CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Isnin, 17 Januari 2011

Bicara Rindu 2

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.
 
 
Jika bukan kerana Allah, demi mematuhi syariatnya, mahu rasanya mak peluk dan belai embun di saat-saat diri diperlakukan begitu rupa.


Kasih dan sayang mak bukan setakat sebutan di lidah saja. Tapi memang tak ada bukti dan manafaat untuk diri embun mak.  Kalau mak mampu , mak mahu menjadi lampu kepada embun mak. Lampu untuk menjadi penyuluh waktu kesuraman.


Kasih dan sayang mak tak boleh jadi nasi dan ikan goreng. Tak boleh kenyangkan perut embun serupa embun makan nasi lauk kambing.


Bila sebut kambing, teringat satu kenangan, kerana sayang lah, mak masakkan kambing osmoth khas untuk embun seorang. Mak masak sendiri, dengan jari-jemari ini, mak kupas bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, dan serai . Mak tumis cili dan rempah-rempahnya agar sebati dan aromanya harum semerbak kasturi.


Mak tunggu embun makan, terasa puas melihat embun menyuap nasi dengan kambing osmoth hasil air tangan seorang ibu yang kasih padanya. Memang jika ada peluang, akan mak usaha penuhi keinginan diri embun.


Masih satu keinginan dalam diri embun yang tidak mampu mak penuhi. Bukan mak tak mahu, tetapi selagi bukan dalam qudrat dan iradat Allah, tidak ada manusia yang mampu untuk melakukannya. Sudah banyak usaha , doa, ikhtiar yang mak lakukan, sesudah itu mak bertawakkal, namun tiada dalam izinNYA , maka belum sampai juga hajat dan niat embun mak itu.



Begitulah yang tertulis didalam takdir diri embun mak, belum ketikanya, hajat itu dipenuhi oleh Allah Ta'ala. Maka bersabarlah, dengan setinggi - tinggi kesabaran. Segalanya ini menjadi ilmu dan pengajaran mendidik hati agar yakin pada qada-qadarNYA.


Kini, walaupun mak dibuang untuk sekian kalinya, sehinggakan Samudera Qaseh tak boleh 'add friends'  mak tetap bersabar, mohon di dalam qudrat dan iradat Allah jangan terputus di hati ini rasa kasih dan sayang pada embun. Mak amat sayang embun mak sampai bila-bila. Kasih dan rindu mak tidak bersempadan.



aku yang tetap sayang,
Kembara Samudera Qaseh.

0 ulasan: