CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jumaat, 31 Disember 2010

Sebelum Tirai Berlabuh


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 


Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.


Anak mak, sebelum tirai 2010 berlabuh, ingin mak ingatkan kembali bibit pertemuan kita yang menjadi nostalgia indah buat mak.


Bermula dengan mesej pertama,


assalamualaikum ya umi....
adapun sy ingin meminta sedikit nasihat..
sy seorang mualaf,dah convert 3 thn,masih bujng dan tinggal seorang diri..
adapun sy ini sangatlah rapat dgn ibu sy,,jd sy sngt selesa sekiranya setiap masalah sy dpt berbincang ngan seorg wanita...adapun masalah ini tdklah dpt sy bincangkan dgn ibu sy sbb ini mmg masalah ngan ibu sy...

masalh sy,,,,sy teringin sangt nak bgtau ibu sy yg sy dah convert,,,tp takut sngt,,,,sy syg dia,,tak sanggup tngk dia nangis,umi ada cadangan,,mcm mana sy nak bgtau dia?

malasih...



Tersenyum baca mesej ini...


rasanya umi jg mualaf kan?



nak tlg pun soal mcm polis juga? heheh
keje sendiri..




...sy bkn ego,,sy rasa mungkin bnyk kali umi terjerat dgn masalah org,,atau org ambik kesempatan atas kebaikan umi,,,jd atas dasar ni,,,dan tak mahu ada prasangka buruk terdetik di benak umi,maka sy rasa tak perlulah umi tlg,walau sekadar pendapat...


sy mampu harungi lg..makasih





sy cuma minta pendpt,bkn nak minta bantuan kewangan,,malahan bukan nak bt loan pun.
itu saja yg sy nak...sy tak nampak jln bagaimana nak bgtau ibu sy..
itu sj yg sy nak tau......
adakah halaqah.net jg seperti jabatn kerajaan?penuh karenah birokrasi?

maaflah kalu umi rasa sy kasar dan tersinggung,,,sy bkn org melayu,sy tak pandai ckp berlapik.




kalau sy mati dulu?sy dah mati..apa nak di kisahkan lg,,itu ujian utk org yg masih hidup,,org yg tau
sy dah islam takkan nak biarkan sy diuruskan cara buddha?


ok,,skrang nak bgtau mcm mana?


(nak makan dulu,,,)


Inilah antara cerita bibit pertemuan alam maya kita. Tarikh dan masa mesej pertama mak terima ialah January 23, 2010, 07:53:29 AM . Seminggu lepas itu , pada 31 Januari 2010 ,  disusuli pertemuan secara alam nyata, dengan melihat kali pertama anak mak di Yayasan Selangor, Kg baru, Kuala Lumpur.


Selepas pertemuan pertama, disusuli pertemuan kedua, 8 Februari 2010,  dimana anak mak sanggup berkorban untuk menjaga dan menemani mak yang terlantar di wad HSAJB. Sanggup dihurung nyamuk, tidor berlantaikan simen di balkoni tanpa sebarang alas,  terpaksa tidur di dalam kesejukan tanpa selimut  ibarat tidor dalam iceberg, sanggup berjalan kesana kemari untuk bersolat dan mencari makanan. Rela menyorong kerusi roda mak semata-mata untuk menemani mak melakukan fisoterafi.


Mak tahu banyak yang anak mak korbankan ketika itu, masa, tenaga , wang ringgit dan keselesaan diri. Apa ertinya perngorbanan itu? Padahal kita baru saja dipertemukan oleh Allah. Kita belum kenal sedalamnya. Atas dasar apa pengorbanan itu dilakukan? Bagi mak, pengorbanan yang anak mak lakukan itu sangat besar dan bermakna. Ini yang mak kenang hingga akhir hayat mak. Mak tak mampu untuk balas pengorbanan anak mak.


Sekarang ni pun,kalau anak mak sakit,mak tak dapat nak ziarah, apatah lagi untuk menjaga dan menemani anak mak. Mak tak mampu berbuat apa-apa. Maafkan mak anak ku. Mak tak lahirkan anak mak, tapi kasih sayang yang Allah letakkan di dalam hati ini sama seperti mana anak-anak yang mak lahirkan juga, subur di dalam sanubari mak.


Semoga kasih sayang yang Allah letakkan ini mendapat redha dan rahmat dariNYA. Berusahalah kita untuk mencintai Allah dan RasulNYA atas nikmat yang dikurniakan ini. Pimpinlah hati kita untuk mentaati Allah dan RasulNYA. Didiklah diri kita untuk patuh pada syariat Allah yang disampaikan melalui Rasul NYA.


Sekian entri penutup tahun 2010, kenangan -kenangan yang bersulam tawa dan tangis.




Luahan rasa,
Kembara Samudera Qaseh.

0 ulasan: