CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Ahad, 9 Januari 2011

Berani Kaya Berani Taqwa


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 


Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.



Mak tak akan jemu untuk memujuk anak mak, agar hati tidak bermusim-musim. Ada musim pancing ikan banyak yang kena, ada musim, pancing ikan seekor pun tak kena.


Kalau musim hujan lagilah parah, banjir merata tempat. Kalau musim kemarau tanah jadi gersang pula. Jadi yang mana satulah hati anak mak ini.


Ini mak nak kongsi sikit, buat tambah bacaan...


Sebuah buku menarik berjudul "BERANI KAYA BERANI TAKWA" karya ustaz Anif Sirsaeba (adik ustaz Habiburrahman el-Shirazy) menceritakan mengenai perkaitan kaya dengan mendirikan rumah tanggal, menarik sangat bukunya dan sdituliskan di sini untuk kita kongsi berkaitan saranan para sahabat untuk berkahwin. Antaranya:

1. Pesan dari saidina Abu Bakar r.a :

' Patuhilah Allah dalam apa-apa yang Dia telah perintahkan padamu untuk bernikah. Dia akan memenuhi janjiNya untuk membuatmu kaya'.


2. Pesan dari Saidina Umar al-Khattab r.a:

' carilah kekayaan selepas pernikahan! aku tidak pernah melihat sesuatu yg lebih aneh daripada seorang lelaki yang tidak mencari kekayaan selepas pernikahan. padahal Allah telah menjanjikan..." ....jika mereka miskin, maka Allah akan membantu mereka dengan kurniaNya".


3. pesan Abdullah bin Mas'ud:

'dapatkanlah kekayaan dengan bernikah'.

Imam al-Qurtubi dipetik menafsirkan ayat 32 surah an-Nur tu antaranya dengan makna bahawa jangan biarkan kemiskinan jadi alasan untuk tidak berkahwin. Dan perlu kita faham bahawa perkahwinan tak pernah pilih kasih, maksudnya bukan orang kaya sahaja yang boleh berkahwin sebab kalau kahwin dengan niat untuk cari redho Allah, pasti Dia akan bantu segala permasalahan yang melanda rumahtangga.


Dan jadi tanggungjawab kita juga untuk memberi galakan dan bantuan kepada orang lain untuk cepat2 kahwin, terdapat satu hadith dari Tirmizi, Rasulullah s.a.w bersabda..

" ada 3 orang yang mempunyai hak Allah yang harus dibantu;
1. seorang yang ingin berkahwin kerana ingin mencari kesucian,
2. hamba yang ingin merdeka,
3. orang yang berjihad fi sabilillah.."


Iktibar dari kisah yang berlaku lebih kurang 1400 tahun dahulu yang mana boleh kita jadikan panduan hidup ini. Insya-Allah.


Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. didatangi oleh seorang lelaki. Lelaki ini mengaku dirinya seorang yang miskin. Kemudian ia meminta jalan keluar agar terlepas dari belenggu kemiskinan.


Rasulullah s.a.w tanpa banyak fikir lagi terus menyuruh lelaki itu berkahwin. Lelaki ini sangat senang dengan saranan yang diberikan Rasulullah. Dengan keyakinan yang mantap, akhirnya lelaki itu berkahwin. Setelah sekian lama berkahwin, lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah dan mengadukan nasibnya, “Ya Rasulullah saya sudah berkahwin tetapi masih tetap miskin, bagaimana ya Rasulullah ?”. “Kahwin lagi,” jawab Rasulullah singkat.


Si lelaki tanpa banyak bertanya lagi. Beliau percayakan kepada Rasulullah. Sebab tidak mungkin Rasulullah mahu menipu ummatnya. Akhirnya lelaki itu berkahwin lagi dengan gadis lain. Namun beberapa waktu kemudian lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah dan mengadukan masalahnya : “Ya Rasulullah, isteri saya sudah dua tapi saya masih miskin, bagaimana ya Rasulullah… ?” keluh lelaki itu. “Kahwin lagi,” jawab Rasulullah singkat.


Hati lelaki itu berasa senang apabila mendengar jawapan Rasulullah. Kemudian beliau berkahwin buat kali ketiga. Namun setelah beberapa lama keadaan tetap juga belum berubah. Mulanya ia malu mengadu kepada Rasulullah, tapi apakan daya ia masih tetap miskin. Dengan berat hati beliau mendatangi Rasulullah dan menyampaikan masalahnya. “Ya Rasulullah, engkau telah menyuruhku menikah untuk ketiga kalinya, tapi aku tetap miskin. Sekarang apa yang harus kulakukan?”, adu lelaki itu. “Berkahwinlah lagi,” kata Rasulullah.


Akhirnya si lelaki itu menikah buat kali keempat. Dan benarlah kata Rasulullah. Ternyata isteri keempatnya ini membawa kebahgiaan di dalam kehidupannya. Dengan kepandaiannya menenun, ia mengajar kemahiran tersebut kepada tiga madunya. Akhirnya usaha tersebut mendatangkan keuntungan dan kekayaan. Perusahaan industrinya maju dan mampu mencukupi keperluan rumah tangga lelaki itu serta isteri-isterinya.


Sabda Rasulullah bermaksud :
“Carilah rezeki dengan menikah” (Riwayat Ibnu Abbas)


Firman Allah Taala bermaksud :
“Dan kahwinilah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.”(surah an-Nur :32)


Dengan mengambill iktibar dan teladan dari kisah di atas, Insya-Allah jika niat kita ikhlas dan murni serta tujuan berkahwin itu kerana Allah, tidak mustahil segala gejala-gejala sosial dapat dihindarkan.


Berani cuba? Janji Allah Benar! Maka jika yakin dengan janji-janji Allah, bersabarlah dan taati perintahNYA dan RasulNYA.




Perkongsian,
Kembara Samudera Qaseh.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

susah tu...zaman la kene nampak mcm mampu...baru org pecayo...

lg pun Allah tak kuarkan surat layak menikah,,,jd mana ada org nak pecayo kemampuan...

dok diam2 sudah

Mak berkata...

Hipokrit buat apo? Nampak mampu tapi tak mampu.

Baiklah nampak lekeh tapi mampu segalanya.

Ada apa pada imej, tapi tak ada isi. Agaknya itu yang orang suka biar papo asal bergayo!

Lebih baik jadi ubi, makin tinggi, makin besar isi.

askuliah berkata...

salam .. saya ingin mohan share artikel blog nie... boleh x. sy da post dalam fb sya. mintak yer .. buat dulu baru ingt