CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Isnin, 28 Februari 2011

Bicara Kasih 8

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات


Walaupun kita akan berpisah,
Kerana masa cukup bilangan,
ku harap engkau tidak gelisah,
dan tidak merasa kehilangan.


lepaslah daku pergi melangkah,
mohon daku doa restumu,
maaf kan daku mana yang salah,
dilain masa bertemu.


selamat tinggal teman dahulu,
juga handai serta sahabat,
semoga rakan damai selalu
luka ku bawa tarohan.


biarlah segala kegelisahan,
bersama ratap tangis semua,
menambah indahnya perpisahan,
dan mesranya masa bersua.


Andai terdengar hamba tak pulang,
hilang lenyap tidak kembali,
jenguk pusara taburkan kembang
walaupun setahun hanya sekali.


Embun mak, suatu saat, jika tiada lagi coretan di sini, ketahuilah bahawa mak telah pergi jauh.


Mungkin dalam sepi begini memberi ruang untuk embun mak membuat persediaan seperti mana mak juga membuat persediaan untuk menghadapi suatu perjalanan yang jauh.


Cuma mak berharap dihujung perjalanan,kita tetap dapat bersatu di bawah satu payung naungan Nabi Muhammad SAW. Bersama duduk di atas dipan-dipan dan meminum air dari telaga khautsar.


Embun mak, jadilah anak soleh, pelihara iman dan akhlak walau dimana pun. Penuhi piala hati dengan rasa kasih sayang dan cinta kepada Allah dan RasulNYA.





Mak yang tetap sayang,
Kembara Samudera Qaseh.

Khamis, 24 Februari 2011

Bicara Kasih 7

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات


Maha Suci ENGKAU Ya Allah...

Berilah aku kekuatan untuk meneruskan sisa hidup yang berbaki entah berapa hari lagi. Ku mohon pada MU, sebelum aku KAU jemput, hadiahkan seorang wanita yang baik kepada anakku ini. Untuk dijadikan teman berbicara, teman bermesra dan teman untuk dia berkasih sayang.


Setiap kali dada ini sakit dicengkam kuat tangkai jantungnya dan dilepaskan semula agar reda sakitnya, setiap kali itu jugalah air mata hadir dipenjuru mata. Dan hadir juga wajah sayu anakku ini. Tak ada kata lain yang ku bisikkan , dan hanya telinga ku saja yang mendengarnya," Ya Allah, jangan KAU ambil nyawaku  ketika ini, sebelum KAU hadirkan seorang perempuan yang baik disisinya." Dan air mata ini akan terus mengalir laju menuruni pipi. Aku tak tega untuk pergi meninggalkan dia keseorangan.


Jika ada yang menawarkan emas segunung, mutiara selautan pun tidak akan aku tukar ganti dengan kasih dan sayang aku dengan iman yang ada di dalam hatinya. Sekebal mana pun kubu dan benteng untuk memisahkan kasih sayang aku kepadanya tidak berjaya membuang rasa kasih dari hati ini. Aku rela bermandi duka sambil bertasbih kepada MU memohon kesejahteraan untuk dirinya.



Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk aku berdiri di bumi yang nyata. Ambillah semuanya yang jadi temanku tapi jangan KAU biarkan aku terpisah dengannya. Bantulah aku untuk mentarbiyah dirinya menjadi anak soleh. Matlamat kasih sayangku padanya cuma satu sahaja, mendidik dia menjadi anak soleh. Anak yang mentaati MU dan RasulMU.


Maha Suci ALLAH...



Aku yang telah senja,
Kembara Samudera Qaseh.

Isnin, 21 Februari 2011

Bicara Kasih 6

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات


Musim berganti menggamit memori
Membuai seuntai kenangan


Bagaimana mungkin untuk diimbas semula kenangan lalu dan diulang semula agar harmoni itu bisa dilalui bersama.


Kita adalah seperti sebuah keluarga, ada gurau bicara , saling memberi dan menerima tetapi kini mak hanya mampu melihat ibarat berada bukan dalam alam dunia.


Mungkin dirasakan mak telah mati. Telah tak bernyawa, kerana mak kini ibarat seperti roh yang kembali melihat orang disayangi di dunia nyata.


Agaknya memang benar aku telah mati kerana tak ada apa fungsinya kini. Ya, aku tahu aku hanya boleh melihat tapi tak boleh menyentuh apatah lagi mendakapnya.


Embun, kalau dinihari pun kau sudah tak sudi untuk menitis di telapak tangan ini, bila lagi mungkin akan kau muncul? Adakah mak bukan siapa-siapa lagi?


Maha suci Engkau Ya Allah, aku serahkan segala urusan ku ini kepada MU. Tak ada tali yang mengikat kasih dan sayang ini, hanya keagungan MU yang aku harapkan. Simbahi putera ku ini dengan limpahan rahmat dan kasih sayang MU keatas dirinya ketika sebelum, semasa dan sesudah kematiannya.


Ya Allah berikan kepada puteraku ini keampunan terhadap segala dosa-dosanya samada dia sedari atau tidak sedari, sengaja atau tidak sengaja atau dosa yang hanya ENGKAU mengetahui.


Ingatlah embun mak, Allah itu Maha Pengampun. Allah sangat cinta pada hamba yang taat kepada NYA dan RasulNYA. Di antara tanda cinta Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya, Dia sentiasa membuka pintu keampunan-Nya kepada mereka yang melampaui batas dan menzalimi diri sendiri dengan melakukan dosa dan maksiat.


Allah SWT melarang kita berputus asa dari rahmat dan kasih sayang-Nya walau sebesar mana pun dosa dan maksiat yang pernah kita lakukan.


Allah SWT berfirman yang bermaksud:

Katakanlah, wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas (melakukan dosa), janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah… (al-Zumar: 53)


Allah SWT dengan sifat Pengasih dan Penyayang-Nya membuka seluas-luasnya pintu keampunan buat kita dengan pelbagai jalan. Di antara jalannya adalah memperbanyakkan amal kebajikan kerana ia adalah penghapus kejahatan.


Embun mak, ini saja buah tangan mak untuk dijadikan panduan. Berhati-hatilah embun mak melangkah. Jangan izinkan teman mu kini membiarkan kau jatuh tersungkur lagi. Mungkin musafir embun mak kali ini penuh ranjau dan duri juga. Mak cuma boleh memerhati tanpa izin untuk mencampuri atau berbicara. Mak tunggu izin embun mak, untuk mak bersuara.




Aku yang sentiasa kasih,
Kembara Samudera Qaseh.

Ahad, 20 Februari 2011

Bicara Kasih 5

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات


Musim berganti menggamit memori
Membuai seuntai kenangan


Kadang-kadang mahu rasa menyepi, menjauh, jauh dari segala perkara. Namun kerana sayang, kerana kasih segala rasa yang ada dibuang jauh.  Mak tak mampu  untuk lama mendiamkan diri. Mak tetap mahu menyapa. Dah berapa  lama mak diamkan diri samada jari atau lisan ini.


Air mata dah puas mengalir membasahi pipi, puas meraung dalam hati, namun kerana kasih dan sayang, segala duka dilempar jauh di sisi langit sana. Mengharap akan ada sinar mentari mengeluarkan sinar gemilangnya.


Rindu, memang serindunya. Ibu mana yang tak rindu anak. Ibu mana yang tidak kasih anaknya. Tapi bila anak terasa, meluahkan rasanya hati, hati ini meraung hiba lagi.

20 Februari 2011
[08:25:35 AM] embun: wa ada dua mak
[08:25:55 AM] embun: tp wa melawan juga bila tak adil
[08:26:10 AM] embun: bila wa dibelakangkan


Embun mak, bagaimana keadilan yang embun mak tuntut dari mak? Tidak secubit pun mak berbeza kasih antara embun dengan anak kandung mak. Tapi kalau antara anak-anak angkat lain, embun mak yang paling beruntung sebab nama embun sentiasa berada dalam hati mak. Mak tak pernah sedetik melupakan nama embun mak. Wajah embun mak selalu saja terpapar diruang mata mak. Macam ada skrin putih yang paparkan depan mak.


Dalam mak jaga, ketika mak mahu lena, terbangun dari tidor, ketika mak masak, tak ada nama lain yang mak sebut dalam doa melainkan mengharap Allah beri kesejahteraan pada embun mak.


Tiap kali mak ingat, pasti air mata mak tumpah. Mak tanya diri mak, kenapa embun mak rasa mak tak adil? Mak belakangkan embun mak. Apa bendanya yang mak tak sedar?
Mak fikir dan tertanya dalam hati, apa yang mak tak adil, apa yang mak belakangkan embun mak?


Kalau embun mak masih sudi berkongsi dengan mak, bagitahu lah, biarpun pahit, tetap mak terima agar tidak ada rasa tak puas hati dalam hati embun mak. Mak tak mahu ia jadi dendam. Mak minta maaf jika mak salah memberikan. Bukan mak beri sesuatu tanpa usul periksa. Bukan apa yang kita telah lalui tu sesuatu yang pakai terjah saja.


KIta sudah perhalusi, kita sama-sama selidiki. Tapi kalau ketika itu Allah hijabkan dari pengetahuan kita, dan hanya buka selepas tu, apa yang mampu kita lakukan. Semampu mak, mak tak mahu perkara lalu berulang lagi. Mak dah tak sanggup lihat hati embun mak dilukai. Mak dah tak sanggup embun mak terasa dihina lagi. Mak tak mahu ada dendam dalam hati embun mak. Mak dah rasa bagaimana sakitnya bila didendami hingga begitu sekali.


[09:00:44 AM] embun: lainlah kalau aku mmg marah
[09:00:52 AM] embun: mmg aku tak maafkan
[09:01:05 AM] embun: sbb aku mmg suka dendam sampai jd nanah


Mak tahu embun mak seorang yang pemaaf. Orang tak minta maaf pun embun mak dah maafkan. Itu adalah sifat terpuji.


[08:59:41 AM] jamilaripin: bro!! aku minta maaf pasai hari tu
[08:59:57 AM] embun: takdak hal la bro
[09:00:19 AM] jamilaripin: hari tu aku bd mood la
[09:00:32 AM] jamilaripin: terima kasih hndra
[09:00:35 AM] embun: tak minta maaf pun aku maafkan...sbb aku tak marah


Harap dengan mak pun gitu juga. Mak takut, ntah bila-bila mak mati, tak sempat minta maaf atas segala salah silap mak yang tak mak sedari kerana sifat kelemahan mak yang selalu lalai dan lupa. Harap embun mak sudi maaf dan doakan mak.


Jangan lupa solat jenazah untuk mak. Kalau mampu sampai sebelum jenazah mak dikuburkan, cium pipi mak. Walaupun mak dah mati, roh mak masih ada melihat apa embun mak buat. Dah pasti roh mak masih berada di mana-mana ruang berhampiran jasad mak untuk melihat orang-orang yang mak sayang sebelum jasad mak ditanam dan roh mak dibawa ketempat lain.


Mak ada sesuatu untuk embun mak. Tak tahu bila akan embun mak terima. Mak masukkan barang tu dalam kotak dan tulis nama embun mak. Kalau mak tak sempat beri masa mak hidup, embun mak mintalah pada waris mak. Kotak tu mak simpan dalam almari, mak balut kotak dengan kertas minyak.


Hari ni mak dah puas nangis...tak tahu bila nak berenti air mata ni. Mak tak sanggup lihat hati embun mak dilukai dan dikecewakan lagi. Berserahlah pada Allah, moga diberikan yang terbaik buat embun mak.



Aku yang sangat kasih,
Kembara Samudera Qaseh.

Rabu, 16 Februari 2011

Bicara Kasih 4

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات


Musim berganti menggamit memori
Membuai seuntai kenangan



Kasih sayang itu indah jika dimiliki, namun bukan semua kita berjaya memilikinya. Pedih dan terluka pasti dirasai bila mana kasih sayang yang dirasai tetapi tidak dimiliki.



Bertuah nasib badan kerana adanya insan lain menyayangi diri, tetapi punya maknakah kasih sayang itu?



Adakah kasih sayang itu hanya menjadi igauan dan mimpi buruk yang sukar dilupakan? Namun ada manusia yang tulus kasihnya, kerana sayang tetapi tidak berupaya memiliki kasih sayang itu maka dia dilepaskan untuk berlalu pergi.


Bila mana terjadi pilihan atas suatu pilihan,  yang amat berat untuk ditaati, maka kewajaran rasional yang diambil. Lepas lah kasih  sayang yang baru bertunas itu,lepaskan cinta yang baru berputik itu.
  

Antara kasih sayang kepada seorang lelaki yang baru 1 bulan dikenali dengan kasih sayang seorang ibu yang telah membesarkan diri selama 26 tahun, maka kasih sayang yang mana akan dikorbankan?


Suami atau lelaki boleh dinikahi bila-bila masa, tetapi kasihnya ibu membawa ke syurga.Maka pilihlah ibu. Ibu yang bersekang mata sejak dia kecil sebesar ibu jari dengan kini punya sebesar kawah, masih subur kasih sayang itu.


Memang pedih, memang terluka tapi bila pilihan terjadi memang tak sanggup untuk melukakan yang di sini dan tak mampu juga untuk mengecewakan yang disana, namun apa daya, apa upaya? Hati sendiri juga derita dan merana.


Jangan sedih , jangan berduka, jadikan ini memori indah untuk dikenang. Secebis kasih yang pernah terpahat dihati itu, sebuah benih cinta yang mulai tumbuh, pautkan ia ke arah mentari agar cinta itu tetap abadi kepada yang menciptakan kita.
 

Moga ada sinar mentari , ada pelangi selepas hujan ini. Kuat , tabah dan bersabarlah menghadapi segala ujian diperjalanan di dunia fana  ini. Pelihara iman, tingkatkan ketaatan kepada Allah dan RasulNYA.


Bertuah engkau wahai anakku, dikasihi oleh wanita-wanita yang tulus, tidak memandang rupa, tetapi mengasihimu kerana agama dan akhlak yang ada pada mu. Dan kerana agama , mereka terpaksa melepaskan kasih sayang dan cinta yang berputik di hati.






Hati yang merasai,
Kembara Samudera Qaseh.

Selasa, 15 Februari 2011

Bicara Kasih 3

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات


Musim berganti menggamit memori
Membuai seuntai kenangan


Mendiamkan diri lebih indah dari berkata-kata membawa sengketa. Biarlah kenangan semalam berlalu dan terpahat dalam memori.


Biarkan saja airmata terus mengalir lama mana ia suka. Hati manusia memang suka bermusim-musim. Ketika musim bah, banyak kemusnahan berlaku. Ketika musim kering, hati pula makin gersang dan tandus. Sukar untuk kita mentafsir hatinya jika sentiasa berubah-ubah.


Hanya kata sabar sahaja perlu disematkan dalam hati kerana ini hanya secebis ujian dari tuhan. Tuhan berikan ujian ini untuk kita lebih dekat padanya.


Banyak kelebihan atas kesedihan ini. Dengan kesedihan ini, hati memang sentiasa terikat dengan doa. Doa menjadi tulus dan merdu iramanya dinihari.


Semoga kita semua diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam melangkah kaki di dalam dunia fana ini. Moga iman kita mantap dan sempurna tidak berubah mengikut musim juga.


Anakku,engkau tetap di hati mak hingga nafas terakhir mak.



Luah rasa,
Kembara Samudera Qaseh.

Bicara Kasih 2

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات

Musim berganti menggamit memori
Membuai seuntai kenangan


Bila mentari bersinar terang
Terpancar cahaya suria
Memuji keagungan Tuhan pencipta
Menginsafi kedhaifan
Bila mentari menghilang diri
Terbit pula kenangan lalu
Tertunduk ku pasrah sedih ku
Menyepi
Hanyut dalam arus berliku

Oh Tuhanku Yang Esa
Ampunilah hambaMu
Berikanlah ku kekuatan
Mengharungi mehnah Mu
Ku pohon restu hidayah dariMu
Rahmatilah hidup ku
Terimalah oh taubat ku
Penghapus segala dosa ku
Deruan ombak
Menghempas pantai
Bergelora dipukul badai
Himpunan buih di tepian
Ia tidak berkekalan
Begitulah hidup manusia



epilog seorang hamba,
Kembara Samudera Qaseh.

Isnin, 14 Februari 2011

Bicara Kasih 1

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات

Musim berganti menggamit memori
Membuai seuntai kenangan



Maha suci Allah, satu yang aku pinta dari MU, jangan aku diuji dengan bebanan rasa yang tidak mampu untuk aku tanggung. Anugerah MU tetap aku pelihara, tidak akan aku sia-siakan dalam erti kata kasih dan sayang di ungkapan doa.








Kaulah bahagia
Kaulah derita
Esok lusa,
Tak aku kenal lagi engkau siapa
Mungkinkah esok atau lusa walau biarpun lama
Akan aku tetap kan kasih dan sayang
Entah bila akan tiba
Esok seperti semalaman yang tak berubah
Kau menjadi tanda tanya...kau tiada titik noktah
Aku dibuai mimpi lena dikejut igau semula

Seandainya kau berada di depan mata
Mudah untuk aku berkata-kata
Supaya dapat aku melihat seraut wajah
Walaupun belum tentu mahu bertemu
Apalagi menyapa dalam mimpi.



Puisi rasa,
Kembara Samudera Qaseh.

Ahad, 13 Februari 2011

Bicara Rindu 22

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات

Musim berganti menggamit memori
Membuai seuntai kenangan




Anakku yang kusayangi di bumi Allah ta’ala,

Segala puji mak panjatkan ke hadirat Allah yang telah memudahkan mak untuk beribadah kepada-Nya. Shalawat serta salam mak sampaikan kepada Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam, keluarga dan shahabatnya. Amin…





Mana janji? Segala kehendak diturutkan, namun kini apa yang terjadi?



mak nak senang,,,buka acc fb lain
jgn add sapa2,,,,saya tak mau ada kene ngena ngan org lain,,,


Samudera Qaseh tak punya apa-apa. Kosong sahaja.


Hari yang dilalui kini tak seindah semalam
Bintang yang bersinar sudah tiada lagi
Mentari yang memancar kini semakin suram
Bayangan wajahmu sudah tiada lagi

Apa yang harus ditangisi
Penyesalan sudah tiada gunanya
Biar airmata darah ku tumpahkan
Tak bisa mengundur masa








Aku yang tetap sayang,
Kembara Samudera Qaseh.

Sabtu, 12 Februari 2011

Bicara Rindu 21

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Serangkai kasih dalam limpahan budi,
menguntum segar dalam kenangan.


Tak kan tempua bersarang rendah. Masih ingatkah anak mak dimana kita pi jalan-jalan dan ternampak sarang burung tempua. Kita pi Kg Jeram Batu, sampai sesat-sesat kat lorong menuju ke tepi laut. Ini akibatnya banyak sangat berborak sampai mak terlupa lorong mana nak masuk.


Teringat mak peribahasa yang berkaitan burung tempua.

"Kalau tidak ada berada-ada, takkan tempua bersarang rendah. Jikalau sesuatu itu tidak benar, masakan ada pula buktinya." <<<   sekadar selingan.  


Sarang burung tempua betina


Anak mak cerita kat mak beza sarang burung tempua jantan dengan sarang burung tempua betina. Selama ini, mak tak tahu pun, yang sarang burung tempua tu ada beza antara yang jantan dengan yang betina.


Sarang  Burung Tempua jantan berbeza dari segi rekaannya, bentuk, struktur, dan saiz. Sarang Burung Tempua jantan mempunyai tempat bertenggek baginya menunjuk-nunjukkan dirinya, sementara sarang Burung Tempua betina mempunyai bahagian bawah yang melengkung bagi menyimpan telur.

 Sarang burung tempua jantan


Memang begitulah kita ni, jumpanya sekali sekala tetapi kita memperuntukkan masa yang ada tu semaxima yang mungkin agar tidak menjadi sia-sia. Ke sana ke mari anak mak bawa mak pi berjalan. Memang kalau bukan anak mak yang bawa mak, akan terperaplah mak di rumah dengan bibik.


Kita jumpa orang kutip pucuk paku, kita terus beli. Rupanya, anak mak cuma pandai makan sayur pucuk paku dengan pucuk ubi keledek saja. Banyak anak mak beli, sampai mak boleh masak untuk 2 kali makan. Esoknya anak mak balik ke Bangi, mak bekalkan sayur pucuk paku yang mak dah masak.



Sampai rumah, terus mak masakkan pucuk paku tumis dengan udang. Berselera anak mak makan sambal udang dengan sayur tumis pucuk paku. Anak mak memang suka makanan selera kampung. Tiap kali anak mak makan, pasti mak akan tunggu sebagai teman. Kadang-kadang mak makan bersama, kadang mak cuma duduk teman, sambil tengok anak mak suap nasi ke dalam mulut.


Begitulah,  betapa banyak kenangan yang mak kutip untuk anak  mak  ingat semula. Moga suatu hari nanti,bila mak dah tak ada inilah yang dapat anak mak baca buat penawar rindu pada mak.



Aku yang masih sayang,
Kembara Samudera Qaseh.

Jumaat, 11 Februari 2011

Bicara Rindu 20

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Serangkai kasih dalam limpahan budi,
menguntum segar dalam kenangan.



Seuntai kenangan lalu menyinggah apabila peristiwa itu berulang dan berlaku lagi. Semalam dalam visi mencari derma untuk Tabung Kebakaran Pondok Maahad Ash-Syifa' terfikir untuk pergi menziarahi seorang sahabat lama yang telah bersara.


Rumahnya di Kg. Sg. Danga berhampiran Taman Sutera dan Taman Perling. Seawal jam 10.30 sudah keluar rumah untuk menguruskan beberapa hal. Ke Menara Jati untuk mematikan stem borang-borang Akuan Kehilangan Buku Akaun Bank Rakyat dan Tabung Haji. Ke Mydin dan Bank Islam. Semua tempat ini berdekatan.


Dalam perjalanan balik itulah terus menuju ke Taman Perling untuk ke Sg.Danga. Sampai rumah sahabat waktu zohor. Bersolat zohor, makan tengah hari bersama-sama sambil berbual bertanya khabar.


Pukul 3.15 petang minta diri untuk pulang ke rumah. Mesti melalui Taman Perling untuk menuju ke Jalan Skudai. Oleh kerana jalan sehala, perlu buat pusingan U di flyover. Ketika membuat  pusingan U di flyover, terkenang kisah lalu mak bersama anak mak melalui jalan ini.


Sambil memandu, berbual-bual dengan Iffah, bercerita kisah lalu anak mak terpaksa sampai 2 kali buat  pusingan U kat sini kerana ralit berbual-bual dengan mak ketika itu. Rupanya mak juga terpaksa buat 2 kali pusingan U kerana ralit berbual dengan Iffah sehingga tersilap masuk lorong.


Benar-benar menyentuh hati dan perasaan. Sebak rasanya teringatkan mak bersama anak mak melalui laluan itu. Bukan sekali bersama anak mak melalui laluan tu, tapi 2 kali. Sekali bulan Mac 2010 dan sekali lagi bersama bibik dan Naimah pada bulan Oktober balik dari Pasir Gudang. Semua kesilapan tu berlaku kerana ralitnya kita berbual-bual.


Oleh sebab dah tersalah laluan , balik dari Pasir Gudang hari tu, terus kita melalui Nusajaya. Berhampiran lampu isyarat di Nusajaya, ada sebuah kereta kancil rosak. Selepas lampu bertukar hijau, anak mak jalan ke depan dan berhenti di pinggir jalan. Ingatkan kenapa berhenti, rupanya anak mak turun dan pergi menolong pemandu kereta kancil itu. Pemnadunya perempuan, tak tahu nak buat apa-apa bila kereta tak hidup.


Anak mak dengan seorang pemuda cina, menolak kereta itu ke tepi untuk mengelakkan kesesakkan laluan di lampu isyarat. Dan apabila sudah pasti ada mekanik yang akan datang membaiki kereta kancil itu, barulah anak mak beredar dan meneruskan perjalanan kita balik ke rumah.


Bukan semua orang memiliki hati seperti hati anak mak ini. Mak sendiri pun pernah terkena bila tayar kereta mak pancit, puas mak berdiri di tepi jalan untuk minta pertolongan, namun tidak ada sesiapa yang sudi menghulurkan pertolongan. Tapi pemandu kereta kancil tu beruntung, tanpa dia mohon pertolongan pun, ada orang yang sudi menghulurkan bantuan.


Mak akan kutip semua kisah mak bersama-sama anak mak walau di mana jua pun kita berada. Tak kira kisah itu pahit atau manis untuk dikenangkan. Itu saja yang mak miliki.


Semoga anak mak tabah, kuat dan sabar menghadapi ujian dan dugaan Allah.




Aku yang tetap sayang,
Kembara Samudera Qaseh.

Khamis, 10 Februari 2011

Bicara Rindu 19

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Serangkai kasih dalam limpahan budi,
menguntum segar dalam kenangan.




Seuntai kasih dan harapan. Masih terpahat di sanubari. Kenangan manis dan indah walupun bersulam hempedu.



Semalam dalam perjalanan menziarahi sahabat, dalam radio IKIM terdengar bicara seorang doktor mata dengan pendengar radio, peranan dan tugas kita hidup di bumi ini cuma ada 3 perkara sahaja, iaitu:


1. Sebagai hamba Allah
2. Sebagai khalifah
3. mengimarahkan bumi





Dan dalam hidup ini,kita cuma perlu ingat 2 perkara sahaja:


1.ingat segala kebaikan orang pada kita, lupakan segala kejahatan orang pada kita.


2. ingatkan segala kejahatan kita pada orang dan lupakan segala kebaikan kita pada orang.



“Kalau hati kita indah, kita akan sentiasa melihat keindahan. Sebaliknya kalau hati rosak, keindahan tidak akan ketara, sekalipun sudah tampak di depan mata. Atau kita mungkin akan mudah bosan dengan apa yang ada lalu mula mencari lagi. Percayalah, orang yang rosak hatinya akan menjadi pemburu kecantikan yang fatamorgana!”










Kasihku bukan seperti daun yang kering,
Kembara Samudera Qaseh.

Rabu, 9 Februari 2011

Bicara Rindu 18

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Serangkai kasih dalam limpahan budi,
menguntum segar dalam kenangan.



Dalam limpahan budi mak masih teringau dengan kenangan semalam. Sukar untuk dilupakan sesuatu yang intim di hati. Detik dan saat kesukaran yang dilalui bersama.


Sungguh mak tak lupa, anak mak adalah seorang hamba Allah yang pertama yang bukan darah daging mak sudi menjaga mak diwaktu mak benar-benar memerlukan teman. Waktu itu mak benar-benar berduka kerana dikala tak mampu melakukan apa-apa, tidak ada sesiapa di tepi mak.


Kehadiran anak mak tengah hari tu, amat mengembirakan mak. Kesudian anak mak bermalam menemani mak adalah sesuatu yang sukar untuk dibalas budinya. Mak memang faham kekangan yang dihadapi oleh orang lain untuk menemani mak, tetapi kerana keadaan mak masa itu, terlantar tidak berupaya, menyebabkan mak mengharap kehadiran insan untuk menemani mak.


Mak memang tak menyangka, dan rasanya anak mak pun tidak merancang untuk bersama mak begitu lama hingga berhari-hari , bermalam-malam bersama mak di hospital. Tapi kita merancang begini, rupanya rancangan Allah begini. Allah yang mengutuskan anak mak, dengan menggerakan hati anak mak untuk datang tinggal dengan mak.


Jadi siapalah kita yang mampu untuk menolak atau menidakkan qudrat dan iradat Allah. Samalah juga soal hati. Berkali-kali mak mungkin lupa atau lalai atau terlepas kata, dan berkali-kali anak mak merajuk, mungkinkah silaturahim antara kita terputus begitu saja?


Dan beribu kalilah juga ucapan maaf terungkap dijari ini, tidak sukar mana untuk memaafkan tetapi sukarnya untuk anak mak melepas perasaan rajuk itu.


Ketahui anak mak, anak mak dengan perkataan anak ummi tu berbeza. Cuma satu saja yang istimewa dihati mak ini. Jadi jangan lah rajukkan perkara itu. Buanglah rasa cemburu di hati tu. Mana mungkin sesiapa dapat mengambil tempat dalam hati mak setelah segala limpahan budi yang telah mak tuai.


Mana mungkin ada anak ummi lain selain anak kandung yang sanggup korbankan segalanya untuk mak. Inilah satu-satunya insan bukan nasab yang sudi berkorban semata-mata adanya rasa kasih dan sayang dalam hati anak mak. Rasanya kalau bukan kerana sayang dan kasih pada mak, anak mak tak akan datang mengorbankan segala-galanya untuk bersama susah payah dengan mak.


Anak mak, buanglah segala rasa yang ada didalam hati tu, kasih sayang mak walaupun tak boleh jadi nasi,ikan goreng dan air teh, ia tetap terpahat kaku di dalam hati. Seinci pun tak beranjak dari dulu.


Semoga anak mak tenang, damai dan beroleh kebahagiaan di dalam lindungan Allah. Jadilah anak yang soleh dirahmati di dunia dan akhirat.

(1:35 AM on 9/4/2010)

Mak: ariff, mak minta maaf buat ariff marah
Mat Nocturnal: sy minta maaf bt mak menangis
Mak: mak minta maaf
Mat Nocturnal: sy tak mau sedih lg
Mat Nocturnal: sy takmau sedih utk sesiapa lg
Mat Nocturnal: KAT HQ KAN RAMAI YG BOLEH BORAK NGAN MAK
Mat Nocturnal: PANDAI2
Mat Nocturnal: SATU KEPALA SEMUA
Mak:beribu orang pun, kalau mak tak sayang, buat apa?
Mak:kalau mak tak sayang, mak tak peduli orang tu
Mat Nocturnal: RAMAI LG ANAK MAK DLM YM
Mak: tapi mak tak mahu ym dgn mereka
Mak: sebab tu mak invisible
Mak: mak tak mahu org ym mak
Mak: mak cuma nak ariff sahaja
Mak: ariff
Mak: rehat lah
Mak: ariff penat
Mak: ariff tak tidur
Mak: tu ariff marah
Mak: mesti ada sebab kita bertemu, riff
Mak: mesti ada sebab kenapa tuhan temukan kita
Mak: tuhan tidak berikan ariff kat mak tanpa sebab
Mak: cuma rahsia tu tuhan saja yang tahu
Mak: ariff lapar
Mak: pergilah makan
Mak: cuma satu saja mak nak bagitahu
Mak: walau siapa ariff, walau apa ariff nak jadi, mak tetap sayang ariff, mak tetap kasih ariff, ariff tetap anak mak sampai mak mati.
Mak: tu yg buat ariff tersiksa
Mak: sebab benda ni duduk dalam hati ariff
Mak: ariff tak boleh bohong dan padam
Mak: ariff saja buat agar mak benci ariff
Mak: maaf lah ariff, mak minta maaf
Mak: mak tak boleh benci ariff
Mak: mak pegang janji ariff sampai mati, "jangan izinkan ariff lupakan mak."




Aku yang tetap sayang,
Kembara Samudera Qaseh.

Selasa, 8 Februari 2011

Bicara Rindu 17

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Serangkai kasih dalam limpahan budi,
menguntum segar dalam kenangan.




Kata orang bijak pandai berkata, “jadilah orang yang baik, nanti kebaikan akan datang kepada kita.”  Segala kebaikan akan datang kepada kita seperti besi yang tertarik kepada magnet. Sebab itu sering diperkatakan orang, jika kita murah dengan senyuman, kita akan murah rezeki.


Tidak kira sejahat mana orang yang kita hadapi atau seburuk mana keadaan yang sedang kita alami, tetapi jangan sekali-kali korbankan ‘kebaikan’ diri kita. Biar kalah, tetapi jangan mengalah dengan kejahatan. Jangan ambil kejahatan menjadi ‘guru’ kita. Maksudnya, cubalah beri kebaikan walaupun sering dibalas dengan kejahatan.


Ada juga yang tidak sabar untuk mendapat hasil atau balasan yang cepat. Mereka yang hanya menyiram tidak sampai semusim tetapi mengharap dapat memetik buah dengan segera. Lupakah kita bahawa membina mengambil masa, meruntuh sekelip mata? Kalau hari ini kita menanam benih, kita sirami dan bajainya… apa yang kita akan dapat pada hari esok? Ya, hanya benih yang basah. Bukan bunga, apatah lagi buah. Maka begitulah menanam pohon kasih sayang, salah sekali kalau kita mengharap bunga atau buahnya akan terhasil dengan segera.



Jika bukan kerana Allah, atas ketidaksabaran  aku sebagai manusia yang memiliki kelemahan, atas kelemahan diriku yang dikuasai nafsu  amarah, pasti benih yang disemai itu aku cabut dan kulontar ke sungai sahaja, membiarkan ia hanyut dibawa arus.


Namun siapa aku yang berhak untuk melakukan itu semua? Selagi qudrat dan iradat Allah mengizinkan kasih dan sayang itu hidup subur di dalam jiwa ini, maka aku mesti belajar untuk redha dan sabar menghadapi rintangan. Aku mesti belajar mendidik hati agar cekal.



Ya, aku dalam proses belajar. Belajar menghadapi dia yang sifatnya begini. Allah menghendaki aku untuk terus belajar dan belajar. Ya Allah,pimpinlah aku di dalam redha, rahmat dan kasih sayang MU. Bantulah aku agar sentiasa mentaati MU dan RasulMU.







Kembara Samudera Qaseh

Isnin, 7 Februari 2011

Bicara Rindu 16

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Serangkai kasih dalam limpahan budi,
menguntum segar dalam kenangan.


Anak mak, bukan anak ummi. Ada beza antara mak dengan ummi.Mak adalah panggilan yang sangat istimewa bila hanya seorang anak saja yang memanggilnya. Sedangkan ummi, beribu manusia tak kira tua atau muda atau sebaya memanggilnya.


Bila semua menyebut dan memanggil nama itu, tidak ada specialnya. Sebab itu bila hanya anak yang satu ini memanggil mak, dia menjadi sangat istimewa di hati. Sehingga ini, tidak ada sesiapa yang dibenarkan untuk turut memanggil dengan panggilan itu.


Itulah getaran yang dirindui.

"mak buat pa?"

"mak dah tido?"

Mana mungkin kasih sayang yang telah terpahat atas seketul hati batu dipadam begitu saja. Walau bagaimana air mata menitis,mengalir, tidak berjaya untuk melarutkan nama dan kasih itu.


Anak mak...


Sampai bila?


Untuk mak tunggu, panggil syahdu yang indah dipendengaran mak.




Aku yang tetap Sayang,
Kembara Samudera Qaseh.

Jumaat, 4 Februari 2011

Bicara Rindu 15

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.


Setahun lalu, pada 4 Februari 2010, beberapa jam sebelum menjalani pembedahan, mak sempat berbicara dengan anak mak melalui web mail yahoo. Masa yang sama entri ini ditulis,ketika hari lahir mak yang ke 45 . Mak menyambut hari lahir tahun lepas atas katil di wad , Bilik 22 , HSAJB.


Mat Nocturnal:sayang mak , ngelat tak tido
Me:kat mana? tadi kata nak tidor?
Mat Nocturnal:umah la,,,kat surau takda ym
Me:hehehhe..
Mat Nocturnal:tah tak ngantuk langsung, nak mandi, panas
Me:bila nak tidor ni?
Mat Nocturnal:tngk la nanti terlelap kat mana
Me:pi mandi dulu
Mat Nocturnal:mak ok tak?
Me:ok
Mat Nocturnal:mak bt pa?
Me:ni lah tunggu arif tidor
Mat Nocturnal:kenapa bkn mak yg lahirkan sy?
Me:sebab mae yang lahirkan arif
Mat Nocturnal:mak mmg bijak, paling susah ditemui ialah wanita yg bijak
Me:iskh..iskh..mana-mana pun serupalah
Mat Nocturnal:wanita yg bijak melimpahkan kasih syg
Me:arif kata nak mandi, kerja arif banyak sangat ke?
Mat Nocturnal:bnyak
Me:buat lah kerja
Mat Nocturnal: mak
Me: ya
Me: arif dah mandi?
Mat Nocturnal: tak.
Mat Nocturnal: pening la
Mat Nocturnal: tp sikit jer
Mat Nocturnal: mak bt pa?
Me: sikat rambut
Me: dah banyak rambut mak gugur
Me: bergumpal ni
Mat Nocturnal: sikat la dulu....
Mat Nocturnal: ke mak taip pakai kaki?hehheh
Me: kih..kih...
Me: pandai arif..
Me: kerja arif tu jangan lah bertangguh, kena displinkan diri
Me: itu kan punca rezeki arif
Mat Nocturnal: tah la,,tak boleh rajin mcm dulu,,
Mat Nocturnal: sejak patah hati
Mat Nocturnal: dgn org perak
Mat Nocturnal: trus malas
Mat Nocturnal: semua org tau
Me: mulakan lah hidup baru
Me: dgn cahaya baru
Me: sinar baru
Me: bintang baru
Me: oksigen baru
Mat Nocturnal: insyaAllah
Mat Nocturnal: menunggu suatu hari yg benar2 membuka lembaran baru dlm hdup sy


Me: buat apa? pergi mana?
Mat Nocturnal: syg mak
Me: solat dulu
Me: dah hampir merajuk
Me: ariff...
Mat Nocturnal: mak
Mat Nocturnal: baru habis solat
Mat Nocturnal: jgn la merajuk
Me: berapa wkatu solat?
Mat Nocturnal: 1 jelah,,asar
Mat Nocturnal: lama sngt?
Me: ya
Mat Nocturnal: bangun,,basuh muka,minum air dulu
Mat Nocturnal: sy mmg soalt pelan2
Mat Nocturnal: tak blh klam kabut
Me: hari ni tak buat kerja ke?
Mat Nocturnal: bt sikit jer
Mat Nocturnal: td hujan
Mat Nocturnal: tu yg tido tu
Me: sedpnya tidor.
Mat Nocturnal: mak marah ke?
Me: tak
Me: sayu
Mat Nocturnal: ariff minta maaf mak
Me: sendu
Mat Nocturnal: anakmu pun selalu berasa mcm tu
Me: kenapa nak minta maaf,arif tak buat salah
Mat Nocturnal: tak temankan mak
Mat Nocturnal: kesian mak
Mat Nocturnal: mak dah sedia?
Me: jika mati itu lebih baik bagi ku, maka matikan aku didalam keluasan rahmat mu, ya Allah.
Me: jika hidup itu lebih baik bagi ku,maka hidupkan aku di dalam redha, rahmat dan kasih sayang MU, Ya Allah
Me: di antara taku dan harap
Mat Nocturnal: ya Allah,panjanngkanlah usia ibuku,agar dia dpt terus melakukan kebaikan..
Mat Nocturnal: amin
Me: :((
Mat Nocturnal: senyumlah mak
Mat Nocturnal: redha
Mat Nocturnal: bersedia lah utk apa2 jua
Me: nak senyum dalam linangan air mata?
Mat Nocturnal: mak nak sy jd kuat dan tabah?
Mat Nocturnal: mak pun kena redha
Mat Nocturnal: belajar menangis gembira
Mat Nocturnal: agar jika mak pergi
Mat Nocturnal: sy juga redha
Mat Nocturnal: minta maaf mak
Mat Nocturnal: sy syg mak
Me: mak juga sayang arif
Me: arif nak ke surau?
Mat Nocturnal: jap lah
Mat Nocturnal: soalt sunat kat umah kot
Me: ingat ariff dah tak jawap, ariff nak pergi surau
Mat Nocturnal: ariff doakan mak
Mat Nocturnal: jgn risau
Mat Nocturnal: bertenang
Mat Nocturnal: bersabar
Me: ariff buat apa tu?
Mat Nocturnal: insyaAllah,,,Allah sediakan semua yg terbaik utk mak
Mat Nocturnal: tak bt pa
Mat Nocturnal: mamai lg skit2
Mat Nocturnal: pas maghrib sy balik teman mak
Me: ingat arif dah nak tinggalkan mak
Me: tak apalah, ariff pun ada kehidupan, ada kawan2..
Mat Nocturnal: jgn cakap mcm tu
Mat Nocturnal: sy nak luang masa utk mak juga
Men: kadang kala mak perlu hadapi bersendirina
Mat Nocturnal: tak elok bersendirian mak
Me: menangis ,menagis,menagis
Me: dan terus menangis
Mat Nocturnal: bahaya tu
Me: mana nak cari org teman mak sekarang ni?
Me: mak kena berkorban juga
Mat Nocturnal: jgn biarkan keadaan mak mcm tu
Mat Nocturnal: nanti syaitan hasut mcm2
Mat Nocturnal: mak
Mat Nocturnal: tido ke?
Me: mak dah tidor td
Mat Nocturnal: tanak tido lg?
Me: ariff buat apa? dah buat air?
Me: ariff...puasa la
Mat Nocturnal: blom,,baru abis slt,trus msj mak
Me: kerana Allah untuk mak
Mat Nocturnal: yelah.,,
Mat Nocturnal: jap lg pg beli roti
Me: hari ni khamis, 1.sempena hari lahir mak,2.doa agar mak diberikan kekuatan.
Mat Nocturnal: sahur tak mkn maknanya puasa tido
Me: sahurlah dulu
Mat Nocturnal: sunat lewatkan sahur kan?
Me: ya
Me: mkn nasi
Mat Nocturnal: takda nasi la mak
Mat Nocturnal: roti pun ok
Me: mak dah dipuasakan
Me: puasa tak berniat
Mat Nocturnal: tak berniat pun dpt pahala
Mat Nocturnal: dah masuk subuh
Mat Nocturnal: g dulu mak
Me: baik
Mat Nocturnal: mak bertenang
Me: ya
Mat Nocturnal: jgn piki mcm2
Mat Nocturnal: serah diri
Mat Nocturnal: bye
Me: kata nak pi surau
Mat Nocturnal: syg mak
Me: pi solat dulu
Me: mak sayang ariff juga


Melalui email :

Re: Mak Ariff Umpama Bintang,


...mak,,,,,,,,ariff risau akan diri mak,,,tp ariff percaya,,Allah sentiasa bersama mak,,,,,,
mak,,,,,,,,berserahlah segala urusan hanya kpd Allah,,
mak,,,,,,,,ariff syg mak,,sungguh,,,perasaan ini hanya Allah yg tahu...
mak,,,,,,,,tiada apa yg dpt ariff lafazkan lg,,cuma berserah,mengharap mak kembali menyinari hidup ariff.....semoga Allah menemukan kita semula....Amin



Dan selepas pembedahan berlalu dengan selamat, malamnya mak buka laptop dengan bantuan jururawat , mak buka email dan nampak email ariff yang ini...


Re: Mak Ariff Umpama oksigen ,Thursday, February 4, 2010 12:23 PM



rindu kat mak....
sembuh la cpat mak...
ariff nak dgr mak ketawa lg..
nak dengar nasihat mak lg...
mak la penawar duka di hati ariff...


Bagaimana mungkin untuk mak melupakan semua kenangan ini? Telah tersurat dan tercatat dalam memory . Dan telah tersurat dalam takdir, mak kembali sihat. Memang qudrat dan iradat Allah begitu. Namun mak tahu anak mak tetap mendoakan mak  dan  harapan dalam doa anak mak agar mak terus hidup sehingga hari  ini.



Betapa dasyatnya doa seorang mukmin...


Kekuatan atau kedahsyatan doa bagi seorang muslim tidak dapat dinafikan lagi. Doa adalah senjata buat kaum muslimin, Ad Du‟au Silahul Mu‟min. Di saat canggihnya pelbagai mesin dan persenjataan abad moden ini, strategi dan kaedah peperangan, kekuatan dan kedahsyatan doa tetap tidak dinafikan dan hanya dimiliki oleh orang-orang beriman. Hal ini disebabkan orang-orang yang beriman selain daripada berusaha semaksima mungkin dalam setiap amal yang dilakukannya, dia juga tidak pernah lupa menggantungkan seluruh usahanya melalui doa kepada ALLAH Subhanahu Wa Taala. Doa adalah senjata buat orang-orang mukmin, yang telah ditauladankan dari para Nabi dan Rasul, para sahabat, salafus sholeh.


Doa itu mampu mengubah yang tidak mungkin menjadi mungkin, yang biasa-biasa menjadi tidak terkata, yang berat jadi ringan, yang jauh menjadi dekat. Itulah dahsyatnya kekuatan doa. Dengan doa segalanya menjadi mungkin atas izin ALLAH Subhanahu Wa Taala.


Doa adalah ibadah. Doa adalah senjata. Doa adalah benteng. Doa adalah ubat. Doa adalah pintu segala kebaikan.



Dari Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam bersabda: “Doa adalah senjata orang beriman, tiang agama dan cahaya langit dan bumi. Terima kasih anak mak.


 Aku bersyukur Ya Allah atas kurniaan MU ini. Moga anakku ini menjadi anak yang soleh...



Mak yang tetap sayang,
Kembara Samudera Qaseh.

Khamis, 3 Februari 2011

Bicara Rindu 13

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.


Hari ini, mak jejak semula bicara-bicara harian setahun lalu. Ada suka, duka, lucu dan humor.


Hati, apa bila sudah sayang, pasti sayang hingga mati. Bukan sayang itu boleh dibuat-buat atau direkacipta.


Airmata, bukan boleh ditahan alirannya. Airmata bukan mutiara yang kita boleh kutip dan karang agar jangan bergolek sana sini bila putus benangnya.


Kenangan, adalah satu catatan dalam memory yang kekal selamanya.

Dimana-mana pun berada moga anak mak sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah.



Menjaga silaturahim

Manusia adalah makhluk yang perlu menjalinkan hubungan yang baik dengan manusia lain. Pelbagai keperluan hidup takkan mungkin boleh diraih tanpa adanya bantuan daripada orang lain.


Dalam hadis Rasulullah diperintahkan untuk tetap menjalin silaturahim sekalipun terhadap orang yang melakukan permusuhan kepada kita. Rasulullah bersabda bahawa silaturahim dapat memanjangkan umur dan mendatangkan rezeki.


Hubungan yang baik di dalam keluarga, mahupun dengan tetangga akan menciptakan ketenangan, kedamaian dan kemesraan. Hubungan yang baik itu juga akan meleraikan sifat dengki, buruk sangka, iri hati, besar diri dan sebagainya.


Nabi Muhammad SAW bersabda bermaksud: “Ada dua nikmat di mana kebanyakan manusia sering tertipu dengannya, nikmat sihat dan masa lapang.” (HR Bukhari).


Biar umur yg singkat tapi penuh bermanafaat .... Ibnu Sina



لاَ تُؤَخِّرْ عَمَلَكَ إِلىَ الغَدِ مَا تَقْدِرُ أَنْ تَعْمَلَهُ اليَوْمَ .

Janganlah mengakhirkan pekerjaanmu hingga esok hari, yang kamu dapat mengejakannya hari ini.


Aku yang tetap sayang,
Kembara Samudera Qaseh.

Rabu, 2 Februari 2011

Bicara Rindu 12

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.


Kerana rasa kasih yang menggunung disamping ingin memujuk, dengan qudrat dan iradat Allah, tanpa disangka dan tidak dalam rancangan, hanya detik dalam hati sanggup mak memandu dari Shah Alam ke Bangi.


Dengan tak tahu jalan, tak ada petunjuk, hanya ilham dari Allah, terus memandu mencari embunnya yang merajuk. Apabila telah tiba destinasi,baru mak telefon memberikan khabar.


Kerana apa mak buat begitu?

Adakah kerana bisikan syaitan untuk memenuhi tuntutan nafsu rindu?

Tidak ada apa yang mendorong mak buat itu ini selain dari rasa gerak hati yang dipimpin. Setiap langkah perjalanan kasih ini, mak mohon petunjuk dan perlindungan dari Allah agar tidak dalam bisikan syaitan dan iblis laknatullah.


Anak mak tetap hidup di dalam hati mak, berbicara dan hadir di depan mata. Atas kehendak siapa?



Melihat orang yang di bawah, jangan lihat ke atas

Ketenangan jiwa akan diperoleh jika kita senantiasa bersyukur atas segala pemberian Allah meskipun tampak sedikit.

Rasa syukur itu akan muncul apabila kita senantiasa melihat orang yang keadaannya lebih rendah daripada kita, baik dalam hal kebendaan, kesihatan, rupa, pekerjaan dan pemikiran.

Betapa banyak di dunia ini orang yang kurang beruntung. Rasa syukur itu selain mendatangkan ketenangan jiwa, juga ganjaran daripada Allah.




Aku tetap sayang,
Kembara Samudera Qaseh.

Selasa, 1 Februari 2011

Bicara Rindu 11

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Menyayangi orang miskin

Rasulullah memerintahkan kepada Muslim yang punya kelebihan harta untuk memberikan perhatian kepada orang miskin.

Ternyata, sikap dermawan itu boleh mendatangkan ketenangan jiwa. Mengapa? Dalam sebuah hadis menjelaskan bahawa malaikat selalu mendoakan orang yang dermawan: “Setiap pagi hari dua malaikat senantiasa mendampingi setiap orang. Salah satunya mengucapkan doa: Ya Allah! Berikanlah balasan kepada orang yang berinfak. Dan malaikat yang kedua pun berdoa: Ya Allah! Berikanlah kepada orang yang kikir itu kebinasaan.”

Daripada hadis berkenaan dapat disimpulkan bahawa orang yang dermawan itu akan memperoleh dua balasan. Pertama, dia mendapat ganjaran atas apa yang diberikannya kepada orang lain.

Kedua, mendapatkan limpahan ketenangan jiwa dan belas kasihan daripada Allah.

RINDU


Rindu Itu Adalah Anugerah Dari Allah
Insan Yang Berhati Mulia Punyai Rasa Rindu
Rindu Pada Kedamaian Rindu Pada Ketenangan
Rindukan Kesejahteraan Dan Juga Kebahagiaan

Orang-Orang Bertaqwa Rindu Akan Kebenaran
Kejujuran Dan Keikhlasan Keredhaan Tuhannya
Orang Mukmin Merindukan Anak-Anak Yang Soleh
Isteri-Isteri Yang Solehah Keluarga Yang Bahagia

Para Pencinta Kebenaran Rindukan Suasana
Masyarakat Yang Terjalin Aman Dan Sejahtera
Merindukan Tertegaknya Kalimah Allah Di Muka Bumi
Dan Dalam Merindukan Keampunan Tuhannya

Dan Seluruh Ummat Itu Merindukan Cahaya
Yang Menyinari Kehidupan Rindu Kepada Tuhan





Aku yang tetap sayang,
Kembara Samudera Qaseh.