Mungkin sesuatu yang lucu kedengaran apabila mengaqiqahkan seorang anak yang telah akil baligh. Tetapi ada maksud tersirat di situ yang perlukan suatu penjelasan. Rasanya jika tidak ditulis di sini dan diluahkan sampai bila pun tidak ada siapa yang tahu apa yang ada di dalam hati seorang ibu kenapa dia berbuat begitu. Kenapa ibu mengaqiqahkan anaknya yang telah aqil baligh.
Kita sorot semula apa itu aqiqah dan hikmahnya.
Aqiqah sebagai ibadah yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t. sebagaimana penjelasan Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud: "Setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama." (Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)
Falsafah 'aqiqah adalah sebagai tanda kesyukuran bagi anugerah cahaya mata yang dikurniakan oleh Allah SWT. Justeru ia lebih baik di kongsi sesama Islam. Ini kerana ia juga seumpama satu peringatan kpd yg lain untuk beraqiqah juga untuk anak mereka (jika belum).
Untuk mensyukuri kelahiran anak, agama menganjurkan untuk mengadakan acara kesyukuran. Menyembelihkan kambing bagi anak lelaki, 2 ekor dan seekor bagi anak perempuan. Acara tersebut sebaiknya dijalankan ketika anak berumur 7 hari. Aqiqah amat penting, menurut keterangan ulama, hukumnya adalah "Sunat Muakkad". Dengan aqiqah akan menjadikan anak dapat memberi pembelaan (syafaat) kepada orang tuanya pada hari qiamat.
Hikmah aqiqah.
a. Sebagai bukti dari perasaan gembira, kerana diberi kekuatan oleh Allah untuk menjalankan syariat Islam serta dianugerah anak, serta mempunyai harapan agar anak tersebut akan mengabdikan dirinya kepada Allah.
b. Membiasakan berkorban bagi orang tua, demi kepentingan anak yang baru lahir.
c. Melepaskan penghalang pada bayi dalam memberikan syafaat kepada orang tua mereka kelak.
d. melindungi daripada syaitan sehingga setiap anggota tubuh aqiqah berguna untuk menebus seluruh anggota tubuh bayi.
e. Pada waktu memotong aqiqah juga hendaklah diucapkan seperti pada waktu memotong korban iaitu membaca Bismillah.
f. Lebih utama memasak aqiqah itu dan tidak diberikan dalam keadaan mentah. Untuk memudahkan para fakir miskin untuk menikmatinya dan ini lebih terpuji.
g. Umur binatang aqiqah yang disembelih adalah sesuai dengan yang diperintahkan, sihat dan tidak cacat.
h. Tidak sah apabila dilaksanakan secara bersama-sama oleh beberapa orang dengan seekor kambing.
i. Sebaik aqiqah itu berbentuk kambing, walaupun ada juga yang menyembelih seekor unta, lembu atau kerbau.
j. Diutamakan memotong aqiqah atas nama bayi. Rasulullah SAW bersabda, "Sembelihlah atas namanya". Ertinya diniatkan atas nama bayi dengan mengucapkan nama Allah. ( wahai anakku ketika ayahmu menyembelih sendiri lembu ini pada 4 Jun 2010, ayahmu sebut nama penuh mu itu dengan rasa kasih sayang.)
k. Penyembelihan terbaik dilakukan sesudah matahari terbit.
l. Sesuatu yang terpuji pada pemotong aqiqah adalah sama terpuji pada pemotong qorban iaitu, dagingnya disedekahkan. Yang baik ialah dibahagi 3 iaitu sebahagian dimasak sendiri, sebahagian dihadiahkan dan sebahagian lagi disedekahkan.
m. Tidak diperkenankan menjual kulit aqiqah atau dijadikan bayaran penyembelihan. Harus disedekahkan atau diambil untuk keperluan orang yang mengadakan aqiqah.
n. Bagi seseorang yang mengetahui bahawa orang tuanya belum melakukan aqiqah untuknya, maka dianjurkan untuknya melakukan aqiqah, seperti Nabi telah melakukan aqiqah untuk dirinya setelah diangkat menjadi Rasul. (mengambil kisah Rasullulah pun beraqiqah setelah dewasa, maka ibu ini mengaqiqahkan anaknya yang dewasa ini. Rasullulah mengaqiqahkan diri sendiri setelah diangkat menjadi Rasul, maka ibu ini tahu anak ini belum beraqiqah atau mengaqiqahkan diri sendiri, maka ibu ini terpanggil untuk mengaqiqah anaknya yang telah Islam).
Apa yang ingin ibu ini luahkan tentang hikmah aqiqah itu. Kenapa ibu ini buatkan aqiqah untuk anak angkatnya yang telah aqil baligh.
Bagi ibu ini,dia baru dikurniakan oleh Allah seorang anak. Walaupun anak itu telah dewasa, tetapi ibu itu mengira dari tarikh dia menemui anak itu dan disayangi sebagai seorang anak. Seperti anak-anak kandungnya yang lain, diberikan nama dan diaqiqahkan (tidak ada pun antara anak-anak kandungnya sendiri yang dapat diaqiqahkan pada hari ke 7 dilahirkan kerana keadaan ekonomi)begitu juga dengan anak angkatnya ini. Cuma anak angkat ini ditemuinya telah pun mempunyai nama.
Merasakan gembira dan tanda syukur dikurniakan anak, maka ibu ini menganggap ia seperti anaknya yang baru dilahirkan. Dikiranya, dari tarikh ditemui hanya kira-kira 4 bulan,maka ibu ini bertindak membuat aqiqah untuk si anak. Bacalah hikmat aqiqah di atas, itulah perasaan si ibu ini terhadap anaknya.
Ibu ini benar-benar menganggap anak angkatnya ini walaupun telah dewasa tetapi merasakan seperti anak yang baru dia lahirkan. Gembira walaupun telah banyak duka-duka dilalui bersama anak ini. Ibu ini tidak kisah hatinya disakiti, tercalar dan dilukai dengan tindakan diri anaknya yang kadang - kala seperti luar kawalan. Ibu ini tetap bersyukur dengan kurniaan Allah kerana pertemuan dengan anak ini bukan dirancang atau di cari.
Itulah sebenarnya kenapa ibu ini melakukan aqiqah kepada anak ini. Semua hikmah di atas itu. Gembira, tanda syukur, mohon perlindungan Allah dari syaitan, agar dapat syafaat Rasul, dan semua yang di atas tu.
Sebelum ini , ibu ini ada ramai juga anak angkat dari saudara baru. Mana-mana yang perempuan telah dikahwin, yang lelaki sedang berusaha untuk mencarikan jodoh, namun tidak seorang pun antara mereka ibu ini pernah membuat aqiqah kepada mereka. Tidak pernah terlintas dihati untuk mengaqiqahkan mereka.
Semoga suatu saat, hajat ibu yang satu ini, kelangsungan dari kasih sayang kepada anaknya ini kerana Allah dapat ditunaikan dengan qudrat dan iradat Allah.
Catatan,
Kembara Samudera Qaseh.
1 ulasan:
mohon maaf salah silap saya pd mak
Catat Ulasan