بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.
Pilu juga hati ini bila anak sorang ni hatinya bermusim-musim. Yang sayu bila dengar asyik kata bosan...bosan...
Tiap kali mak baca, mesti hati mak tersentuh. Mak tahu macam perasaan dan hati ketika sendirian. Bagaimana rasa hati merindui suasana bersama-sama keluarga.
Satu saja untuk hilangkan kebosanan dalam kehidupan seharian dengan berkahwin. Tambahan jika berkahwin itu selalu je bermasalah. Maka hari-hari memikirkan sesuatu untuk selesaikan masalah. Sudah pasti hidup tidak bosan.
Tapi hati tu bermusim-musim. Kejap rasa nak kahwin,kejap rasa seronok hidup sendiri sebab fikir tidak perlu ada tanggungjawap samada di dunia atau akhirat. Tak ada tanggung yang perlu dihisab di Mahsyar nanti.
Tanggungjawab Seorang Lelaki...
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
Sebelum ni rasa nak kahwin, tak ada calon. Dah ada calon,ada halangan lain pula. Kini ada cara untuk selesaikan halangan, calon dah ready, hati tu pulak berasa tak mahu kahwin. Ada-ada je...
Tapi apahal pun, mak memang nak kahwin anak mak sorang ni. Mak tak tahan hati bila baca tulisannya tentang kebosanan tahap gila babi. Kesian...
Semoga Allah mempermudahkan urusan pernikahan anak mak ini. Moga dikurniakan juga kekuatan, ketabahan dan kesabaran di dalam mengahdapi ujian dan dugaan hidup di dunia yang serba indah tetapi jangan hati tertipu dengan kepalsuannya.
Berhati-hati dan waspada dengan tipudaya dunia...
Luahan hati,
Kembara Samudera Qaseh
3 ulasan:
asm
Luruh hati dan jantung bila terkenangkan sayu hati anak mak ini.
MSA
Catat Ulasan