CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sabtu, 15 Januari 2011

Suara Bisu Dari Hati

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته






Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.


Rupanya begitu berbeza nilaian dan bicara kata. Jika ayat itu ditulis atau dilafaz oleh orang lain, tidak ada sedikit kesan yang terpahat di dalam hati. Tetapi bila aku yang menulisnya, kesannya amat besar walaupun sebenar nya hanyalah ingin bergurau. Itulah akibat dari jari yang buta tak bermata.


Kesannya kini aku dibuang lagi. Dibuang untuk sekian kali. Tidak ada sedikit manafaat rupanya kasih ini. Aku hanya mempunyai kasih. Kasih ibu yang bersarang di dalam hati.


Kasih ini adalah limpahan dari yang esa. Tidak perlu pun untuk aku semai , siram dan baja.Memang magic. Ia subur dengan qudrat dan iradat Allah. Maka aku ini hambaNYA, akur dan patuh atas segala yang dikehendakiNYA.


Sebab itu walau dilukai,walau terluka namun Allah jua yang memelihara agar tidak berdarah dan tidak berparut. Allah mahu kasihku ini bukan kerana emosi bukan kerana nafsu.


Maha suci Ya Allah, aku redha di atas segala anugerah dan pemberian MU. Aku tahu, Allah masih menghendaki aku beribadah kepadaNYA melalui doa yang sentiasa aku panjatkan penuh tulus. Dalam doa kudus ini, namanya tetap terukir bersama-sama anak-anak yang lain. Biarlah kasih yang terikat tanpa tali ini tetap utuh disanubari di dalam qudrat dan iradat Allah. Tidak ada sesiapa pun boleh memutuskan tali ini.


Ya Allah , peliharalah iman, akhlak dan pekertinya sebagai seorang mukmin. Kurniakan dia kemurahan rezeki MU yang halal dan tidak terhingga dari keluasan rahmat MU, selamatkan lah dia dari melakukan kemungkaran, maksiat dan perkara-perkara yang laghra. Kurniakan dia nikmat berkasih sayang sesama makhluk di dalam redha dan rahmatMU...




Aku yang tetap sayang,
Kembara Samudera Qaseh.

0 ulasan: