Wahai hati,bawalah bertenang,anak mu tidak kemana,tetap berada di hatimu walaupun dia menjauhkan diri darimu. Kasih dan sayangmu itu sudah terpakukukuh di dalam hatinya juga. Dia juga tidak dapat pergi jauh darimu. Wahai sungai yang bertakung airnya di dalam mata, cubalah berhenti mengalir seketika.
Jadilah air yang mengalir itu air mata rahmat yang bisa memadamkan api neraka. Jangan dibanding sebuah kisah silam. Kasih setiap anak itu tidak sama. Mereka ibarat burung camar, ada yang masih ingat dan mahu menjejak tempat bermain mereka suatu ketika dahulu, ada yang terus lupa dan terbang di angkasa. Jika hinggap pun mereka hinggap di dahan cantik dilembah yang indah.
Semoga anak mak bukan seperti mereka, kerana kisah silam, mereka yang mak tangiskan suatu ketika dulu memang benar ibarat camar yang tidak pernah mahu menjejak kembali tempat asal mereka bernaung.
Ia menjadi pengajaran dan kisah silam yang berharga sebagai pengalaman hidup. Pahit untuk dikenang dan sukar untuk dilupakan. Dan mulai kisah itu, mak telah berubah mencari kasih yang lebih abadi disamping itu tetap berusaha mencari dana bagi menambahkan bekal untuk menghadapi hisab dan mizan di sana nanti. Seperti sabda Rasullulah di bawah,bahawa kasih yang abadi itu perlu dikejar dan ia saling menghampiri...
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:
Allah berfirman:
“Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam dirinya, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam Diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari.” [HR Muslim]
Luahan rasa,
Kembara Samudera Qaseh
Jumaat, 16 Julai 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan