Sabtu, 14 Ogos 2010
Tak ada tali tetapi ada ikatan
Ingin ku sorot kembali sebuah pertemuan yang terjadi. Bagaimana untuk kesungguhan ku memikul suatu amanah.
31 Januari 2010, aku tidak lupa tarikh ini. Kerana pada tarikh ini hanyalah 4 hari sebelum aku menjalani pembedahan penggantian tulang sendi pada kaki kiri.
Dengan susah dan payah, kerana di rumah sendiri pun cuma 1 tingkat atas, setelah pembedahan tulang sendi kaki kanan pada Mei 2008, terlalu jarang aku mendaki tangga. Aku amat menjaga had dan limit keupayaan kaki ini melangkah. Sendi besi yang diganti ke dalam tulang ini bukannya boleh dilasakkan.
Keupayaan untuk bergerak sangat terhad. Aku jaga had penggunaannya agar dapat bertahan lama. Sendi besi mekanikal ini ibarat absober sebuah kereta, ada ketikanya haus dan perlu ditukar semula. Berlainan dengan sendi kita semula jadi.
Kerosakkan tulang 'Severe deparmental Knee Osteoartritis ' tahap 4 amat menakutkan. Rawatannya hanya pembedahan dengan menggantikan tulang dengan implant stainless steel. Sangat limited dan perlu berhati-hati menggunakan dalam menjalani kehidupan harian. Aktiviti pergerakkan perlu dikawal.
Namun pada hari itu, kerana telah lahir rasa kasih yang mula terbentuk di hati walaupun baru 7 hari mengenali, aku gagah daki tangga untuk pergi kesebuah rumah di tingkat 5. Walaupun teragak-agak, desakan hati yang kuat, aku berjaya untuk sampai ke atas dengan dipimpin oleh anakku Nazihah. Setiap kali aku melangkah, kalimah Maha Suci Allah tidak sunyi dari mulutku. Nazihah pun tidak duga yang aku berjaya untuk sampai ke atas.
Padahal ketika itu aku telah dicutikan sejak Julai 2009 oleh doktor pakar orthopedik dari melakukan banyak pergerakkan kaki kerana keadaan kerosakkan tulang kaki kiri sudah terlalu parah dam kesakitan yang dirasai hanya Allah yang mengetahui. Sebelum daki tangga tu, aku telah bersedia menelan tablet "pain killer" . Selesai urusan hari itu,walaupun hasilnya tidak berjaya, semuanya telah tertulis di dalam Loh Mahfuz.
Baliknya aku hari itu,di dalam kereta lagi sudah berdenyut-denyut kesakitan. Sakit yang tiada tara. Sebab itu, 2 hari selepas itu, aku dimasukkan secara emergency ke wad dan 2 hari selepasnya aku jalani pembedahan.
Begitulah dalam apa jua pun, hanya kerana kasih sayang, aku sanggup lakukan apa sahaja buat embun ku walaupun pada tarikh itu aku baru kenali dia selama 7 hari. Itulah kasih dan sayang yang dicampakkan oleh Allah di hati ini. Bukan aku yang pinta atau aku yang cari. kasih sayang ini bukan aku kutip di tepi jalan atau tepi lombong. Sebab itu aku jaga kasih ini, walaupun sebenarnya aku mahu menjaga orangnya juga agar sentiasa di sisi aku.
Mana mungkin, dia juga punya mulut, punya kaki dan punya jari untuk melakukan apa sahaja menurut kata hatinya. Walaupun tidak ada tali yang mengikat antara aku dengan dia, tetapi ikatan tidak maujud ini kukuh disanubariku dan dihatinya. Dan kerana itu dia terasa seperti terjerat di dalam jala dan tidak berupaya bebas, padahal tidak ada jala atau pukat maujud yang membelenggu dia. Semuanya adalah didalam qudrat dan iradat Allah.
Ibarat bumi, tak ada tiang, tak ada tali tapi terapung indah sekali di alam semester ini. Bagaimana bulan boleh setia mengelilingi bumi? Bumi setia beredar di dalam orbitnya?
Apakah jawapannya?
Tarikan graviti!
Apakah antara hatiku dengan hati embunku ada juga tarikan graviti?
Wallahu'Alam Bissawob.
Luahan rasa,
Kembara Samudera Qaseh
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan