CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Ahad, 28 November 2010

Rindu Yang Makin Mekar

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات



Ibarat bunga solehah, kembang dan mekar rindu ini dihati. Tidak dapat diluah melalui kata-kata, hanya tulisan ini sahaja buat penawar duka.


Meluahkan segala apa yang dirasai, berbaur antara kasih, sayang, rindu dan hiba. Tidak ada apa yang mampu untuk menghijab hati ini dari embunku.


Semoga apa yang aku rasai ini bukan sesuatu yang tersasar dari jalan yang Allah redha. "Ya Allah, bimbinglah aku di jalan MU yang lurus."


Apa yang tersurat buat embunku, moga ada jalan yang mudah untuk embunku lalui.



Rasa hati,
Kembara Samudera Qaseh.

Selasa, 23 November 2010

Jangan Biarkan Diriku Melupaimu

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات



Mat (1/2/2010 3:14:58 PM): terima kasih mak,,,,,jgn biarkan diriku melupaimu jika benar dikau akui aku ini anakmu....


Kata hikmah inilah yang sentiasa terpahat di dalam memory mak. Inilah permintaan embunku suatu ketika dulu, seminggu selepas dipertemukan.


Kerana embun adalah anak mak, maka mak usaha agar embun tidak melupakan mak. Selagi embun menjadi anak mak, mak tidak benarkan embun melupakan mak. Embun sendiri yang tulis ayat tu.



Mak save siap dengan tarikh dan waktunya, agar embun mak ingat bilakah embun tulis ayat tu. 1/2/2010 bersamaan dengan hari Isnin. Sehari selepas mak balik dari jumpa embun di Kuala Lumpur. Embun ym mak, borak-borak dengan mak.


Saat begitulah yang buat mak selalu rindu pada embun mak. Saat mak bebas untuk berborak, bercerita dan berbual-bual santai.


Tapi kini ia hanya tinggal kenangan. Ntah bila lagi mak dapat menikmati saat begitu, sebelum jasad dan roh berpisah.


Tak tahu khabar berita, tak tahu semuanya....


Namun rindu itu sentiasa bertandang, kerana kasih ini tidak bersempadan ~ infiniti.





Cinta rasa,
Kembara Samudera Qaseh.

Isnin, 22 November 2010

Bicara Rindu Dalam Sepi

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات


Di mana lagi ingin ku berbicara? Di lisan ini? Di kertas, bicara bisu bersama sebatang pensil?


Zaman ini tidak ada lagi yang dinamakan kalam dan kertas untuk menulis. Zaman ini laman maya sebagai ganti kertas, keyboard sebagai ganti kalam.


Termasuk jua aku yang menggunakan laman pada skrin komputer dan keyboard untuk aku meluahkan bicara hati di dalam sepi.


Embun mak, kenapa bisu seribu kata? Mak mu ini rindu pada suara dan petah bicaramu. Mak mu ini rindu membaca paparan hati mu di skrin komputer.


Mak mu ini ingin sekali bertanya, tetapi semua itu hanyalah igauan. Kerana menjaga hati embun mak, mak menahan diri dari semua tu. Biarlah rindu yang membara ini ibarat api di dalam sekam, terbakar dan membarah sehingga yang akhirnya kelihatan sekam itu telah hitam.


Tak ada api yang kelihatan, tetapi sebenarnya di bahagian dalam sekam telah pun rentung terbakar.


Embun mak, hanya di sini sahaja tempat untuk mak meluahkan kata hati, mak sayang dan mak kasih pada embun mak. Janji-janji embun mak selalu terlayar di mata, namun mak tahu janji itu hanya terlaksana pada masa dan ketika qudrat dan iradat Allah.


Embun mak...bicaralah dengan mak. Mak rindu saat yang telah berlalu...




Mat (1/2/2010 2:50:12 PM): sy menghargainya
Mat (1/2/2010 2:50:25 PM): dan cuba menjd yg terbaik
Mat (1/2/2010 2:50:44 PM): yg mendoakan utk kebaikan kita semua
Mat (1/2/2010 2:51:59 PM): mak adalah ibu yg dikurniakan allah


Mak (1/2/2010 2:52:56 PM): jgn merajuk, bagitahu apa yg mak tersilap kata
Mat (1/2/2010 2:53:02 PM): mak mana blh bt silap
Mak (1/2/2010 2:53:09 PM): jgn kata mcm tu
Mat (1/2/2010 2:53:12 PM): kepimpinan melalui tauladan
Mak (1/2/2010 2:53:23 PM): mak pun kadang kala ada emosi juga
Mat (1/2/2010 2:53:36 PM): tp mak sebgai org yg lbh kuat
Mak (1/2/2010 2:53:37 PM): mana tahu,terkeluar kata2 yg tidak beradap ke
Mat (1/2/2010 2:53:41 PM): lbh bijak
Mat (1/2/2010 2:54:01 PM): harus meminima kesilapan
Mak (1/2/2010 2:55:10 PM): insyaAllah,mak cuma ingatkan mana tahu diluar kesedaran, mungkin mak anggap benda tu remeh, tapi Mat anggap benda tu besar
Mak (1/2/2010 2:55:20 PM): jadi takut silap faham
Mat (1/2/2010 2:55:45 PM): insyaAllah,,,klau mak yg tegur,,sy terima


Mat (1/2/2010 2:56:28 PM): nak botak kepala boleh?
Mak (1/2/2010 2:56:45 PM): hehehe..boleh saja
Mak (1/2/2010 2:56:55 PM): pernah ke sebelum tu?
Mat (1/2/2010 2:57:20 PM): botak kan jelah,,selalu botak dulu,,,khusuk sikit bila solat
Mat (1/2/2010 2:59:14 PM): tp kepala botak nampak mcm gengster je
Mat (1/2/2010 2:59:29 PM): nanti nampak dek awek trus tanak
Mak (1/2/2010 3:00:02 PM): pakai lah kopih putih
Mat (1/2/2010 3:00:04 PM): (gambar mak tu nampak mcm amoi jer)
Mak (1/2/2010 3:00:12 PM): gambar mana?
Mat (1/2/2010 3:00:18 PM): gmba ym la
Mak (1/2/2010 3:00:22 PM): oooo
Mat (1/2/2010 3:00:47 PM): kopiah putih nampak alim sngt
Mat (1/2/2010 3:00:56 PM): sy tak cukup ilmu lg






Mat (1/2/2010 3:07:50 PM): mak mak mak mak mak mak mak
Mat (1/2/2010 3:08:08 PM): tak blh panggil .....
Mat (1/2/2010 3:08:20 PM): mcm nama,,takut blh kasar
Mat (1/2/2010 3:08:36 PM): bila panggil mak,,,,tak mungkin akan kasar
Mat (1/2/2010 3:09:02 PM): dah mindset nya mcm tu
Mat (1/2/2010 3:09:17 PM): bila panggil mak,,,trus jd lembut'
Mat (1/2/2010 3:09:35 PM): tak mungkin berani meninggi suara


Mat (1/2/2010 3:10:15 PM): insyaAllah,,,semoga mak selamat dlm lindungan rahmatNya...amin


Mat (1/2/2010 3:14:58 PM): terima kasih mak,,,,,jgn biarkan diriku melupaimu jika benar dikau akui aku ini anakmu....


Semua ini sudah tertulis, sampai bila-bila tidak akan padam dari memory mak...





Catatan sendu seorang ibu,
Kembara Samudera Qaseh.

Ahad, 21 November 2010

Rindu Yang Bertapa Di hati


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات

Embun yang ku rindu
Indahkah rasa ini? Sarat dengan rindu yang menggunung pada embun yang menitis dinihari. Tidak terungkap dengan bicara melain ingin saja membisu sejuta kata.


Tapi aku ini insan yang lemah dengan perasaan sendiri, cuba berdiri untuk kuat, namun akhirnya aku karam dalam air mata.


Subuh tadi sementara menanti masuknya waktu solat suboh, aku terlelap dan dalam lenaku, aku nampak embunku datang menyapa. Menyapa sambil senyuman terukir di bibirnya. Wajahnya jelas pada pandangan mataku.


Kali ini embunku datang dengan bicara bisu. Tetapi bahasa tubuh menggambarkan rasa cemburu. Cemburu pada kehadiran insan-insan lain yang dia tidak dikenalinya.


Aku melihat dengan terpegun, dan sebelum berlalu masih  ada senyum yang terukir buatku. Dari senyuman itulah yang menerbitkan rasa rindu yang tidak pernah ada sempadan pada embunku.


Memang kasihku pada embunku tidak pernah bertepi, infiniti...


Pada MU  Ya Allah aku serahkan diri ini,ku serahkan jiwa ragaku, ku serahkan seluruh perjalanan kehidupan ku di dalam qudrat dan iradat MU.




"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)





Buah rasa,
Kembara Samudera Qaseh.

Sabtu, 20 November 2010

Dalam Dakapan Rindu

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات



 Api rindu yang memercikkan kasih
Uniknya Islam berbanding dengan agama-agama yang lain. Ajaran Islam begitu kaya dengan doa. Bukan sahaja untuk melaksanakan perkara yang besar, tetapi untuk melaksanakan perkara yang dipandang remeh sekali pun, Islam mengajar kita untuk berdoa.


Di kala rindu menggunung, bicaranya bukan lagi sebaris tetapi berkias seni,  bersulam madah. Hanya terungkap di dalam doa. Memohon kekuatan pada  Yang Esa membantu  untuk terus tabah   dan  menjadi  penawar duka.


Tangisan  adalah irama yang syahdu, berbisik sendu menanti ceria  yang makin sirna.  Kenapa   begini di kala hati anak mak  kesunyian tanpa sesiapa di sisi?


Anak mak,  doa  sahaja jadi sahabat paling setia kerana dikala berdoa, kita tahu siapa yang paling hampir dengan kita. Bukan mak, bukan kekasih  , bukan sesiapa selain  yang Maha Agung. Dia saja yang mampu berada hampir dengan kita dalam apa jua keadaan dan ketika,  asalkan kita sentiasa meletakkan harapan pada NYA.

Firman Allah yang bermaksud: “Jika hamba-Ku bertanyakan kamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku sentiasa mendengar permohonan doa tatkala berdoa kepada-Ku. Oleh sebab itu, wajarlah mereka sahut seruan-Ku dan beriman dengan-Ku, semoga mereka beroleh petunjuk.” (Surah al-Baqarah 2: 186)



Berdoalah, Allah sentiasa sedia dan setia untuk mendengarnya.  Berdoa memberikan kita rasa “tidak bersendirian” dalam menghadapi sebarang kebuntuan hidup. Malah kita akan berasa keberadaan Allah bersama kita untuk berdepan dengan apa jua masalah.


Kata pujangga Profesor Dr. Hamka, “Ketika pintu di bumi sudah tertutup segalanya, pintu ke langit sentiasa terbuka!” Maksudnya, apabila manusia tidak boleh lagi diharap mendengar pengaduan kita, Allah sentiasa dekat untuk mendengar segala rintihan dan harapan.




Allah berfirman yang bermaksud: “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang yang menyombongkan diri daripada menyembah-Ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina-dina.” (Surah Ghafir 40: 60)



Berdoa sebenarnya adalah satu tugas pengabdian. Doa adalah untuk membuktikan sifat kehambaan kita di hadapan Allah s.w.t. Dengan berdoa kita mengakui kelemahan, kemiskinan, kehinaan, kejahilan dan lain-lain sifat kehambaan kita di sisi-Nya. Sebagai hamba kita memerlukan Allah lebih daripada segala-galanya dalam hidup ini. Dan sebagai hamba kita wajib memuliakan Allah setiap masa. Inilah hakikat doa.



Sebenar-benarnya  wahai  anak mak,  kita berdoa bukan untuk memberitahu Allah apa yang kita hendak kerana tanpa diberitahu pun Allah sedia mengetahui segala sesuatu. Allah Maha Mengetahui segala apa yang kita zahirkan mahupun apa yang kita sembunyikan. Jadi perlu apa lagi kita berdoa? Imam Ibn Ataillah menjawab persoalan ini dengan berkata, “…hendaknya doa permintaanmu adalah untuk menunjukkan sifat kehambaanmu dan menunaikan kewajipan terhadap kemuliaan Tuhanmu.”


 Oleh sebab itu, sesiapa yang tidak berdoa, boleh dikira sombong terhadap Allah. Dia secara langsung seperti tidak mengakui sifat-sifat kehambaannya yang rendah, miskin, jahil dan hina itu. Dia seolah-olah berasa pandai, kaya, gagah dan mulia dan tidak memerlukan Allah lagi dalam kehidupan ini. Pada hal sebagai hamba Allah dia sebenarnya sangat rapuh untuk menjalani kehidupan di dunia yang penuh cabaran ini.



Selagi kita sedar kedudukan kita sebagai hamba, maka selagi itulah kita akan terus berdoa kepada-Nya. Inilah prinsip yang dipegang dan diamalkan oleh orang yang hampir dengan Allah. Para Rasul, nabi dan umumnya salafussoleh pada zaman dahulu ialah orang yang membudayakan doa dalam kehidupan harian, mingguan dan tahunan pada setiap fasa kehidupan mereka. Mereka sentiasa sedar bahawa mereka ialah hamba Allah dan sebagai hamba, mereka mesti selalu berhubung dengan-Nya. Dan doa adalah “medium” perhubungan itu.



Allah mendidik manusia agar selalu dan sentiasa berdoa kepada-Nya. Bukan itu sahaja, malah Allah mengajar manusia tentang doa yang bagaimana seharusnya diajukan kepada-Nya. Ayat-ayat al-Quran yang berupa doa ialah bukti betapa Allah begitu menitikberatkan agar manusia berdoa kepada-Nya. Tidak syak lagi, berdoa adalah satu ciri orang yang “melalui jalan yang lurus dan diberi nikmat oleh Allah” seperti yang ditegaskan dalam surah al-Fatihah.


Para rasul dan nabi juga mendidik umatnya dengan doa. Nabi Muhammad s.a.w. khususnya, telah mengajar kita untuk berdoa pada setiap masa dan ketika. Tradisi itu diteruskan lagi oleh para sahabat, tabiin, tabi‘ al-tabiin dan generasi salafussoleh. Alhasil, khazanah doa sentiasa bertambah daripada satu zaman ke satu zaman.



Ingatlah  anak  mak,   bahawa perbezaan antara orang yang berdoa dengan orang yang tidak berdoa umpama orang hidup dengan orang yang mati. Dengan berdoa kita mengaktifkan tenaga dalaman kita yang mampu menghadapi apa jua masalah dan cabaran hidup. Jangan cuba hidup bersendirian kerana hidup ini perlukan teman. Dan sebaik-baik “teman” ialah “Teman daerah tinggi” (al-rafiq al-a‘la) yang disebut berulang kali oleh Rasulullah s.a.w. menjelang wafatnya.


Jadi, berdoalah… nescaya kita tidak akan bersendirian dalam menghadapi apa jua masalah dan kebuntuan. Ada “Teman daerah tinggi” yang setia dan sentiasa mendengarnya!


Renungkan ungkapan berikut: “Doa diperkenankan bukan semasa kita meminta tetapi semasa kita berusaha!”




Doa untuk anakku sentiasa di dalam titipan kasihku padanya,
Kembara Samudera Qaseh.

Jumaat, 19 November 2010

Semarak Rindu dalam Kalbu

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات


Rindu yang mengunung, berlapi-lapis antara sendu dan senyum. Anak mak , tau kah betapa pahitnya tekak ini,betapa payaunya air mata ini kerana banyak mengalir melintas pipi dan lidah.



Siapa yang dapat menghentikan aliran mata air yang mengalir lesu dan sendu ini?


Semoga anakku selamat sejahtera walau dimana jua berada.

Anak mak, ketahuilah anak mak, bahawa mak tak bijak untuk bicara dalam sepi begini. Mak tak ada kekuatan untuk bertanya lebih-lebih kerana mak tak dapat juga jawapannya. Membisunya anak  mak buat mak  tidak berani...


Biarlah semarak rindu itu terus membara,  menjadi haba yang menguatkan lagi ia terungkap dalam munajat dinihari. Akan mak pelihara supaya tidak menjadi  arang  atau  mak yang rentung. Mak tetap biarkan ia menyala hingga akhirnya...


Apa  yang bisa untuk meredakan semarak  api rindu itu?  Hanya air mata sahaja,  dan moga airmata ini jadi saksi kasih sayangnya seorang ibu kepada anaknya di sana nanti dan dapat memadamkan api yang menggila menjulang tinggi.



Air mata yang termahal siapa yang punya?
  1. Ibu
  2. Ayah
  3. Remaja
  4. Orang yang dizalim




Semarak rindu yang bergunung,
Kembara Samudera Qaseh.

Rindu Dalam Sepi

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات
'I love u  ummi'

Dalam diam mak rasa amat rindu pada anak mak. Teramat rindu sehingga terlayar saja satu topik bertajuk ' I love u ummi' menyebabkan air mata mak terus mengalir laju di pipi.


Benar-benar tersentuh hati mak, dan rupanya dalam diam mak memang amat rindukan anak mak.


Mak tak upaya, nak tanya banyak tak mampu, takut menyulitkan keadaan, dan akhirnya pasrah.


Tidak pernah terlepas disetiap munajat dari menyeru namanya agar sentiasa berada di dalam redha, rahmat dan kasih sayang Allah.


Hanya pada Allah mak pohon agar keselamatan iman,hati dan jiwa bersama rahmat Allah. Mak tidak ada keupayaan untuk ziarah dan membelai dengan tangan mak sendiri anak yang amat mak sayang.


Mak nak tahu lebih, mak nak belai anak mak...anak mak sakit,  tapi mak tak daya nak usap kepala anak mak, mak tak daya nak suap anak mak makan.  Mak tahu, anak mak lapar, dahaga sehingga badan jadi lemah...


Mak  tak dapat balas budi anak mak suatu ketika dulu, yang jaga mak,  yang teman mak di waktu mak kesunyian di wad,  yang tolong berikan mak air, yang potongkan buah untuk mak...


Maafkan mak  anak ku...






Cinta rasa,
Kembara Samudera Qaseh.

Khamis, 18 November 2010

Salam Korban

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات


Salam Aidil Adha buat anak mak. Semoga pengorbanan anak mak terhadap diri kerana mengESAkan Allah mendapat kurniaan juga dariNYA.


Tidak ada pengorbanan yang lebih besar selain perngorbanan untuk mentauhidkan Allah. Biar beribu lembu,kerbau, kambing,kibas dan unta darahnya ditumpahkan ke tanah,tidak sama ertinya dengan pengorbanan yang anak mak lalui.


Semoga anak mak kuat, tabah dan sabar melalui semua rintangan,dugaan dan ujian yang saling kunjung tiba.


Rasullulah juga menghadapi berbagai rintangan di dalam memperjuangkan tauhid mengESAkan Allah. Sanggup di caci, dihina dan dikeji semata-mata kerana agama ALLAH. Doa  Rasullulah ketika di hina dan dilempar batu ketika di Bumi Taif.


"Wahai Tuhanku,
kepada Engkau aku adukan kelemahan tenagaku
dan kekurangan daya-upayaku pada pandangan manusia.
Wahai Tuhan yang Maha Pemurah
kepada sesiapa Engkau menyerahkan daku?
Kepada musuh yang akan menerkamkan aku
ataukah kepada keluarga yang engkau berikan kepadanya uruskanku,
tidak ada keberatan bagiku asal aku tetap dalam keredhaan Mu.
Dalam pada itu afiatMu lebih luas bagiku.
Aku berlindung dengan cahaya mukaMu yang mulia
yang menyinari segala langit
dan menerangi segala yang gelap
dan atasnyalah teratur segala urusan dunia dan akirat,
dari Engkau menimpakan atas diriku kemarahanMu
atau dari Engkau turun atasku azab Mu
kepada Engkaulah aku adukan hal ku sehingga Engkau redha.
Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Engkau"


Begitu sayu dan pilu Rasullulah berdoa kepada Allah ketika dakwah di Taif. Diheret dan dibaling batu kerana menyampaikan ajaran agama Islam untuk mentauhidkan Allah. Kita , bagaimana?

Ujian kita tidak besar mana dibandingkan Rasullulah. Ambillah Rasullulah ini sebagai role model di dalam apa jua urusan hidup kita.


Semoga anak mak terus diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran menghadapi dugaan dan ujian Allah bagi menguji keimanan.


Allah hendak membuktikan keimanan sesungguhnya dari setiap orang yang mengatakan "aamannaa", kami telah beriman. Dengan kaedah inilah Allah memisahkan emas dan tembaga; keimanan yang sesungguhnya dan keimanan yang sekedar pengakuan di lidah. Karenanya Allah SWT berfirman :

أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آَمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ [العنكبوت/2]

"Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan mengatakan "kami telah beriman" sementara mereka tidak diuji?" (QS. Al-Ankabut : 2)



Catatan kasih,
Kembara Samudera Qaseh.

Rabu, 17 November 2010

Dakwah Nabi ke Taif

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات

Tempat Nabi berhenti bermunajat di dirikan sebuah masjid.
Ia diberi nama Masjid Kuu', bermaksud masjid siku. 
Ia mengambil sempena dengan keadaan Nabi berteleku 
dengan sikunya dalam keadaan luka-luka.

 Pada tahun ke 10 kenabian, iaitu 3 tahun sebelum hijrah, Nabi saw menghadapi satu tentangan yang luar biasa hebatnya. Kaum Quraish memulaukan baginda. Dalam keadaan yang penuh tekanan ini, Nabi bersama Zaid Harithah telah memilih bandar tinggi Taif untuk medan dakwahnya.


Sesampainya di Taif, Nabi bertemu dengan tiga orang ketua Bani Thaqif iaitu suku Arab terbesar di Taif. Salah seorang dari mereka tidak mahu campur urusan dakwah ini. Dia mengatakan, "jika engkau pendusta, aku tidak mahu layan pembohongan ini, tetapi jika kamu benar-benar Nabi, aku tidak mahu dilaknat". Dua orang lagi berhujah dengan Nabi. Mereka yang memang dari awal menolak dakwah ini terus menghina-hina dan memperbodohkan Nabi yang mulia ini. Akhirnya mereka berdua menghalau Nabi. "Keluar kamu dari negeri kami ini".




Nabi dibaling batu

Mereka mengheret Nabi keluar dari Bustan as-Thaqif (taman Thaqif). Penduduk yang sejak awal berkumpul di sekeliling Nabi menolak-nolak Nabi. Anak-anak muda yang lebih agresif membaling nabi dengan batu. Batu-batu itu melukai kepala, badan dan kaki Baginda.



Saidina Zaid menjerit-jerit menahan batu yang dilemparkan kepada mereka. Nabi yang cedera meninggalkan Bustan at-Thaqif. Ketika menuruni curam bukit, batu masih lagi menghujani mereka berdua.


Setelah jauh, Nabi bersandar di satu batu, baginda memegang badan Zaid, bertanyakan khabar keadaan Zaid. Zaid yang juga cedera lebih membimbangkan keadaan Nabi.


Darah mengalir dari badan Nabi. Ketika itu Nabi mengangkat tangan dan berdoa mengadu keadaanya pada Allah. Saidina Zaid r.a menceritakan bahawa dia melihat Nabi dengan keadaan yang sangat sedih.


Pada ketika itu, datanglah Malaikat kepada Nabi seraya berkata:-


"Wahai Muhammad, mintalah pada tuhanmu keizinan untuk aku mengambil bukit-bukit di Taif bagi menghempap mereka".


Nabi mengangkatkan tangannya sekali lagi. Baginda berdoa, tapi bukan berdoa untuk kehancuran penduduk Taif tetapi kebaikan untuk mereka.


"Ya Allah, hidayahkanlah kaumku ini, sesungguhnya mereka tidak mengetahui".




Doa Nabi

Darah mengalir dari badan Nabi. Ketika itu Nabi mengangkat tangan dan berdoa mengadu keadaanya pada Allah.


"Wahai Tuhanku, kepada Engkau aku adukan kelemahan tenagaku dan kekurangan daya-upayaku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan yang Maha Pemurah kepada sesiapa Engkau menyerahkan daku? Kepada musuh yang akan menerkamkan aku ataukah kepada keluarga yang engkau berikan kepadanya uruskanku, tidak ada keberatan bagiku asal aku tetap dalam keredhaan Mu. Dalam pada itu afiatMu lebih luas bagiku. Aku berlindung dengan cahaya mukaMu yang mulia yang menyinari segala langit dan menerangi segala yang gelap dan atasnyalah teratur segala urusan dunia dan akirat, dari Engkau menimpakan atas diriku kemarahanMu atau dari Engkau turun atasku azab Mu kepada Engkaulah aku adukan hal ku sehingga Engkau redha. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Engkau"



Ketika berada di tempat itu, seorang Nasrani melintasi mereka. Nasrani ini sangat simpati dengan keadaan Nabi. Dia lalu singgah, mengambilkan air dan bertanyakan khabar mereka berdua. Peluang ini diambil oleh Nabi untuk menerangkan risalah Islam. Akhirnya, orang Nasrani ini memeluk Islam. Dialah satu-satunya orang yang berjaya diIslamkan oleh Nabi ketika di Taif.


Islamnya Nasrani ini memberi inspirasi kepada Nabi untuk mengIslamkan bumi Taif. Perancangan mengIslamkan Taif dan Mekah disusun dan dirancang oleh Nabi.


Sejarah menyaksikan Nabi berjaya mengIslamkan kota Mekah. Bandar Taif terus menjadi medan dakwah seterusnya. Nabi telah mengutuskan seorang sahabat bernama Abdullah Ibn Abbas ke Taif. Beliau berusaha bersungguh-sungguh berdakwah dan mendidik masyarakat Taif. Akhirnya, bumi Taif berjaya di Islamkan oleh Abdullah bin Abbas. Usaha mengIslamkan bumi Taif berjaya dilaksanakan 12 tahun setelah peristiwa penghalauan Nabi dari bumi ini. Abdulllah bin Abbas terus duduk di sini hinggalah kewafatannya.



Sirah ilmu,
Kembara Samudera Qaseh

Selasa, 16 November 2010

Jika Bukan Kerana

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات



Anakku, tahukah anakku bahawa mak mu  ini bukan reti nak tanya apa-apa sebabnya setiap perkataan yang mak nak tulis, mak kena fikir, agar jangan ada ayat yang tidak mengguris hati mu wahai anak.




Kerana mak amat menjaga hati mu. Kadang dalam mak berhati-hati, masih ada juga ayat yang tanpa mak sedar telah membuat anak mak merajuk. Itu sebab anak mak kata mak suka tanya pelik-pelik. Mak  tak tahu  apa kah soalan  yang baik selain pertanyaan ,  "anak mak  dah solat?"  ,  "anak mak  dah makan?", "anak  mak makan apa?", "anak mak buat  apa?"


Pelik kan anakku, kalau mak tanya "buat apa?" Jawapan yang mak dapat ialah "tak buat apa-apa." Sedangkan anak mak sedang mengadap PC, tak kan mengadap PC tak buat apa-apa. Tak kan sekadar pandang saja PC tu.


Sekurangnya kalau pandang mestilah samada menonton video  atau berchatting atau membaca atau sedang melayari laman-laman cyber. Tapi anak mak tak ada pun nak terangkan atau sembang dengan mak.


Seayat mak tanya, sepatah anak mak jawap. Kadang satu huruf sahaja. Macam nak tak nak menjawap. Macam kehadiran sms, sapaan mak tu menganggu. Jika bukan kerana kasih, jika bukan kerana hati ini diikat oleh Allah dengan sifat keibuan, dengan perasaan sayang kepada anak, tidak mak mahu ambik peduli. Mak juga punya hati,mak juga punya rasa malu, mak juga punya perasaan...


Mak redha dengan anugerah ini, mak bersyukur kerana Allah pilih mak untuk bersabar...


Suatu ketika dulu, mak suka bila kerap mak dapat sapaan "mak buat apa?" Mak rasa bahagia sebab ada orang ambik tahu hal  mak, ada orang tanya khabar mak. Mak rasa ceria dan hidup jadi berwarna-warni. Tapi kini, anak mak sendiri tak ceria , anak mak sendiri tidak bahagia, adakah mak mampu untuk rasa bahagia dan ceria di dalam warna-warni?


Kalau memandang, memandang dalam hening, kalau mendengar, mendengar dalam sepi sahaja. Dan akhirnya pasti dihujung tubir mata, mengalir lesu si air mata. ini saja kelebihan jadi milik mak. Dalam hati bertingkat rasa simpati dan berlapis rasa sayang.


Mungkin bagi anak mak tak ada bezanya kehidupan dahulu dengan kehidupan sekarang. Itu yang buat anak mak tidak kisah dengan apa yang mak sapa, dengan apa yang mak tegur dengan apa yang mak tulis. Memang tidak ada bezanya, kalau dulu seorang diri, kini pun seorang pun seorang diri,  ada  mak,  jauh di hujung tanah Melayu.  Cumanya  ada kasih yang tertaut, terbelit  di dalam hati atas bukan kehendak diri.


Kenapa mak buat juga? Terhegeh-terhegeh tanpa kenal jemu dan bosan. Ya, jika bukan kerana anak mak adalah anugerah Allah, jika bukan kerana qudrat dan iradat Allah, jika bukan kerana kekuasaan dan kehendak Allah, mak pun tak buat semua tu...



Mak buat kerana patuh dan taat dengan apa yang Allah suruh. Jaga silaturahim, peliharaan ukhuwwah sesama saudara seagama...


Kasih sayang bukannya boleh dibeli, bukan ada dijual , bukan ada tag harga...


Kasih sayang bukan ada untung rugi, bukan ada diskaun, bukan ada liabiliti...


Kasih sayang bukan kita yang pilih, bukan kita yang tanam , bukan kita yang semai dan baja...


Kerana kasih sayang antara mak dengan anak adalah anugerah Allah, Allah yang campakkan dalam hati, Allah yang lahirkan di dalam sanubari...


Dengan ada kasih sayang di dalam sanubari, ini lah tali yang mengikat...


Samada suka atau tidak, redha atau tidak,  tanpa  izin NYA,   kita tak mampu nak kerat tali tu, kita tak mampu nak rentap tali tu agar putus...


Syukur Allah pilih mak untuk bersabar, untuk tabah dan untuk redha...




Ingin ku pegang jari jemari mu begini, anak ku



Luakan hati,
Kembara Samudera Qaseh.

Isnin, 15 November 2010

Doa Buat Anakku

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات


Ibu apakah aku ini, anak sakit tidak dipeduli. Anakku jauh di sana sendirian. Anak kesepian merintih kedinginan, kelaparan dibiarkan begitu saja. Tak ada hati perut, tak ada kemanusiaan.


Hanya yang mampu aku buat ialah membiarkan linangan air mata berderai jatuh menyimbah ke bumi. Membiarkan hati sendiri tersayat dengan sembilu kerana ketidakupayaan diri. Berat dugaan ini untuk dipikul oleh hati yang cuma sebesar buah markisa puri.


Namun jauh di dalam kalbu sanubari ku, hanya doa yang ku titip pada ilahi, doa yang tidak putus-putus agar anakku tetap selamat di dalam peliharaan Allah. Segunung ujian dan dugaan datang, anakku mampu hadapi dengan iman yang sempurna dan ketabahan dalam taqwa.


Selagi jasad dan roh belum berpisah, mantapkan aqeedah dan imannya, jangan ada dalam hati untuk menyengutukan Allah. Selagi tidak ada dosa syirik, maka aku yakin akan sampai segala doaku buat dia.


Ya Allah hanya ENGKAU Yang Maha Mengetahui apa yang aku bisik dalam hati ini, dan aku mohon KAU sampaikan terus ke dalam hati anakku. Sampaikan segala bisikan kasih sayang dan rinduku kepada anakku.



Anakku,mak tulis doa ini khas untuk mu anakku...


YA ALLAH,

Engkau mengetahui hati-hati ini

telah ditemukan atas qudrat dan iradat MU

saling mengasihi untuk mematuhi perintah MU,

bersatu kerana takdir MU,

hati-hati ini yang tunduk mendokong syariatMU,

maka eratkanlah YA ALLAH akan ikatannya...

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini

akan jalan MU  yang sebenar,

Penuhkanlah hati ini dengan cahaya Rabbani Mu

yang tidak kunjung malap,

Lapangkanlah hati-hati ini dengan

limpahan iman dan keyakinan

dan keindahan tawakkal kepada MU,

Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan

ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentang MU,

Jika Engkau mentakdirkan mati,

maka jemputlah kami kehadirat MU,

dalam redha, rahmat dan kasih sayang MU

Engkaulah sebaik-baik sandaran

dan sebaik-baik penolong,

YA ALLAH,

Perkenankanlah permintaan ini...

Rintihan dalam doa,
Kembara Samudera Qaseh.

Jumaat, 12 November 2010

Alangkah Bahagianya Dia

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات


Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
“Tujuh golongan manusia yang akan dilindungi oleh Allah pada hari yang tidak ada perlindungan selain perlindungan-Nya,pemuda yang hidup dalam keadaan mengabdikan diri kepada Allah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Lihatlah, betapa besarnya ganjaran yang menunggu untuk pemuda yang punya jati diri, untuk pemuda yang kukuh hatinya, untuk pemuda yang berjiwa mukmin. Inilah sepatutnya ukuran yang perlu ada dalam diri setiap remaja. Apabila berkata tentang mengabdikan diri kepada Allah, bukanlah bermakna kita perlu sentiasa berada di masjid untuk beribadah atau perlu menjadi ustaz. Tapi, pemuda yang mengabdikan diri kepada Allah adalah pemuda yang sentiasa tahu tujuannya diturunkan ke bumi, sentiasa sedar perlakuan, percakapan dan apa yang terlintas di hatinya diketahui oleh yang Maha Mendengar dan Maha Melihat.


Jika mahu bergaul, dia tahu tahu batas-batas yang perlu ada, jika ada group discussion dengan berlawanan jantina contohya, dia tahu batas-batas yang perlu dijaga. Jika dia seorang mekanik, pekerja kilang atau doktor, dia menjadi pekerja yang beriman dan bertakwa.


Sabda Baginda SAW bermaksud:

“Sesungguhnya Allah sangat kagum kepada pemuda yang tidak memiliki sifat kebudak-budakan.”


Pernahkah mendengar tentang kisah Ta’labah, salah seorang daripada para sahabat Nabi s.a.w. Seorang pemuda yang punya misi dan visi yang sangat agung.



Seorang remaja yang begitu hebat di zaman Rasulullah s.a.w. Namanya Ta’labah bin Abdul Rahman, seorang remaja berusia 17 tahun. Setelah memeluk Islam, beliau selalu mengikut Rasulullah mengajar. Jika Rasulullah berhajatkan sesuatu, Rasulullah akan khabarkan kepada Ta’labah. Suatu hari Rasulullah menyuruh Ta’labah mencari sesuatu. Ketika dalam perjalanan mencari barang yang Rasulullah hajati itu, Ta’labah telah melalui sebuah rumah yang pintunya terbuka. Angin yang bertiup membuatkan pintu tandas rumah tersebut juga terbuka ditiup angin dan Ta’labah terlihat seorang perempuan sedang mandi. Ta’labah terus berkata;

” A’uzubillah! Ya Allah aku takut nanti malaikat Jibril beritahu kepada Rasulullah s.a.w! Ya Allah, aku takut turunnya ayat quran yang menyenaraikan aku dalam golongan orang yang berbuat dosa! Ya Allah…”



Dia merintih sehingga dia lupa akan barang yang dipesan oleh Rasulullah s.a.w. Dia melarikan diri dan terjumpa satu bukit di pinggir Madinah yang dipuncaknya ada gua. Ta’labah masuk ke dalam gua tersebut dan asyik menangis. Rasulullah s.a.w menanti kepulangan Ta’labah beberapa hari namun Ta’labah tidak kunjung tiba lalu Rasulullah s.a.w mengarahkan Saidina Umar untuk mencari Ta’labah dan Saidina Umar terjumpa Ta’labah di tempat dia sembunyi tadi. Umar berkata;

“Ta’labah, Rasulullah mahu berjumpa kamu.”

“Kenapa, sudah turun kah ayat al-Quran tentang dosaku, sudah beritahukah Jibril kepada Rasulullah, aku tak nak masuk neraka, aku tak nak masuk neraka.” Kata Ta’labah dalam ketakutan yang amat sangat.



Oleh sebab Ta’labah sudah sangat lemah, Umar memimpinnya balik kerumah. Apabila Rasulullah s.a.w menziarah Ta’labah, Ta’labah sedang terlentang lalu Rasulullah s.a.w meriba kepala Ta’labah tetapi Ta’labah mengetepikan kepalanya. Rasulullah bertanya;

” Kenapa wahai Ta’labah?”

” Wahai Rasulullah, kepala yang penuh dosa ini tidak layak untuk berada di ribamu,wahai Rasulullah” kata Ta’labah.

” Apa yang kamu mahu Ta’labah?”

” Ya Rasulullah, aku mahukan keampunan Allah”

” Apa cita-cita kamu wahai Ta’labah?”

” Cita-cita aku hanya syurga Allah. Tolonglah doakan moga Allah mengampunkan dosa-dosaku.”

Lalu Rasulullah s.a.w berkata:

” Wahai Ta’labah aku menjamin kepadamu apa yang kamu mahu dan cita-citamu. Inilah bukti taubatmu.”


Lalu Ta’labah menghembuskan nafasnya yang terakhir di riba Rasulullah s.a.w. Yang menariknya, ketika mayat Ta’labah siap dikafan dan tiba masa untuk dikebumikan, Rasulullah datang agak lewat ketika itu. Para sahabat membuka jalan kepada Rasulullah untuk rapat ke kubur Ta’labah. Tetapi Rasulullah berjalan merapati kubur Ta’labah dalam keadaan berjalan yang agak tersekat-sekat.

Sahabat-sahabat bertanya:

” Wahai Rasulullah, kami telah membuka jalan, mengapa Rasulullah berjalan dengan tidak selesa?”

Rasulullah menjawab:

” Kamu tidak melihat betapa ramainya malaikat yang hadir menghantar Ta’labah ke kubur.”



Itulah kisah hidup seorang remaja hebat bernama Ta’labah. Betapa takutnya beliau dengan azab Allah walaupun dia tidak sengaja terpandang perempuan yang sedang mandi itu. Begitu malu bertemu Rasulullah, begitu mengharap keampunan Allah s.w.t. Akhirnya matinya di ribaan insan mulia bernama Muhammad bin Abdullah, dan jasadnya diiringi malaikat ke kuburan. Subhanallah!


Sama-sama kita persoalkan dimana keadaan kita pada hari ini. Apakah hati kita sudah sama seperti Ta’labah atau selama ini dibuai kenikamatan dunia.

Sama-sama kita insafi betapa banyaknya masa yang kita telah bazirkan dengan hiburan dunia, betapa sedikitnya masa yang kita luangkan untuk menggapai keredhaan Allah.


Sabda Rasulullah SAW bermaksud:

“Tidak berganjak langkah kaki seseorang hamba pada hari pembalasan kelak sehingga mereka ditanya empat soalan iaitu umurnya ke mana diperuntukkan, usia muda ke mana dihabiskan, hartanya daripada diperoleh dan ke mana dibelanjakan dan ilmunya apakah diamalkannya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)


Tangisilah, tangisilah..........dan takutklah kita kepada azab Allah.


Apakah jika Allah bertanya tentang masa muda kita nanti, kita akan menjawab dengan muka yang penuh riang menunggu balasan syurgaNya, atau kita akan menggeletar ketakutan dan bermurung kerana memikirkan azab neraka yang bakal menimpa kita?


Tanyalah diri kita sendiri, kerana kita lebih mengetahui tentang diri ini.




Tazkirah buat diri,
Kembara Samudera Qaseh.

Cinta Dunia Yang Bertapa

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات

Cinta Dunia Yang Bertapa Dalam Diri Manusia

Apa yang dimaksud dengan dunia?
Firman-Nya, "Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sesuatu yang melalaikan... Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu." (Sebahagian maksud surah Al-Hadid ayat 20)


Cinta dunia atau 'wahn' adalah segala sesuatu yang membuat kita lalai kepada Allah. Misalnya, salat, saum atau sedekah, tetap dikatakan urusan dunia jika niatnya ingin dipuji makhluk hingga hati lalai terhadap Allah.



"Akan datang masa di mana kamu diperebutkan oleh bangsa-bangsa lain sebagaimana orang-orang berebut melahap isi mangkuk." Para sahabat bertanya, "Apakah saat itu jumlah kami sedikit ya Rasulallah?" Rasulullah bersabda, "Tidak, bahkan saat itu jumlahmu sangat banyak, tetapi seperti buih di lautan karena kamu tertimpa penyakit 'wahn'." Sahabat bertanya, "Apakah penyakit "wahn" itu ya Rasulallah?" Beliau menjawab, "Penyakit "wahn" itu adalah terlalu cinta dunia dan takut mati."


Rasulullah yang mulia adalah contoh seorang pemimpin yang sangat dicintai umatnya; seorang suami yang menjadi kebanggaan keluarganya; pengusaha yang diamanahkan dengan dunia tapi tak dihambakan oleh dunia karena beliau adalah orang yang sangat terpelihara hatinya dari silaunya dunia. Tidak ada cinta terhadap dunia kecuali cinta terhadap Allah. Kalaupun ada cinta pada dunia, hakikatnya itu adalah cinta karena Allah. Inilah salah satu rahasia kejayaan Rasulullah.


Sebaliknya, orang yang sibuk siang malam mencari wang untuk diagih dan dikongsi kepada yang memerlukan atau untuk kemaslahatan umat bukan untuk kepentingan peribadi, walau aktivitinya seolah duniawi, ini tidak dikatakan cinta dunia. Artinya, segala sesuatu yang membuat kita taat kepada Allah, maka hal itu bukanlah urusan dunia.


Bagaimana ciri orang yang cinta dunia? Jika seseorang mencintai sesuatu, maka dia akan dihambakan oleh apa yang dicintainya. Jika orang sudah cinta dunia, maka akan datang berbagai penyakit hati. Ada yang menjadi sombong, dengki, serakah atau lelah memikirkan yang tak ada.


Makin cinta pada dunia, makin serakah. Bahkan, boleh melakukan perbuatan keji untuk mendapatkan dunia yang diinginkannya. Fikiran dan perancangannya selalu dunia, bertungkus lumus siang malam mengejar dunia untuk kepentingan dirinya sendiri.


Ciri lainnya adalah takut kehilangan. Seperti orang yang bersandar ke kerusi, maka akan takut sandarannya diambil. Orang yang bersandar ke pangkat atau kedudukan, maka ia akan takut pangkat atau kedudukannya hilang. Oleh sebab itu, pencinta dunia itu tidak pernah merasa bahagia.


Rasulullah yang mulia, walau dunia dekat dan mudah baginya, tetapi semua itu tidak pernah sampai mencuri hatinya. Contohnya, ketika Rasullulah memiliki pakaian dan kuda yang bagus dan terbaik, dan ada pula yang meminta, baginda memberikannya dengan mudah. Inilah yang membuat baginda tak pernah terpikir untuk berbuat aniaya dan khianat.


Semua yang ada di langit dan di bumi milik Allah semata. Kita tidak mempunyai apa-apa. Hidup di dunia hanya persinggah sahaja. Dilahirkan sebagai bayi, membesar sebentar, semakin tua, dan akhirnya mati. Kemudian dilahirkan manusia berikutnya, begitu seterusnya.


Bagi orang-orang yang telah sampai pada keyakinan bahwa semuanya hak Allah dan total milik-Nya, ia tidak akan pernah sombong, bongkak, iri hati ataupun dengki. Sebaliknya, ia akan selalu menyiapkan diri bahawa apa-apa yang ada ini bila-bila sahaja diambil oleh Pemiliknya, karena segala sesuatu dalam kehidupan dunia ini tidak ada artinya.


Harta, kuasa, pangkat, jabatan, dan populariti tidak akan ada artinya jika tidak digunakan di jalan Allah. Hal yang berarti dalam hidup ini hanyalah amal-amal kita.


Oleh sebab itu, jangan pernah beri peluang "dunia" ini meracuni hati kita. Jika memiliki harta dunia, jangan sampai sombong, dan jika tidak adanya pun, tidak perlu mengeluh.


Kita harus meyakini bahawa siapa pun yang tidak pernah berusaha melepaskan dirinya dari kecintaan terhadap dunia, maka akan sengsara hidupnya. Mengapa? Sumber segala fitnah dan kesalahan adalah ketika seseorang begitu mencintai dunia. Semoga Allah mengurniakan pada kita nikmatnya hidup yang tak terbelenggu oleh dunia.



Hal ini membuat beberapa orang sholeh dan bijak mendefinisikan kehidupan dalam beberapa gambaran :



a. Hidup adalah mimpi, layaknya bunga tidur

b. Nabi Nuh as. ketika mengecap hidup selama seribu tahun, orang-orang bertanya kepadanya , bagaimana Anda melihat hidup? Ia menjawab, " Hidup ini bagaikan rumah yang memiliki dua pintu, dimana aku masuk di satu pintu dan keluar di pintu yang lain.

c. Ketika orang sholeh dan bijak ditanya " Jelaskan kepada kami dunia itu!" Ia menjawab, "Dunia ibarat orang tua yang telah beruban dimana pancaindera penerimanya dan penciumannya sudah tidak berfungsi dengan baik."


Imam Ahmad berkata, "Dunia ini memang ajaib. Ketika kita berada bersama anak-anak, tiba-tiba ia mampu memisahkan kita."


Konon katanya, sebelum khalifah Harun Ar-Rashid ajal datang menjemput,ia sempat mengatakan, " Siapkanlah satu pasukan untukku!" Tak lama kemudian, bawahannya menyiapkan pasukan dan para komandan. Kemudian ia keluar menemui pasukannya dan berucap, "Duhai Tuhan yang kerajaannya tak pernah hancur, rahmatilah orang-orang yang kerajaannya telah hancur." Dan selanjutnya, beliau meneruskan dengan memanjatkan doa,



" Ya ALLAH, sesungguhnya aku ini bukanlah orang yang baik, maka ampunilah diriku dan aku ini bukanlah orang yang kuat, maka berilah kemenangan. Ya Allah, terimalah diriku bersama hamba2 yang Engkau terima amal kebaikannya."


Lain halnya dengan khalifah Al-Wadid bin Abdul Malik,meronta -ronta diatas tanah sambil menangis pada saat sakaratul maut dan berkata " Hartaku sekali-kali tidak memberi manfaat kepadaku. Telah hilang kekuasaanku dariku" ( Al- Haqqah[69]: 28-29)



Cinta dunia adalah sikap hidup yang mampu memutuskan hubungan silahturahim, orang-orang yang dicintai dan karib kerabat.


Cinta dunia adalah sikap yang menyebabkan manusia meninggalkan sholat jamaah, kajian ilmu dan mengingat ALLAH swt.


Cinta dunia adalah sikap yang mampu membuat hati menjadi keras dan menyia-yiakan waktu untuk maksiat. Dan jika tidak, maka dunia bagi anda hanya sebatas apa yang dimakan , lalu membusuk, apa yang anda sedekahkan, kemudian dibagi kepada orang lain atau apa yang anda kenakan, lalu lenyap.


Perlu diketahui seyakin-yakinnya, bahwa perkara terbaik yang kita persiapkan adalah amal sholeh. Kerna semua yang ada pasti akan musnah, kecuali bekal yang dipersiapkan oleh hamba untuk kehidupan akhiratnya.

{ sumber : buku "senandung cinta Al Qorny}



Wallahu a'lam.




Terjemahan penuh Surah Al-Hadid ayat 20 :
"Cinta dunia adalah ujung dari segala bentuk perilaku menyimpang. Allah SWT berfirman " ketahuilah, bahwa sesugguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan sesuatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megahan antara kamu serta berbangga-bangga dengan banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang membuat para petani terkagum-kagum dengan tanaman-tanamannya,kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya menguning lalu hancur. Dan di akhirat kelak ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhoanNya. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu." (Al-Hadid[57];20)




Tazkirah buat diri,
Kembara Samudera Qaseh.

Khamis, 11 November 2010

Kasih Sayang Tak Bertepi

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات

Dari semalam lagi aku menangis kerana ada yang bertanya, "ummi, saya lama tak nampak seseorang di sini, mana perginya?"


Bila ditanya soalan ini pun aku dah menangis, air mata serta merta bertakung dipenjuru mata. Mengalir perlahan-lahan menuruni di pipi.


Ketika itu, Najdah dan zauj ada di rumah. Apa alasan nak aku beri jika mereka melihat kolam mataku penuhi dengan air dan hidung ku sudah mula merah menyala.


Sambil menaip meluahkan rasa, sambil aku mengesat air mata. Aku tak mahu terlalu ketara anak-anak dan zauj perasan aku menangis. Ntah kenapa sayu sangat hati ni. Pilu dan sendu. Mudah benar hati tersentuh bila ada yang bertanya atau ada yang bercerita.


Memang aku punya hati dan jiwa yang penuh kasih sayang. Aku amat sayang pada embunku, tapi aku tak mampu berbuat apa-apa untuk melayan dan membelainya dengan tangan ku sediri.


Ingin sangat aku melayan dia, membelai hatinya namun apa yang daya aku buat? Sekadar bertanya sudah makan atau belum, pun kadang buat aku rasa simpati dan kasihan bergunung-gunung.


Embun mak,mak tak boleh beli hati mu, sebab hati mu tidak ada nilainya bagi mak. Harga nya terlalu tinggi. Mak cuma ada rasa kasih dan sayang sahaja jika nak membeli hati mu, embunku.



Semoga embun mak faham suatu hari nanti nilai kasih dan sayang mak. Kasih sayang mak tak bertepi , rindu mak tak bersempadan...



Luahan rasa,
Kembara Samudera Qaseh.

Rabu, 10 November 2010

Wajah Yang DiMuliakan 1

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات
Nama Syaidina Ali di bulan
Singkapan sejarah ini bukan menandakan aku seorang Syiah, tetapi aku suka dengan kisah sejarahnya. Syaidina Ali merupakan suami kepada Syaidina Fatimah, menantu Rasullulah dan juga sepupu Rasullulah. Baginda bersama-sama berjuang menegakkan Islam di bumi.




Nabi s.a.w. bersabda,”Aku bagaikan matahari dan Ali bagaikan bulan”. Sesungguhnya Allah Azza Wa Jalla ingin menunjukkan kecintaan kepada hamba-Nya melalui kebesaran-Nya yang Agung.


Retakan Pada Ka’abah.
Sebelum di simen
Terdapat satu retakan pada salah satu penjuru Ka’abah yakni yang terletak di Rukun al Yamani. Pada tahun 30 sebelum hijrah Rasul, Fatimah binti Asad, ibu Imam Ali sewaktu melakukan tawaf di Ka’abah, telah merasa akan melahirkan bayi yang dikandungnya. Didalam keadaan tersebut beliau tidak dapat mencari tempat yang terlindung dari pandangan orang untuk beliau melahirkan anaknya.


Selepas di simen
Pada waktu itu, salah satu penjuru Ka’abah telah merekah dan terbuka, lalu beliau masuk ke dalamnya dan melahirkan puteranya di dalam Ka’abah. Sehingga hari ini pada tanggal 13 Rejab setiap tahun, penjuru ini akan merekah semula walaupun sesudah itu pihak berkuasa mencuba untuk menampal kesan rekahan tadi. Juga diberitakan akan keluar suatu bau yang harum dari rekahan tersebut.




Semoga Kita Mendapat Syafaat daripada Baginda Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w.w dan juga sepupunya Amirul Mukminin Ali ibn Abi Thalib a.s. Insya Allah. Assamu alaika ya Amirul Mukminin Ali ibni Abi Thalib, Warahmatullahi Wabarakatuh. Allahuma solli alaa Muhammad wa aali Muhammad, Wa Ajjil Farojahum.

Penjuru Rukun Yamani


Biodata  Amirul Mukminin Ali ibni Abi Thalib K.W.

Nama: Ali ibni Abi Thalib
Tarikh Lahir: 13 Rejab 23 Tahun Sebelum Hijrahnya Rasul s.a.w.
Tempat Lahir: Di dalam Ka’abah
Nama Ayahnya: Abu Thalib bin Abdul Muthalib
Nama ibunya:Fatimah binti Asad
Julukan: Abul Hasan
Gelaran: Al-Murthada,Assadullah,Haydar,Amirul Mukminin,Abu Turab,Karamallahu Wajhah
Tarikh Wafat: 21 Ramadhan Tahun 40 Hijrah
Tempat Wafat: Najaf,Iraq
Umur Wafat: 63 Tahun
Nama Pembunuh: Ibnu Muljam L.A



Membuka hijab Sejarah,
Kembara Samudera Qaseh.

Wajah Yang DiMuliakan 2

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات



Kubur Amirul Mukminin Ali ibni Abi Thalib K.W (Karamallahu Wajhah)






Makam Imam Ali a.s di Najaf



Di dalam kitab Muntakhab al Tawarikh disebutkan: Al Hajjaj bin Yusuf al Tsaqafi mengali ribuan kuburan di sekitar Kufah. Ia mencari jasad Imam Ali a.s.

Imam Ali berwasiat kepada putranya agar ia dikuburkan pada malam hari, bukan siang hari, dan dalam keadaan yang sembunyi dan tidak terang terangan. Mereka menyembunyikan dan merahsiakan dari khayalak ramai. Hal ini berlangsung sehingga kekhalifahan Harun al Rasyid.

Pada.. suatu hari, Harun al Rasyid pergi berburu ke lembah Najaf di pinggiran Kufah. Di sana terdapat belukar dan sarang binatang.

Abdullah bin Hazim berkata, “Ketika kami berjalan menuju tepi belukar itu, kami melihat seekor rusa betina. Kemudian kami melepaskan burung helang dan anjing untuk memburunya. Segera binatang pemburu itu mengejarnya. Tetapi rusa itu lari ke sebuah bukit dan berlindung di situ. Burung helang dan anjing pun kembali. Melihat peristiwa itu, al Rasyid merasa hairan.


Kemudian, rusa betina itu turun dari bukit. Burung helang dan anjng segera mengejarnya. Maka rusa itu pun kembali lagi ke atas bukit. Anjing dan burung helang tadi itu kembali lagi. Hal itu berlangsung terus menerus sebanyak tiga kali.

Lalu Harun al Rasyid berkata, “Pergilah ke kampung yang terdekat. Siapa saja yang kau temui di sana, bawalah ia ke sini.”

Maka kami bertemu dengan seorang tua dari Bani Asad dan membawanya ke tempat itu. Kepada orang tua itu, Harun al Rasyid bertanya, “Bukit apa ini?”


Orang itu menjawab, “Jika anda memberikan keamanan kepadaku, aku akan memberitahukan kepada anda”.

Al Rasyid berkata, “Engkau berada dalam jaminan Allah. Aku tidak akan menyakiti dan mencelakakanmu.”


Kemudian orang tua itu berkata, “Aku pernah datang ke sini bersama ayahku. Di sini kami berziarah dan bersolat. Kemudian aku bertanya kepada ayahku tentang tempat ini. Ayahku menjawab, “Ketika aku berziarah ke tempat ini bersama Imam Ja’afar as Shodiq a.s, beliau berkata, “Ini adalah kuburan moyangku, Ali ibn Abi Thalib a.s. Tidak lama lagi Allah akan menampakkannya.”


Harun al Rasyid turun dari kudanya, lalu meminta diambilkan air. Kemudian ia berwudhu dan solat di atas bukit itu. Ia pun mulai menangis. Setelah itu, ia memerintahkan agar dibangunkan kubah di atas kuburan tersebut. Sejak hari itu, bangunan itu terus menerus direnovasi. Sungguh, hari itu merupakan hari terindah yang keindahannya tak dapat diungkapkan lagi”.




Makam Imam Ali a.s di Najaf







Singkapan Sejarah yang terhijab,
Kembara Samudera Qaseh.

Selasa, 9 November 2010

Kualiti Iman Seorang Muslim

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات






Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Tanda cintakan Allah S.W.T. ialah mengingati Allah S.W.T (zikrullah) dan tanda Allah S.W.T murka kepada hamba ialah dia tidak suka mengingati Allah." (Baihaqi)


Huraian :
Pengajaran Hadis:

i) Ciri khas dalam akidah yang wajib ada dalam diri setiap individu adalah perasaan cintakan Allah kerana ia merupakan kayu ukur terpenting dalam menilai kualiti iman seorang muslim yang sebenar.


ii) Antara sifat mereka ialah sentiasa merasa bahagia apabila mengingati Allah iaitu mereka banyak berzikir, mengerjakan sembahyang, membaca al-Quran dan sebagainya sebaliknya bagi orang yang tidak cintakan Allah, dia merasa bosan dan rimas apabila mendengar kalimah-kalimah Allah dan malas untuk berzikir (mengingati Allah) jauh sekali untuk beribadat kepada Allah.


iii) Sesungguhnya orang yang selalu mengingati Allah (di kala senang mahupun susah) akan mendapat pemeliharaan daripada Allah S.W.T, kehidupannya sentiasa terkawal dan terpimpin, jalan hidupnya sentiasa sejahtera dan selamat. Sebaliknya  mereka yang lalai daripada mengingati Allah, kehidupannya akan didapati kosong, kecewa dan hampa.





Peringatan buat diri.
Kembara Samudera Qaseh

Jumaat, 5 November 2010

Iman Bukan Dijual Beli

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات


Hari ini, hati ini tersentuh lagi. Apabila teguran dibuat oleh ayahanda terhadap anaknya. Bermulanya teguran itu adalah dari memberikan nama yang baik dan panggilan yang baik kepada anak-anak.


Ayahanda menukar nickname seorang anaknya kepada nama yang lebih molek dipanggil dan maknanya. Klik  tajuk  ini.  Panduan Memilih Nama Anak


Si anak tidak rela dan berkecik hati. Bagi dia , ada apa pada nama? Lagipun nama yang dia gunakan itu tak ada erti yang buruk, sekadar nama itu tidak mempunyai makna, NISBAH.


Maka berlakulah pergeseran hati antara anak dengan ayahanda. Ibu ini yang melihat, hanya mampu diam dan menangis. Hiba dan pilu.


Hanya ibu ini faham bagaimana untuk mendidik anaknya, ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepong tidak berserakkan. Hanya ibu  ini  sahaja  yang sabar dan faham kaedah untuk mendidik  anaknya,  itu pun kadang kala tanpa sedar  tersilap kata  juga.


Sudah 10 hari sebelum ini, anak ini merajuk, kini...


Menangis lagi hati ibu ini. Tapi hari ini bukan sahaja menangis di hati, mata turut dikaburi dengan air mata.


Jarang ibu ini meluahkan rasa hatinya pada seseorang kecuali pada laman blog sahaja, tapi kebetulan ada kakak dari Kota Singa sedang YM maka, secara tidak langsung terluah juga kepadanya.  Cerita  YM di bawah ini bercampur - campur,  antara  cerita  kakak mahu memberikan wakaf  telekong dengan cerita  hiba  ibu itu. Berselang seli... baca dan fahamkan butir  bicara...



Permulaan di awali dengan Salam...



ummu_hakimah@hotmail.com: Assalamualaikum wr.wb




Ummi: wsalam
Ummi: apa khabar kakak?




ummu_hakimah@hotmail.com: adik tempat mana?




Ummi: kat rumah




ummu_hakimah@hotmail.com: bila adik mahu kirimkan telekong ke Kemboja?




Ummi: Hari  Isnin




ummu_hakimah@hotmail.com: sudah beli ke?




Ummi: sudah




ummu_hakimah@hotmail.com: berapa ya?
ummu_hakimah@hotmail.com: kakak mahu kirim duitnya pon,  mungkin tak boleh sampai secepatnya.
ummu_hakimah@hotmail.com: kerana hari ni opis tutup , esok tak sempat




Ummi: tak payah kirim
Ummi: saya belanja




ummu_hakimah@hotmail.com: ok , tapi berapa dik?
ummu_hakimah@hotmail.com: tolong jujur
ummu_hakimah@hotmail.com: adik faham akak tak?




Ummi: faham
Ummi: nanti lain bulan




ummu_hakimah@hotmail.com: berapa?
ummu_hakimah@hotmail.com: berapa?
ummu_hakimah@hotmail.com: mau cakap tak.....
ummu_hakimah@hotmail.com: nanti akak pekiiik dalam hati adiiik..macam boleh denagr suaraa jee
ummu_hakimah@hotmail.com: ketawa




Ummi: moga kita dirahmati Allah
Ummi: saya sedang pilu
Ummi: antara tugas dgn kasih sayang




ummu_hakimah@hotmail.com: Munalizaaaa




Ummi: saya sayang anak angkat mualaf saya
Ummi: dia masih belum benar-benar kuat dan mantap




ummu_hakimah@hotmail.com: ok, kalau tak mau cakap




Ummi: suka main-main di chatbox
Ummi: tapi orang lain tak faham
Ummi: orang lain marah dia
Ummi: bila dia marah ,dia merajuk, saya terluka dan merajuk juga.




ummu_hakimah@hotmail.com: tadi sebenarnya pon kakak sudah dapat beli telekong cantik sangat,  harga yang Alhamdulillah, ..cuma mahu poskan... opis tutup dan jika masa yang singkat ni tak boleh lah sampai...




Ummi: saya sedih,menangis




ummu_hakimah@hotmail.com: kira2 4/5 hari baru sampai




Ummi: berhari-hari hati saya gundah
Ummi: boleh lagi
Ummi: sebab berangkatnya minggu depan
Ummi: bawa guna luggage




ummu_hakimah@hotmail.com: jadi akak pikir yang telah akak beli tu akak mahu hadiahkan untuk adik saja yang gunakan..sebagai hadiah dari kakak ok..boleh tak?
ummu_hakimah@hotmail.com: sebab akak sudah mohon pertunjuk dari Allah swt jawapannya tetap buat hadiah Adik munaliza jeer!
ummu_hakimah@hotmail.com: adiiikkkk




Ummi: baik kak.
Ummi: saya terima buat pakaian solat hari-hari
Ummi: terima kasih kakak ku




ummu_hakimah@hotmail.com: Sudah terjawab pon...dah kenai sikit2lah tu Alhamdulillah
ummu_hakimah@hotmail.com: dengar juga ya kata suara bisikan hatikuuu...Terima kasihhh




Ummi: dengar kak
Ummi: cumanya,air mata ni buat saya susah baca
Ummi: mata jadi kabur




ummu_hakimah@hotmail.com: hehehe mau gelak rasa hatikuu ni




Ummi: saya menulis dalam linangan air mata




ummu_hakimah@hotmail.com: nangiss lah puas2,akak dengaar pulak
ummu_hakimah@hotmail.com: macam dengaaar jee
ummu_hakimah@hotmail.com:
BUZZ!!!
ummu_hakimah@hotmail.com: usiik
ummu_hakimah@hotmail.com:
ummu_hakimah@hotmail.com: memikat...
ummu_hakimah@hotmail.com: sekarang mahu sakat ...orang mau sakat diam2 tapi akak beritau neh
ummu_hakimah@hotmail.com: adiiik
ummu_hakimah@hotmail.com: ooooo
ummu_hakimah@hotmail.com: bilakah akak boleh poskan?...agak2 bila adik   ada  di rumah jika abang pos datang..
ummu_hakimah@hotmail.com: hello miss




Ummi: ada rumah hari2
Ummi: bila-bila senang baru pos
Ummi: nanti nak pesan
Ummi: kalau saya mati kapan kan dengan telekong itu




ummu_hakimah@hotmail.com: wokey..telekong tu buat solat raya Adha ,wokey
ummu_hakimah@hotmail.com: pasti panjang umor punyee
ummu_hakimah@hotmail.com:




Ummi: amin




ummu_hakimah@hotmail.com: diik...airmata tu sudah satu gelas beloom?..akak mau minuum neh...dah senyap ..dah berenti airmatanya
ummu_hakimah@hotmail.com: ok akak mau lihat adik senyum boleh tak?




Ummi: belum boleh
Ummi: masih ada banyak air mata
Ummi: hiba hati seorang ibu




ummu_hakimah@hotmail.com: tadah dalam baldi...




Ummi: hati ibu tak sama hati ayah




ummu_hakimah@hotmail.com: akak mau tau banyak mau kepoh boleh?
ummu_hakimah@hotmail.com: luahkan hatimu agar akak boleh bantu
ummu_hakimah@hotmail.com: itupon kalau sudi dan percayalah
ummu_hakimah@hotmail.com: tak ada paksaan




Ummi: boleh
Ummi: kan dah tulis tadi tu
Ummi: antara kasih kepada anak dengan menjalankan tugas sebagai admin
Ummi: anak ini tak punya sapa-sapa
Ummi: dia saudara baru yang tinggalkan buddha kerana cinta islam
Ummi: saudara seagama yang benar kasih dan amat sayang akan dia cuma saya, dia cuma kenal saya dan kasih dengan saya sebagai ibu selain rakan-rakan yang bantu mengislamkan dia dahulu.




ummu_hakimah@hotmail.com: dia ada dihalaqah tak?




Ummi: ya




ummu_hakimah@hotmail.com: sape nicknamenya?




Ummi: tapi masih baru (tidak dinyatakan)
Ummi: Islamnya masih dangkal
Ummi: perlu psiko untuk tarbiyah dia
Ummi: saya jaga agar imannya jangan goyang
Ummi: kerana iman kita yang baka ini pun kadang turun naik
Ummi: ada masa kita kuat, ada masa kita lemah
Ummi: namun kita masih ada sokongan
Ummi: tapi dia?
Ummi: ada siapa?
Ummi: ibu kandung yang dia cinta pun berlainan agama
Ummi: dia tak tega nak nak bagitahu mak kandung yang dia dah beragama Islam
Ummi: sebab akan lukakan hati mak kandung.




ummu_hakimah@hotmail.com: kejap neh ya....ok akak akan masuk ke dalam kolam alhaudhie, ya ke halaqah.




Ummi: hari-hari pesanan mak kandung,jangan masuk islam
Ummi: jangan hampiri islam
Ummi: tapi Islam yang dia cinta.




ummu_hakimah@hotmail.com: sesungguhnya hidayah buatnya




Ummi: hidayah bukan boleh simpan dalam wallet
Ummi: hidayah kena jaga agar bercahaya.




ummu_hakimah@hotmail.com: adik akak akan masuk ke halaqah.




Ummi: kewajiban jaga hidayah tu bukan atas dia seorang
Ummi: orang keliling kena bantu agar makin mantap
Ummi: kena beri bimbingan selepas dakwah
Ummi: itu tugas kita
Ummi: kalau orang kafir, kita dakwah masuk Islam.




ummu_hakimah@hotmail.com: adik tenang dan berdoa serahkan segala2nya kepada Allah swt Yang Maha adil dan Maha mengetahui.




Ummi: dah islam adakah kita nak biarkan?
Ummi: doa saja tanpa usaha?
Ummi: pada saya tak payah cerita bab doa
Ummi: doa itu dah jadi main hati saya
Ummi: setiap hembusan nafas..itu saja doanya
Ummi: agar iman kita semua mantap




ummu_hakimah@hotmail.com: nak sekarang akak masuk?..adiik tenangkan hati waktu asar ni pon dah masuk..solat dan doa..segala2 urusan Allah Yang Maha atur.




Ummi: baiklah
Ummi: salam




ummu_hakimah@hotmail.com: akak masuk ke halaqah
ummu_hakimah@hotmail.com: wassalam




ummu_hakimah@hotmail.com has signed out. (5/11/2010 5:30 PM)
Last message received on 5/11 at 4:04 PM


Begitulah luahan hati paling dalam seorang ibu. Berkongsi rasa secara kebetulan,  dan selepas solat asar, sudah terpapar di chatbox, tazkirah tentang iman. Mahu membantu sekadar yang mampu, tidak kira dibaca oleh dianya atau sesiapa sahaja.


Semoga bermanafaat buat diriku, kakakku, anakku, dan sesiapa jua yang melayari laman ini.


IMAN

IMAN adalah harta yang akan memperkayakan hati sekalipun hidup dalam kemiskinan. Iman juga adalah pendidik yang akan mendorong manusia berakhlak mulia. Iman adalah sahabat yang setia yang sentiasa bersama di waktu suka dan duka.


Iman adalah penyuluh yang menyelamatkan manusia dari kesesatan. Iman adalah sumber kebahagiaan hidup yang sebenar. Iman adalah faktor utama menyelesaikankan masalah umat dan kehidupan.



Peringkat-Peringkat Iman

Iman terbahagi kepada lima peringkat:


Pertama, Iman Taqlid:  Seseorang yang beriman dengan semua rukun iman tetapi hanya dengan mengikut orang lain .


Kedua, Iman Ilmu:  Seseorang yang bekeyakinan berasaskan fikiran dan ilmu, akan tetapi Imannya hanya berada di fikiran sahaja tetapi tidak di hati.


Ketiga, Iman ‘ayan:  Seseorang yang berkeyakinan di hati. Ia mengamalkan ilmu yang diketahuinya dengan faham dan khusyuk.


Keempat, Iman Hak: Inilah iman yang sebenar. Seseorang yang beriman hak tidak dapat dilalaikan oleh nafsu dan syaitan.


Kelima, Iman Hakikat: Peringkat Iman tertinggi yang dimiliki oleh para Nabi dan Rasulullah, yang masuk syurga tanpa dihisab.


Masya Allah, jadi ukurlah Iman kita masing-masing di tangga yang keberapa antara yang LIMA di atas tu. Wassalam.







luahan hati,
Kembara Samudera Qaseh.