بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.
Macamana lah nak pujuk anak mak sorang ni. Belas hati mak. Macamana nak buat ni? Jangan lah anak mak buat sesuatu yang merugikan masa depan samda di dunia atau akhirat.
Berkahwin atau mendirikan rumah tangga merupakan salah satu daripada sunnah Rasulullah s.a.w sebagaimana sabda Baginda yang bermaksud: “Perkahwinan itu sunnah aku. Sesiapa yang menolak sunnahku, maka dia bukan dari kalanganku.”(Riwayat Bukhari)
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, Bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir”.
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:
Maksudnya:
Dari Abdullah bin Mas’ud Radiallahu-Anhu ia berkata: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda kepada kami: Wahai orang-orang muda! Barangsiapa yang berkuasa antara kamu untuk berkahwin, maka berkahwinlah, sesungguhnya perkahwinan itu melembutkan pandangan dan menjaga kehormatan dan barangsiapa yang tidak mampu, kerjakanlah puasa kerana puasa itu boleh melembutkan syahwat. (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).
“Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya,keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu”
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Diriwayatkan dalam sebuah kisah, seorang lelaki datang menemui Hasan bin Ali RA (cucu Rasulullah SAW) untuk meminta nasihat. Katanya, “Anak perempuanku dipinang oleh beberapa orang lelaki. Dengan lelaki yang bagaimanakah yang layak dikahwinkan dengan puteriku?” Hasan menjawab,“Kahwinkanlah dia dengan lelaki yang bertakwa kepada Allah, kerana jika ia menyukai isterinya ia pasti mengasihinya, tetapi jika ia tidak menyukai isterinya pasti ia tidak akan berlaku zalim terhadapnya (tetap menghormati isterinya)”.
Rasulullah SAW juga amat benci kepada mana-mana bapa (atau wali)
yang mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang fasik. Baginda
mengingatkan dalam sabdanya yang bermaksud: “Sesiapa yang menikahkan
anak perempuannya dengan lelaki fasiq bererti ia telah memutuskan hubungan
silaturrahim dengan anaknya sendiri”.
Sabda Rasulullah lagi: “Sesiapa yang mengahwini isteri kerana kedudukannya, tiadalah Allah tambah kecuali kehinaan, sesiapa yang menikahi isteri kerana hartanya, tiada ditambah oleh Allah kecuali kefakiran, tetapi sesiapa yang berkahwin kerana ingin menunduk pandangannya menjaga kehormatannya atau menghubung silaturahim Allah akan memberkati keduanya.” (Riwayat Imam al-Tabarani)
"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui." (Nur 32)
Baginda bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al-Tabrani; “Barangsiapa yang dikurniakan oleh Allah seorang wanita solehah, sesungguhnya Allah telah menyempurnakan sebahagian imannya, maka bertaqwalah dengan sebahagian yang berbaki”.
Sementara itu, Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin ada menyatakan: “Tidak akan sejahtera hati seseorang yang dikuasai oleh syahwat melainkan dengan perkahwinan, apabila hati dalam keadaan kecelaruan seseorang itu tidak mampu melaksanakan ibadat dan pekerjaan-pekerjaan lain dengan sempurna”.
Dari Aisyah Radiallahu-Anha, telah bersabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam: Berkahwinlah kamu kerana perempuan itu juga boleh menolong kamu mencari harta atau boleh menolong kamu menjimatkan harta. (Riwayat Al-Imam Al-Bazzar).
Orang yang tak berkahwin tu dikatakan miskin di akhirat nanti. Berkahwinlah,janganlah di dunia kita miskin,di akhirat nanti miskin juga.
Luahan rasa,
Kembara Samudera Qaseh.
0 ulasan:
Catat Ulasan