CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Memaparkan catatan dengan label rahmat Allah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rahmat Allah. Papar semua catatan

Sabtu, 5 Januari 2013

Apabila Menyambut Kelahiran Anak

Nasihat dan peringatan dari jauh, tanda kamu sekeluarga tidak pernah dilupakan.





بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




azankan sebaik dilahirkan biar pun masih berdarah
Keriangan sebagai ibu bapa apatah lagi beragama Islam ketika menerima kelahiran anak patut diiringi dengan ucapan kesyukuran kepada Yang Maha Kuasa.


Islam sebagai agama yang menggariskan panduan hidup yang sempurna patut dijadikan pedoman kepada semua penganutnya.


Adab-adab menyambut kelahiran bayi seharusnya menjadi amalan kepada semua ibu bapa yang menerima kelahiran zuriat. Menurut Ustaz Abu Hasan Al Ash’ari Zakaria,  terdapat beberapa panduan yang patut dilakukan oleh ibu bapa sebaik anak yang dikandung selamat lahir ke dunia.


Sebelum itu, Ustaz Abu Hasan  menyuruh pasangan suami isteri dan keluarganya mengamalkan bacaan doa Nabi Yunus, Surah Al-Anbiaq ayat 87 supaya mudah bersalin.

Antara adab-adab yang disunatkan dalam Islam adalah seperti berikut :

1. Melakukan sujud syukur sebagai tanda kesyukuran kepada Allah. Suami boleh lakukan di mana sahaja dia berada ketika itu. Ia elok dilakukan sebaik sahaja anak keluar daripada rahim ibu. Perbanyakkan bacaan zikrullah (tasbih, takbir dan tahmid).


2. Mengikut hadis sahih daripada Abu Daud dan Tarmizi, sunat untuk diazankan di telinga bayi sebab ia dibuat oleh Nabi Muhammad s.a.w ketika cucu baginda, Hassan lahir. Imam Ibnu Qayyium memberitahu azan dilakukan supaya kalimat seruan tentang kebesaran Allah menjadi seruan pertama yang didengar oleh bayi.

Banyakkan berdoa untuk kesejahteraan bayi
Sementara Sheikh Muhammad Ali Qutub pula menyamakan seruan azan/iqamat seperti bacaan talqin. Kelahiran bayi bermaksud bayi berpindah dari alam rahim ke alam dunia, seruan azan mengingatkan bayi tentang tanggungjawabnya di dunia. Sebab itu bayi menangis ketika baru lahir ke dunia.


3. Memohon doa keselamatan untuk anak supaya dijauhkan daripada gangguan syaitan. Apa-apa sahaja doa yang diketahui oleh ibu bapa boleh dibacakan. Nabi Muhammad s.a.w juga melakukan amalan ini apabila cucundanya lahir. Amalan ini disebut dalam hadis sahih dari Bukhari. Ustaz Abu Hasan mengingatkan ibu bapa agar jangan sekali-kali melakukan amalan meletakkan gunting, paku dan sebagainya lagi di bawah bantal bayi bertujuan menghalau syaitan atau sebarang gangguan iblis. Ia boleh jatuh syirik kerana ia perbuatan yang khurafat.


4. Sunat memberi ucapan tahniah kepada ibu bapa yang baharu sahaja mendapat anak. Ia ada disebut dalam kitab Imam An-Nawawi. Tujuannya untuk menghulurkan rasa kegembiraan kepada seluruh ahli keluarga yang memperoleh cahaya mata baharu selain mengeratkan kemesraan dan ikatan silaturrahim di antara mereka. Disarankan mereka yang berkunjung melawat bayi turut menghulurkan buah tangan seperti hadiah, wang dan sebagainya kepada ibu bapa tersebut.


5. Tanam uri dengan segera kerana ia adalah benda kotor dan najis. Menurut Ustaz Abu Hasan, uri tersebut tidak perlu dibersihkan seperti dilakukan sesetengah masyarat yang membersihkan uri dengan garam dan asam gelugor. Sebaiknya bungkus terus dan segera ditanam. Elok ditanam di tanah yang keras dengan mencangkul dalam tanah untuk mengelakkan daripada dikorek dan dimakan binatang. Selain itu dia juga mengingatkan ibu bapa agar jangan percaya kepada amalan sesat yang menanam uri bersama objek lain kerana percaya memberi nasib yang baik kepada bayi. Amalan itu boleh merosakkan akidah.


6. Sunat menamakan anak yang baharu lahir dengan nama yang elok dan membawa makna baik kerana nama itu yang akan dipanggil di hari akhirat kelak. Nabi menyuruh ibu bapa memberi nama anak pada hari ke-7 atau secepat yang boleh.


bayi sedang ditahnik
7. Sunat melakukkan tahnik atau belah mulut bayi baharu lahir. Tahnik ialah mengunyah buah kurma dan diletakkan sedikit rasanya di dalam mulut bayi. Tahnik bertujuan memohon kepada Allah SWT supaya anak yang dilahirkan mempunyai lidah yang fasih dan terkawal lidahnya daripada menyebut perkara-perkara yang tidak berfaedah dan mendatangkan maksiat walaupun perkara ini boleh dilakukan oleh orang yang soleh namun bapa kepada anak tersebut lebih utama melakukan tahnik untuk anaknya kerana hadis riwayat oleh Tirmizi menyebutkan salah satu doa yang paling mustajab ialah doa ibu bapa untuk anaknya”.


8. Sunat membuat aqiqah yang bermaksud penyembelihan binatang ternakan seperti kambing,lembu,kerbau atau unta dan lebih afdal dilakukan pada hari ketujuh kelahiran bayi. Hadis Abu Daud ada menyebut aqiqah dilakukan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT supaya mendekatkan anak kepada Allah. Daging sembelihan hendaklah disedekahkan kepada orang sekeliling supaya mereka tahu tentang kelahiran anak anda. Tetapi jika ibu bapa tidak mampu melakukan aqiqah tersebut dalam masa terdekat, ia boleh dilakukan sebelum aqil baligh si anak. Sunah Rasulullah menyuruh aqiqah dua ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan.


rambut dicukur habis
9. Mencukur rambut anak yang baharu lahir. Mencukur semua rambut bayi pada hari ke tujuh adalah sunat. Ini sebagai tanda permulaan kehidupan anak kecil sebagai manusia dan hamba di sisi Allah selain menggalakkan pertumbuhan rambut baharu yang lebih sihat. Selalunya majlis kenduri diadakan untuk menyambut kelahiran bayi. Sesiapa sahaja boleh menggunting rambut baik tetapi lebih baik jika dilakukan orang yang soleh dan keluarga terdekat. Menggunakan buah kelapa dan segala macam campuran seperti garam, beras dan bunga semasa mencukur rambut anak tidak dibenarkan kerana amalan ini diambil daripada budaya Hindu.


10. Mengkhatankan anak. Hadis daripada Al-Baihaqi menyebut Rasulullah bukan hanya menyembelih kambing tetapi turut mengkhatankan bayi baharu lahir pada hari ketujuh. Berkhatan bagi lelaki bertujuan untuk kebersihan, mencegah penyakit dan seksual. Perkara ini menjadi sunat kepada kaum perempuan dan satu kewajiban bagi lelaki. Bagi perempuan tidak perlu sebab Imam Syaukawi sebut tidak ada dalil yang sahih tentang wajib berkhatan bagi perempuan.







Tanda ingatan,
Kembara Samudera Qaseh

Sabtu, 1 Januari 2011

Selalulah Lihat Langit


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 


Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.


Pembuka tirai 2011, ingin mak lakarkan kembali sebuah bicara antara mak dengan anak mak. Pernah suatu ketika, kita berbual tentang alam, betapa dengan kebesaran dan keagungan Allah, terbukanya hidayah buat anak mak.


Hanya dengan melihat langit, melihat serangga , melihat tumbuh tumbuhan telah menerbitkan rasa ta'ajub dengan kebesaran dan keagungan Allah.


Lipan dengan bilangan beratus kaki, pepatung, lalat, semut, belalang,lipas dan sebagainya mempunyai sifat yang sama dan berbeza antara satu sama lain.


Selain itu melihat keindahan alam, melihat langit yang terbentang luas, bintang yang mengerdip di malam hari, susunan buruj bintang-bintang menerbitkan rasa ta'ajub di dalam hati.


Tambahan pula apabila hati resah gelisah, dengan melihat langit , boleh menenangkan hati. Ini memang betul. Ada satu petua orang tua-tua yang mengatakan bahawa jika hati kita runsing atau fikiran kita sempit, maka lihatlah langit. Insya-Allah, hati yang runsing akan mendapat ketenangan. Fikiran yang sempit akan menjadi lapang.


Ya, seolah-olah langit yang sangat luas dan tidak bertepi itu mampu memberi satu rasa ketenangan di dalam jiwa kita. Tetapi harus kita ingat, yang memberi ketenangan itu bukan langit tetapi Allah. Langit hanya menjadi sebab sahaja bagi Allah untuk memberi ketenangan kepada manusia yang melihatnya.


Di dunia ini ada dua bentuk penciptaan Allah. Pertama, penciptaan yang dibuat oleh Allah secara langsung. Kedua, ciptaan yang dibuat oleh Allah secara tidak langsung. Apa penciptaan Allah yang secara langsung? Apa pula ciptaan secara tidak langsung?


Ciptaan langsung daripada Allah antaranya, hutan, bukit-bukau, gunung-ganang, awan gemawan, sungai, laut dan lain-lain termasuklah langit. Semua itu adalah ciptaan yang dibuat oleh Allah tanpa campur-tangan manusia. Istilah yang selalu digunakan ialah ‘alam semulajadi’. Tetapi hati-hati ya, alam ini bukan terjadi dengan sendirinya tetapi Allah yang menjadikannya. Semula jadi itu maksudnya Allah telah ciptakan sejak awal lagi, Ada antaranya sebelum penciptaan manusia.


Manakala ciptaan secara tidak langsung pula ialah seperti bangunan, kenderaan, perabot, talipon dan lain-lain. Semua ciptaan ini dibuat oleh manusia. Dengan akal fikiran, tenaga fizikal dan keupayaan imiginasi, manusia mencipta pelbagai alat teknologi. Tetapi ingat, manusia itu dicipta Allah. Akal, jiwa dan seluruh anggotanya adalah pemberian daripada Allah jua. Manusia tidak akan dapat mencipta atau membuat sesuatu tanpa kurniaan Allah. Itulah maksudnya ciptaan tidak langsung dari Allah.


Rupa-rupanya hati kita akan menjadi tenang apabila kita memandang sesuatu ciptaan yang langsung daripada Allah. Cuba bandingkan bagaimana rasa hati kita bila melihat bukit-bukau, laut, sungai ataupun tasik dengan melihat bangunan pencakar langit? Yang mana hati kita lebih tenang. Tentulah melihat tasik, sungai dan bukit bukan? Sebab itu selalunya orang beriadah atau berkelah di tepi-tepi tasik, sungai atau bukit. Begitu juga kalau mahu bercuti, selalunya memilih lokasi yang dekat dengan alam semulajadi.


Kalau hati tenang ketika melihat langit bukan kerana langit itu yang memberi ketenangan, tetapi kerana langit itu ‘dekat’ dengan Allah yang menciptanya. Hati kita akan jadi tenang bila dekat dengan sesuatu yang dekat dengan Allah. Kalau begitupun hati kita tenang, apalagi kalau hati kita dekat terus dengan Allah melalui zikrullah dan ibadah. Tentulah akan lebih tenang. Benarlah firman Allah:



“Ketahuilah dengan mengingati Allah (zikrullah) hati akan menjadi tenang.”


Pernah mendengar bahawa alam ini sentiasa bertambah luas dari hari ke hari, dari semasa ke semasa. Inilah yang disebut oleh ahli Sains – ‘universe is expanding’ – maksudnya dunia sentiasa berkembang dari segi keluasannya. Ia umpama belon yang terus ditiup setiap hari. Keluasan jagat raya ini tidak statik dan terhenti tetapi sentiasa dinamik dan berkembang.


Begitulah kuasa Allah yang Al Wasi’ (ertinya melapangkan atau meluaskan). Allah bukan sahaja Maha meluaskan rezki, pengampunan dan rahmat-Nya tetapi Allah juga Maha meluaskan alam ciptaan-Nya. Jadi, apa kata selepas atau semasa membaca tulisan ini , jengukkan kepala ke luar tingkap. Pandanglah langit. Lalu ingatlah Allah yang bersifat Al Wasi’ (Maha Meluaskan). Insya-Allah hati akan menjadi lebih tenang, malah ilmu, rezki dan lain-lain lagi pun akan menjadi bertambah luas! Amin.




Perkongsian,
Kembara Samudera Qaseh.

Rabu, 15 Disember 2010

Sepenuh Tawakkal dan Keyakinan

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات

Firman Allah menceritakan hal Musa a.s. dan doanya: (maksudnya)


Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian dia pergi ke tempat teduh lalu berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan. (Al-Qasas,24)


Ujian yang memaksa dia yang membesar dalam istana menjadi pelarian tanpa bekalan. Namun dalam ujian itu Nabi Musa a.s mengalami pengalaman hidup yang hebat dan kurniaan-kurniaan yang besar. Tanpa ujian, hal ini tidak akan berlaku.

Demikian jika kita membaca doa-doa yang syahdu yang penuh menyentuh akal dan ruh yang dilafazkan oleh insan-insan soleh dalam al-Quran, samada para nabi atau selain mereka, kita dapati doa-doa itu banyak yang diungkapkan dalam keadaan getir dan ujian yang mencabar.


Allah memustajabkan doa Musa yang ringkas, tetapi penuh makna. Doa yang dilafazkan dari jiwa yang benar-benar tunduk, menyerah, sepenuh tawakkal dan keyakinan bahawa Allah sentiasa menyahut permohonan hamba yang benar-benar bergantung kepadaNya.


Kita tidak meminta ujian, tetapi kita sentiasa perlu tahu bahawa ujian itu adalah rukun hidup. Ujian bagaikan bicara atau ‘sapaan’ Allah kepada kita agar kita ingat apa yang lupa, ubah apa yang salah, atau untuk kita tambahkan pahala dan padamkan dosa. Sabda Nabi s.a.w:

“Tiada apa pun yang menimpa seorang mukmin, sehingga duri yang mengenainya, melainkan Allah tuliskan untuknya kebaikan (pahala) dan padam dari kejahatan (dosa)” (Riwayat Muslim).






Ya Allah,ku sujud memohon kepadaMU,tunjukkan aku jalan keluar kepada permasalahan-permasalahan ini.Aku hanya mengadu kepada MU Ya Allah,aku tidak punya apa-apa melain ENGKAU. Aku serahkan diri ini kehadirat MU.


Kurniakan aku ketabahan,kekuatan dan kesabaran yang tinggi,kurniakan aku iman yang sempurna,akhlak terpuji dan pekerti mulia di dalam aku diduga dengan ujian ini. Berilah pertolongan wahai Tuhan ku Yang Maha Pengasih.



“Wahai Tuhanku, Sesungguhnya aku ini memohon kepada apa sahaja kebaikkan yang Engkau turunkan,aku ini amatlah fakir”


Kita ini teramat fakir dan amat memerlukan kepada apa sahaja kebaikkan yang akan Allah berikan kepadaku bagi menghadapi suasana kesukaran ketika diuji.


Doa yang dilafazkan dari jiwa yang benar-benar tunduk, menyerah, sepenuh tawakkal dan keyakinan bahawa Allah sentiasa menyahut permohonan hamba yang benar-benar bergantung kepadaNya.


Membaca doa-doa yang syahdu yang penuh menyentuh akal dan ruh yang dilafazkan oleh insan-insan soleh dalam al-Quran, samada para nabi atau selain mereka, kita dapati doa-doa itu banyak yang diungkapkan dalam keadaan getir dan ujian yang mencabar.




Peringatan buat diri,
Kembara Samudera Qaseh.

Jumaat, 10 Disember 2010

Kerana Kasih

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات

Sungguh, kerana kasih aku turutkan semuanya,  namun masih lagi di dalam batas  pertimbangan  hukum syara'. Sekiranya tindakan itu tidak memenuhi hukum syara', tidak teragak-agak juga untuk aku menentangnya.


Bukan lah aku ini menurut secara membabi buta tanpa ada pertimbangan dan percaturan. Segala pro dan kontra aku fikirkan. Bagaimana jika perkara ini terjadi kepada darah daging ku sendiri?  Adakah aku akan redha dan bersyukur? Perlu lihat akan pangkalnya kejadian dan peristiwa, maka barulah tahu apa jawapanya.



Jalan ini tidak akan dipilih, jika jalan yang mudah dan lurus telah dilalui, tetapi dengan sengaja meletakkan galah untuk menjadi pagar menghalang laluan. Rintangan yang sengaja dibuat itu bukanlah kerana sesuatu yang bertentangan syara' tetapi kerana perkara keduniaan. Kerana ukuran pendeknya akal pemikiran manusia. Yang mementingkan darjat dan keturunan.


Ada apa pada keturunan? Ada apa pada darjat? Semua itu hanya ukuran dunia. Atas ukuran nafsu manusia, maka aku sedia memberikan persetujuan untuk tindakan itu dilaksanakan. Moga-moga menjadi pengajaran dan iktibar kepada mana-mana manusia yang ego dengan darjat dan keturunan.


Sesungguhnya hanya taqwa menjadi ukuran di sisi Allah. Mereka telah memohon izin secara baik. Aku juga telah memulakan bicara secara berhemah, tetapi kenapa pertimbangan dan permohonan itu ditolak ketika dibelakang aku. Teganya mereka merosakkan perasaan dan jiwa kuntum solehah yang mereka miliki. Sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui apakah yang terbaik buat mereka.


Ya Allah , ku mohon permudahkanlah urusan ini di dalam redha, rahmat dan kasih sayang MU.



Hamba MU  yang daif,
Kembara Samudera Qaseh.

Khamis, 2 Disember 2010

Iman Ibarat Bintang

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات





Buah hati mak, begitulah kehidupan ini, tidak selamanya seorang emak selamatkan anaknya dan tidak selamanya seorang anak dapat menyelamatkan emaknya dari sebarang tohmah, bahaya dan petaka. Walau bagaimanapun, seorang emak itu tetap akan berusaha sepenuh kuasa sakti yang ada untuk menyelamatkan anaknya demi sebuah iman.


Kalau kita menyelusuri sejarah pun kita akan bertemu dengan kisah Kasih sayang dan cinta seorang isteri tidak mampu menyelamatan suami dan kasih sayang cinta seorang suami tidak dapat menyelamatkan isterinya jika pegangan dan akidah di hati berlainan amtara satu sama lain.


Walaupun satu agama, adik beradik yang pernah tinggal di dalam kantung rahim dari seorang ibu yang sama, tetapi jika amalan, akhlak dan tahap keimanan berbeza tidak dapat membantu antara satu sama lain. Begitu juga seorang bapa yang takwa, tetapi anaknya belum pasti beriman. Sesungguhnya iman itu tidak diwarisi.


Dan begitu juga seorang anak yang lahir dari seorang wanita musyrik, sekiranya hidayah Allah telah menyinari hatinya, seorang ibu tidak akan mampu untuk menghalang cahaya itu dari meresap dalam jiwa anaknya.


Kenapa ini berlaku? Kerana manusia yang bertuhan dan mengESAkan Allah, yakin bahawa segala perjalanan hidup ini bukan atas keinginan diri sendiri melainkan dibawah qudrat dan iradat Allah.


Jika ikut mampu memenuhi keinginan diri, pasti kita mahukan hidup yang mewah, harta melimpah, isteri rupawan dan anak karyawan. Tetapi mampukah memenihi impian hati kita sendiri? Walau berjuta dinar yang kita miliki jika bukan dalam redha dan izin Allah, tidak akan mampu kita membeli semua itu.


Maka jadilah kita ini hidup di dalam redha apa yang dikurniakan Allah dan syukur atas nikmat yang sedang dan telah dirasai.


Hidup dalam Islam dan Iman yang sempurna adalah satu nikmat yang tidak ternilai harganya walaupun ada yang sanggup membeli dengan harta sedunia. Kenapa? , kerana dengan Islam dan Iman, jiwa yang resah tetap tenang, hati yang sepi dan kosong terasa penuh dan hidup. Itu lah Islam yang bercahaya, dan Iman seperti bintang, berkelip-kelip, kadang terang , kadang malap.


Maka peliharalah iman kita agar sentiasa bersinar gemilang...




Nukilan Indah,
Kembara Samudera Qaseh.

Rabu, 1 Disember 2010

Kasih Tidak Bertepi


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات


Ar-Rahman – Nama dan Sifat bagi Allah SWT yang bermaksud Yang Maha Pengasih dan Pemurah. Sifat ini lebih umum yang mana ianya meliputi segala macam kasih sayang.


Ar-Rahim – Nama dan Sifat bagi Allah SWT yang bermaksud Yang Maha Penyayang. Ia lebih khusus dari Ar-Rahman. Dikhususkan hanya kepada orang yang beriman.


Kalimah Ar-Rahman nir Rahim adalah sifat bagi Robbil ‘Alamin. Allah ketika menjaga, memerintah, mengurus, mendidik alam semesta, ia melakukannya dengan sifat kasih sayang.


Sifat ini terjelma di dalam semua kejadianNya dan ia dapat dilihat jika kita memikirkannya. Sifat kasih sayang ini terjelma hingga kepada peraturan dan undang undang yang diturunkan kepada kita.


Allah SWT adalah Robb kepada yang kafir dan yang mukmin. Dialah yang menciptakan mereka daripada tiada. Oleh itu, kesemua dari mereka mendapat rahmat Allah SWT. Bukan kerana mereka berhak mendapatnya.


Cahaya matahari menyinari keatas yang kafir dan yang mukmin. Hujan turun kepada yang menyembahNya dan yang mensyirikkanNya. Oksigen dapat digunakan oleh mereka yang mengucap kalimah syahadah dan yang tidak.


Semua pemberian adalah dari robbil ‘alamin dan semuanya adalah rahmat.Allah memberi kepada yang taat kepadaNya dan yang ingkar. Ini adalah rahmat. Allah juga Maha Menerima Taubat. Dia menangguhkan seksaan kepada yang berdosa kepadaNya dan membuka pintu taubat kepada sesiapa.


Allah menjadikan rahmatNya mendahului kemurkaanNya. Rahmat ini menuntut kita supaya bersyukur atau berterima kasih. Hidup kita sentiasa dilingkungi oleh Rahmat Allah “Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah,tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah)“. (Ibrahim : 34)


Daripada kita bangun hingga kita tidur, berapa banyakkah nikmat Allah yangtelah kita kecapi ? Sepatutnya kita merasa malu kerana nikmat yang kita selalu dapat dari
Allah SWT, kita ganti dengan kekufuran kepadaNya.


Suka Duka itu adalah Rahmat Allah Allah sentiasa mengubah keadaan kita dari sedih kepada gembira, dari sihat kepada sakit, dari kaya kepada miskin, dari terang kepada gelap supaya kita mengerti bahawa, kita tidak bebas dari hukum ketentuanNya dan supaya kita selalu ingat bahawa, kita sebenarnya sentiasa berdiri di atas landasan.


Allah SWT menerangkan di dalam al-Quran bahawa di sebalik perkara yang kita benci, terdapat banyak hikmah Ilahi (hanya Dia sahaja yang mengetahui) yang berpunca dari sifat Rahman Allah SWT. Ubat itu pahit tetapi ia adalah penawar. Kita sebagai manusia yang terhad ilmu pengetahuan hanya mampu memikirkan perkara yang sangat terbatas.


Di dalam kehidupan harian, kita sering mendapat perkara-perkara yang kita tidak suka seperti kemalangan, kehilangan, kelaparan dan sebagainya.Perkara itu bagi orang yang beriman adalah suatu rahmat.Ibnu Mas’ud berkata : Rasulullah SAW bersabda : Tiada seorang muslim yang kena musibah bala gangguan atau penyakit, dan yang lebih ringan dari itu melainkan Allah ampunkan dosanya seperti gugurnya daun pohon...


Setiap perkara yang dijadikan Allah SWT itu ada baik dan buruknya.Dengan rahmat Allah SWT, diajarnya kita bagaimana untuk berurusan dengan kejadianNya itu supaya kita dapat mengambil manfaat daripadanya dan menolak yang tak baik samada kita sedari atau tidak.Seorang mukmin sangat sangat berhajat kepada rahmat Allah swt.




Perkongsian,
Kembara Samudera Qaseh.

Jumaat, 12 November 2010

Alangkah Bahagianya Dia

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات


Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
“Tujuh golongan manusia yang akan dilindungi oleh Allah pada hari yang tidak ada perlindungan selain perlindungan-Nya,pemuda yang hidup dalam keadaan mengabdikan diri kepada Allah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Lihatlah, betapa besarnya ganjaran yang menunggu untuk pemuda yang punya jati diri, untuk pemuda yang kukuh hatinya, untuk pemuda yang berjiwa mukmin. Inilah sepatutnya ukuran yang perlu ada dalam diri setiap remaja. Apabila berkata tentang mengabdikan diri kepada Allah, bukanlah bermakna kita perlu sentiasa berada di masjid untuk beribadah atau perlu menjadi ustaz. Tapi, pemuda yang mengabdikan diri kepada Allah adalah pemuda yang sentiasa tahu tujuannya diturunkan ke bumi, sentiasa sedar perlakuan, percakapan dan apa yang terlintas di hatinya diketahui oleh yang Maha Mendengar dan Maha Melihat.


Jika mahu bergaul, dia tahu tahu batas-batas yang perlu ada, jika ada group discussion dengan berlawanan jantina contohya, dia tahu batas-batas yang perlu dijaga. Jika dia seorang mekanik, pekerja kilang atau doktor, dia menjadi pekerja yang beriman dan bertakwa.


Sabda Baginda SAW bermaksud:

“Sesungguhnya Allah sangat kagum kepada pemuda yang tidak memiliki sifat kebudak-budakan.”


Pernahkah mendengar tentang kisah Ta’labah, salah seorang daripada para sahabat Nabi s.a.w. Seorang pemuda yang punya misi dan visi yang sangat agung.



Seorang remaja yang begitu hebat di zaman Rasulullah s.a.w. Namanya Ta’labah bin Abdul Rahman, seorang remaja berusia 17 tahun. Setelah memeluk Islam, beliau selalu mengikut Rasulullah mengajar. Jika Rasulullah berhajatkan sesuatu, Rasulullah akan khabarkan kepada Ta’labah. Suatu hari Rasulullah menyuruh Ta’labah mencari sesuatu. Ketika dalam perjalanan mencari barang yang Rasulullah hajati itu, Ta’labah telah melalui sebuah rumah yang pintunya terbuka. Angin yang bertiup membuatkan pintu tandas rumah tersebut juga terbuka ditiup angin dan Ta’labah terlihat seorang perempuan sedang mandi. Ta’labah terus berkata;

” A’uzubillah! Ya Allah aku takut nanti malaikat Jibril beritahu kepada Rasulullah s.a.w! Ya Allah, aku takut turunnya ayat quran yang menyenaraikan aku dalam golongan orang yang berbuat dosa! Ya Allah…”



Dia merintih sehingga dia lupa akan barang yang dipesan oleh Rasulullah s.a.w. Dia melarikan diri dan terjumpa satu bukit di pinggir Madinah yang dipuncaknya ada gua. Ta’labah masuk ke dalam gua tersebut dan asyik menangis. Rasulullah s.a.w menanti kepulangan Ta’labah beberapa hari namun Ta’labah tidak kunjung tiba lalu Rasulullah s.a.w mengarahkan Saidina Umar untuk mencari Ta’labah dan Saidina Umar terjumpa Ta’labah di tempat dia sembunyi tadi. Umar berkata;

“Ta’labah, Rasulullah mahu berjumpa kamu.”

“Kenapa, sudah turun kah ayat al-Quran tentang dosaku, sudah beritahukah Jibril kepada Rasulullah, aku tak nak masuk neraka, aku tak nak masuk neraka.” Kata Ta’labah dalam ketakutan yang amat sangat.



Oleh sebab Ta’labah sudah sangat lemah, Umar memimpinnya balik kerumah. Apabila Rasulullah s.a.w menziarah Ta’labah, Ta’labah sedang terlentang lalu Rasulullah s.a.w meriba kepala Ta’labah tetapi Ta’labah mengetepikan kepalanya. Rasulullah bertanya;

” Kenapa wahai Ta’labah?”

” Wahai Rasulullah, kepala yang penuh dosa ini tidak layak untuk berada di ribamu,wahai Rasulullah” kata Ta’labah.

” Apa yang kamu mahu Ta’labah?”

” Ya Rasulullah, aku mahukan keampunan Allah”

” Apa cita-cita kamu wahai Ta’labah?”

” Cita-cita aku hanya syurga Allah. Tolonglah doakan moga Allah mengampunkan dosa-dosaku.”

Lalu Rasulullah s.a.w berkata:

” Wahai Ta’labah aku menjamin kepadamu apa yang kamu mahu dan cita-citamu. Inilah bukti taubatmu.”


Lalu Ta’labah menghembuskan nafasnya yang terakhir di riba Rasulullah s.a.w. Yang menariknya, ketika mayat Ta’labah siap dikafan dan tiba masa untuk dikebumikan, Rasulullah datang agak lewat ketika itu. Para sahabat membuka jalan kepada Rasulullah untuk rapat ke kubur Ta’labah. Tetapi Rasulullah berjalan merapati kubur Ta’labah dalam keadaan berjalan yang agak tersekat-sekat.

Sahabat-sahabat bertanya:

” Wahai Rasulullah, kami telah membuka jalan, mengapa Rasulullah berjalan dengan tidak selesa?”

Rasulullah menjawab:

” Kamu tidak melihat betapa ramainya malaikat yang hadir menghantar Ta’labah ke kubur.”



Itulah kisah hidup seorang remaja hebat bernama Ta’labah. Betapa takutnya beliau dengan azab Allah walaupun dia tidak sengaja terpandang perempuan yang sedang mandi itu. Begitu malu bertemu Rasulullah, begitu mengharap keampunan Allah s.w.t. Akhirnya matinya di ribaan insan mulia bernama Muhammad bin Abdullah, dan jasadnya diiringi malaikat ke kuburan. Subhanallah!


Sama-sama kita persoalkan dimana keadaan kita pada hari ini. Apakah hati kita sudah sama seperti Ta’labah atau selama ini dibuai kenikamatan dunia.

Sama-sama kita insafi betapa banyaknya masa yang kita telah bazirkan dengan hiburan dunia, betapa sedikitnya masa yang kita luangkan untuk menggapai keredhaan Allah.


Sabda Rasulullah SAW bermaksud:

“Tidak berganjak langkah kaki seseorang hamba pada hari pembalasan kelak sehingga mereka ditanya empat soalan iaitu umurnya ke mana diperuntukkan, usia muda ke mana dihabiskan, hartanya daripada diperoleh dan ke mana dibelanjakan dan ilmunya apakah diamalkannya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)


Tangisilah, tangisilah..........dan takutklah kita kepada azab Allah.


Apakah jika Allah bertanya tentang masa muda kita nanti, kita akan menjawab dengan muka yang penuh riang menunggu balasan syurgaNya, atau kita akan menggeletar ketakutan dan bermurung kerana memikirkan azab neraka yang bakal menimpa kita?


Tanyalah diri kita sendiri, kerana kita lebih mengetahui tentang diri ini.




Tazkirah buat diri,
Kembara Samudera Qaseh.

Isnin, 25 Oktober 2010

Penawar Hati Buat Embun Mak

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Wahai embun mak, mak tahu apa yang embun mak rasakan. Kesunyian, kesepian dan jiwa kosong kerana tak ada feeling apa-apa sekarang ini. Banyak yang bermain didalam fikiran embun mak, tetapi tak ada jawapan semua persoalan itu.

Bersabarlah embun mak. Hanya ungkapan sabar sahaja yang akan meneguhkan iman kita.


Kalau embun mak resah, gelisah, pergilah mana-mana masjid di Selangor tu, dan duduk beriktikaf seketika.

Niat iktikaf kerana Allah dan masuk masjid. Duduk diam-diam sambil merenung diri,samada masa lampau atau masa depan. Bermonologlah dengan Allah untuk mencari jawapan terhadap apa-apa persoalan.


Beriktikaf di masjid tidak semesti mengaji quran atau sentiasa bersolat. Duduk bertafakur sambil muhasabah diri juga ada ganjarannya. Hanya ketika masuk masjid, terus niat "sahaja aku beriktikaf kerana Allah Ta'ala", dan solat sunat tahyatul masjid. Lepas itu duduk lah mana - mana di dalam masjid yang bukan laluan orang,kerana tentu sekali ingin menyendiri.


Tanyalah ...

Kenapa aku sering di uji oleh MU dengan ujian yang begini berat dirasakan oleh hatiku. Aku selalu gagal di dalam usaha dan ikhtiar yang dilakukan mengikut syariat MU.

Aku selalu mentaati perintah MU, melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang ENGKAU larang, tapi hidup ku tetap begini, susah dan makin hari makin susah. Samada susah untuk bekerja dengan tekun, susah untuk mendapatkan jodoh dan hati ku selalu rasa bosan dengan hidup.


Sedangkan aku melihat mereka yang tidak mentaati MU, tidak bersolat, mengabaikan solat , melakukan maksiat boleh hidup bahagia. Mereka memiliki keluarga, memiliki wang ringgit, harta benda dan kasih sayang. Tetapi aku tidak memiliki itu semua. Kenapa Wahai Tuhan, ujian ku begini?


Embun mak tahukah ...

Apa itu istidraj?
Apa itu berkat?
Apa itu Rahmat?


Apa yang di katakan istidraj?

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya.


Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong." Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk melalaikan dia, menjauhkan dia dari rasa syukur dan akhirnya menghancurkannya.


Rasullulah s. a. w. bersabda : "Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)


Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.


Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagiaan di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.


Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa?


Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah, Sombongnya mereka, takburnya mereka.


Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.


Rasullulah s. a. w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul'Ibad) Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.


Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.


Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.


Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.


Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?


Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.



Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah.

Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah?

Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.


Rahmat Allah bukan hanya pada melimpahnya harta benda atau wang ringgit, besarnya rumah, tingginya kedudukan atau banyaknya makanan. Tetapi, hati yang tenteram, jiwa tenang, fikiran tidak kusut, sihat tubuh badan dan bahagia kehidupan juga merupakan rahmat yang tidak nampak.


BERKAT
Apa pula yang dikatakan keberkatan hidup?
Hidup yang dihiasi dengan keberkatan akan mengundang ketenangan dan kebahagiaan dalam diri.


HIDUP YANG TIDAK DIBERKATI
Ya, rupanya banyak sekali orang yang tidak dapat menerima dan merasakan berkat Allah yang begitu luar biasa yang diberikan kepada kita sepanjang hari. Laksana matahari yang setiap hari menyinari kita di siang hari demikianlah kasih Allah. Banyak sekali penyebab mengapa berkat Allah itu kita TIDAK dapat terima dengan baik. Berikut adalah contoh penyebabnya:


1. Kurangnya iman dan kepercayaan kepada Allah. Kadang di saat kita telah memiliki segalanya dengan melimpah, kita jadi kehilangan arah dan melupakan Allah. Atau karena desakan dan tekanan kehidupan ini mengakibatkan iman kita terdesak dan mengecil, bahkan kita sama sekali kehilangan kepercayaan.


2. Dosa. Dosa dapat membuat kita jauh dari Allah. Terutama jika kita merasakan banyaknya dosa (telah melakukan samada banyak dosa ekcik atau terbuat dosa besar) kita justru meninggalkan Allah. Sepatutnya kita memohon ampun dan menyesali dosa kita sehingga kita dapat merasakan berkat Allah lagi.


3. Perasaan negatif seperti dendam, sakit hati, benci. Seringkali kita dikuasai oleh rasa dendam, sakit hati, benci, dll, sehingga hati kita tertutup oleh kasih sayang kurniaan Allah.


4. Keterikatan pada hal duniawi. Seringkali kekuatiran duniawi dan juga keperluan duniawi membuat kita terikat sehingga kita melupakan keperluan roh kita akan kasih Allah. Misalnya kita begitu kuatir tentang keadaan kewangan kita, atau keperluan-keperluan duniawi kita yang lain.


5. Keterikatan pada roh jahat atau roh orang mati. Tidak jarang orang terikat dengan roh jahat atau roh mati sejak masih dalam kandungan, bayi atau masa kecil kita. Kebanyakan bahkan berupa warisan dari nenek moyang. Tetapi banyak juga orang yang bersekutu dengan roh jahat dan roh orang mati saat dia dewasa, bahkan sengaja berguru dan mencari ilmunya. Allah tentu saja tidak suka dan akibatnya adalah bahwa Allah tidak dapat memberikan berkat-Nya lagi.


6. Keluarga yang retak. Keluarga yang retak itu seperti mangkok yang retak. Ketika mangkok tersebut diisi dengan sayur atau air, maka isinya akan merembes keluar. Demikian juga dengan keluarga, keluarga yang retak tidak dapat menampung berkat dari Allah dengan baik karena berkat itu akan merembes dan terbuang sia-sia. Mungkin kita akan tetap banyak memperoleh rezeki, tetapi rezeki itu akan habis dengan sia-sia.


Itulah sedikit contoh mengapa kita tidak dapat menerima berkat Allah dengan baik, bahkan tidak menerimanya sama sekali. Sebagian karena kita tidak menyadari karena mungkin sudah didikan sejak kecil. Tetapi ada juga yang memang menolak Allah dengan menghambakan diri pada roh jahat.


Bagaimana mengatasi hilangnya berkat Allah tersebut sehingga kita dapat menerima berkat Allah yang melimpah?


Cara Untuk Menentukan Nikmat Yang Diredhai Allah

Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu. Adakah pemberian itu diredhai Allah atau tidak? Caranya ialah hendaklah dia sentiasa mengkaji dengan teliti nikmat yang diterimanya itu dan bagaimana serta ke mana digunakannya?

Seseorang yang menerima segala nikmat itu akan terus mensyukuri Allah. Dia akan menggunakan pemberian itu ke jalan kebaikan dan selain dari itu, dia sentiasa redha mengabdikan dirinya kepada Allah. Maka dengan limpah kurnia yang diperolehinya itu adalah pemberian yang diredhai Allah.

Pemberian yang diredhai Allah akan membuatkan seseorang itu ikhlas apabila bersedekah. Apabila dia melihat orang membawa list derma, dia lantas memanggil orang tersebut walaupun dia hanya ada wang 50 sen ketika itu. “Ini sedekah saya. Maaflah, hanya 50 sen.” Katanya.

Akan tetapi pemberian yang tidak diredhai Allah akan membuatkan orang yang menerimanya enggan bersedekah atau berbuat kebajikan dengan ikhlas. Dia ada wang RM500.00 dalam sakunya. Ketika orang minta derma dia menyatakan dia tiada wang. Maknanya wang yang ada dalam sakunya adalah wang istidraj.

Pada ketika setelah itu, lalu seorang gadis cantik yang menjual tiket “pertunjukan amal”. Belumpun sempat gadis itu menawarkannya, dia pula yang memanggilnya terlebih dahulu. Diapun membeli tiket untuk pertunjukan amal itu.


Jika pertunjukkan amal itu sesuatu yang dilakukan mengikut syariat,tidak mengapa, tetapi selalunya yang dikatakan pertunjukkan amal itu ialah pertunjukkan di taman-taman hiburan untuk mengutip derma yang mungkin untuk membantu mangsa banjir. Tujuan baik tetapi, caranya haram, maka ini yang dikatakan "matlamat tidak menghalalkan cara".


Inilah yang sangat-sangat kita takuti dalam hidup ini dan kehidupan kita di dunia ini. Sebab itulah umat Islam di zaman Rasulullah S.A.W. sentiasa merintih di hati sanubari sambil berkata,

RedhaMu yang selalu kami rindukan, Dan marahMu yang sangat kami takuti, Tuhan … Lebih baik kami hidup miskin … … asal dalam redhaMu, kami tak ingin kepada kekayaan … … di dalam marahMu.


Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada target atau matlamat atau tujuan. Tujuan hidup kita di dunia ialah mencari keredhaan Allah S.W.T., baru kita selamat. Bukan kaya yang kita cari dan bukan juga miskin yang kita cari!

Kalau target kita hanya untuk kaya, akan jahanamlah diri kita. Jika ada kesempatan untuk kaya, kita lihat dulu. Kalau ada keredhaan Allah, barulah kita ambil. Kalau tidak lebih baik kita miskin. Bukan tujuan kita untuk menjadi miskin, tetapi hendak mencari keredhaan Allah. Kalau hidup miskin ada keredhaan Allah, maka kita pilih miskin. Kalau mahu menjadi kaya dengan keredhaan Allah, katakan aku tidak mahu kekayaan tanpa keredhaanMu.


Bila hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, nescaya selamatlah kita di dunia dan di akhirat. Wallahu A’lam.


Apa yang tersirat dalam hati mak untuk mak sampaikan pada embun mak. Inilah jawapan kepada persoalan yang sering embun mak tanyakan itu.





Titisan air mata,
Kembara Samudera Qaseh.

Ahad, 18 Julai 2010

Antara Buta Mata dengan Buta Hati

Masih mahu bercerita pasal laut sebab di laut kita boleh melihat kebesaran Allah dan mendapat pengajaran bagi yang berfikir.



Sambil merenung gambar pemandangan Laut China Selatan, biru laut yang tenang mempesona bila disirami sang matahari petang yang semakin rendah hingga mencecah kaki langit seseolah matahari akan masuk ke laut, ‘subhanallah’ segala puji bagi Allah.


Laut mempunyai banyak cerita yang ‘tersurat’ dan ‘tersirat’ didalam Al-Quran. Terima kasih Tuhan, ‘syukur’ ya Allah sekiranya engkau tidak meminjamkan penglihatan ini padaku, aku hanya dapat mendengar desiran ombak menghempas pantai. Dengan ‘akal’ dan ilmu aku tahu yang dunia ini bulat, langit dan laut tidak bercantum seperti penglihatanku yang pandai menipu.


Memang jika kita lihat dihujung sana , seseolah kaki langit bertemu dengan permukaan laut. Seseolah mereka itu bertemu dan berbisik-bisik dengan irama rindu. Tapi itu hanyalah pandangan mata kita. Mata kita tertipu dengan garis pertemuan itu yang sebenarnya tidak ujud dan tidak pernah ujud.


Laut mengingatkan kita sejarah pertemuan Nabi Khidir a.s. dengan Musa a.s. Di laut juga Firaun yang angkuh dan sombong dibinasakan. Nabi Yunus boleh hidup biarpun berada di dalam perut ikan begitu lama.


Allah yang Maha Kuasa, Maha Bijaksana segala puji bagimu ya Allah dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarganya. Benarlah Al-Quran itu pembawa rahmat kepada sekian alam, akibat ‘buta hati’ cerdik pandai yang sekadar pandai membaca namun tidak tahu berfikir, tidak tahu menganalisa, mengkaji jadi rugi.


Tidak ada beza agama yang dibawa oleh Nabi Adam a.s. sampai ke Nabi Muhammad SAW, maka tak timbul siapa abang dan siapa adik antara Nabi Isa a.s. dengan Muhammad SAW, semua Rasul membawa message yang sama, ISLAM. Nabi Muhammad SAW Nabi dan rasul terakhir penghulu segala Rasul.



Tak ada siapa yang boleh pilih untuk jadi ‘Syed’, ‘Tengku’, jadi Wong, Sami, orang Asli, Iban, Dusun dilahirkan ke dalam keluarga Hindu, Buddha, Kristian atau Ateist melainkan ketentuan dari Allah. Insan yang paling mulia disisi Allah adalah orang yang paling taqwa. Dalam Islam manusia itu sama.


Tanggungjawab kita sesama Islam amar makruf nahi mungkar untuk saling ingat mengingatkan. Apa hendak kata bila berdepan dengan Allah SWT di akhirat nanti. Hidup ini menjawab soalan, mati nanti jawab soalan juga.


Manusia perlu dididik, diberi ‘ilmu Allah’, bila manusia sedar siapa dirinya, dia kenal Allah dan Rasul, dia akan cinta pada saudara sesama Islam, cinta sesama manusia, baru datang rasa takut hendak melakukan dosa menganiaya dan menzalimi sesama manusia.



Zaman ini zaman manusia hidup dalam kekosongan. Mereka mahukan sesuatu yang boleh mengisi jiwa akibat hati mereka terkena penyakit ‘buta hati’.


Penyakit hati sebenarnya adalah hati yang terhijab daripada kebenaran dan petunjuk ilahi. Hati yang keras, degil, quick temper, cepat melenting, marah-marah, tidak sensitif membuat kebaikan, seronok dengan kejahatan tidak ada rasa peduli untuk membantu orang yang dalam kesusahan.


Hati sebenarnya adalah raja, anggota lain seperti tangan, kaki, kepala adalah rakyat yang setia, ikut saja. Kalau baik dia baiklah segalanya, kalau rosak dia maka rosaklah yang lain. Jadi penyakit hati sebenarnya adalah hatinya yang rosak, kalau rosak, rosaklah anggota lain, bila hati rosak tak berfungsi kerana lupa Tuhan, lupa tanggungjawab sesama insan menjauhi majlis hual dan zikir.

Ubat penyakit hati adalah majlis zikir, ceramah agama yang boleh membuka minda, mencintai Rasulullah SAW dan percaya pada ‘barakah’.


Manusia sanggup melakukan apa saja untuk memperoleh dunia. Mereka sanggup menipu, merasuah, putar belit dan segala pendekatan tidak bermoral semata-mata kerana ingin menambah kekayaan dunia akibat buta hati.



Hairan mereka yang cintakan dunia sanggup bekerja keras tanpa mengira waktu, sanggup bangun awal pagi sebelum Subuh hingga kadang-kadang melalaikan sembahyang Subuh dan sanggup balik akhir petang atau lewat malam hingga melalaikan sembahyang dan tanggungjawab terhadap anak isteri, hamba duitlah tu, duit dijadikan Tuhan. Cintanya pada duit mengatasi cinta kepada yang lain membuatkan hati jadi gelap. Timbul sifat tamak dan bakhil, hilang sifat pemurah. ‘Fitrah’ yang sepatutnya ada dalam diri manusia yang ‘mukmin’.



Hidup kita adalah hidup kerana percaya, yakin, beriman bukan sekadar membaca tapi kita mengkaji, tak perlu melihat tapi kita percaya apa isi Al-Quran. Percaya Tuhan itu Maha Kuasa, Tuhan boleh mengubah apa yang disuka dalam sekelip mata. Kita tak pernah melihat Tuhan, sebagai orang Islam kita percaya Tuhan ada, Tuhan Maha Kaya, Maha Berkuasa.



Catatan,
Kembara Samudera Qaseh.

Khamis, 15 Julai 2010

Tersujud di Pelantar RahmatNya

Buat renungan diri sendiri, dalam perjalanan menuju ke alam baqa'. Penawar hati yang sedar duka lara menerima ujian.


Apakah maksud sebenar ujian?

atau, Apakah kita hanya faham bahawa hanya kesakitan, kesulitan, keberatan, kegagalan dan perkara yang mengguris hati adalah sebenar-benar ujian?


atau, kita benar-benar faham bahawa ujian itu datang dalam pelbagai bentuk termasuklah kesenangan, kemewahan, kejayaan, kegembiraan dan perolehan?


Firman Allah SWT:

”Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata ”kami telah beriman” sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)”? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta”. Al-Ankabut : 2-3


Ujian Allah sememangnya adalah suatu kemestian dan menjadi lumrah dengan kejadian kita sebagai khalifah di muka bumi ini. Hal ini boleh dilihat dan diteladani melalui kisah nabi Adam AS melalui kejadiannya.


Ketika baginda diciptakan di syurga baginda dilarang untuk memakan buah khuldi, namun kerana terpengaruh dengan hasutan iblis telah membuatkan Adam AS telah melanggar arahan dan dicampakkan ke bumi. Lihatlah bahawa awal kejadian khalifah sekalipun Allah telah menguji hambaNya. Maka apakah kita ingin berkata bahawa ”aku tidak patut diuji”?


Lalu apabila kita ditimpa dengan pelbagai ujian maka terdapat segelintir dikalangan kita yang cuba mempersoal akan keadilan Allah SWT dalam memberi dan mengagih ujian kepada hamba-hambaNya.


Akibat daripada itu maka ramai yang akan mula mengeluh dan mengalah dari rasa untuk berusaha dan terus berdoa kepada Allah SWT untuk diberi kekuatan ke atas ujian yang ditimpakan ke atas mereka.


Firman Allah SWT:

”Allah tidak memberati (diberi ujian kepada) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya”… Al-Baqarah : 286


Sebagai satu motivasi diri untuk menempuh ujian Allah kita perlu sedar bahawa setiap ujian yang menimpa kita adalah berada di dalam kemampuan kita, hanya kita yang masih tidak berfikir akan hikmah disebalik ujian yang Allah berikan dan yakinlah bahawa janji Allah untuk mereka yang diuji adalah benar akan balasan dan timbal baliknya.


Dalam kehidupan kita pada hari ini kita bersangkakan bahawa ujian yang berat hanya pada kesusahan seperti kemiskinan dan kesakitan seperti ditimpa penyakit kronik, lumpuh, barah dan sebagainya. Tetapi sedar atau tidak bahawa kesenangan juga merupakan satu ujian seperti kekayaan harta dan kegembiraan. Ini jelas seperti maksud hadis baginda SAW:


“Apabila Kamu Melihat Bahawa Allah SWT Memberikan Nikmat Kepada HambaNya Yang Selalu Membuat Maksiat (dosa) Ketahuilah Bahawa Orang Itu Telah Diistidrajkan Oleh Allah SWT”. [Riwayat At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi]


Apabila orang-orang yang selalu melakukan maksiat tetapi dalam masa yang sama dia dikurniakan oleh Allah SWT akan kesenangan dan kegembiraan maka itulah Istidraj. Ujian ini merupakan ujian yang paling berat kerana ia seolah-olah menempah tempat di neraka.


Kesenangan akan membuatkan mereka sombong dan angkuh dengan kekayaan dan kesenangan mereka bahkan kepandaian dan kecerdikan juga akan membuatkan mereka berasa hebat dan bongkak dengan kecerdikan mereka, dan semua ini juga merupakan ujian untuk Allah memperlihatkan kepada hambaNya adakah mereka ini akan bersyukur dengan nikmat yang diberikan. Bahkan jika dilihat mereka inilah yang tidak mampu untuk membeli pakaian bagi menutupi aurat mereka.


Sesungguhnya Allah SWT maha mengetahui akan segalanya daripada kita selaku hambaNya, dan ingatlah bahawa ujian Allah membuktikan bahawa kita disayangi olehNya berikutan setiap ujian akan dibalas dengan pahala yang sangat banyak apabila bersabar. Oleh itu bersabarlah kita apabila diuji.


Oleh yang demikian ujian yang tertimpa ke atas seorang hamba adalah untuk:

1. Mengangkat darjat seseorang di dunia dan akhirat. Ini kerana mereka yang apabila di ujian bersabar maka darjatnya adalah lebih tinggi untuk selamanya.

2. Mendidik hati untuk menjadi lebih bersih dan lebih ikhlas kepada Allah SWT.

3. Membuktikan sifat kehambaan kepada Allah yang mana Allah ingin melihat sama ada ujian akan membuatkan hambaNya akan terus beriman atau pun berpaling dari Allah akibat daripada kelemahan untuk menghadapi ujian tersebut.

4. Memperoleh pahala dari Allah kerana hanya Allah yang menjadi tempat bersandar bagi kita di saat tempat bersandar yang lain telah mengkhianati kita.


Kini kita perlu terima dengan hati yang terbuka bahawa apa yang berlaku adalah ujian dari Allah SWT, kita harus sengaja untuk sujud di naungan rahmat dan nikmat yang dicucurkan kepada kita kerana apa jua perkara yang berlaku samada positif mahupun negatif itu adalah ujian dariNya.

Setiap penyakit pasti ada ubatnya, setiap ujian ada hikmahnya, setiap yang baik ada buruknya, setiap yang buruk ada baiknya dan ini semua adalah sifat molekul positif dan negatif yang merupakan hakikat kepada keduniaan.

Renungilah firman Allah SWT ini:

”… dan boleh jadi kamu benci (tidak suka) kepada sesuatu pada hal ia (sebenarnya) baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka pada sesuatu pada hal ia (sebenarnya) buruk bagi kamu, dan ingatlah Allah jualah yang Maha Mengetahui (semuanya itu) sedang kamu tidak mengetahuinya”.Al-Baqarah : 21


Perkongsian,
Kembara Samudera Qaseh dan Fitrah Power