Kemana lagi nak pergi,di sinilah seharian duduk mengadap komputer. Menangis,menangis dan terus menangis...tak tahu sampai bila baru berhentinya sungai air mata ni...
Tak tahu kemana nak di tuju, bersendirian,berseorangan, alhamdullilah ada tempat yang perlu untuk berlindung dari hujan panas. Penat duduk ,baring, mengaji, membaca, menulis...
Kasih dan sayang,jika boleh dibuang ingatan tu, jika ia kita yang buat sendiri,maka bila tak suka sepak buang, mudahlah kerjanya. Kalau kasih sayang tu ibarat tumbuhan, bila rasa tak suka, rasa menyusahkan,mudah saja kita cabut dan buang.
Tetapi rasa yang ada di dalam diri ini adalah pemberian Allah untuk membina persaudaraan. Jika tidak ada kasih sayang,tak ujud persaudaraan. Kerana ujudnya kasih sayanglah maka ujud persaudaraan.
Embunku, tahukah kau,air mata ni tak putus-putus mengalir,kesedihan kerana terasa kehilangan? Ada dihati tapi tak dapat dihubungi. Ada dimana-mana tapi tak dapat di capai, dipegang bukannya untuk dipeluk atau dicium.
Ianya tumbuh subur dihati, tak maujud, jadi tak boleh nak cabut buang rasa kasih sayang itu. Adilkah orang yang tidak bersalah dihukum?
Bukan mudah, bukan sifat seorang ibu jika mudah saja sekelip mata melupakan anaknya. Kalau nama anaknya, tambah kalau dia merupakan anak yang disayangi, sampai mati dia tak dapat lupa. Sampainya hati seorang anak buat begini pada ibunya.
Kurniaan Allah,bukan dicari,bukan dikutip,bukan dirancang sendiri, tetapi anugerah Allah kepada seorang ibu. Apa salah silap ibu? Jangan samakan kasih ibu dengan kasih seorang kekasih. Kekasih samada meninggalkan atau ditinggalkan akan ada salah seorang yang kecewa. Kecewa itu akan terubat bila jumpa kekasih baru. Tetapi ibu lain,dia tak masuk dalam perhitungan itu, hati ibu lebih parah menderita, walaupu ibu itu mempunyai anak yang ramai.
Setiap anak mempunyai ruang-ruang tersendiri di dalam hati ibu. Setipa orang ada bookmark di dalam hati ibu. Jika seorang tak ada dia tetap rasa kehilangan walaupun masa itu ibu sedang dikelilingi oleh anak yang lain. Ibu akan pasrah dan redha jika anak itu pergi kerana jemputan menemui Allah. Tetapi jika anak pergi di dalam keadaan terluka, hati ibu tu lagi lah robek.
Anak mak,baliklah pada ibu mu ini...
Luahan rasa,
Kembara Samudera Qaseh.
Selasa, 13 Julai 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan