CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Khamis, 29 Julai 2010

Beban Rindu

Embunku


Maha Suci Ya Allah,
Tak mampu untuk hamba menterjemahkan lagi,
Rasa rindu di yang bertompok di hati,
Mohon jangan ia dijadikan ujian dan bebanan kepada hamba MU ini,
berat rasanya wahai Tuhan ku.


Hamba MU ini pasrah dan redha dengan apa yang telah ENGKAU takdirkan,
Jadikan hamba MU ini redha dengan qudrat dan Iradat MU,
selangkah tak mungkin dapat menuju ke tempat anakku jika tidak dalam izinMU,
dan begitu juga anakku,
Tak mungkin hatinya tergerak untuk bertemu jika tidak dalam izin dan redhaMU.





Luahan rasa,
Kembara Samudera Qaseh.

Rabu, 28 Julai 2010

Ketemukan aku dengan embunku

Embunku



Tuhanku...
Daku hadir, daku pasrah...
Mengenangkan diri ini yang penuh dosa...


Tuhanku
Ku sedari...
Namun kealpaan menyelubungi
Lantas ku sujud menyerah padaMu
Agar disirami cahaya kasihMu...


Dikaulah harapanku
Dikaulah kekasihku
Dikaulah segalanya
Tempat ku mengadu...
Ku hadir padaMu....



Tuhanku...
Kau pengasih, Kau pemurah...
Mengurniakan daku rahmat dan kasihMu
Sungguh aku tak layak untuk SyurgaMu
Namun tak pula sanggup untuk ke NerakaMu
Kerna itu ku sujud menyerah padaMu
Agar disirami cahaya kasih


Tuhan selangkah ku rapat kepadaMu
Seribu langkah kau padaku
Ku tahu pengampunanMu melangit tinggi


Wahai Tuhanku,
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui,
Apa yang aku nyatakan,
Dan apa yang aku rahsiakan,
Maka terimalah keuzuran ku,
Engkau mengetahui apa yang terdetik dihati ini,
Sampaikan lah hajat dan permohonanku ini,
Ketemukan aku dengan embun yang aku rindu,
Engkau mengetahui dosa-dosa silamku,
Maka ampunkanlah dosa-dosa lalu,
Samada aku sedari atau tidak ku sedari...




Cipta rasa,
Kembara Samudera Qaseh.





Selasa, 27 Julai 2010

Yang Terlayar di Hati


Buat Embun yang mak sayang



Andai mak miliki semalam
Dan boleh mak ubah menjadi esok
Takkan mak ubah apa pun
Kerana mak tahu anak mak tetap begitu
Tanpa sempadan masa
Mak redha dengan pemberian dari NYA


Tangis ini tanda kasih mak
Bukan mengeluh luka yang semalam
Kerana mak amat mengasihi anak mak
Hari-hari yang dilalui hiba dan sendu
Ianya hanya terlayar dihati


Betapa beban rindu menyebabkan jiwa menjadi gulana
Pun tetap terlayar di sudut hati sahaja
Tak mungkin lagi mak terjemahkan kepada sesiapa
Hanya akan mak luahkan di laman ini sahaja
Yang memang didedikasikan khas buat anak mak.


Jika anak mak rindu,
Layari ini sudah memadai,
Kerana untuk anak mak jejak kaki ke rumah mak,
Anak mak sendiri kata tidak mungkin,
Tetapi tidak mustahil bagi Allah,
Untuk menggerakkan hati anak mak,
Berziarah menjenguk mak yang uzur ini.


Mak tak mahu sedikit pun ada kekesalan di hati,
Kerana kekesalan itu akan melukiskan kesedihan
sepanjang hayat anak mak nanti, dan
menjadi memori duka yang sukar untuk dilupakan.



Andai terhentinya masa
Dan gunung jatuh ke laut
Anak mak tetap di hati ini
Kasih sayang mak adalah kekuatan untuk mak juga

Untuk menempuh segala
Dugaan yang tak terbayangkan
Oleh insan lemah seperti kita
Sekalipun
Mak miliki esok
Takkan mak menolak ketentuan





Luahan rasa,
Kembara Samudera Qaseh

Isnin, 26 Julai 2010

Masihkah Ada Rindu?



Masihkah ada rindu?

Memory semalam banyak yang duka dari manisnya

Banyak yang pilu dari ria

Banyak yang terluka dari ketawa




Namun hati seorang mak

Tetap rindu kenangan semalam

Tetap ingin bersama seperti semalam

Tetap kasih dan sayang seperti pertemuan pertama








Luahan rasa,
Kembara Samudera Qaseh

Jumaat, 23 Julai 2010

Janji Sendiri



Nak menangis? Menangis lah...

Sikit-sikit nak terasa hati.

Jangan harap ada yang nak pujuk.

Sudah lah,bukan ada faedah pun.

Ingat janji-janji di dalam hati sendiri,

Perlu tabah,sabar dan kuat...

Kasih sayang itu kerana Allah,

Menangis pun kerana Allah.




Luahan rasa,
Kembara Samudera Qaseh.



Rabu, 21 Julai 2010

Mencapai Bahagia


Kebahagiaan adalah sesuatu yang abstrak yang lahir dari hati seseorang. Tanda kebahagiaan antaranya dapat dilihat apabila seseorang itu berasa senang, suka dan gembira melalui raut wajah dan tingkah lakunya. Nilai kebahagiaan itu tidak mungkin dapat diagihkan kepada orang lain. Hadith Rasulullah s.a.w. sangat tepat membayangkan betapa bahagia itu perlu dalam hidup setiap insan. Diriwayatkan daripada An-Nu’man bin Basyir, Rasulullah s.a.w. bersabda:


Maksudnya: 'Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak, rosak pulalah seluruh badan, Ingatlah ia adalah hati'. (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Hadith ini jelas menerangkan bahawa kebaikan diri manusia itu terletak pada hatinya. Kalau ia baik, maka seluruh diri manusia itu akan menjadi baik. Sekiranya ia rosak yakni mempunyai penyakit-penyakit hati, maka manusia itu tidak akan dapat mengecapi nikmat kebaikan dan kebahagiaan.


Kebahagiaan adalah sesuatu yang amat penting kepada setiap insan. Ia menjadi suatu matlamat hidup seseorang sama ada di dunia mahupun di akhirat. Sebab itu setiap orang sanggup bersusah payah dan bermati-matian untuk mencari kebahagiaan. Kegagalan mendapat kebahagiaan membawa kepada kekecewaan. Kerana itu, ramai orang menjadi gila kerana hidupnya tidak bahagia. Ada pula yang sanggup mati kerana gagal menemui kebahagiaan.


Semua orang perlukan kebahagiaan hidup sama ada untuk sementara atau selamanya. Penentuan kebahagiaan berkait rapat dengan sikap, kedudukan dan fahaman seseorang terhadap kebahagiaan. Ada orang beranggapan bahawa kebahagiaan itu boleh dicapai dengan adanya harta dan wang ringgit yang banyak. Ada pula beranggapan kebahagiaan itu ialah mengenepikan hal-hal keduniaan, kemajuan dan kemewahan. Walau bagaimanapun, kebahagiaan seperti ini adalah berkisar kepada faktor kebendaan semata-mata.


Apakah kebahagiaan yang sebenar? Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. bersabda:

Maksudnya: 'Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan sebenar ialah kaya hati.' (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Maksud kaya hati seperti yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. itu ialah apabila hati menjadi tenteram, tenang dan merasa cukup terhadap nikmat yang dimiliki. Dari hadith ini nyatalah bahawa harta benda bukan ukuran kebahagiaan seseorang, tetapi kebahagiaan itu sebenarnya terletak di hati. Dalam hal ini, hati perlu dijaga dan beri haknya, supaya lahir sifat-sifat mulia dan terpuji seperti amanah, bersyukur, sangka baik terhadap orang lain dan sebagainya. Jelaslah bahawa dalam sesebuah rumahtangga kebahagiaan hati adalah sesuatu yang amat perlu.


Untuk mencapai bahagia di dalam hidup ini, bukan lah dengan satu jalan sahaja, tetapi ada banyak jalan.


Antara cara untuk mencapai kebahagiaan ialah seperti berikut:


(a) Niat Yang Baik

Salah satu cara mendapatkan kebahagiaan hidup ialah dengan membetulkan niat dalam merancang sesuatu tindakan. Dalam hubungan ini seseorang itu hendaklah melatih hatinya supaya sentiasa berniat baik dan inginkan sesuatu yang baik. Latihan sebegini dapat menjadikan seseorang itu bersifat positif dan optimis dalam melakukan sesuatu. Wajahnya akan kelihatan sentiasa riang dan tenang.



(b) Perbuatan Yang Baik

Satu lagi proses mendapat kebahagiaan hati ialah dengan melakukan perbuatan yang baik atau disebut sebagai amal saleh. Amal ini mestilah disertakan dengan niat yang baik. Dalam melakukan amal saleh, umat Islam disuruh sentiasa melakukan kerja-kerja baik dan meninggalkan kerja-kerja yang tidak bermanafaat. Antara amal-amal saleh ialah tolong menolong, amanah, sopan santun, benci dan menjauhi maksiat, bercakap benar, penyayang dan lain-lain.


Kemuncak kebahagiaan dalam hidup seseorang ialah apabila ia telah berjaya melakukan kebaikan atau amal saleh serta menghindar segala bentuk larangan yang ditentukan oleh Islam.


Ciri utama yang menjadi ukuran masyarakat bahagia ialah mereka patuh kepada suruhan Allah secara terus menerus dengan penuh khusyuk dan khudu’. Ini menepati maksud firman Allah dalam surah al-Mukminun ayat 1-11.

Maksudnya: 'Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyu’ dalam sembahyangnya, dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); dan mereka yang menjaga kehormatannya, kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela, kemudian sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas; dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya, dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya, mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi; yang akan mewarisi syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya'.
(al-Mukminun: 1-11)



Titipan kasih buat anak mak,
Kembara Samudera Qaseh.

Ahad, 18 Julai 2010

Jangan ditangisi apa yang bukan Milikmu

Ukhuwwah yang terbentuk di dalam tarbiah sudah cukup untuk membuatkan mak terasa seolah-olah seperti kehilangan seorang anggota keluarga…


Tetapi apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan boleh kita miliki, meski ia nyaris menghampiri kita, meski kita mati-matian mengusahakannya. “Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakanya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikaNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (QS. Al-Hadid : 22-23).


Demikian juga bagi yang sedang galau terhadap jodoh. Kadang kita tak sadar takdir Allah tentang jodoh kita, bukannya meminta yang terbaik dalam istikharah kita tetapi benar-benar mengharapkan Allah : Pokoknya harus doa, Ya Allah… harus dia, karena aku sangat mencintainya. Seakan kita jadi yang menentukan segalanya, kita meminta dengan paksa. Dan akhirnya kalaupun Allah memberikanya maka tak selalu itu yang terbaik. Bisa jadi Allah tak mengulurkannya tidak dengan kelembutan, tapi melemparkanya dengan marah karena niat kita yang terkotori.


Maka wahai jiwa yang sedang gundah, dengarkan firman dari Allah : “… Boleh jadi kalian membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kalian. Dan boleh jadi kalian mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kalian. Allah Maha mengetahui kalian tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah : 216).


Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam nestapa jiwa berpanjangan terhadap apa-apa yang luput darimu. Setelah ini harus benar-benar dipikirkan bahwa apa-apa yang kita rasa perlu di dunia ini harus benar-benar perlu bila ada hubungannya dengan harapan kita akan bahagia di akhirat. Karena seorang mukmin tidak hidup untuk dunia tetapi menjadikan dunia untuk mencari hidup yang sesungguhnya : hidup di akhirat kelak, Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu.


Allahu’alam

Anak mak tetap anak mak, milik mak di dunia dan akhirat.




Catatan,
Kembara Samudera Qaseh.

Hidup ini Ibarat Belantara



"Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar berbagai keinginan. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan. Tetapi tidak setiap yang kita inginkan bisa terbukti, tidak setiap yang kita mau bisa tercapai. Dan tidak mudah menyadari bahwa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi."

Tapi mak tetap menangisi anaknya...






Mutiara kata,
Kembara Samudera Qaseh.

Warkah Rindu Tanpa Kata




Kerinduan kadang kala buat kita hanya mendiamkan diri dan tak mampu meluahkannya. Namun, rindu yang penting buat kita bukan kerinduan...




Bukan kerinduan ibarat pungguk rindukan bulan,kerana kasih dan sayang ini bukan seperti sepasang kekasih yang sedang dilamun cinta asmara...





Selebat hujan yang turun
Mencurah membasahi bumi
Tidak selebat hujan
Di dalam jiwa ini
Oh hujan, di antara airmata
Menitis laju bersama pilu-pilu...



Luahan rasa,
Kembara Samudera Qaseh

Antara Buta Mata dengan Buta Hati

Masih mahu bercerita pasal laut sebab di laut kita boleh melihat kebesaran Allah dan mendapat pengajaran bagi yang berfikir.



Sambil merenung gambar pemandangan Laut China Selatan, biru laut yang tenang mempesona bila disirami sang matahari petang yang semakin rendah hingga mencecah kaki langit seseolah matahari akan masuk ke laut, ‘subhanallah’ segala puji bagi Allah.


Laut mempunyai banyak cerita yang ‘tersurat’ dan ‘tersirat’ didalam Al-Quran. Terima kasih Tuhan, ‘syukur’ ya Allah sekiranya engkau tidak meminjamkan penglihatan ini padaku, aku hanya dapat mendengar desiran ombak menghempas pantai. Dengan ‘akal’ dan ilmu aku tahu yang dunia ini bulat, langit dan laut tidak bercantum seperti penglihatanku yang pandai menipu.


Memang jika kita lihat dihujung sana , seseolah kaki langit bertemu dengan permukaan laut. Seseolah mereka itu bertemu dan berbisik-bisik dengan irama rindu. Tapi itu hanyalah pandangan mata kita. Mata kita tertipu dengan garis pertemuan itu yang sebenarnya tidak ujud dan tidak pernah ujud.


Laut mengingatkan kita sejarah pertemuan Nabi Khidir a.s. dengan Musa a.s. Di laut juga Firaun yang angkuh dan sombong dibinasakan. Nabi Yunus boleh hidup biarpun berada di dalam perut ikan begitu lama.


Allah yang Maha Kuasa, Maha Bijaksana segala puji bagimu ya Allah dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarganya. Benarlah Al-Quran itu pembawa rahmat kepada sekian alam, akibat ‘buta hati’ cerdik pandai yang sekadar pandai membaca namun tidak tahu berfikir, tidak tahu menganalisa, mengkaji jadi rugi.


Tidak ada beza agama yang dibawa oleh Nabi Adam a.s. sampai ke Nabi Muhammad SAW, maka tak timbul siapa abang dan siapa adik antara Nabi Isa a.s. dengan Muhammad SAW, semua Rasul membawa message yang sama, ISLAM. Nabi Muhammad SAW Nabi dan rasul terakhir penghulu segala Rasul.



Tak ada siapa yang boleh pilih untuk jadi ‘Syed’, ‘Tengku’, jadi Wong, Sami, orang Asli, Iban, Dusun dilahirkan ke dalam keluarga Hindu, Buddha, Kristian atau Ateist melainkan ketentuan dari Allah. Insan yang paling mulia disisi Allah adalah orang yang paling taqwa. Dalam Islam manusia itu sama.


Tanggungjawab kita sesama Islam amar makruf nahi mungkar untuk saling ingat mengingatkan. Apa hendak kata bila berdepan dengan Allah SWT di akhirat nanti. Hidup ini menjawab soalan, mati nanti jawab soalan juga.


Manusia perlu dididik, diberi ‘ilmu Allah’, bila manusia sedar siapa dirinya, dia kenal Allah dan Rasul, dia akan cinta pada saudara sesama Islam, cinta sesama manusia, baru datang rasa takut hendak melakukan dosa menganiaya dan menzalimi sesama manusia.



Zaman ini zaman manusia hidup dalam kekosongan. Mereka mahukan sesuatu yang boleh mengisi jiwa akibat hati mereka terkena penyakit ‘buta hati’.


Penyakit hati sebenarnya adalah hati yang terhijab daripada kebenaran dan petunjuk ilahi. Hati yang keras, degil, quick temper, cepat melenting, marah-marah, tidak sensitif membuat kebaikan, seronok dengan kejahatan tidak ada rasa peduli untuk membantu orang yang dalam kesusahan.


Hati sebenarnya adalah raja, anggota lain seperti tangan, kaki, kepala adalah rakyat yang setia, ikut saja. Kalau baik dia baiklah segalanya, kalau rosak dia maka rosaklah yang lain. Jadi penyakit hati sebenarnya adalah hatinya yang rosak, kalau rosak, rosaklah anggota lain, bila hati rosak tak berfungsi kerana lupa Tuhan, lupa tanggungjawab sesama insan menjauhi majlis hual dan zikir.

Ubat penyakit hati adalah majlis zikir, ceramah agama yang boleh membuka minda, mencintai Rasulullah SAW dan percaya pada ‘barakah’.


Manusia sanggup melakukan apa saja untuk memperoleh dunia. Mereka sanggup menipu, merasuah, putar belit dan segala pendekatan tidak bermoral semata-mata kerana ingin menambah kekayaan dunia akibat buta hati.



Hairan mereka yang cintakan dunia sanggup bekerja keras tanpa mengira waktu, sanggup bangun awal pagi sebelum Subuh hingga kadang-kadang melalaikan sembahyang Subuh dan sanggup balik akhir petang atau lewat malam hingga melalaikan sembahyang dan tanggungjawab terhadap anak isteri, hamba duitlah tu, duit dijadikan Tuhan. Cintanya pada duit mengatasi cinta kepada yang lain membuatkan hati jadi gelap. Timbul sifat tamak dan bakhil, hilang sifat pemurah. ‘Fitrah’ yang sepatutnya ada dalam diri manusia yang ‘mukmin’.



Hidup kita adalah hidup kerana percaya, yakin, beriman bukan sekadar membaca tapi kita mengkaji, tak perlu melihat tapi kita percaya apa isi Al-Quran. Percaya Tuhan itu Maha Kuasa, Tuhan boleh mengubah apa yang disuka dalam sekelip mata. Kita tak pernah melihat Tuhan, sebagai orang Islam kita percaya Tuhan ada, Tuhan Maha Kaya, Maha Berkuasa.



Catatan,
Kembara Samudera Qaseh.

Sabtu, 17 Julai 2010

Pertemuan 2 Laut



Hari ni dalam kepala masih ting tong, berdenyut-denyut sakit, ingin mencari damai, mak google gambar laut agar ringan sakit kepala ini. Melihat gambar laut dan mak temui kebesaran dan keagungan Allah.


Di Selat Gibraltar itu ada pertemuan dari dua jenis laut yang berbeda. Perbezaan itu sangat jelas kelihatan dari perbezaan warna air laut. Ada garis batas yang memisahkan keduanya. Air laut dari lautan atlantik berwarna biru lebih terang. Air laut dari laut Mediteranian berwarna biru lebih gelap, lebih pekat. Garis batasnya sangat jelas.


Bagaimana terjadi ?

Ceriteranya begini. Air laut Mediteranian atau laut Tengah memasuki Lautan Atlantik melalui Selat Gibraltar. Keduanya mempunyai karektor yang berbeza. Suhu air berbeza. Kadar garam nya berbeza. Ketumpatan air (density) airpun berbeza. Waktu kedua air itu bertemu di Selat Gibraltar, karektor air dari masing-masing laut tidak berubah.


Jika dilihat dari atas ferry, masih boleh dilihat dengan jelas mana air yang berasal dari Lautan Atlantik, dan mana air yang berasal dari laut tengah atau laut Mediteranian. Kalau dipikir secara logik, pasti bercampur, nyatanya tidak bercampur. Kedua air laut itu memerlukan waktu yang lama untuk bercampur, agar karektor air melebur.

Sifat lautan ketika bertemu, menurut sains modern, tidak boleh bercampur satu sama lain. Hal ini telah ditemukan oleh ahli kaji samudera kelautan. Dikarenakan adanya perbedaan masa jenis, tegangan permukaan mencegah kedua air dari lautan tidak bercampur satu sama lain, seolah terdapat dinding tipis yang memisahkan mereka.

Air laut Mediteranian, yang berwarna biru tua, menyusup sampai kedalaman 1000 m dari permukaan laut, di lautan Atlantik, dan terus masuk sejauh ratusan km di lautan Atlantik dan tetap tidak berubah

karakteristiknya. Subhannallah.


Subhanallah. Takjub sekali. Dalam penciptaan bumi dan langit, Allah memperlihatkan kebesaranNya, yang dipahami oleh makhluk manusia yang mahu berpikir.

Dan, hal ini sudah dijelaskan dalam Al-Qur’an.

“Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu. Antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui masing-masing.” (Q.S. Ar-Rahman:19-20)

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut yang mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S. Al-Furqaan:53)

Penjelasan secara fizik modern baru ada di abad 20 M oleh ahli-ahli Oceanografi. Firman di Al Quran itu diturunkan di abad ke 7 M. Jadi kalimat siapa itu? Yang pasti bukan kalimat Muhammad (yang butahuruf). Itu adalah kalimatnya Allah. Itu adalah firman Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad melalui malaikat Jibril. Maka nikmat Tuhan yang mana yang kamu dustakan?



Selat Gibraltar dari satelit

Luar biasa, pemandangan Selat Gibraltar yang memiliki dua warna air sungguh menakjubkan. Sudah lama mendengar tafsirnya, tentang adanya dua warna air laut di Gibraltar. Alhamdullilah, kini kita melihatnya walaupun sekadar photo hasil penemuan ahli kaji samudera yang sudi berkongsi ilmu.

“Sesungguhnya dalam penciptaan bumi dan langit dan silih bergantinya malam dan siang, terdapat tanda-tanda bagi orang orang yang berakal”. (Q.S.Al Imran : 190)

Semua kebenaran datangnya dari Allah, Wallaahu a’lam bish-shawab.

Andainya akhirnya air laut itu pun boleh bercampur akhirnya walaupun awal pertemuan agak sukar, kuasa Allah menyatukan mereka walaupun dari dua laut yang berbeza. Agaknya begitulah juga karektor mak dengan anak mak,yang berbeza, namun akhirnya akan boleh bersatu dengan kuasa dan rahmat Allah. Itulah kasih sayang namanya yang akan menyatukan hati dua makhluk yang berbeza antara mak dengan anak.


Catatan,
Kembara Samudera Qaseh.

Who's on your mind?


Who's on your mind?


Just only Allah, Rasullulah, my hubby ,my beloved son,my daughter ,my son and all my family.



Rasa hati,
Kembara Samudera Qaseh

Maaf


Semalam Jumaat, mak dapat menulis satu sahaja post luahan hati mak sebab seharian mak sakit kepala migrain sampai muntah-muntah. Tapi mak tetap juga dapat duduk di depan laptop ni. Mencari anak mak.


Lepas waktu zohor,mak dah tak mampu bertahan,terpaksa mak cari juga penawar untuk kurangkan rasa sakit. Lepas tu mak lelapkan mata dalam 1/2 jam. Sebelum tu mak gagahkan diri bangun berjalan untuk masak makanan buat Abdullah dan Imran.


Jam 4:00 petang,mak kuatkan diri juga bangun untuk hantar Abdullah ke sekolah.


Lepas maghrib saja,mak dah tak berdaya terus terbaring. Hanya terjaga dalam pukul 10:30 malam dan tidak tidor hingga sekarang. Nak makan ubat untuk kurangkan rasa sakit ni.


Anak mak apa khabar? Sihatkah? Masih tak mahu berbicara dengan mak? Masih tutup rapat-rapat pintu rumah? Kesiankan mak,mak bukan nak ganggu,mak cuma nak ambik tahu keadaan anak mak saja. Hati mak mana tak risaukan anaknya?


Semoga anak mak sentiasa di dalam redha, rahmat dan kasih sayang Allah.


Luahan rasa,
Kembara Samudera Qaseh

Jumaat, 16 Julai 2010

Saling Menghampiri

Wahai hati,bawalah bertenang,anak mu tidak kemana,tetap berada di hatimu walaupun dia menjauhkan diri darimu. Kasih dan sayangmu itu sudah terpakukukuh di dalam hatinya juga. Dia juga tidak dapat pergi jauh darimu. Wahai sungai yang bertakung airnya di dalam mata, cubalah berhenti mengalir seketika.


Jadilah air yang mengalir itu air mata rahmat yang bisa memadamkan api neraka. Jangan dibanding sebuah kisah silam. Kasih setiap anak itu tidak sama. Mereka ibarat burung camar, ada yang masih ingat dan mahu menjejak tempat bermain mereka suatu ketika dahulu, ada yang terus lupa dan terbang di angkasa. Jika hinggap pun mereka hinggap di dahan cantik dilembah yang indah.


Semoga anak mak bukan seperti mereka, kerana kisah silam, mereka yang mak tangiskan suatu ketika dulu memang benar ibarat camar yang tidak pernah mahu menjejak kembali tempat asal mereka bernaung.


Ia menjadi pengajaran dan kisah silam yang berharga sebagai pengalaman hidup. Pahit untuk dikenang dan sukar untuk dilupakan. Dan mulai kisah itu, mak telah berubah mencari kasih yang lebih abadi disamping itu tetap berusaha mencari dana bagi menambahkan bekal untuk menghadapi hisab dan mizan di sana nanti. Seperti sabda Rasullulah di bawah,bahawa kasih yang abadi itu perlu dikejar dan ia saling menghampiri...


Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:
Allah berfirman:
“Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam dirinya, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam Diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari.” [HR Muslim]




Luahan rasa,
Kembara Samudera Qaseh

Khamis, 15 Julai 2010

Tersujud di Pelantar RahmatNya

Buat renungan diri sendiri, dalam perjalanan menuju ke alam baqa'. Penawar hati yang sedar duka lara menerima ujian.


Apakah maksud sebenar ujian?

atau, Apakah kita hanya faham bahawa hanya kesakitan, kesulitan, keberatan, kegagalan dan perkara yang mengguris hati adalah sebenar-benar ujian?


atau, kita benar-benar faham bahawa ujian itu datang dalam pelbagai bentuk termasuklah kesenangan, kemewahan, kejayaan, kegembiraan dan perolehan?


Firman Allah SWT:

”Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata ”kami telah beriman” sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)”? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta”. Al-Ankabut : 2-3


Ujian Allah sememangnya adalah suatu kemestian dan menjadi lumrah dengan kejadian kita sebagai khalifah di muka bumi ini. Hal ini boleh dilihat dan diteladani melalui kisah nabi Adam AS melalui kejadiannya.


Ketika baginda diciptakan di syurga baginda dilarang untuk memakan buah khuldi, namun kerana terpengaruh dengan hasutan iblis telah membuatkan Adam AS telah melanggar arahan dan dicampakkan ke bumi. Lihatlah bahawa awal kejadian khalifah sekalipun Allah telah menguji hambaNya. Maka apakah kita ingin berkata bahawa ”aku tidak patut diuji”?


Lalu apabila kita ditimpa dengan pelbagai ujian maka terdapat segelintir dikalangan kita yang cuba mempersoal akan keadilan Allah SWT dalam memberi dan mengagih ujian kepada hamba-hambaNya.


Akibat daripada itu maka ramai yang akan mula mengeluh dan mengalah dari rasa untuk berusaha dan terus berdoa kepada Allah SWT untuk diberi kekuatan ke atas ujian yang ditimpakan ke atas mereka.


Firman Allah SWT:

”Allah tidak memberati (diberi ujian kepada) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya”… Al-Baqarah : 286


Sebagai satu motivasi diri untuk menempuh ujian Allah kita perlu sedar bahawa setiap ujian yang menimpa kita adalah berada di dalam kemampuan kita, hanya kita yang masih tidak berfikir akan hikmah disebalik ujian yang Allah berikan dan yakinlah bahawa janji Allah untuk mereka yang diuji adalah benar akan balasan dan timbal baliknya.


Dalam kehidupan kita pada hari ini kita bersangkakan bahawa ujian yang berat hanya pada kesusahan seperti kemiskinan dan kesakitan seperti ditimpa penyakit kronik, lumpuh, barah dan sebagainya. Tetapi sedar atau tidak bahawa kesenangan juga merupakan satu ujian seperti kekayaan harta dan kegembiraan. Ini jelas seperti maksud hadis baginda SAW:


“Apabila Kamu Melihat Bahawa Allah SWT Memberikan Nikmat Kepada HambaNya Yang Selalu Membuat Maksiat (dosa) Ketahuilah Bahawa Orang Itu Telah Diistidrajkan Oleh Allah SWT”. [Riwayat At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi]


Apabila orang-orang yang selalu melakukan maksiat tetapi dalam masa yang sama dia dikurniakan oleh Allah SWT akan kesenangan dan kegembiraan maka itulah Istidraj. Ujian ini merupakan ujian yang paling berat kerana ia seolah-olah menempah tempat di neraka.


Kesenangan akan membuatkan mereka sombong dan angkuh dengan kekayaan dan kesenangan mereka bahkan kepandaian dan kecerdikan juga akan membuatkan mereka berasa hebat dan bongkak dengan kecerdikan mereka, dan semua ini juga merupakan ujian untuk Allah memperlihatkan kepada hambaNya adakah mereka ini akan bersyukur dengan nikmat yang diberikan. Bahkan jika dilihat mereka inilah yang tidak mampu untuk membeli pakaian bagi menutupi aurat mereka.


Sesungguhnya Allah SWT maha mengetahui akan segalanya daripada kita selaku hambaNya, dan ingatlah bahawa ujian Allah membuktikan bahawa kita disayangi olehNya berikutan setiap ujian akan dibalas dengan pahala yang sangat banyak apabila bersabar. Oleh itu bersabarlah kita apabila diuji.


Oleh yang demikian ujian yang tertimpa ke atas seorang hamba adalah untuk:

1. Mengangkat darjat seseorang di dunia dan akhirat. Ini kerana mereka yang apabila di ujian bersabar maka darjatnya adalah lebih tinggi untuk selamanya.

2. Mendidik hati untuk menjadi lebih bersih dan lebih ikhlas kepada Allah SWT.

3. Membuktikan sifat kehambaan kepada Allah yang mana Allah ingin melihat sama ada ujian akan membuatkan hambaNya akan terus beriman atau pun berpaling dari Allah akibat daripada kelemahan untuk menghadapi ujian tersebut.

4. Memperoleh pahala dari Allah kerana hanya Allah yang menjadi tempat bersandar bagi kita di saat tempat bersandar yang lain telah mengkhianati kita.


Kini kita perlu terima dengan hati yang terbuka bahawa apa yang berlaku adalah ujian dari Allah SWT, kita harus sengaja untuk sujud di naungan rahmat dan nikmat yang dicucurkan kepada kita kerana apa jua perkara yang berlaku samada positif mahupun negatif itu adalah ujian dariNya.

Setiap penyakit pasti ada ubatnya, setiap ujian ada hikmahnya, setiap yang baik ada buruknya, setiap yang buruk ada baiknya dan ini semua adalah sifat molekul positif dan negatif yang merupakan hakikat kepada keduniaan.

Renungilah firman Allah SWT ini:

”… dan boleh jadi kamu benci (tidak suka) kepada sesuatu pada hal ia (sebenarnya) baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka pada sesuatu pada hal ia (sebenarnya) buruk bagi kamu, dan ingatlah Allah jualah yang Maha Mengetahui (semuanya itu) sedang kamu tidak mengetahuinya”.Al-Baqarah : 21


Perkongsian,
Kembara Samudera Qaseh dan Fitrah Power

Warkah buat Anak Mak





Anakku yang kusayangi di bumi Allah ta’ala,

Segala puji mak panjatkan ke hadirat Allah yang telah memudahkan mak untuk beribadah kepada-Nya. Shalawat serta salam mak sampaikan kepada Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam, keluarga dan shahabatnya. Amin…



Anakku…

Mak tidaklah meminta banyak, dan tidaklah menagih yang bukan-bukan. Yang mak pinta, jadikan mak sebagai sahabat dalam kehidupan anak mak. Jadikanlah mak ini sebagai kawan sejati untuk berkongsi suka duka perjalanan hidup anak mak.Jangan anak mak kunci semua pintu-pintu rumah yang menghalang mak dari menatap wajah anak mak, agar mak sentiasa ingat akan budi dan jasa yang pernah anak mak tanamkan pada mak pada suatu ketika dahulu. Ketika mak terlantar di hospital,anak mak sanggup hanya tidor dilantai tanpa sebarang alas.


Anak mak sanggup tidor di balkony hospital, dihurung nyamok dan kedinginan malam yang sejuk sampai ketulang hitam. Anak mak sanggup bila waktu solat berjalan kaki ke masjid Sultan Abu Bakar kerana mengejar solat berjamaah. Bila anak mak lapar,kena berjalan kaki cari kedai makan sebab kat wad mak tidak disediakan makanan.


Bila mak dikehendaki jalani fisoterapi,anak mak yang temankan mak, tolak kerusi roda mak. Sanggup tunggu mak jalani latihan hingga selesai. Bagi motivasi pada mak ketika mak dah tak mahu buat latihan sebab alah dengan sakit dan bisa.


Bila mak lapar, teringin makan tomyam,sebab dah jemu makan western food, anak mak belikan juga. Mak simpan sampai esok, selagi tak basi mak hirup kuah tomyam tu,setitik pun mak tak buang.


Selepas jalani fisoterapi,mak usaha berlatih berjalan gunakan 'walk frame' agar cepat sihat dapat cepat balik rumah. Mak tahu anak mak pun ada kerja, kerja yang ditinggalkan semata-mata nak teman mak kat hodpital.


Yang mak hargai ialah kedatangan anak mak dari jauh dan sanggup teman mak diwad. Pada masa tu apa yang mendorong anak mak boleh datang, tinggalkan kerja,naik bas express semata-mata untuk jaga mak kat wad? Sampai sekarang persoalan ini tidak ada jawapan lain selain dorongan kasih sayang. Kasih seorang anak pada mak dia walaupun mak ini tak pernah jaga dan besarkan.


Inilah yang mendorong hati mak,yang menyebabkan kasih dan sayang mak di tidak luntur atau luak sedikit pun. Carilah kat dunia ini, tidak kira siapa, adakah akan mereak jumpa manusia seperti anak mak. Anak yang mak tak pernah besarkan,mak tak pernah mandikan,mak tak pernah suapkan makanan, mak tak pernah pakaikan baju, tiba-tiba datang korban kan masa, wang dan tenaga semata-mata untuk jaga mak di hospital.


Kalau sudah namanya hospital,tahu sajalah macamana keadaannya,bukannya tempat seronok, bukannya tempat hiburan , bukannya tempat selesa ada tempat tidor,ada kerusi dan makanan disediakan. Tempat yang membosankan, kena jaga orang sakit,tak ada kawan kecuali mak seorang sahaja. Mak pula cuma terlantar baring tak ada upaya nak bergerak walaupun nak bancuh air untuk minum. Paling mak terharu bila anak mak potongkan buah kat mak, sedangkan anak mak kata seumur hidup tak pernah potong buah untukorang lain kecuali untuk diri sendiri. Tapi bila dengan mak,sanggup tu cuci dan potongkan bagi mak makan.


Inilah kenangan yang tidak mungkin sezarah pun mak lupakan walau macamana anak mak buat pada mak. Mak tetap sabar sebab budi ini tidak akan dapat mak balas sampai bila-bila.


Mak mohon kepada anak mak... Janganlah pasang jerat permusuhan dengan mak, jangan tutup pintu yang menghalang untuk mak ziarahi anak mak di alam maya ini. Walaupun jarak memisahkan kita tetapi anak mak sentiasa dekat di hati mak. Bila mak ingat, mak akan cari dimana anak mak senyap-senyap. Mak tidak call sebab tak mahu ganggu anak mak buat kerja, jadi mak cuma pergi mana-mana laman yang mak tahu di mana anak mak selalu berehat dan bersantai bila kepenatan bekerja. Mak jenguk senyap-senyap, sambil tersenyum baca apa yang anak mak bualkan dengan kawan-kawan anak mak. Mak ambik tahu semua dan siapa kawan-kawan anak mak.


Takdir Allah, mak berharap suatu hari nanti, mak dapat duduk bersama-sama anak mak. Dapat masak apa makanan yang anak mak suka,dan boleh berbual-bual dengan anak mak bila anak mak berehat lepas kerja. Semoga harapan mak ini tercapai, walaupun seketika.


Luahan rasa,
Kembara Samudera Qaseh

Rabu, 14 Julai 2010

Masih Adakah Sisa-Sisa Kasih di Hatimu?






Antara perkara2 penting yang perlu kita lakukan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini ialah saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan perkara-perkara kebaikan. Bercerita tentang kasih sayang, sudah tentu ianya berhubung kait dengan fitrah hati.


Kasih sayang ini umpama tali yang mengikat hati-hati manusia. Apabila wujudnya kasih sayang, maka lahirlah perasaan kemesraan dan apabila wujudnya kemesraan maka terbitlah kesejahteraan dalam hidup.


Bagaimana keprihatinan anda menunjukkan anda seorang yang menitik beratkan kasih sayang dalam kehidupan. Suburkah kasih sayang itu?


Masih adakah sisa-sisa kasih sayang di dalam jiwa mu,embunku? Tidak adakah rasa belas dihatimu?




Luahan rasa,
Kembara Samudera Qaseh.

Ikhlas?



Bolehkah kita menilai keikhlasan seseorang hanya dengan
melihat perbuatannya atau sebaliknya?




Pertanyaan dari,
Kembara Samudera Qaseh.

Dukacitanya seorang Rasul

Hadith :
Dari Anas r.a katanya,:”Rasulullah s.a.w pernah qunut selama sebulan iaitu ketika ahlul qurra (ahli-ahli membaca al-Quran) ramai yang tewas dalam peperangan. Belum pernah saya melihat Rasulullah s.a.w berdukacita seperti itu.” (al-Bukhari)

Huraian:

Rasulullah s.a.w adalah rasul akhir zaman. Ketika hidup baginda seluruh umat merasai akan kedamaian dan kemanisan Islam menerusi ajaran yang dibawa.

Begitu pun baginda juga merasa bahagia dengan adanya pengikut yang terdiri dari golongan sahabat dan umat Islam yang ikhlas beriman dan taat setia terhadap baginda serta sanggup berkorban harta dan nyawa demi membela agama tercinta.

Maka apabila berlakunya kematian oleh mereka-mereka yang mengharumkan nama Islam dan menjaga ketinggian maruah Islam ini, baginda merasa suatu kehilangan yang teramat sehingga kedukaan baginda itu dikesani oleh para sahabat yang lain.

Baginda tidak putus-putus berdoa akan kesejahteraan golongan ini dan baginda sentiasa memohon keselamatan untuk umat baginda seluruhnya.


Seorang Rasul yang maksum pun memiliki perasaan dukacita dan dapat dikesan oleh para sahabat, apa tah lagi hamba yang lemah ini. Rasullulah berdukacita kehilangan ahlul qurra, orang yang sanggup berkorban harta dan nyawa demi membela agama islam tercinta. Tapi hamba ini?

Adakah sekadar menyisihnya seorang anak membawa diri, hamba perlu berdukacita sebegini? Ya, dukacita ini kerana terputusnya sebuah persaudaraan kerana Allah. Kasih sayang yang terhubung kerana Allah. Allah yang mempertemukan hamba dengan dia, maka ia amat dihargai. Ibarat sebuah hadiah yang amat bernilai. Hamba tangisi siang dan malam agar hamba sentiasa ingat Allah dan berserah kepada Allah.


Setiap kali teringatkan dia, hamba akan berserah dan berdoa kepada Allah agar memelihara aqidah dan iman dia. Memohon agar Allah melahirkan di hatinya perasaan kasih sayang dan cinta kepada Allah dan RasulNYA. Mohon kepada Allah agar dia sentiasa mentaati Allah dan RasulNYA. Itu sahaja yang hamba ingat dan tangisi. Bukan hamba tangisi dia kerana harta, kerana kuasa atau kerana urusan-urusan dunia. Hamba kasihkan dia hanya kerana ingin membawa dia bersama-sama bernaung di bawah Panji Nabi Muhammad SAW di akhirat nanti, bersama-sama keluarga hamba mengharap rahmat, redha dan kasih sayang Allah.


Semoga Allah memelihara keselamatan, kesejahteraan walau di mana dia berada. Menjauhkan dirinya dari sebarang perbuatan mungkar semada melalui perbuatan,perkataan atau lintasan hati. Hamba gantungkan hati ini hanya pada MU Ya Allah. Peliharalah dia di dalam rahmat MU.


Luahan rasa,
Kembara Samudera Qaseh

Selasa, 13 Julai 2010

Ni'matnya Persaudaraan

Persaudaraan di jalan Allah adalah ni’mat besar dan merupakan bekalan yang melimpah serta sentiasa baru. Allah Subhanahu wa Ta’ala menganugerahkan ni’mat ini kepada orang-orang beriman dan menyeru mereka untuk bersatu; tidak bercerai berai, seperti dalam firmanNya:

"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu Dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu Dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam Yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.(Surah Ali-’Imran: Ayat 103)

Ia merupakan ni’mat yang tidak dapat dibeli dengan wang atau kekayaan dunia, tetapi ia wujud dengan kurniaan dan kekuasaan Allah: Allah SubhanahuwaTa’ala berfirman:

dan (Dia lah) Yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). kalaulah Engkau belanjakan Segala (harta benda) Yang ada di bumi, nescaya Engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.(Surah Al-Anfal: Ayat 63)

Sesungguhnya ikatan ‘aqidah Islam adalah ikatan yang paling kuat secara mutlaq. Orang-orang yang hidup di bawah naungan cinta dan persaudaraan kerana Allah merasakan kebahagiaan dan ketenangan jiwa yang tidak pernah dirasakan oleh orang-orang berkumpul kerana urusan dunia; perdagangan, hiburan atau keni’matan dunia lainnya.



Mengenangkan pentingnya hubungan persaudaraan kerana Allah sebaik sahaja tiba di Madinah, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam mempersaudarakan orang-orang Ansar dan orang-orang Muhajirin yang menjadi model teladan dalam hal kecintaan dan ithar (mengutamakan saudaranya lebih dari dirinya). Ini lah contoh teladan di dalam Islam betapa perlunya memelihara persaudaraan.


Selama berada di bumi ini, dalam perjalanan menuju Allah, setiap manusia tidak ada yang dapat merentasi jalan yang aman tanpa sebarang gangguan, ia akan menghadapi tentangan, fitnah dan syaitan dari jenis jin juga manusia yang selalu mengintainya. Ketika itu ia amat memerlukan orang yang dapat membimbingnya, menuntunnya, menerangi jalannya, dan mengingatkannya ketika ia lupa serta membantunya ketika ia ingat.


Ada ketikanya manusia menghadapi masa-masa futur, kelalaian, atau tertarik dengan pujukan-rayu syaitan. Jika ia bersendirian, keadaan seperti itu akan terus berlanjutan, hingga mungkin ia akan hanyut di dalam arus keindahan dunia yang palsu dan menipu. Sesungguhnya serigala itu hanya membaham kambing yang terpisah dari rombongannya. Sebaliknya, bila ia mempunyai sahabat-sahabat yang salih, maka mereka tidak akan membiarkannya sendirian dalam menghadapi syaitan; bila mereka tidak melihatnya di medan ‘amal kebajikan, maka mereka akan mencarinya, mengajaknya, mengingatkannya, dan membantunya untuk mengalahkan jeratan syaitan. Ini merupakan bekalan yang amat baik dalam perjalanan hidup di bumi ini.


Sesungguhnya sahabat yang salih itu jika kita memandangnya dapat mengingatkan kita pada Allah dan taat kepadaNya. Sebaliknya, melihat sahabat yang jahat dapat mengingatkan kita pada kemaksiatan dan perbuatan-perbuatan murka. Benarlah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam yang bersabda:

Sahabat yang salih itu ibarat penjual minyak wangi, bila engkau tidak mendapat minyak wangi darinya, maka engkau mendapatkan bau harumnya. Dan sahabat yang jahat itu ibarat tukang besi, bila engkau tidak terkena percikan apinya, maka engkau akan terkena asapnya.(Hadith riwayat Abu Daud)


Orang mu’min itu adalah cermin bagi saudaranya. Setiap orang mesti memiliki kekurangan dan kecacatan, namun ramai di kalangan mereka yang tidak menyedari kekurangan dan ‘aibnya itu. Justeru, ia sangat memerlukan orang yang menunjukkan ‘aibnya dan membantunya untuk memperbaiki serta menghilangkan ‘aib tersebut. Tidak ada yang mampu me­laksanakan tugas itu, kecuali sahabat atau saudara yang mencintainya kerana Allah, tulus dalam persahabatan, lembut dalam pergaulan, bijak dalam memberikan nasihat, dan menunjukkan kekurangan. Ini juga merupakan sebaik-baik bekalan dalam perjalanan.


Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan nikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik.(Surah Al-Nahl: Ayat 125)


Allah Subhanahu wa Ta’ala menyeru kita agar selalu tolong-menolong dalam kebaikan dan ketaqwaaan. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.(Surah Al-Ma’idah: Ayat 2)


Alangkah indahnya persaudaraan yang terjadi di sebuah kampung atau sebuah daerah; mereka saling tolong menolong dalam berbagai kebaikan dan keta’atan, terutama dalam kebaikan yang banyak dilupakan oleh kaum Muslimin saat ini, misalnya; qiyamullail, salat berjama’ah di masjid, terutama salat Subuh dan ‘Isya’, menghadiri majlis-majlis Al-Qur’an, majlis ilmu dan majlis zikir, mengikuti rombongan da’wah yang menyeru ke jalan Ilahi, dan membantu orang-orang fakir serta yang memerlukannya.


Dua orang yang saling mencintai kerana Allah; berkumpul kerana Allah dan berpisah juga kerana Allah.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radiyallahu ‘anhu, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam baginda bersabda:

Ada seseorang yang mengunjungi saudaranya di luar kampungnya, lalu Allah mengutus malaikat untuk menyiasat halnya dalam perjalanannya Malaikat bertanya kepadanya; “Hendak ke manakah anda?” la menjawab: “Saya ingin mengunjungi saudara saya di kampung itu?” Malaikat bertanya lagi: “Apakah ada sesuatu ni’mat dunia (hutang) yang ingin engkau dapatkan?” la menjawab: “Tidak, tapi saya mencintainya kerana Allah.” Malaikat berkata: “Sesungguhnya saya adalah utusan Allah (untuk menyampaikan berita) bahawa Allah mencintaimu sebagaimana engkau mencintai saudaramu keranaNya “ (Hadith riwayat Muslim)

Muslim meriwayatkan dalam kitab “Al-Zikr”, bahawa, pada suatu hari Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam, keluar dari rumah dan bertemu dengan sahabat yang sedang berkumpul, lantas berkata:

“Untuk apa kamu duduk bersama-sama?” Mereka menjawab: “Kami duduk untuk berzikir kepada Allah dan memujinya atas ni’mat Islam yang diberikan kepada kami dan membimbing kami kepadanya.”Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: “Demi Allah, hanya itukah tujuan kamu duduk duduk bersama?” Mereka menjawab: “Demi Allah, tiada yang menyebabkan kami duduk kecuali sebab itu.” Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Aku tidak menyuruhmu bersumpah kerana curiga kepadamu, akan tetapi Jibril telah datang kepadaku dan memberi khabar bahawa Allah membangga-banggakan kamu dikalangan malaikat.”

Lantaran pentingnya persahabatan yang baik dan pengaruhnya yang baik bagi Islam dan kaum Muslimin, maka Islam sangat prihatin terhadap perkara berkenaan, menjaganya dari segala perkara yang dapat mengganggu persatuan dan keutuhannya, serta mengharamkan segala perkara yang dapat menimbulkan kebencian, permusuhan, dan pertikaian antara kaum muslimin, misalnya; penipuan, pengkhianatan, menjual dengan cara menipu, riba, minuman keras, judi, iri hati, saling membenci, menghina, berburuk sangka, mengintip-intip, memutus hubungan, dan sebagainya, seperti hadith Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam yang berikut:

Janganlah kamu saling memutuskan hubungan, jangan saling berpaling muka, jangan saling membenci, danjadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang Muslim tidak boleh berpaling dari saudaranya lebih dari tiga hari.(Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Embunku,
Walaupun persaudaraan antara kita ini tidak memungkinkan untuk duduk bersama-sama tetapi sekkurang-kurangnya kita akan rasa diberikan perhatian bila ada yang bertanya khabar, ada yang ambik tahu dan saling-ingat mengingati. Jarak bukan penghalang untuk ujudnya persaudaraan kerana Allah. Jarak bukan penghalang untuk kasih sayang itu terpaku kukuh di hati.


Di samping itu Allah juga menunjukkan cara terbaik untuk menghilangkan atau menyelesaikan perselisihan yang terjadi di kalangan kaum Muslimin. Kaum mu’min wajib turut serta berusaha mendamaikan dua saudaranya yang sedang berbalah:

Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya.(Surah Al-Hujurat: Ayat 9)


Berbalahkah kita? atau hanya sekadar merajuk sehingga membawa diri dan memutuskan persaudaraan?


Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.(Surah Al-Hujurat: Ayat 10)


Persaudaraan dan persahabatan yang baik melahirkan persatuan dan perpaduan, kekuatan dan kebaikan bagi Islam dan kaum Muslimin. Apabila berpecah dan perselisihan terjadi, maka kegagalan, kelemahan, dan bahaya akan tercetus.


Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

Janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.(Surah Al-Anfal: Ayat 46)

Syaitan sangat murka melihat persaudaraan yang terjalin sesama manusia. Justeru itu, syaitan berusaha sekuat tenaga menimbulkan perpecahan di dalam persaudaraan. Syaitan sangat benci kepada persatuan dan kerjasama di antara manusia. Justeru, kita harus berwaspada dan jangan memberi kesempatan pada mereka untuk mewujudkan hal itu. Jangan sampai kita marah kerana kepentingan peribadi dan jangan mengatakan hal-hal yang menyakiti saudara kita, untuk memenuhi seruan Allah.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang-orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (yang mu’min dan yang menentang); sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia.(Surah Al-Isra’: Ayat 53)

Alangkah bahagianya kita mendapat ni’mat Islam dan ni’mat persaudaraan kerana Allah. Alangkah tepatnya kalau kita memelihara ni’mat-ni’mat tersebut sekuat tenaga dan dengan cara dan jalan yang kita sanggup.

Wahai embunku, sewajarnya anak mempunyai sahabat yang salih, sebab ianya merupakan sebaik-baik pembantu dan bekal dalam perjalanan menuju ke akhirat.



Tulisan,
Kembara Samudera Qaseh.

Tidor ku Berteman Air Mata



 
Sebaik lepas zohor, tangisan dibawa sampai terlena. Bila sedar, baki tangisan masih ada. Rupanya tidor mak bertemankan air mata. Telefon yang tak bernyawa, tak pandai berkata-kata dan tak bersuara yang dipeluk juga.


Bila tersedar, si anaklah yang pertama diingat, dah makan kah, makan apa, sedang buat apa,turut bersedih jugakah? Maha Suci MU Ya Allah aku serahkan diri ini...


Aku hanya hamba MU yang teramat lemah, tidak bersedia untuk terima keadaan begini. Jika perpisahan kerana berpisah alam, memang tak mampu aku merayu agar dia dikembalikan kepadaku. Tetapi Ya Allah,dia masih di dunia ini, perginya kerana merajuk hati, aku pohon pada MU Ya Allah,kembalikan lah dia semula kepada KU. Aku terima pemberian MU,aku syukuri.


Ya Allah kiranya aku salah,aku mohon ampun kepada MU, jika dia tersilap menilai,maka ampun kan lah dia.Aku pohon redha , rahmat dan kasih sayangMU di dalam persaudaraan ini. Bantulah kami wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani...




Tulisan rasa,
Kembara Samudera Qaseh.

Balik lah anak mak

Kemana lagi nak pergi,di sinilah seharian duduk mengadap komputer. Menangis,menangis dan terus menangis...tak tahu sampai bila baru berhentinya sungai air mata ni...


Tak tahu kemana nak di tuju, bersendirian,berseorangan, alhamdullilah ada tempat yang perlu untuk berlindung dari hujan panas. Penat duduk ,baring, mengaji, membaca, menulis...


Kasih dan sayang,jika boleh dibuang ingatan tu, jika ia kita yang buat sendiri,maka bila tak suka sepak buang, mudahlah kerjanya. Kalau kasih sayang tu ibarat tumbuhan, bila rasa tak suka, rasa menyusahkan,mudah saja kita cabut dan buang.


Tetapi rasa yang ada di dalam diri ini adalah pemberian Allah untuk membina persaudaraan. Jika tidak ada kasih sayang,tak ujud persaudaraan. Kerana ujudnya kasih sayanglah maka ujud persaudaraan.


Embunku, tahukah kau,air mata ni tak putus-putus mengalir,kesedihan kerana terasa kehilangan? Ada dihati tapi tak dapat dihubungi. Ada dimana-mana tapi tak dapat di capai, dipegang bukannya untuk dipeluk atau dicium.


Ianya tumbuh subur dihati, tak maujud, jadi tak boleh nak cabut buang rasa kasih sayang itu. Adilkah orang yang tidak bersalah dihukum?


Bukan mudah, bukan sifat seorang ibu jika mudah saja sekelip mata melupakan anaknya. Kalau nama anaknya, tambah kalau dia merupakan anak yang disayangi, sampai mati dia tak dapat lupa. Sampainya hati seorang anak buat begini pada ibunya.


Kurniaan Allah,bukan dicari,bukan dikutip,bukan dirancang sendiri, tetapi anugerah Allah kepada seorang ibu. Apa salah silap ibu? Jangan samakan kasih ibu dengan kasih seorang kekasih. Kekasih samada meninggalkan atau ditinggalkan akan ada salah seorang yang kecewa. Kecewa itu akan terubat bila jumpa kekasih baru. Tetapi ibu lain,dia tak masuk dalam perhitungan itu, hati ibu lebih parah menderita, walaupu ibu itu mempunyai anak yang ramai.


Setiap anak mempunyai ruang-ruang tersendiri di dalam hati ibu. Setipa orang ada bookmark di dalam hati ibu. Jika seorang tak ada dia tetap rasa kehilangan walaupun masa itu ibu sedang dikelilingi oleh anak yang lain. Ibu akan pasrah dan redha jika anak itu pergi kerana jemputan menemui Allah. Tetapi jika anak pergi di dalam keadaan terluka, hati ibu tu lagi lah robek.


Anak mak,baliklah pada ibu mu ini...


Luahan rasa,
Kembara Samudera Qaseh.

Umat Islam Itu Bersaudara

Kenapa kita tidak menghubungkan kembali persaudaraan antara kita? Janganlah terlalu menurut nafsu amarah, kecewa dan cemburu melihat orang lain bahagia. Itu semua adalah sifat mazmumah yang perlu kita didik agar tidak terus bersemadi di dalam jiwa. Sifat ini akan merosakkan persaudaraan sesama manusia.


Setiap manusia ada bahagian masing-masing yang telah ditetapkan sejak azali. Tetapi permusuhan bukanlah sebab untuk kita meruntuhkan persaudaraan. Buang sifat amarah itu. Kita perlu berusaha  untuk menjadi  hamba Allah yang terbaik. Kita perlu belajar mendidik hati agar persaudaraan terus terjalin. Semuanya akan diuji Allah.  Jangan di rosakkan hati disebabkan tidak  mampu melawan sifat amarah,  kecewa  kerana itu semua adalah tipu daya syaitan untuk melihat umat Islam berpecah belah dan persaudaraan terputus.


Memang syaitan tidak  akan gembira bila ada persaudaraan terjalin kerana  Allah. Bila persaudaraan itu terjalin kerana ada kepentingan mahu kekayaan, kekuasaan dan keagungan,  maka syaitan akan gembira. Tetapi jika persaudaraan kerana ingin berpesan-pesan dengan kebaikan dan kesabaran,pasti syaitan akan berusaha untuk meruntuhkannya. Ada saja jarum -jarum nafsu mazmumah dicucukkan agar hati kita buta untuk menilai.

Sayangilah persaudaraan ini. Wahai embunku, aku sangat kasihkan persaudaraan ini.


Allah Subhanahu wa Ta'ala satu, Nabi kita satu, kiblat dan aqidah kita juga satu, kita berada di jalan yang sama,landasan yang sama. Kita dapat melihat, bagaimana kaum Muslimin berkumpul setiap harinya sebanyak lima kali di masjid-masjid dan surau bagi menyahut seruan Allah dan melaksanakan kewajiban sebagai seorang Islam yang mukalaf.



Juga bagaimana mereka berkumpul dengan jumlah yang lebih besar pada setiap hari Jum'at, berpuasa secara serentak di seluruh penjuru dunia dalam waktu yang sama, atau mereka saling memanggil ke suatu tempat bagi orang yang mampu untuk melaksanakan kewajiban haji, dengan menggabungkan usaha harta dan badan di satu tempat dan waktu yang sama; ini semua adalah sebahagian dari fonemena persaudaraan Islam di dalam mewujudkan hakekat akidah yang terbangun atas dasar tauhid.


Karena sesungguhnya persaudaraan tidaklah akan menjadi benar, melainkan dengan kalimat tauhid, dengan fenomena kesatuan akidah dan ibadah seperti yang telah ditunjukkan di atas.



Sebenarnya telah ada persaudaraan di dalam perilaku kaum Muslimin, antara satu dengan yang lainnya. Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :



مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ كَمَثَلِ الْجَسَدِ الْوَاحِدِ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى



"Perumpamaan kaum Muslimin dalam saling mengasihi, saling menyayangi, dan saling menolong di antara mereka seperti perumpamaan satu tubuh. Tatkala salah satu anggota tubuh merasakan sakit, maka anggota tubuh yang lainnya akan merasakan pula dengan demam dan tidak bisa tidur" [1].



الْمُؤْمِنُ لِلْمُؤْمِنِ كَالْبُنْيَانِ يَشُدُّ بَعْضُهُ بَعْضًا



"Seorang mukmin terhadap mukmin lainnya seperti satu bangunan, sebagiannya menguatkan yang lainnya."[2]



لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ



"Salah seorang dari kalian tidak beriman (dengan sempurna) sampai ia mencintai (kebaikan) untuk saudaranya dengan apa yang dia dicintai dirinya" [3].



الْمُؤْمِنُ مِرْآةُ الْمُؤْمِنِ



"Seorang mukmin adalah cermin bagi mukmin lainnya".



الْمُؤْمِنُ أَخُو الْمُؤْمِنِ لَا يخذلهُ ولا يحقره وَلَا يُسْلِمُهُ



"Seorang mukmin adalah saudara bagi mukmin lainnya, dia tidak membiarkannya (di dalam kesusahan), tidak merendahkannya, dan tidak menyerahkannya (kepada musuh)".



Semua ini adalah pemandangan yang mengkuatkan dan menyatukan hati, menghantarkan kepada anggota tubuh lainnya. Bahkan apabila kita memperhatikan firman Allah :


سُوۡرَةُ العَصر
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَٱلۡعَصۡرِ (١) إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ (٢) إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ (٣

"Demi masa. Sesungguhnya semua manusia benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman, dan mengerjakan amal shalih, dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran, dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran". [al ‘Ashr : 1-3].



Jika kita memperhatikan firman Allah di atas (yang artinya) “dan mereka saling memberikan nasihat ”, ini juga termasuk fonemena persaudaraan. Karena saling menasihati tidak akan terjadi pada satu orang saja, akan tetapi terjadi pada suatu kelompok antara satu dengan yang lain, saling mengingatkan, menasehati dan saling meluruskan.



Allah berfirman:

سُوۡرَةُ آل عِمرَان
وَٱعۡتَصِمُواْ بِحَبۡلِ ٱللَّهِ جَمِيعً۬ا وَلَا تَفَرَّقُواْ‌ۚ وَٱذۡكُرُواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ إِذۡ كُنتُمۡ أَعۡدَآءً۬ فَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِكُمۡ فَأَصۡبَحۡتُم بِنِعۡمَتِهِۦۤ إِخۡوَٲنً۬ا وَكُنتُمۡ عَلَىٰ شَفَا حُفۡرَةٍ۬ مِّنَ ٱلنَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنۡہَا‌ۗ كَذَٲلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمۡ ءَايَـٰتِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تَہۡتَدُونَ (١٠٣


"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan, lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka, lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya.  [Ali Imran: 103]





Luahan rasa,
Kembara Samudera Qaseh.

Kasihku


Siapa yang mendengar apa yang hati hamba MU ini suarakan. Hanya pada MU hamba ini mengadu. Ya Allah yang mendengar bisikan hatiku, Yang Maha Mengetahui kesedihan hati seorang ibu.


Mengapa persaudaraan yang hanya berasaskan kasih sayang ini jadi begini?


"Wahai orang-orang yang beriman,berpesan-pesanlah dengan kesabaran dan kasih sayang" [Surah Al-Balad ayat 17]




Perlukah keikhlasan dipertikaikan sedangkan yang menilainya hanya ENGKAU Ya Allah. Hanya ENGKAU sahaja Maha Mengetahui keikhlasan seorang dalam beribadah kepada MU.


Maha Suci Ya Allah, menghubung persaudaraan dengan kasih sayang merupakan ibadahku kepada MU. Persaudaraan yang dipelihara batas-batas menurut syariat MU.


Hamba MU ini lemah Ya Allah, hatinya lembut, penuh kasih sayang , hanya air mata temannya dikala sendirian. Ini juga merupakan ujian berat MU buat hamba ini. Kasihani dia Ya Allah. Sesungguhnya Ya Allah,hanya ENGKAU sahaja tempat dia menggantungkan harapan.


Semoga limpahan rahmat, redha dan kasih sayang MU dikurniakan pada persaudaraan ini.

Allah berfirman:

"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai". [Ali Imran: 103]





Luahan rasa,
Kembara Samudera Qaseh.

Isnin, 12 Julai 2010

Bila Hati Telah Retak

Di mana Allah dalam hati kita?

Pernahkah kita tanyai hati kita?

Seberapa besar merangkumi keagungan Allah dalam hati kita?



Tahukah bahawa hati kita terlalu sarat dan penuh sesak dengan keinginan nafsu dan cita cita dunia? Hingga ianya retak dan tak dapat menampung keinginan keinginan itu dan tumpahlah nafsu itu kedalam ruhani kita hingga syaitan mengambil kesempatan menanamkan benih benih dunia hingga sampai ke suatu tika organ organ keruhanian kita ditumbuhi kebun kebun anggur yang palsu sehingga kita terkhayal sehingga tercabutnya nyawa.





Sedarlah kita dan jangan biarkan hati yang mulus ini retak.


Pertahankan hati kita dengan banyak melaksanakan amal-amal ibadah dan zikrullah , hanya ini yang dapat menerangi segala macam kegelapan yang menyelubungi hati.


Amal ibadah dan zikrullah itu diantara Nur Allah. Cahaya Allah. Tetaplah berhimpun disekitarnya. Janganlah menjauh dari terpaan sinar cahaya itu agar kita tidak kehilangan arah untuk melangkah.


Jangan jarak kan diri kita dari cahaya Allah itu dalam keadaan apa pun agar kita tetap dapat melihat dan boleh meraba jalan yang seharusnya kita lalui!


Bukalah kembali peta kegelapan hidup kita seperti mana peta itu telah dibuka oleh Abu Bakr untuk kita melihat apakah yang telah kita usahakan untuk menutupi kegelapan itu.


Cinta dunia adalah kegelapan ~ pelitanya adalah takwa.

Dosa itu adalah kegelapan ~ Pelitanya adalah taubat.

Kubur itu adalah kegelapan ~ Pelitanya adalah syahadah

Akhirat itu adalah kegelapan – Pelitanya adalah amal solih

Shirat itu adalah kegelapan ~ Pelitanya adalah iman.

Inilah dia peta kegelapan dan cahaya hidup kita.


Dan sebab itulah kita akan terus bersama Islam dan mengekalkan persaudaraan sesama manusia. Menghindari persaudaraan akan menjauhkan diri dari ditarbiyah, yang mana seseolah mahu menghindari dari mendapat cahaya yang menutupi lima kegelapan yang amat menakutkan ini.


Aku sering mengingatkan diri ku agar selalu membayangkan kegelapan ini sehingga ada tika tikanya bila ruhani ku menjangkau tinggi aku juga mampu menangis seperti Abdullah AlMubarak mengingati saat saat aku menghadapi kegelapan ini.


Pernahkah selama ini membayangkan kegelapan yang akan dilalui kita lalui?


Bayangkanlah jika taubat tidak diterima. Mampukah menghadapi azab Allah SWT. Yakinkah taubat akan Allah terima dalam keadaan kita sering mengulangi dosa kita tanpa rasa takut?


Bayangkanlah jika tidak dapat bersyahadah waktu sakarat disebabkan dosa dosa yang menahan hati dan lidah kita dari bersyahadah? Tidakkah selama lamanya tubuh badan kita dihimpit sehingga bertemu rusuk kerusuk. Selamanya menanti hari akhirat?


Inilah dia ugutan ugutan yang Allah berikan kepada kita dan motivasi untuk kita melakukan amal ibadah. Memelihara persaudaraan juga merupakan ibadah yang Allah suka, dan melalui persaudaraan akan saling berpesan-pesan Agar kita tidak terlalai sedikit pun. Agar apabila kita lemah dalam beramal, ugutan inilah yang akan membangunkan kita.



Marilah kita jauhi kegelapan itu dengan berusaha bersungguh sungguh untuk menyalakan obor dakwah ini. Memelihara pelita cahaya yang ada disekeliling kita ini sambil terus kita menjalani hidup seadanya. makan seadanya. Minum seadanya. Dan mengambil dunia seadanya.

Agar kesederhanaan ini dapat memacu kita menjalani hidup sebagai hamba dalam menapaki lorong lorong waktu dan muga kita dapat menembus belukar fitnah dan ujian hingga perjalanan kita di dunia fana’ ini berakhir.

Ingatlah kegelapan itu amat mencengkam serta menakutkan.

Mampukah kita bertemu dengan Allah. Berhadapan dengan Allah face to face dalam keadaan jiwa dan sanubari kita dalam kegelapan ….kegelapan yang akan membuatkan Allah berpaling dari kita! nauzubillah!

Berjanjilah disini.

Kita akan perbaiki diri dan menyeru orang lain dalam amal dakwah ini dan menempa diri kita menjadi pohon yang indah, dahan yang menjulang dan meneduhkan manusia lainnya.


Marilah kita tempuhi segala kesulitan dalam menuju Allah ini kerana dalam kesulitan inilah tersembunyinya keimanan yang sejati yang membuatkan kita semakin rindu dan rindu kepada syurga Allah apa lagi dengan senyum lambaian lambaian penghuni suci di syurga dan melupakan manusia dunia yang sering meretakkan hati kita.


Catatan,
Kembara Samudera Qaseh