CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Khamis, 4 November 2010

Dekat di Hati

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات


Setelah berhari-hari embunku merajuk, malam ini, baruku nampak dia mahu berinterksi semula dengan sahabat dan saudaranya di halaqahnet. Itu sahaja saudara yang dia ada. Saudara seagama selain rakan -rakan yang juga jirannya.


Baruku nampak embunku mahu bercerita sedikit sebanyak khabarnya. Itupun dimulai dengan cerita ular hitam yang ditemuinya di depan rumah.


Hari dah malam, dia ternampak ular tedong besar berwarna hitam. Mulanya dia cuma menghalau agar ular itu lari ke tempat lain.


Mat : Mak, tak sedap hati.

Ummi: kenapa tak sedap hati?

Mat : bunuh ular besar

Ummi: bila?

Mat : kejap td
Mat : ular hitam

Ummi: ular tu kat mana?

Mat : depan umah

Ummi: bunuh dgn apa?

Mat : kayu

Ummi: tak halau dulu?

Mat : dah halau
Mat : dia nyorok belakang tong
Mat : ingat nak biarkan
Mat : tp risau kat budak2
Mat : siram2 air
Mat : dia keluor balik
Mat : belasah la

Ummi: ular apa?

Mat : tedung la

Ummi: mana bangkai nya?

Mat : dah buang dlm longkang besor


Asalkan embunku tak diam,stabillah fikirannya.Mak tahu,kalau embunku diam saja,bermakna adalah yang tidak kena. Aku lebih bimbang embunku menyepikan diri dari merapu perkara lagha.


Memang orang kata, jika diam itu, seperti kita muhasabah diri, tetapi dengan diam juga, tambahan jika jiwa kosong dan merasi hidup bosan, akan mudah syaitan mencela dan mempengaruhi fikiran. Itu yang paling mak takuti.


Sebab itu, aku sentiasa ambik tahu dimana embunku berada.Bukan tujuan untuk menyibuk (jaga tepi seluarnya) atau mengongkong kebebasan dirinya tetapi kasih sayang seorang ibu kepada anaknya adalah sentiasa ambik berat dan prihatin. Walaupun embunku sudah besar, tetapi selagi belum beristeri, mak memang kena ambik tahu tentang solat , makan, minum dan kesihatan dirinya.



Siapa lagi yang nak ambik tahu hal dia? Nak harap sapa? Hanya mak sahaja yang ada perasaan ini. Seorang ayah memang jarang ambik kisah hal anak-anak kecuali anak tu dah terlantar sakit atau pun telah melakukan sesuatu perkara yang dianggap besar.


Sebab itu lah kenapa apabila ditanyakan oleh sahabat kepada Rasullulah,siapakah yang utama disayangi, Rasullulah jawap 3 kali untuk ibu dan keempat kalinya baru ayah. Walaupun ayah tu kasih dan sayang anaknya, jarang dia tunjukkan. Ini mungkin ayah selalu sebuk untuk mencari nafkah buat keluarga.


Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a berkata: Telah datang seorang laki-laki kepada Rasulullah saw lalu bertanya: “Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layani dengan sebaik mungkin?” Rasulullah saw bersabda: “Ibumu.” Orang itu bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Rasulullah saw bersabda: “Kemudian ibumu.” Orang itu terus bertanya: “Kemudian siapa?” Rasulullah saw bersabda: “Kemudian ibumu.” Orang itu terus bertanya: “Kemudian siapa?” Rasulullah saw bersabda: “Kemudian ayahmu.” [HR. Bukhori, Muslim, Ibnu Majjah, Ahmad]


Seorang ibu memang amat dekat dengan anaknya tidak kira anak kandung atau anak angkat walaupun bukan mahram tetapi fitrah hati seorang ibu apabila menganggap seseorang itu anak, ia akan jadi dekat dihati dan merasa amat kasih.


luahan hati,
Kembara Samudera Qaseh

0 ulasan: