CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Khamis, 15 Julai 2010

Warkah buat Anak Mak





Anakku yang kusayangi di bumi Allah ta’ala,

Segala puji mak panjatkan ke hadirat Allah yang telah memudahkan mak untuk beribadah kepada-Nya. Shalawat serta salam mak sampaikan kepada Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam, keluarga dan shahabatnya. Amin…



Anakku…

Mak tidaklah meminta banyak, dan tidaklah menagih yang bukan-bukan. Yang mak pinta, jadikan mak sebagai sahabat dalam kehidupan anak mak. Jadikanlah mak ini sebagai kawan sejati untuk berkongsi suka duka perjalanan hidup anak mak.Jangan anak mak kunci semua pintu-pintu rumah yang menghalang mak dari menatap wajah anak mak, agar mak sentiasa ingat akan budi dan jasa yang pernah anak mak tanamkan pada mak pada suatu ketika dahulu. Ketika mak terlantar di hospital,anak mak sanggup hanya tidor dilantai tanpa sebarang alas.


Anak mak sanggup tidor di balkony hospital, dihurung nyamok dan kedinginan malam yang sejuk sampai ketulang hitam. Anak mak sanggup bila waktu solat berjalan kaki ke masjid Sultan Abu Bakar kerana mengejar solat berjamaah. Bila anak mak lapar,kena berjalan kaki cari kedai makan sebab kat wad mak tidak disediakan makanan.


Bila mak dikehendaki jalani fisoterapi,anak mak yang temankan mak, tolak kerusi roda mak. Sanggup tunggu mak jalani latihan hingga selesai. Bagi motivasi pada mak ketika mak dah tak mahu buat latihan sebab alah dengan sakit dan bisa.


Bila mak lapar, teringin makan tomyam,sebab dah jemu makan western food, anak mak belikan juga. Mak simpan sampai esok, selagi tak basi mak hirup kuah tomyam tu,setitik pun mak tak buang.


Selepas jalani fisoterapi,mak usaha berlatih berjalan gunakan 'walk frame' agar cepat sihat dapat cepat balik rumah. Mak tahu anak mak pun ada kerja, kerja yang ditinggalkan semata-mata nak teman mak kat hodpital.


Yang mak hargai ialah kedatangan anak mak dari jauh dan sanggup teman mak diwad. Pada masa tu apa yang mendorong anak mak boleh datang, tinggalkan kerja,naik bas express semata-mata untuk jaga mak kat wad? Sampai sekarang persoalan ini tidak ada jawapan lain selain dorongan kasih sayang. Kasih seorang anak pada mak dia walaupun mak ini tak pernah jaga dan besarkan.


Inilah yang mendorong hati mak,yang menyebabkan kasih dan sayang mak di tidak luntur atau luak sedikit pun. Carilah kat dunia ini, tidak kira siapa, adakah akan mereak jumpa manusia seperti anak mak. Anak yang mak tak pernah besarkan,mak tak pernah mandikan,mak tak pernah suapkan makanan, mak tak pernah pakaikan baju, tiba-tiba datang korban kan masa, wang dan tenaga semata-mata untuk jaga mak di hospital.


Kalau sudah namanya hospital,tahu sajalah macamana keadaannya,bukannya tempat seronok, bukannya tempat hiburan , bukannya tempat selesa ada tempat tidor,ada kerusi dan makanan disediakan. Tempat yang membosankan, kena jaga orang sakit,tak ada kawan kecuali mak seorang sahaja. Mak pula cuma terlantar baring tak ada upaya nak bergerak walaupun nak bancuh air untuk minum. Paling mak terharu bila anak mak potongkan buah kat mak, sedangkan anak mak kata seumur hidup tak pernah potong buah untukorang lain kecuali untuk diri sendiri. Tapi bila dengan mak,sanggup tu cuci dan potongkan bagi mak makan.


Inilah kenangan yang tidak mungkin sezarah pun mak lupakan walau macamana anak mak buat pada mak. Mak tetap sabar sebab budi ini tidak akan dapat mak balas sampai bila-bila.


Mak mohon kepada anak mak... Janganlah pasang jerat permusuhan dengan mak, jangan tutup pintu yang menghalang untuk mak ziarahi anak mak di alam maya ini. Walaupun jarak memisahkan kita tetapi anak mak sentiasa dekat di hati mak. Bila mak ingat, mak akan cari dimana anak mak senyap-senyap. Mak tidak call sebab tak mahu ganggu anak mak buat kerja, jadi mak cuma pergi mana-mana laman yang mak tahu di mana anak mak selalu berehat dan bersantai bila kepenatan bekerja. Mak jenguk senyap-senyap, sambil tersenyum baca apa yang anak mak bualkan dengan kawan-kawan anak mak. Mak ambik tahu semua dan siapa kawan-kawan anak mak.


Takdir Allah, mak berharap suatu hari nanti, mak dapat duduk bersama-sama anak mak. Dapat masak apa makanan yang anak mak suka,dan boleh berbual-bual dengan anak mak bila anak mak berehat lepas kerja. Semoga harapan mak ini tercapai, walaupun seketika.


Luahan rasa,
Kembara Samudera Qaseh

0 ulasan: