CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sabtu, 17 Julai 2010

Maaf


Semalam Jumaat, mak dapat menulis satu sahaja post luahan hati mak sebab seharian mak sakit kepala migrain sampai muntah-muntah. Tapi mak tetap juga dapat duduk di depan laptop ni. Mencari anak mak.


Lepas waktu zohor,mak dah tak mampu bertahan,terpaksa mak cari juga penawar untuk kurangkan rasa sakit. Lepas tu mak lelapkan mata dalam 1/2 jam. Sebelum tu mak gagahkan diri bangun berjalan untuk masak makanan buat Abdullah dan Imran.


Jam 4:00 petang,mak kuatkan diri juga bangun untuk hantar Abdullah ke sekolah.


Lepas maghrib saja,mak dah tak berdaya terus terbaring. Hanya terjaga dalam pukul 10:30 malam dan tidak tidor hingga sekarang. Nak makan ubat untuk kurangkan rasa sakit ni.


Anak mak apa khabar? Sihatkah? Masih tak mahu berbicara dengan mak? Masih tutup rapat-rapat pintu rumah? Kesiankan mak,mak bukan nak ganggu,mak cuma nak ambik tahu keadaan anak mak saja. Hati mak mana tak risaukan anaknya?


Semoga anak mak sentiasa di dalam redha, rahmat dan kasih sayang Allah.


Luahan rasa,
Kembara Samudera Qaseh

0 ulasan: