بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات
Anakku, tahukah anakku bahawa mak mu ini bukan reti nak tanya apa-apa sebabnya setiap perkataan yang mak nak tulis, mak kena fikir, agar jangan ada ayat yang tidak mengguris hati mu wahai anak.
Kerana mak amat menjaga hati mu. Kadang dalam mak berhati-hati, masih ada juga ayat yang tanpa mak sedar telah membuat anak mak merajuk. Itu sebab anak mak kata mak suka tanya pelik-pelik. Mak tak tahu apa kah soalan yang baik selain pertanyaan , "anak mak dah solat?" , "anak mak dah makan?", "anak mak makan apa?", "anak mak buat apa?"
Pelik kan anakku, kalau mak tanya "buat apa?" Jawapan yang mak dapat ialah "tak buat apa-apa." Sedangkan anak mak sedang mengadap PC, tak kan mengadap PC tak buat apa-apa. Tak kan sekadar pandang saja PC tu.
Sekurangnya kalau pandang mestilah samada menonton video atau berchatting atau membaca atau sedang melayari laman-laman cyber. Tapi anak mak tak ada pun nak terangkan atau sembang dengan mak.
Seayat mak tanya, sepatah anak mak jawap. Kadang satu huruf sahaja. Macam nak tak nak menjawap. Macam kehadiran sms, sapaan mak tu menganggu. Jika bukan kerana kasih, jika bukan kerana hati ini diikat oleh Allah dengan sifat keibuan, dengan perasaan sayang kepada anak, tidak mak mahu ambik peduli. Mak juga punya hati,mak juga punya rasa malu, mak juga punya perasaan...
Mak redha dengan anugerah ini, mak bersyukur kerana Allah pilih mak untuk bersabar...
Suatu ketika dulu, mak suka bila kerap mak dapat sapaan "mak buat apa?" Mak rasa bahagia sebab ada orang ambik tahu hal mak, ada orang tanya khabar mak. Mak rasa ceria dan hidup jadi berwarna-warni. Tapi kini, anak mak sendiri tak ceria , anak mak sendiri tidak bahagia, adakah mak mampu untuk rasa bahagia dan ceria di dalam warna-warni?
Kalau memandang, memandang dalam hening, kalau mendengar, mendengar dalam sepi sahaja. Dan akhirnya pasti dihujung tubir mata, mengalir lesu si air mata. ini saja kelebihan jadi milik mak. Dalam hati bertingkat rasa simpati dan berlapis rasa sayang.
Mungkin bagi anak mak tak ada bezanya kehidupan dahulu dengan kehidupan sekarang. Itu yang buat anak mak tidak kisah dengan apa yang mak sapa, dengan apa yang mak tegur dengan apa yang mak tulis. Memang tidak ada bezanya, kalau dulu seorang diri, kini pun seorang pun seorang diri, ada mak, jauh di hujung tanah Melayu. Cumanya ada kasih yang tertaut, terbelit di dalam hati atas bukan kehendak diri.
Kenapa mak buat juga? Terhegeh-terhegeh tanpa kenal jemu dan bosan. Ya, jika bukan kerana anak mak adalah anugerah Allah, jika bukan kerana qudrat dan iradat Allah, jika bukan kerana kekuasaan dan kehendak Allah, mak pun tak buat semua tu...
Mak buat kerana patuh dan taat dengan apa yang Allah suruh. Jaga silaturahim, peliharaan ukhuwwah sesama saudara seagama...
Kasih sayang bukannya boleh dibeli, bukan ada dijual , bukan ada tag harga...
Kasih sayang bukan ada untung rugi, bukan ada diskaun, bukan ada liabiliti...
Kasih sayang bukan kita yang pilih, bukan kita yang tanam , bukan kita yang semai dan baja...
Kerana kasih sayang antara mak dengan anak adalah anugerah Allah, Allah yang campakkan dalam hati, Allah yang lahirkan di dalam sanubari...
Dengan ada kasih sayang di dalam sanubari, ini lah tali yang mengikat...
Samada suka atau tidak, redha atau tidak, tanpa izin NYA, kita tak mampu nak kerat tali tu, kita tak mampu nak rentap tali tu agar putus...
Syukur Allah pilih mak untuk bersabar, untuk tabah dan untuk redha...
Ingin ku pegang jari jemari mu begini, anak ku
Luakan hati,
Kembara Samudera Qaseh.
0 ulasan:
Catat Ulasan