CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jumaat, 11 Februari 2011

Bicara Rindu 20

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Serangkai kasih dalam limpahan budi,
menguntum segar dalam kenangan.



Seuntai kenangan lalu menyinggah apabila peristiwa itu berulang dan berlaku lagi. Semalam dalam visi mencari derma untuk Tabung Kebakaran Pondok Maahad Ash-Syifa' terfikir untuk pergi menziarahi seorang sahabat lama yang telah bersara.


Rumahnya di Kg. Sg. Danga berhampiran Taman Sutera dan Taman Perling. Seawal jam 10.30 sudah keluar rumah untuk menguruskan beberapa hal. Ke Menara Jati untuk mematikan stem borang-borang Akuan Kehilangan Buku Akaun Bank Rakyat dan Tabung Haji. Ke Mydin dan Bank Islam. Semua tempat ini berdekatan.


Dalam perjalanan balik itulah terus menuju ke Taman Perling untuk ke Sg.Danga. Sampai rumah sahabat waktu zohor. Bersolat zohor, makan tengah hari bersama-sama sambil berbual bertanya khabar.


Pukul 3.15 petang minta diri untuk pulang ke rumah. Mesti melalui Taman Perling untuk menuju ke Jalan Skudai. Oleh kerana jalan sehala, perlu buat pusingan U di flyover. Ketika membuat  pusingan U di flyover, terkenang kisah lalu mak bersama anak mak melalui jalan ini.


Sambil memandu, berbual-bual dengan Iffah, bercerita kisah lalu anak mak terpaksa sampai 2 kali buat  pusingan U kat sini kerana ralit berbual-bual dengan mak ketika itu. Rupanya mak juga terpaksa buat 2 kali pusingan U kerana ralit berbual dengan Iffah sehingga tersilap masuk lorong.


Benar-benar menyentuh hati dan perasaan. Sebak rasanya teringatkan mak bersama anak mak melalui laluan itu. Bukan sekali bersama anak mak melalui laluan tu, tapi 2 kali. Sekali bulan Mac 2010 dan sekali lagi bersama bibik dan Naimah pada bulan Oktober balik dari Pasir Gudang. Semua kesilapan tu berlaku kerana ralitnya kita berbual-bual.


Oleh sebab dah tersalah laluan , balik dari Pasir Gudang hari tu, terus kita melalui Nusajaya. Berhampiran lampu isyarat di Nusajaya, ada sebuah kereta kancil rosak. Selepas lampu bertukar hijau, anak mak jalan ke depan dan berhenti di pinggir jalan. Ingatkan kenapa berhenti, rupanya anak mak turun dan pergi menolong pemandu kereta kancil itu. Pemnadunya perempuan, tak tahu nak buat apa-apa bila kereta tak hidup.


Anak mak dengan seorang pemuda cina, menolak kereta itu ke tepi untuk mengelakkan kesesakkan laluan di lampu isyarat. Dan apabila sudah pasti ada mekanik yang akan datang membaiki kereta kancil itu, barulah anak mak beredar dan meneruskan perjalanan kita balik ke rumah.


Bukan semua orang memiliki hati seperti hati anak mak ini. Mak sendiri pun pernah terkena bila tayar kereta mak pancit, puas mak berdiri di tepi jalan untuk minta pertolongan, namun tidak ada sesiapa yang sudi menghulurkan pertolongan. Tapi pemandu kereta kancil tu beruntung, tanpa dia mohon pertolongan pun, ada orang yang sudi menghulurkan bantuan.


Mak akan kutip semua kisah mak bersama-sama anak mak walau di mana jua pun kita berada. Tak kira kisah itu pahit atau manis untuk dikenangkan. Itu saja yang mak miliki.


Semoga anak mak tabah, kuat dan sabar menghadapi ujian dan dugaan Allah.




Aku yang tetap sayang,
Kembara Samudera Qaseh.

0 ulasan: