CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Khamis, 27 Januari 2011

Bicara Rindu 9

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.



Kenangan, amat sukar untuk dilupakan. Bila lihat buku ini,ku dakap penuh rindu pada anakku. Aku hadiah buku ini kepadanya, buku pertama untuk merawat jiwanya yang kadang kala keluh kesah dengan ujian dan dugaan hidup. Moga buku ini masih dibaca untuk pengubatan dan rawatan jiwa. Untuk menenangkan jiwa dan untuk muhasabah diri menjadi insan yang lebih baik.



Penenang Jiwa ( Perubatan dan Rawatan )
Terjemahan Kitab : MUKASHAFAH AL QULUB
IMAM AL-GHAZALI


Manusia hanya akan beroleh ketenangan apabila fitrah atau rohaninya terisi, subur dan sihat. Yang dimaksudkan dengan kerohanian yang subur dan sihat ialah persediaan dan keteguhan hatinya untuk mengalahkan musuh-musuh batin , iaitu syaitan dan hawa nafsu. Musuh batin ini sangat payah untuk ditumpaskan jika kita tidak mempunyai persediaan asas yang lengkap.


Oleh itu , hendaklah memperbanyakkan ibadah serta amalan-amalan sunat yang boleh membantu untuk meningkatkan diri disisi Allah . Jadikanlah rasa kehambaan yang mendalam kepada Allah sebagai asas terhadap ibadah yang dilakukan . Allah akan menilai semua usaha-usaha tersebut jika dilakukan dengan ikhlas semata-mata kerana-Nya.


Ia Maha Mengetahui akan segala rahsia-rahsia tersembunyi . Segala sesuatu yang di dalam hati manusia adalah milik-Nya jua. Berserahlah kepada-Nya untuk mencapai ketenangan hidup di dunia dan kebahagian di akhirat.



Biar baca berulang kali pun tak akan rasa jemu. Bacalah buku ini agar diri kita lebih beroleh ketenangan dan redha dengan segala ketentuan yang telah Allah tetapkan. Buku ini ada 111 bab. Penulisannya sangat merutun jiwa raga. Bacalah...bukan kerana buku ini mak yang hadiahkan tetapi kerana ingin berubah kepada yang lebih baik.




Aku yang kerinduan,
Kembara Samudera Qaseh.

0 ulasan: