بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات
Hari ini, hati ini tersentuh lagi. Apabila teguran dibuat oleh ayahanda terhadap anaknya. Bermulanya teguran itu adalah dari memberikan nama yang baik dan panggilan yang baik kepada anak-anak.
Ayahanda menukar nickname seorang anaknya kepada nama yang lebih molek dipanggil dan maknanya. Klik tajuk ini. Panduan Memilih Nama Anak
Si anak tidak rela dan berkecik hati. Bagi dia , ada apa pada nama? Lagipun nama yang dia gunakan itu tak ada erti yang buruk, sekadar nama itu tidak mempunyai makna, NISBAH.
Maka berlakulah pergeseran hati antara anak dengan ayahanda. Ibu ini yang melihat, hanya mampu diam dan menangis. Hiba dan pilu.
Hanya ibu ini faham bagaimana untuk mendidik anaknya, ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepong tidak berserakkan. Hanya ibu ini sahaja yang sabar dan faham kaedah untuk mendidik anaknya, itu pun kadang kala tanpa sedar tersilap kata juga.
Sudah 10 hari sebelum ini, anak ini merajuk, kini...
Menangis lagi hati ibu ini. Tapi hari ini bukan sahaja menangis di hati, mata turut dikaburi dengan air mata.
Jarang ibu ini meluahkan rasa hatinya pada seseorang kecuali pada laman blog sahaja, tapi kebetulan ada kakak dari Kota Singa sedang YM maka, secara tidak langsung terluah juga kepadanya. Cerita YM di bawah ini bercampur - campur, antara cerita kakak mahu memberikan wakaf telekong dengan cerita hiba ibu itu. Berselang seli... baca dan fahamkan butir bicara...
Permulaan di awali dengan Salam...
ummu_hakimah@hotmail.com: Assalamualaikum wr.wb
Ummi: wsalam
Ummi: apa khabar kakak?
ummu_hakimah@hotmail.com: adik tempat mana?
Ummi: kat rumah
ummu_hakimah@hotmail.com: bila adik mahu kirimkan telekong ke Kemboja?
Ummi: Hari Isnin
ummu_hakimah@hotmail.com: sudah beli ke?
Ummi: sudah
ummu_hakimah@hotmail.com: berapa ya?
ummu_hakimah@hotmail.com: kakak mahu kirim duitnya pon, mungkin tak boleh sampai secepatnya.
ummu_hakimah@hotmail.com: kerana hari ni opis tutup , esok tak sempat
Ummi: tak payah kirim
Ummi: saya belanja
ummu_hakimah@hotmail.com: ok , tapi berapa dik?
ummu_hakimah@hotmail.com: tolong jujur
ummu_hakimah@hotmail.com: adik faham akak tak?
Ummi: faham
Ummi: nanti lain bulan
ummu_hakimah@hotmail.com: berapa?
ummu_hakimah@hotmail.com: berapa?
ummu_hakimah@hotmail.com: mau cakap tak.....
ummu_hakimah@hotmail.com: nanti akak pekiiik dalam hati adiiik..macam boleh denagr suaraa jee
ummu_hakimah@hotmail.com: ketawa
Ummi: moga kita dirahmati Allah
Ummi: saya sedang pilu
Ummi: antara tugas dgn kasih sayang
ummu_hakimah@hotmail.com: Munalizaaaa
Ummi: saya sayang anak angkat mualaf saya
Ummi: dia masih belum benar-benar kuat dan mantap
ummu_hakimah@hotmail.com: ok, kalau tak mau cakap
Ummi: suka main-main di chatbox
Ummi: tapi orang lain tak faham
Ummi: orang lain marah dia
Ummi: bila dia marah ,dia merajuk, saya terluka dan merajuk juga.
ummu_hakimah@hotmail.com: tadi sebenarnya pon kakak sudah dapat beli telekong cantik sangat, harga yang Alhamdulillah, ..cuma mahu poskan... opis tutup dan jika masa yang singkat ni tak boleh lah sampai...
Ummi: saya sedih,menangis
ummu_hakimah@hotmail.com: kira2 4/5 hari baru sampai
Ummi: berhari-hari hati saya gundah
Ummi: boleh lagi
Ummi: sebab berangkatnya minggu depan
Ummi: bawa guna luggage
ummu_hakimah@hotmail.com: jadi akak pikir yang telah akak beli tu akak mahu hadiahkan untuk adik saja yang gunakan..sebagai hadiah dari kakak ok..boleh tak?
ummu_hakimah@hotmail.com: sebab akak sudah mohon pertunjuk dari Allah swt jawapannya tetap buat hadiah Adik munaliza jeer!
ummu_hakimah@hotmail.com: adiiikkkk
Ummi: baik kak.
Ummi: saya terima buat pakaian solat hari-hari
Ummi: terima kasih kakak ku
ummu_hakimah@hotmail.com: Sudah terjawab pon...dah kenai sikit2lah tu Alhamdulillah
ummu_hakimah@hotmail.com: dengar juga ya kata suara bisikan hatikuuu...Terima kasihhh
Ummi: dengar kak
Ummi: cumanya,air mata ni buat saya susah baca
Ummi: mata jadi kabur
ummu_hakimah@hotmail.com: hehehe mau gelak rasa hatikuu ni
Ummi: saya menulis dalam linangan air mata
ummu_hakimah@hotmail.com: nangiss lah puas2,akak dengaar pulak
ummu_hakimah@hotmail.com: macam dengaaar jee
ummu_hakimah@hotmail.com:
BUZZ!!!
ummu_hakimah@hotmail.com: usiik
ummu_hakimah@hotmail.com:
ummu_hakimah@hotmail.com: memikat...
ummu_hakimah@hotmail.com: sekarang mahu sakat ...orang mau sakat diam2 tapi akak beritau neh
ummu_hakimah@hotmail.com: adiiik
ummu_hakimah@hotmail.com: ooooo
ummu_hakimah@hotmail.com: bilakah akak boleh poskan?...agak2 bila adik ada di rumah jika abang pos datang..
ummu_hakimah@hotmail.com: hello miss
Ummi: ada rumah hari2
Ummi: bila-bila senang baru pos
Ummi: nanti nak pesan
Ummi: kalau saya mati kapan kan dengan telekong itu
ummu_hakimah@hotmail.com: wokey..telekong tu buat solat raya Adha ,wokey
ummu_hakimah@hotmail.com: pasti panjang umor punyee
ummu_hakimah@hotmail.com:
Ummi: amin
ummu_hakimah@hotmail.com: diik...airmata tu sudah satu gelas beloom?..akak mau minuum neh...dah senyap ..dah berenti airmatanya
ummu_hakimah@hotmail.com: ok akak mau lihat adik senyum boleh tak?
Ummi: belum boleh
Ummi: masih ada banyak air mata
Ummi: hiba hati seorang ibu
ummu_hakimah@hotmail.com: tadah dalam baldi...
Ummi: hati ibu tak sama hati ayah
ummu_hakimah@hotmail.com: akak mau tau banyak mau kepoh boleh?
ummu_hakimah@hotmail.com: luahkan hatimu agar akak boleh bantu
ummu_hakimah@hotmail.com: itupon kalau sudi dan percayalah
ummu_hakimah@hotmail.com: tak ada paksaan
Ummi: boleh
Ummi: kan dah tulis tadi tu
Ummi: antara kasih kepada anak dengan menjalankan tugas sebagai admin
Ummi: anak ini tak punya sapa-sapa
Ummi: dia saudara baru yang tinggalkan buddha kerana cinta islam
Ummi: saudara seagama yang benar kasih dan amat sayang akan dia cuma saya, dia cuma kenal saya dan kasih dengan saya sebagai ibu selain rakan-rakan yang bantu mengislamkan dia dahulu.
ummu_hakimah@hotmail.com: dia ada dihalaqah tak?
Ummi: ya
ummu_hakimah@hotmail.com: sape nicknamenya?
Ummi: tapi masih baru (tidak dinyatakan)
Ummi: Islamnya masih dangkal
Ummi: perlu psiko untuk tarbiyah dia
Ummi: saya jaga agar imannya jangan goyang
Ummi: kerana iman kita yang baka ini pun kadang turun naik
Ummi: ada masa kita kuat, ada masa kita lemah
Ummi: namun kita masih ada sokongan
Ummi: tapi dia?
Ummi: ada siapa?
Ummi: ibu kandung yang dia cinta pun berlainan agama
Ummi: dia tak tega nak nak bagitahu mak kandung yang dia dah beragama Islam
Ummi: sebab akan lukakan hati mak kandung.
ummu_hakimah@hotmail.com: kejap neh ya....ok akak akan masuk ke dalam kolam alhaudhie, ya ke halaqah.
Ummi: hari-hari pesanan mak kandung,jangan masuk islam
Ummi: jangan hampiri islam
Ummi: tapi Islam yang dia cinta.
ummu_hakimah@hotmail.com: sesungguhnya hidayah buatnya
Ummi: hidayah bukan boleh simpan dalam wallet
Ummi: hidayah kena jaga agar bercahaya.
ummu_hakimah@hotmail.com: adik akak akan masuk ke halaqah.
Ummi: kewajiban jaga hidayah tu bukan atas dia seorang
Ummi: orang keliling kena bantu agar makin mantap
Ummi: kena beri bimbingan selepas dakwah
Ummi: itu tugas kita
Ummi: kalau orang kafir, kita dakwah masuk Islam.
ummu_hakimah@hotmail.com: adik tenang dan berdoa serahkan segala2nya kepada Allah swt Yang Maha adil dan Maha mengetahui.
Ummi: dah islam adakah kita nak biarkan?
Ummi: doa saja tanpa usaha?
Ummi: pada saya tak payah cerita bab doa
Ummi: doa itu dah jadi main hati saya
Ummi: setiap hembusan nafas..itu saja doanya
Ummi: agar iman kita semua mantap
ummu_hakimah@hotmail.com: nak sekarang akak masuk?..adiik tenangkan hati waktu asar ni pon dah masuk..solat dan doa..segala2 urusan Allah Yang Maha atur.
Ummi: baiklah
Ummi: salam
ummu_hakimah@hotmail.com: akak masuk ke halaqah
ummu_hakimah@hotmail.com: wassalam
ummu_hakimah@hotmail.com has signed out. (5/11/2010 5:30 PM)
Last message received on 5/11 at 4:04 PM
Begitulah luahan hati paling dalam seorang ibu. Berkongsi rasa secara kebetulan, dan selepas solat asar, sudah terpapar di chatbox, tazkirah tentang iman. Mahu membantu sekadar yang mampu, tidak kira dibaca oleh dianya atau sesiapa sahaja.
Semoga bermanafaat buat diriku, kakakku, anakku, dan sesiapa jua yang melayari laman ini.
IMAN
IMAN adalah harta yang akan memperkayakan hati sekalipun hidup dalam kemiskinan. Iman juga adalah pendidik yang akan mendorong manusia berakhlak mulia. Iman adalah sahabat yang setia yang sentiasa bersama di waktu suka dan duka.
Iman adalah penyuluh yang menyelamatkan manusia dari kesesatan. Iman adalah sumber kebahagiaan hidup yang sebenar. Iman adalah faktor utama menyelesaikankan masalah umat dan kehidupan.
Peringkat-Peringkat Iman
Iman terbahagi kepada lima peringkat:
Pertama, Iman Taqlid: Seseorang yang beriman dengan semua rukun iman tetapi hanya dengan mengikut orang lain .
Kedua, Iman Ilmu: Seseorang yang bekeyakinan berasaskan fikiran dan ilmu, akan tetapi Imannya hanya berada di fikiran sahaja tetapi tidak di hati.
Ketiga, Iman ‘ayan: Seseorang yang berkeyakinan di hati. Ia mengamalkan ilmu yang diketahuinya dengan faham dan khusyuk.
Keempat, Iman Hak: Inilah iman yang sebenar. Seseorang yang beriman hak tidak dapat dilalaikan oleh nafsu dan syaitan.
Kelima, Iman Hakikat: Peringkat Iman tertinggi yang dimiliki oleh para Nabi dan Rasulullah, yang masuk syurga tanpa dihisab.
Masya Allah, jadi ukurlah Iman kita masing-masing di tangga yang keberapa antara yang LIMA di atas tu. Wassalam.
luahan hati,
Kembara Samudera Qaseh.
0 ulasan:
Catat Ulasan