CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jumaat, 31 Disember 2010

Sebelum Tirai Berlabuh


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 


Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.


Anak mak, sebelum tirai 2010 berlabuh, ingin mak ingatkan kembali bibit pertemuan kita yang menjadi nostalgia indah buat mak.


Bermula dengan mesej pertama,


assalamualaikum ya umi....
adapun sy ingin meminta sedikit nasihat..
sy seorang mualaf,dah convert 3 thn,masih bujng dan tinggal seorang diri..
adapun sy ini sangatlah rapat dgn ibu sy,,jd sy sngt selesa sekiranya setiap masalah sy dpt berbincang ngan seorg wanita...adapun masalah ini tdklah dpt sy bincangkan dgn ibu sy sbb ini mmg masalah ngan ibu sy...

masalh sy,,,,sy teringin sangt nak bgtau ibu sy yg sy dah convert,,,tp takut sngt,,,,sy syg dia,,tak sanggup tngk dia nangis,umi ada cadangan,,mcm mana sy nak bgtau dia?

malasih...



Tersenyum baca mesej ini...


rasanya umi jg mualaf kan?



nak tlg pun soal mcm polis juga? heheh
keje sendiri..




...sy bkn ego,,sy rasa mungkin bnyk kali umi terjerat dgn masalah org,,atau org ambik kesempatan atas kebaikan umi,,,jd atas dasar ni,,,dan tak mahu ada prasangka buruk terdetik di benak umi,maka sy rasa tak perlulah umi tlg,walau sekadar pendapat...


sy mampu harungi lg..makasih





sy cuma minta pendpt,bkn nak minta bantuan kewangan,,malahan bukan nak bt loan pun.
itu saja yg sy nak...sy tak nampak jln bagaimana nak bgtau ibu sy..
itu sj yg sy nak tau......
adakah halaqah.net jg seperti jabatn kerajaan?penuh karenah birokrasi?

maaflah kalu umi rasa sy kasar dan tersinggung,,,sy bkn org melayu,sy tak pandai ckp berlapik.




kalau sy mati dulu?sy dah mati..apa nak di kisahkan lg,,itu ujian utk org yg masih hidup,,org yg tau
sy dah islam takkan nak biarkan sy diuruskan cara buddha?


ok,,skrang nak bgtau mcm mana?


(nak makan dulu,,,)


Inilah antara cerita bibit pertemuan alam maya kita. Tarikh dan masa mesej pertama mak terima ialah January 23, 2010, 07:53:29 AM . Seminggu lepas itu , pada 31 Januari 2010 ,  disusuli pertemuan secara alam nyata, dengan melihat kali pertama anak mak di Yayasan Selangor, Kg baru, Kuala Lumpur.


Selepas pertemuan pertama, disusuli pertemuan kedua, 8 Februari 2010,  dimana anak mak sanggup berkorban untuk menjaga dan menemani mak yang terlantar di wad HSAJB. Sanggup dihurung nyamuk, tidor berlantaikan simen di balkoni tanpa sebarang alas,  terpaksa tidur di dalam kesejukan tanpa selimut  ibarat tidor dalam iceberg, sanggup berjalan kesana kemari untuk bersolat dan mencari makanan. Rela menyorong kerusi roda mak semata-mata untuk menemani mak melakukan fisoterafi.


Mak tahu banyak yang anak mak korbankan ketika itu, masa, tenaga , wang ringgit dan keselesaan diri. Apa ertinya perngorbanan itu? Padahal kita baru saja dipertemukan oleh Allah. Kita belum kenal sedalamnya. Atas dasar apa pengorbanan itu dilakukan? Bagi mak, pengorbanan yang anak mak lakukan itu sangat besar dan bermakna. Ini yang mak kenang hingga akhir hayat mak. Mak tak mampu untuk balas pengorbanan anak mak.


Sekarang ni pun,kalau anak mak sakit,mak tak dapat nak ziarah, apatah lagi untuk menjaga dan menemani anak mak. Mak tak mampu berbuat apa-apa. Maafkan mak anak ku. Mak tak lahirkan anak mak, tapi kasih sayang yang Allah letakkan di dalam hati ini sama seperti mana anak-anak yang mak lahirkan juga, subur di dalam sanubari mak.


Semoga kasih sayang yang Allah letakkan ini mendapat redha dan rahmat dariNYA. Berusahalah kita untuk mencintai Allah dan RasulNYA atas nikmat yang dikurniakan ini. Pimpinlah hati kita untuk mentaati Allah dan RasulNYA. Didiklah diri kita untuk patuh pada syariat Allah yang disampaikan melalui Rasul NYA.


Sekian entri penutup tahun 2010, kenangan -kenangan yang bersulam tawa dan tangis.




Luahan rasa,
Kembara Samudera Qaseh.

Rabu, 29 Disember 2010

Kesian Anak Mak

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 



Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.



Pilu juga hati ini bila anak sorang ni hatinya bermusim-musim. Yang sayu bila dengar asyik kata bosan...bosan...

Tiap kali mak baca, mesti hati mak tersentuh. Mak tahu macam perasaan dan hati ketika sendirian. Bagaimana rasa hati merindui suasana bersama-sama keluarga.


Satu saja untuk hilangkan kebosanan dalam kehidupan seharian dengan berkahwin. Tambahan jika berkahwin itu selalu je bermasalah. Maka hari-hari memikirkan sesuatu untuk selesaikan masalah. Sudah pasti hidup tidak bosan.


Tapi hati tu bermusim-musim. Kejap rasa nak kahwin,kejap rasa seronok hidup sendiri sebab fikir tidak perlu ada tanggungjawap samada di dunia atau akhirat. Tak ada tanggung yang perlu dihisab di Mahsyar nanti.




Tanggungjawab Seorang Lelaki...


Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.


Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.



Sebelum ni rasa nak kahwin, tak ada calon. Dah ada calon,ada halangan lain pula. Kini ada cara untuk selesaikan halangan, calon dah ready, hati tu pulak berasa tak mahu kahwin. Ada-ada je...


Tapi apahal pun, mak memang nak kahwin anak mak sorang ni. Mak tak tahan hati bila baca tulisannya tentang kebosanan tahap gila babi. Kesian...


Semoga Allah mempermudahkan urusan pernikahan anak mak ini. Moga dikurniakan juga kekuatan, ketabahan dan kesabaran di dalam mengahdapi ujian dan dugaan hidup di dunia yang serba indah tetapi jangan hati tertipu dengan kepalsuannya.


Berhati-hati dan waspada dengan tipudaya dunia...





Luahan hati,
Kembara Samudera Qaseh

Selasa, 28 Disember 2010

Bila Hati Bermusim-Musim

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات

Payah juga jika hati ini macam iklim di dunia. Di dunia yang bentuk sfera, terdapat 11 jenis iklim yang berbeza mengikut kedudukan pada muka bumi.


Ada kawasan 4 musim, ada kawasan tak ada musim. Ada kawasan 2 musim , musim sejuk (malam 6 bulan) dan ada musim panas (siang 6 bulan) .


Yang ada 4 musimlah best. Ada musim sejuk(hati beku,tak berasa nak kahwin), ada musim bunga (hati terasa nak bernikah), ada musim panas (angin memanjang tak tentu pasal) dan ada musim luruh ( hati dah seronok hidup sendiri,hidup segan,mati tak mao,boleh enjoy dengan kawan, tanpa fikirkan tanggungjawap dunia dan akhirat atas sapa-sapa)


Bila hati bermusim-musim ni lah payahnya. Mudah berubah setiap 3 bulan. Camana nak jadi macam iklim khatulistiwa saja. Panas dan hujan sepanjang tahun. Bila malam sentiasa ada embun. Bila siang ,  ada mentari bersinar dan kadang kala di hiasi pelangi 7 warna...



Tulisan,
Kembara Samudera Qaseh

Sabtu, 25 Disember 2010

Tanggungjawab Seorang Lelaki...

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
 
 
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.


LELAKI

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?

Hukum menjelaskan "anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya" dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya "terutama anak lelaki yang tua", manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tidak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.

BERATKAN?

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi yang perlu di tanggung oleh lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung.

Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa- dosa yang ditanggung (ikut kajian namun bagi saya wallahualam).

WANITA :

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya?

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.


"Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya."

Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia di doakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini:
1. isterinya,
2. ibunya,
3. anak perempuannya dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini:
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yang disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:

1. sembahyang 5 waktu,
2. puasa di bulan Ramadhan,
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi PEMIMPIN...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya,supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..


"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya."(Ali- Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telahdi kerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "


Nota kaki : sama-sama lah kita mengingatkan sesama kita kerana manusia cepat lupa akan tanggungjawab kita masing-masing. Moga artikel di atas dapat memberi kesedaran terutama kepada diri saya sendiri dan para bloggers.


Wassalam.

Perkongsian,
Kembara Samudera Qaseh.

Jumaat, 24 Disember 2010

Syadaid Wa Al Masaib






اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد نورالجمال وبهاءال كمال وعلى اله وصحبه وسلم

mudah2an Allah permudahkan urusan ummat kekasihNya

Allahumma Amin ya Lathiff ...

ya Lathiff ..Antal Qadim ..Qadiimu Fil Azal ...

Antal Lathiff Latiiffun Lam Tazal ...ya Lathiff



apa yang dihadapi apabila kita mahu berbuat kebaikkan tetapi terdapatnya ujian ...dinamakan ..al syadaid wa al masaib

ujian kesusahan dan ujian atas musibah

kesusahan dan kesulitan atau musibah menghayati melalui marhalah sirat dunia ini

semua itu akan menghalang dan menyekat diri kita ...daripada melakukan ibadah kepadaNya ...

maka dinasihatkan ...oleh mereka yakni ahli2 nihayah ...yakni mereka yang telah melaluinya ...

..hendaklah kamu...melepaskan diri daripadanya ...yakni syadaid dan masaib ini ...

dengan apa ? ...

yupp, dengan menguatkan kesabaran dan bersungguh-sungguh kamu melakukan ibadah kepadaNya ...

itulah pesan QalamNya ..hendaklah solat (ingat Dia ) dan sabar (melalui Qudrat dan IradahNya) ...

wahai ahli2 nihayah ....apakah kelengkapan sabar untuk melepaskan diri dari syadaid dan masaib ini ?

kata ahli nihayah ...kamu tidak akan dapat melepaskan diri daripadanya yakni al syadaid dan al masaib ini melainkan dengan pakaian ...

pakaian ikhlas khusyuk beserta sabar kamu itu ....

khusyuk itu...besungguh2nya kamu meninggalkan kasih terhadap dunia kemegahan kebesaran dan kasih sekalian makhlukat ...

maka sarungkan sabar dan syukur ..syukur dan sabar ..pada sayap muslim menuju mukmin ...

ya Lathiff ..Antal Lathiff Latiiffun Lam Tazal ...ya Lathiff


اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد نورالجمال وبهاءال كمال وعلى اله وصحبه وسلم 


Catatan,
Kembara Samudera Qaseh.

Khamis, 23 Disember 2010

Doa Kudus Hati Ini


Wahai Allah Yang Maha Agung,
Ampunilah seluruh dosa kami
Tutupi dan hapuskan segala aib dan kesalahan kami
Dan berikan kepada kami kesanggupan untuk mengubah dan
memperbaiki diri menjadi lebih baik
Kurniakanlah kepada kami akhlak yang mulia
…Peribadi yang indah dan terpelihara

Ya Allah,
Kurniakanlah kepada kami ketenangan hati,
kedamaian hati,
kebeningan dan kebersihan hati,
ketenteraman jiwa
kesegaran berfikir dan ingatan yang tajam

Usir dan buanglah segala kegelisihan,
kekhawatiran, ketakutan, kecemasan dan
kesedihan dalam hati dan jiwa kami.
Jadikan hati kami tenteram, tenang, dan
damai dengan mengingat-Mu
Berharap dan bergantung hanya kepada-Mu

Wahai Pemilik dan Penguasa Segala Hati,
Kurniakanlah kepada kami hati yang bening dan bersih
Hati yang suci, tulus dan ikhlas.


Doa ku,
Kembara Samudera Qaseh

Khamis, 16 Disember 2010

Hati Mau Bersih

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات


Suka atau tidak, mak tak akan biarkan anak mak lupa pada mak. Bila senyap je,mak akan cari. Samada senyap disebabkan tidor, atau senyap buat kerja.


Kalau senyap buat kerja , tak apalah, mak tak ganggu dan tanya lagi. Tapi kalau senyap tidor lena,bila sampai waktu solat mak akan kejutkan juga untuk bangun bersolat. Biar kadang tu sampai lenguh tangan mak picit button keypad telefon kokak mak ni.


Kalau mak nampak ada nama kat tepi Halaqah Online,bermakna PC  on, maka boleh lah mak gunakan PC-PC Voice call, jadi bunyi deringan kat PC kuat memekak sebab anak mak suka sangat letak 'high volume' kat speaker canggih dia tu. Nasiblah tentu kuat bunyi deringan di speaker.


Itulah tanda kasih mak pada anak mak. Mak mahu anak mak solat cukup 5 waktu sehari semalam. Sebabnya kenapa? Dosa meninggalkan solat lebih besar dari dosa berzina. Jadi mak tak mahu anak mak memiliki dosa yang besar itu. Meninggalkan solat tanpa sengaja, kerana tidor yang lena, tak ada pulak yang kejut, itu luar kemampuan mak untuk kejutkan.


Tiap kali usaha nak kejutkn anak mak, mak akan bersihkan hati dan niat semata-mata kerana Allah dan tawakkal kepada Allah. Ini kerana sebenarnya, samada bangun atau tidak anak mak dari lena tu , adalah atas kehendak Allah. Mak dah usaha, selebihnya tawakkal. Kenapa kena bersihkan hati sebab anak mak selalu kata, "kalau hati ikhlas, Allah akan sampaikan hajat kita".


Taka payahlah mak tuliskan di sini kisah Taubat Seorang Hamba di zaman Nabi Musa tu yang berkaitan dosa meninggalkan solat lebih besar dari zina kerana mak tahu anak mak dah baca kisah tu di FB. Semoga menjadi iktibar kepada kita semua.



Citra rasa,
Kembara Samudera Qaseh.

Rabu, 15 Disember 2010

Sepenuh Tawakkal dan Keyakinan

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات

Firman Allah menceritakan hal Musa a.s. dan doanya: (maksudnya)


Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian dia pergi ke tempat teduh lalu berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan. (Al-Qasas,24)


Ujian yang memaksa dia yang membesar dalam istana menjadi pelarian tanpa bekalan. Namun dalam ujian itu Nabi Musa a.s mengalami pengalaman hidup yang hebat dan kurniaan-kurniaan yang besar. Tanpa ujian, hal ini tidak akan berlaku.

Demikian jika kita membaca doa-doa yang syahdu yang penuh menyentuh akal dan ruh yang dilafazkan oleh insan-insan soleh dalam al-Quran, samada para nabi atau selain mereka, kita dapati doa-doa itu banyak yang diungkapkan dalam keadaan getir dan ujian yang mencabar.


Allah memustajabkan doa Musa yang ringkas, tetapi penuh makna. Doa yang dilafazkan dari jiwa yang benar-benar tunduk, menyerah, sepenuh tawakkal dan keyakinan bahawa Allah sentiasa menyahut permohonan hamba yang benar-benar bergantung kepadaNya.


Kita tidak meminta ujian, tetapi kita sentiasa perlu tahu bahawa ujian itu adalah rukun hidup. Ujian bagaikan bicara atau ‘sapaan’ Allah kepada kita agar kita ingat apa yang lupa, ubah apa yang salah, atau untuk kita tambahkan pahala dan padamkan dosa. Sabda Nabi s.a.w:

“Tiada apa pun yang menimpa seorang mukmin, sehingga duri yang mengenainya, melainkan Allah tuliskan untuknya kebaikan (pahala) dan padam dari kejahatan (dosa)” (Riwayat Muslim).






Ya Allah,ku sujud memohon kepadaMU,tunjukkan aku jalan keluar kepada permasalahan-permasalahan ini.Aku hanya mengadu kepada MU Ya Allah,aku tidak punya apa-apa melain ENGKAU. Aku serahkan diri ini kehadirat MU.


Kurniakan aku ketabahan,kekuatan dan kesabaran yang tinggi,kurniakan aku iman yang sempurna,akhlak terpuji dan pekerti mulia di dalam aku diduga dengan ujian ini. Berilah pertolongan wahai Tuhan ku Yang Maha Pengasih.



“Wahai Tuhanku, Sesungguhnya aku ini memohon kepada apa sahaja kebaikkan yang Engkau turunkan,aku ini amatlah fakir”


Kita ini teramat fakir dan amat memerlukan kepada apa sahaja kebaikkan yang akan Allah berikan kepadaku bagi menghadapi suasana kesukaran ketika diuji.


Doa yang dilafazkan dari jiwa yang benar-benar tunduk, menyerah, sepenuh tawakkal dan keyakinan bahawa Allah sentiasa menyahut permohonan hamba yang benar-benar bergantung kepadaNya.


Membaca doa-doa yang syahdu yang penuh menyentuh akal dan ruh yang dilafazkan oleh insan-insan soleh dalam al-Quran, samada para nabi atau selain mereka, kita dapati doa-doa itu banyak yang diungkapkan dalam keadaan getir dan ujian yang mencabar.




Peringatan buat diri,
Kembara Samudera Qaseh.

Selasa, 14 Disember 2010

Hatiku Terluka

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات



Apabila kita sedang bermusafiran dalam alam kehidupan ini, kadang-kadang kita terberhenti dengan ujian-ujian yang berbentuk kesenangan dan kesusahan. Kadang-kadang diakhir perhentian itu, kita terlupa dimana arah seterusnya kita lakukan, dan mungkin bagaimana, dengan apa arah yang patut kita tujui. Persimpangan yang kadang-kadang hadir dalam kehidupan kita kadang-kadang memerlukan kita membuat keputusan. Dan mungkin juga kadang-kadang kita tidak tahu mengapa dan bagaimana hendak membuat keputusan itu.


Ingatilah apa yang kita suka adakalanya bukan yang terbaik untuk kita. Logik manusia merasakan ia manis, tetapi logik Tuhan yang menyusun keadaan sebaliknya.

Ayat Al Baqarah 216 menyebut

"…Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu."

Sudah masa kita ubati diri dengan bantuan Tuhan. Doa  dalam ayat 286, surah al Baqarah:


Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.

Ya Allah, tunjukkanlah jalan keluar dalam apa jua situasi melibatkan diriku dan orang lain.


Hidup ni penuh dengan dugaan...
kadang2 kaki seakan sukar untuk melangkah...
tapi, hidup mesti terus... semoga kita sentiasa dilindungan Tuhan...


Hidup manusia ini tak pernah lekang dengan cabaran dan dugaan yang diberikan dari-NYA. Adakalanya kita kuat untuk menentangnya dan adakalanya kita sendiri terpaksa pasrah dengan kehendak-NYA. Tiada sesiapa pun dimuka bumi ini dijadikan dengan penuh kesempurnaan. Jadi, iman yang teguh,  hati yang tenang dan dengan adanya kekuataan pada diri, insyaAllah akan diberkati doa orang-orang yang berada didalam kesusahan.


Luah rasa hatiku,
Kembara Samudera Qaseh.

Isnin, 13 Disember 2010

Kasih Sayang Tuhan

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات

Manusia walau apa bangsa, bahasa, agama, warna kulit serta berbagai taraf kedudukannya di tengah masyarakat tetap mendapat kasih sayang Tuhan.


Banyak bukti yang menunjukkan kasih sayang Tuhan kepada hamba-Nya, antaranya:


Firman Allah yang bermaksud:

"Dia yang menjadikan untuk kamu bumi sebagai hamparan dan langit bagaikan binaan dan diturunkan danpada langit itu air (hujan) maka darinya dikeluarkan buah-buahan sebagai rezeki untuk kamu. Maka dengan sebab itu janganlah kamu mencipta sekutu bagi Allah sedangkan kamu mengetahuinya." (Al Baqarah :22)


Firman lain yang bermaksud:
"Sesungguhnya pada ciptaan langit dan bumi, dan silih berganti malam dan siang dan bintang yang bergerak amat berguna pada nelayan, Allah menurunkan dari langit hujan maka ia menghidupkan bumi yang mati dan dibiakkan di atasnya segala macam haiwan, dan dipindahkan angin dan awan di antara langit dan bumi, itu semua sebagai tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berakal."


Allah sangat kasih kepada hamba-Nya yang menurut perintah-Nya namun bagi yang terlanjur dan banyak melakukan dosa; Allah tetap memujuk agar tidak berputus asa dari kasih sayang-Nya.


Ini jelas dalam sebuah firman-Nya yang bermaksud:
"Katakanlah: Wahai hamba-Ku yang melampaui batas ke atas din sendiri, janganlah kamu berputus asa dan kasih sayang Allah, sesungguhnya Allah boleh mengampuni dosa-dosa semua, sesungguhnya Dia Tuhan yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang"


Mari kita lihat lagi kasih sayang Tuhan kepada kita. Sewaktu kita di uji dengan kesakitan Dialah yang menyembuhkannya. Sewaktu kita lapar dan kehausan, Dialah yang memberi makan dan minum. Sewaktu kita keseorangan, Dia kurniakan sahabat atau teman atau sesiapa sahaja yang tidak kita duga akan hadir bersam-sama kita, agar rasa terhibur dan tidak rasa kesepian dan berdukacita sendirian.


Sewaktu dilanda masalah, Dialah yang memberi jalan penyelesaiannya. Sewaktu kita berhajat kepada sesuatu, Dialah yang menunaikan hajat yang kita pinta itu. Kalaupun tidak semuanya dikabulkan tapi ada juga sebahagiannya yang telah dikabulkan. Kalau mahu dihitung terlalu banyak bukti menunjukkan kasih sayang Tuhan kepada kita. Cukup sekadar beberapa contoh membuktikan begitulah kasih sayang Tuhan kepada hamba-hamba-Nya.


Walaupun hebat kasih sayang Tuhan, namun Dia boleh murka kepada hamba-Nya. Tetapi kemurkaanNya berhikmah dan mengandungi pengajaran. Sebagai contoh apabila berlaku kemarau panjang di sesebuah tempat, musnahlah tanaman dan banyak haiwan yang mati; manusia juga merasai kesengsaraan akibat kekurangan makanan. Mengapa Allah biarkan manusia menderita, memusnahkan tanaman haiwan ternakan? Apakah Allah tidak kasih kepada makhluknya? Sebenarnya takdir yang berlaku itu ada hikmahnya. Allah ingin menghukum kesalahan manusia di dunia supaya kita terlepas daripada hukuman-Nya di Akhirat yang maha dahsyat.


Selain dari itu hikmah di sebalik musibah ialah agar manusia merasai betapa lemah dan dhaif hingga tidak berupaya berhadapan dengan kekuasaan Allah SWT. Ini menyedarkan kita sebagai hamba lebih baik menyerah saja kepada Allah SWT. Musibah juga bagi orang yang beriman ada dua maksud iaitu sebagai penghapusan dosa dan sebagai pengangkat darjat di sisi Allah . Bagaimana? Dengan bersabar, kualiti iman akan bertambah baik. Prestasi iman bertambah-tambah bagus dengan musibah dan ujian yang dihadapi dengan redha dan sabar.



Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
"Setelah seseorang itu tercatat namanya di Syurga dan dia tidak berupaya mencapainya melalui ibadah, maka Allah SWT mendatangkan ujian yang dengannya dia bersabar maka kekallah namanya sebagai ahli Syurga." (Riwayat At Tabrani)



Rasulullah SAW bersabda lagi maksudnya:
"Apabila Allah menyayangi hamba-Nya maka dia diuji agar Allah mendengar rintihannya (dengan kerendahan diri)." (Riwayat Al Baihaqi)



Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
"Tiada seorang mukmin ditimpa kesakitan, kepayahan, penyakit, kesedihan hatta duri yang menusuk, kecuali dengan itu menghapuskan dosa-dosanya." (Riwayat Al Bukhan)


Sebab itu kalau manusia faham, dia akan tenang menghadapi ujian itu. Sebaliknya jika dia tidak faham maksud Tuhan, kemudian tidak sabar, maka dia berhadapan dengan dua kesusahan. Pertama kesusahan kerana ujian kemarau yang menimpa. Kedua, susah hati dan menderita dengan kesusahan tersebut.



Peringatan buat diri,
Kembara Samudera Qaseh.

Jumaat, 10 Disember 2010

Kerana Kasih

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات

Sungguh, kerana kasih aku turutkan semuanya,  namun masih lagi di dalam batas  pertimbangan  hukum syara'. Sekiranya tindakan itu tidak memenuhi hukum syara', tidak teragak-agak juga untuk aku menentangnya.


Bukan lah aku ini menurut secara membabi buta tanpa ada pertimbangan dan percaturan. Segala pro dan kontra aku fikirkan. Bagaimana jika perkara ini terjadi kepada darah daging ku sendiri?  Adakah aku akan redha dan bersyukur? Perlu lihat akan pangkalnya kejadian dan peristiwa, maka barulah tahu apa jawapanya.



Jalan ini tidak akan dipilih, jika jalan yang mudah dan lurus telah dilalui, tetapi dengan sengaja meletakkan galah untuk menjadi pagar menghalang laluan. Rintangan yang sengaja dibuat itu bukanlah kerana sesuatu yang bertentangan syara' tetapi kerana perkara keduniaan. Kerana ukuran pendeknya akal pemikiran manusia. Yang mementingkan darjat dan keturunan.


Ada apa pada keturunan? Ada apa pada darjat? Semua itu hanya ukuran dunia. Atas ukuran nafsu manusia, maka aku sedia memberikan persetujuan untuk tindakan itu dilaksanakan. Moga-moga menjadi pengajaran dan iktibar kepada mana-mana manusia yang ego dengan darjat dan keturunan.


Sesungguhnya hanya taqwa menjadi ukuran di sisi Allah. Mereka telah memohon izin secara baik. Aku juga telah memulakan bicara secara berhemah, tetapi kenapa pertimbangan dan permohonan itu ditolak ketika dibelakang aku. Teganya mereka merosakkan perasaan dan jiwa kuntum solehah yang mereka miliki. Sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui apakah yang terbaik buat mereka.


Ya Allah , ku mohon permudahkanlah urusan ini di dalam redha, rahmat dan kasih sayang MU.



Hamba MU  yang daif,
Kembara Samudera Qaseh.

Khamis, 2 Disember 2010

Iman Ibarat Bintang

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات





Buah hati mak, begitulah kehidupan ini, tidak selamanya seorang emak selamatkan anaknya dan tidak selamanya seorang anak dapat menyelamatkan emaknya dari sebarang tohmah, bahaya dan petaka. Walau bagaimanapun, seorang emak itu tetap akan berusaha sepenuh kuasa sakti yang ada untuk menyelamatkan anaknya demi sebuah iman.


Kalau kita menyelusuri sejarah pun kita akan bertemu dengan kisah Kasih sayang dan cinta seorang isteri tidak mampu menyelamatan suami dan kasih sayang cinta seorang suami tidak dapat menyelamatkan isterinya jika pegangan dan akidah di hati berlainan amtara satu sama lain.


Walaupun satu agama, adik beradik yang pernah tinggal di dalam kantung rahim dari seorang ibu yang sama, tetapi jika amalan, akhlak dan tahap keimanan berbeza tidak dapat membantu antara satu sama lain. Begitu juga seorang bapa yang takwa, tetapi anaknya belum pasti beriman. Sesungguhnya iman itu tidak diwarisi.


Dan begitu juga seorang anak yang lahir dari seorang wanita musyrik, sekiranya hidayah Allah telah menyinari hatinya, seorang ibu tidak akan mampu untuk menghalang cahaya itu dari meresap dalam jiwa anaknya.


Kenapa ini berlaku? Kerana manusia yang bertuhan dan mengESAkan Allah, yakin bahawa segala perjalanan hidup ini bukan atas keinginan diri sendiri melainkan dibawah qudrat dan iradat Allah.


Jika ikut mampu memenuhi keinginan diri, pasti kita mahukan hidup yang mewah, harta melimpah, isteri rupawan dan anak karyawan. Tetapi mampukah memenihi impian hati kita sendiri? Walau berjuta dinar yang kita miliki jika bukan dalam redha dan izin Allah, tidak akan mampu kita membeli semua itu.


Maka jadilah kita ini hidup di dalam redha apa yang dikurniakan Allah dan syukur atas nikmat yang sedang dan telah dirasai.


Hidup dalam Islam dan Iman yang sempurna adalah satu nikmat yang tidak ternilai harganya walaupun ada yang sanggup membeli dengan harta sedunia. Kenapa? , kerana dengan Islam dan Iman, jiwa yang resah tetap tenang, hati yang sepi dan kosong terasa penuh dan hidup. Itu lah Islam yang bercahaya, dan Iman seperti bintang, berkelip-kelip, kadang terang , kadang malap.


Maka peliharalah iman kita agar sentiasa bersinar gemilang...




Nukilan Indah,
Kembara Samudera Qaseh.

Rabu, 1 Disember 2010

Kasih Tidak Bertepi


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات


Ar-Rahman – Nama dan Sifat bagi Allah SWT yang bermaksud Yang Maha Pengasih dan Pemurah. Sifat ini lebih umum yang mana ianya meliputi segala macam kasih sayang.


Ar-Rahim – Nama dan Sifat bagi Allah SWT yang bermaksud Yang Maha Penyayang. Ia lebih khusus dari Ar-Rahman. Dikhususkan hanya kepada orang yang beriman.


Kalimah Ar-Rahman nir Rahim adalah sifat bagi Robbil ‘Alamin. Allah ketika menjaga, memerintah, mengurus, mendidik alam semesta, ia melakukannya dengan sifat kasih sayang.


Sifat ini terjelma di dalam semua kejadianNya dan ia dapat dilihat jika kita memikirkannya. Sifat kasih sayang ini terjelma hingga kepada peraturan dan undang undang yang diturunkan kepada kita.


Allah SWT adalah Robb kepada yang kafir dan yang mukmin. Dialah yang menciptakan mereka daripada tiada. Oleh itu, kesemua dari mereka mendapat rahmat Allah SWT. Bukan kerana mereka berhak mendapatnya.


Cahaya matahari menyinari keatas yang kafir dan yang mukmin. Hujan turun kepada yang menyembahNya dan yang mensyirikkanNya. Oksigen dapat digunakan oleh mereka yang mengucap kalimah syahadah dan yang tidak.


Semua pemberian adalah dari robbil ‘alamin dan semuanya adalah rahmat.Allah memberi kepada yang taat kepadaNya dan yang ingkar. Ini adalah rahmat. Allah juga Maha Menerima Taubat. Dia menangguhkan seksaan kepada yang berdosa kepadaNya dan membuka pintu taubat kepada sesiapa.


Allah menjadikan rahmatNya mendahului kemurkaanNya. Rahmat ini menuntut kita supaya bersyukur atau berterima kasih. Hidup kita sentiasa dilingkungi oleh Rahmat Allah “Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah,tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah)“. (Ibrahim : 34)


Daripada kita bangun hingga kita tidur, berapa banyakkah nikmat Allah yangtelah kita kecapi ? Sepatutnya kita merasa malu kerana nikmat yang kita selalu dapat dari
Allah SWT, kita ganti dengan kekufuran kepadaNya.


Suka Duka itu adalah Rahmat Allah Allah sentiasa mengubah keadaan kita dari sedih kepada gembira, dari sihat kepada sakit, dari kaya kepada miskin, dari terang kepada gelap supaya kita mengerti bahawa, kita tidak bebas dari hukum ketentuanNya dan supaya kita selalu ingat bahawa, kita sebenarnya sentiasa berdiri di atas landasan.


Allah SWT menerangkan di dalam al-Quran bahawa di sebalik perkara yang kita benci, terdapat banyak hikmah Ilahi (hanya Dia sahaja yang mengetahui) yang berpunca dari sifat Rahman Allah SWT. Ubat itu pahit tetapi ia adalah penawar. Kita sebagai manusia yang terhad ilmu pengetahuan hanya mampu memikirkan perkara yang sangat terbatas.


Di dalam kehidupan harian, kita sering mendapat perkara-perkara yang kita tidak suka seperti kemalangan, kehilangan, kelaparan dan sebagainya.Perkara itu bagi orang yang beriman adalah suatu rahmat.Ibnu Mas’ud berkata : Rasulullah SAW bersabda : Tiada seorang muslim yang kena musibah bala gangguan atau penyakit, dan yang lebih ringan dari itu melainkan Allah ampunkan dosanya seperti gugurnya daun pohon...


Setiap perkara yang dijadikan Allah SWT itu ada baik dan buruknya.Dengan rahmat Allah SWT, diajarnya kita bagaimana untuk berurusan dengan kejadianNya itu supaya kita dapat mengambil manfaat daripadanya dan menolak yang tak baik samada kita sedari atau tidak.Seorang mukmin sangat sangat berhajat kepada rahmat Allah swt.




Perkongsian,
Kembara Samudera Qaseh.