بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات
Apa yang lebih duka, menangis di dalam hati lebih sakit, kerana ia ditahan daripada dizahirkan. Tanggungannya lebih pahit kerana tidak mampu diluahkan.
Saban waktu, seperti melihat embun di depan mata, makin cuba dijauhkan, makin dekat dan melekat dijiwa.
Kenapa mudah benar dimakam kasih sayang itu? Dipusara tanpa nisan?
Dari dulu-dulu, (sejak awal pertemuan) memang tidak mampu aku menghadapi keadaan begini. Walaupun ada juga ketika aku tidak bertanya khabar, tapi aku tetap menjenguk secara diam. Aku tetap ambik tahu dalam senyap.
Kini, aku telah dia pusarakan tanpa nisan, itu yang sangat sakit, pedih dan terluka. Hanya di sini sahaja tempat untuk aku meluahkan segala yang tersirat dalam hati. Di sini saja, aku boleh melampiaskan kegundahan hati aku tanpa perlu bicara.
Aku perlu meluahkan apa yang terbenam di hati melalui jari-jari di sini kerana ia telah karam dalam banjir airmata.
Kembara Samudera Qaseh
0 ulasan:
Catat Ulasan