuk berkahwin, maka berkahwinlah, sesungguhnya perkahwinan itu melembutkan pandangan dan menjaga kehormatan dan barangsiapa yang tidak mampu, kerjakanlah puasa kerana puasa itu boleh melembutkan syahwat. (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).


“Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya,keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu”
(Riwayat Bukhari dan Muslim).



Diriwayatkan dalam sebuah kisah, seorang lelaki datang menemui Hasan bin Ali RA (cucu Rasulullah SAW) untuk meminta nasihat. Katanya, “Anak perempuanku dipinang oleh beberapa orang lelaki. Dengan lelaki yang bagaimanakah yang layak dikahwinkan dengan puteriku?” Hasan menjawab,“Kahwinkanlah dia dengan lelaki yang bertakwa kepada Allah, kerana jika ia menyukai isterinya ia pasti mengasihinya, tetapi jika ia tidak menyukai isterinya pasti ia tidak akan berlaku zalim terhadapnya (tetap menghormati isterinya)”.


Rasulullah SAW juga amat benci kepada mana-mana bapa (atau wali)
yang mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang fasik. Baginda
mengingatkan dalam sabdanya yang bermaksud: “Sesiapa yang menikahkan
anak perempuannya dengan lelaki fasiq bererti ia telah memutuskan hubungan
silaturrahim dengan anaknya sendiri”.


Sabda Rasulullah lagi: “Sesiapa yang mengahwini isteri kerana kedudukannya, tiadalah Allah tambah kecuali kehinaan, sesiapa yang menikahi isteri kerana hartanya, tiada ditambah oleh Allah kecuali kefakiran, tetapi sesiapa yang berkahwin kerana ingin menunduk pandangannya menjaga kehormatannya atau menghubung silaturahim Allah akan memberkati keduanya.” (Riwayat Imam al-Tabarani)




"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui." (Nur 32)


Baginda bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al-Tabrani; “Barangsiapa yang dikurniakan oleh Allah seorang wanita solehah, sesungguhnya Allah telah menyempurnakan sebahagian imannya, maka bertaqwalah dengan sebahagian yang berbaki”.

Sementara itu, Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin ada menyatakan: “Tidak akan sejahtera hati seseorang yang dikuasai oleh syahwat melainkan dengan perkahwinan, apabila hati dalam keadaan kecelaruan seseorang itu tidak mampu melaksanakan ibadat dan pekerjaan-pekerjaan lain dengan sempurna”.


Dari Aisyah Radiallahu-Anha, telah bersabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam: Berkahwinlah kamu kerana perempuan itu juga boleh menolong kamu mencari harta atau boleh menolong kamu menjimatkan harta. (Riwayat Al-Imam Al-Bazzar).



Orang yang tak berkahwin tu dikatakan miskin di akhirat nanti. Berkahwinlah,janganlah di dunia kita miskin,di akhirat nanti miskin juga.



Luahan rasa,
Kembara Samudera Qaseh.

Khamis, 6 Januari 2011

Antara Kaca dengan Permata

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 




Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.




Anak mak...oo..anak mak, mana ni? Lama dah tak borak dengan  mak. Sibuk sangat ya, buat kerja. Tak apalah, rezeki sedang lebat, buatlah...


Anak mak...

Buatlah pilihan yang terbaik, bezakan yang mana kaca yang mana permata. Walaupun dua-duanya berkilau memukau mata.


Pandanglah dengan mata hati, bukan dengan mata-mata...



Dari Abu Hurairah RA dari Rasulullah SAW, beliau bersabda, "Barang siapa yang taat kepadaku, berarti ia taat kepada Allah. Barang siapa yang durhaka kepadaku, berarti ia telah durhaka kepada Allah. Barang siapa yang taat kepada pemimpin, berarti ia telah taat kepadaku. Barang siapa yang durhaka kepada pemimpin, berarti ia telah durhaka kepadaku." {Muslim 6/13}




“Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan, Al-Ahzab:71”


"Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Qur`an) dan Rasul (Sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya." (QS. Al-Nisa`: 59)


Jangan kita cepat menilai sesuatu dengan mata, maka jadilah antara kaca dan permata.. Nilailah dengan mata hati, baiknya seseorang tertumpu kepada niat dan apa yang yang disampaikan mereka, semua perkara kecil spt baiknya mereka belanja makan, mengambil berat, sentiasa bertanya khabar itu hanya digunakan sebagai penghias diri(kaca). Kembalilah apa yang diseru baginda, di perintahkan Allah.. Nescaya kamu takkan sesat.


Nasihat ini adalah untuk diri sendiri yang lemah yang menunggu perhitungan dari Yang Maha Kuasa . Jangan gadaikan islam demi kepentingan diri sendiri.. Beza kanlah antara kaca dan permata..Wallahualam..



Cipta rasa,
Kembara Samudera Qaseh

Sabtu, 1 Januari 2011

Selalulah Lihat Langit


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 


Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.


Pembuka tirai 2011, ingin mak lakarkan kembali sebuah bicara antara mak dengan anak mak. Pernah suatu ketika, kita berbual tentang alam, betapa dengan kebesaran dan keagungan Allah, terbukanya hidayah buat anak mak.


Hanya dengan melihat langit, melihat serangga , melihat tumbuh tumbuhan telah menerbitkan rasa ta'ajub dengan kebesaran dan keagungan Allah.


Lipan dengan bilangan beratus kaki, pepatung, lalat, semut, belalang,lipas dan sebagainya mempunyai sifat yang sama dan berbeza antara satu sama lain.


Selain itu melihat keindahan alam, melihat langit yang terbentang luas, bintang yang mengerdip di malam hari, susunan buruj bintang-bintang menerbitkan rasa ta'ajub di dalam hati.


Tambahan pula apabila hati resah gelisah, dengan melihat langit , boleh menenangkan hati. Ini memang betul. Ada satu petua orang tua-tua yang mengatakan bahawa jika hati kita runsing atau fikiran kita sempit, maka lihatlah langit. Insya-Allah, hati yang runsing akan mendapat ketenangan. Fikiran yang sempit akan menjadi lapang.


Ya, seolah-olah langit yang sangat luas dan tidak bertepi itu mampu memberi satu rasa ketenangan di dalam jiwa kita. Tetapi harus kita ingat, yang memberi ketenangan itu bukan langit tetapi Allah. Langit hanya menjadi sebab sahaja bagi Allah untuk memberi ketenangan kepada manusia yang melihatnya.


Di dunia ini ada dua bentuk penciptaan Allah. Pertama, penciptaan yang dibuat oleh Allah secara langsung. Kedua, ciptaan yang dibuat oleh Allah secara tidak langsung. Apa penciptaan Allah yang secara langsung? Apa pula ciptaan secara tidak langsung?


Ciptaan langsung daripada Allah antaranya, hutan, bukit-bukau, gunung-ganang, awan gemawan, sungai, laut dan lain-lain termasuklah langit. Semua itu adalah ciptaan yang dibuat oleh Allah tanpa campur-tangan manusia. Istilah yang selalu digunakan ialah ‘alam semulajadi’. Tetapi hati-hati ya, alam ini bukan terjadi dengan sendirinya tetapi Allah yang menjadikannya. Semula jadi itu maksudnya Allah telah ciptakan sejak awal lagi, Ada antaranya sebelum penciptaan manusia.


Manakala ciptaan secara tidak langsung pula ialah seperti bangunan, kenderaan, perabot, talipon dan lain-lain. Semua ciptaan ini dibuat oleh manusia. Dengan akal fikiran, tenaga fizikal dan keupayaan imiginasi, manusia mencipta pelbagai alat teknologi. Tetapi ingat, manusia itu dicipta Allah. Akal, jiwa dan seluruh anggotanya adalah pemberian daripada Allah jua. Manusia tidak akan dapat mencipta atau membuat sesuatu tanpa kurniaan Allah. Itulah maksudnya ciptaan tidak langsung dari Allah.


Rupa-rupanya hati kita akan menjadi tenang apabila kita memandang sesuatu ciptaan yang langsung daripada Allah. Cuba bandingkan bagaimana rasa hati kita bila melihat bukit-bukau, laut, sungai ataupun tasik dengan melihat bangunan pencakar langit? Yang mana hati kita lebih tenang. Tentulah melihat tasik, sungai dan bukit bukan? Sebab itu selalunya orang beriadah atau berkelah di tepi-tepi tasik, sungai atau bukit. Begitu juga kalau mahu bercuti, selalunya memilih lokasi yang dekat dengan alam semulajadi.


Kalau hati tenang ketika melihat langit bukan kerana langit itu yang memberi ketenangan, tetapi kerana langit itu ‘dekat’ dengan Allah yang menciptanya. Hati kita akan jadi tenang bila dekat dengan sesuatu yang dekat dengan Allah. Kalau begitupun hati kita tenang, apalagi kalau hati kita dekat terus dengan Allah melalui zikrullah dan ibadah. Tentulah akan lebih tenang. Benarlah firman Allah:



“Ketahuilah dengan mengingati Allah (zikrullah) hati akan menjadi tenang.”


Pernah mendengar bahawa alam ini sentiasa bertambah luas dari hari ke hari, dari semasa ke semasa. Inilah yang disebut oleh ahli Sains – ‘universe is expanding’ – maksudnya dunia sentiasa berkembang dari segi keluasannya. Ia umpama belon yang terus ditiup setiap hari. Keluasan jagat raya ini tidak statik dan terhenti tetapi sentiasa dinamik dan berkembang.


Begitulah kuasa Allah yang Al Wasi’ (ertinya melapangkan atau meluaskan). Allah bukan sahaja Maha meluaskan rezki, pengampunan dan rahmat-Nya tetapi Allah juga Maha meluaskan alam ciptaan-Nya. Jadi, apa kata selepas atau semasa membaca tulisan ini , jengukkan kepala ke luar tingkap. Pandanglah langit. Lalu ingatlah Allah yang bersifat Al Wasi’ (Maha Meluaskan). Insya-Allah hati akan menjadi lebih tenang, malah ilmu, rezki dan lain-lain lagi pun akan menjadi bertambah luas! Amin.




Perkongsian,
Kembara Samudera Qaseh.