Jiran ku banyak pelihara kucing. Ada satu hari tu,kucing siam betina bernama Penyek telah lama hilang dari rumahnya. Penyek ini adalah kucing dia beli buat teman kucing jantan bernama Puten.
Tapi Puten tak suka Penyek dan Penyek juga tak suka Puten. Penyek cari teman lelaki dengan kucing jalanan. Penyek subur dan lahirkan banyak anak. Ada yang nama Gorilla, Batman, Along dan Kakak.
Anak-anak Penyek juga kahwin dengan kucing jalanan dan cepat membiak. Ada Aswad,Gendon, Hanan,Kelabu, Tompok dan Syifa'.
Oleh kerana Penyek tak mahu pada Puten, maka Puten tak ada zuriat. Lama-lama Puten meninggal kerana menagih kasih Penyek. Penyek langsung tak mahu layan Puten.
Suatu hari Penyek hilang. Hilang entah kemana tanpa diketahui. Penyek hilang meninggalkan anak dan cucu yang sekian banyaknya. Mulanya jiran aku sangka Penyek mati.
Semalam ketika aku balik dari hospital, aku lihat dalam pagar bawah porche ada Penyek. Cepat-cepat aku masuk dan usap bulu Penyek. Panggil nama dia. Dia diam sahaja,menunujukkan benar itu Penyek. Penyek nampak tua dan gemuk. Tak tahu dari mana Penyek datang dan kemana dia menghilang selama ini.
Terus aku telefon tuan Penyek bagitahu Penyek dah balik rumah. Masa aku telefon tuan Penyek ada di Jusco. Bila dia dengar saja Penyek dah balik, macam nak meraung dia dalam telefon dan bergegas balik rumah. Dia minta jaga Penyek sementara dia sampai, takut Penyek pergi lain tempat.
Bila sampai saja,terus dipeluknya Penyek dan dia macam tak percaya yang Penyek hilang,boleh muncul semula. Memang dah 3 malam katanya dia mimpikan Penyek. Terus di bawa balik Penyek ke rumahnya untuk dimandi dan dibersihkan.
Aku yang melihat gaya dia, teresak pilu dan hiba. Dia dengan anak kucing,aku dengan anak manusia. Begitulah juga perasaan aku dengan anak-anak angkatku. Betapa aku sayang anak angkat ku. Aku ada ramai anak angkat, namun berapa orang yang masih ingatkan aku dan sudi bertanya khabar aku.
Penyek yang dipelihara oleh tuannya, diberi makan dan kasih sayang, pun masih ingat untuk balik semula ke rumah. Kehilangan Penyek selama 2 bulan mungkin Penyek dikurung orang saja. Sebab Penyek balik dalam keadaan sihat dan gemok.
Ya, aku tahu, kini anak-anak angkat ku telah berjaya di dalam pelajaran dan bekerja dengan kerjaya yang bagus-bagus. Mereka sibuk. Tidak seperti masa belajar dahulu yang mana sibuk sekali pun, tetap ada masa untuk menelefon setiap hari atau 2,3 hari sekali. Bukan mahal mana pun, masa itu gunakan telefon awam lagi, guna duit syillling. 20 sen sekali buat panggilan, dapat dengar suara, tanya khabar pun dah cukup. Masa itu sama-sama rindu.
Kini semua itu tinggal kenangan. Yang masih setia ingat pada aku hanyalah embunku. Dengan embunku ini, banyak kisah hiba yang terpahat di dalam memori. Kisah hiba ini yang banyak membuatkan aku bermonolog dengan Tuhanku.
Embun mak, mak pegang janji embun, akan sentiasa ingat mak dan tanya khabar mak walaupun sibuk mana sekali pun. Mak sentiasa rindu pada anak-anak mak.
Bila aku lihat anak kucing yang beruntung mendapat kasih seorang ibu manusia aku teringatkan embunku. Jika jiranku begitu kasih kepada kucingnya, aku juga amat kasih kepada embun ku ini. Kasih yang amat-amat kasih.
Embun yang bukan aku kutip dari rumput di tepi jalan atau aku tadah dihujung daun, tetapi embun yang turun dari angkasa, anugerah Yang Maha Esa, hadirnya pun selalu dinihari jua.
Cipta Rasa,
Kembara Samudera Qaseh
Jumaat, 15 Oktober 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan