CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Selasa, 13 Julai 2010

Tidor ku Berteman Air Mata



 
Sebaik lepas zohor, tangisan dibawa sampai terlena. Bila sedar, baki tangisan masih ada. Rupanya tidor mak bertemankan air mata. Telefon yang tak bernyawa, tak pandai berkata-kata dan tak bersuara yang dipeluk juga.


Bila tersedar, si anaklah yang pertama diingat, dah makan kah, makan apa, sedang buat apa,turut bersedih jugakah? Maha Suci MU Ya Allah aku serahkan diri ini...


Aku hanya hamba MU yang teramat lemah, tidak bersedia untuk terima keadaan begini. Jika perpisahan kerana berpisah alam, memang tak mampu aku merayu agar dia dikembalikan kepadaku. Tetapi Ya Allah,dia masih di dunia ini, perginya kerana merajuk hati, aku pohon pada MU Ya Allah,kembalikan lah dia semula kepada KU. Aku terima pemberian MU,aku syukuri.


Ya Allah kiranya aku salah,aku mohon ampun kepada MU, jika dia tersilap menilai,maka ampun kan lah dia.Aku pohon redha , rahmat dan kasih sayangMU di dalam persaudaraan ini. Bantulah kami wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani...




Tulisan rasa,
Kembara Samudera Qaseh.

0 ulasan: