CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Rabu, 16 Februari 2011

Bicara Kasih 4

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات


Musim berganti menggamit memori
Membuai seuntai kenangan



Kasih sayang itu indah jika dimiliki, namun bukan semua kita berjaya memilikinya. Pedih dan terluka pasti dirasai bila mana kasih sayang yang dirasai tetapi tidak dimiliki.



Bertuah nasib badan kerana adanya insan lain menyayangi diri, tetapi punya maknakah kasih sayang itu?



Adakah kasih sayang itu hanya menjadi igauan dan mimpi buruk yang sukar dilupakan? Namun ada manusia yang tulus kasihnya, kerana sayang tetapi tidak berupaya memiliki kasih sayang itu maka dia dilepaskan untuk berlalu pergi.


Bila mana terjadi pilihan atas suatu pilihan,  yang amat berat untuk ditaati, maka kewajaran rasional yang diambil. Lepas lah kasih  sayang yang baru bertunas itu,lepaskan cinta yang baru berputik itu.
  

Antara kasih sayang kepada seorang lelaki yang baru 1 bulan dikenali dengan kasih sayang seorang ibu yang telah membesarkan diri selama 26 tahun, maka kasih sayang yang mana akan dikorbankan?


Suami atau lelaki boleh dinikahi bila-bila masa, tetapi kasihnya ibu membawa ke syurga.Maka pilihlah ibu. Ibu yang bersekang mata sejak dia kecil sebesar ibu jari dengan kini punya sebesar kawah, masih subur kasih sayang itu.


Memang pedih, memang terluka tapi bila pilihan terjadi memang tak sanggup untuk melukakan yang di sini dan tak mampu juga untuk mengecewakan yang disana, namun apa daya, apa upaya? Hati sendiri juga derita dan merana.


Jangan sedih , jangan berduka, jadikan ini memori indah untuk dikenang. Secebis kasih yang pernah terpahat dihati itu, sebuah benih cinta yang mulai tumbuh, pautkan ia ke arah mentari agar cinta itu tetap abadi kepada yang menciptakan kita.
 

Moga ada sinar mentari , ada pelangi selepas hujan ini. Kuat , tabah dan bersabarlah menghadapi segala ujian diperjalanan di dunia fana  ini. Pelihara iman, tingkatkan ketaatan kepada Allah dan RasulNYA.


Bertuah engkau wahai anakku, dikasihi oleh wanita-wanita yang tulus, tidak memandang rupa, tetapi mengasihimu kerana agama dan akhlak yang ada pada mu. Dan kerana agama , mereka terpaksa melepaskan kasih sayang dan cinta yang berputik di hati.






Hati yang merasai,
Kembara Samudera Qaseh.

0 ulasan: