بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.
Hari ini, mak jejak semula bicara-bicara harian setahun lalu. Ada suka, duka, lucu dan humor.
Hati, apa bila sudah sayang, pasti sayang hingga mati. Bukan sayang itu boleh dibuat-buat atau direkacipta.
Airmata, bukan boleh ditahan alirannya. Airmata bukan mutiara yang kita boleh kutip dan karang agar jangan bergolek sana sini bila putus benangnya.
Kenangan, adalah satu catatan dalam memory yang kekal selamanya.
Dimana-mana pun berada moga anak mak sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah.
Menjaga silaturahim
Manusia adalah makhluk yang perlu menjalinkan hubungan yang baik dengan manusia lain. Pelbagai keperluan hidup takkan mungkin boleh diraih tanpa adanya bantuan daripada orang lain.
Dalam hadis Rasulullah diperintahkan untuk tetap menjalin silaturahim sekalipun terhadap orang yang melakukan permusuhan kepada kita. Rasulullah bersabda bahawa silaturahim dapat memanjangkan umur dan mendatangkan rezeki.
Hubungan yang baik di dalam keluarga, mahupun dengan tetangga akan menciptakan ketenangan, kedamaian dan kemesraan. Hubungan yang baik itu juga akan meleraikan sifat dengki, buruk sangka, iri hati, besar diri dan sebagainya.
Nabi Muhammad SAW bersabda bermaksud: “Ada dua nikmat di mana kebanyakan manusia sering tertipu dengannya, nikmat sihat dan masa lapang.” (HR Bukhari).
Biar umur yg singkat tapi penuh bermanafaat .... Ibnu Sina
لاَ تُؤَخِّرْ عَمَلَكَ إِلىَ الغَدِ مَا تَقْدِرُ أَنْ تَعْمَلَهُ اليَوْمَ .
Janganlah mengakhirkan pekerjaanmu hingga esok hari, yang kamu dapat mengejakannya hari ini.
Aku yang tetap sayang,
Kembara Samudera Qaseh.
1 ulasan:
MSA
Catat Ulasan