CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Selasa, 27 Julai 2010

Yang Terlayar di Hati


Buat Embun yang mak sayang



Andai mak miliki semalam
Dan boleh mak ubah menjadi esok
Takkan mak ubah apa pun
Kerana mak tahu anak mak tetap begitu
Tanpa sempadan masa
Mak redha dengan pemberian dari NYA


Tangis ini tanda kasih mak
Bukan mengeluh luka yang semalam
Kerana mak amat mengasihi anak mak
Hari-hari yang dilalui hiba dan sendu
Ianya hanya terlayar dihati


Betapa beban rindu menyebabkan jiwa menjadi gulana
Pun tetap terlayar di sudut hati sahaja
Tak mungkin lagi mak terjemahkan kepada sesiapa
Hanya akan mak luahkan di laman ini sahaja
Yang memang didedikasikan khas buat anak mak.


Jika anak mak rindu,
Layari ini sudah memadai,
Kerana untuk anak mak jejak kaki ke rumah mak,
Anak mak sendiri kata tidak mungkin,
Tetapi tidak mustahil bagi Allah,
Untuk menggerakkan hati anak mak,
Berziarah menjenguk mak yang uzur ini.


Mak tak mahu sedikit pun ada kekesalan di hati,
Kerana kekesalan itu akan melukiskan kesedihan
sepanjang hayat anak mak nanti, dan
menjadi memori duka yang sukar untuk dilupakan.



Andai terhentinya masa
Dan gunung jatuh ke laut
Anak mak tetap di hati ini
Kasih sayang mak adalah kekuatan untuk mak juga

Untuk menempuh segala
Dugaan yang tak terbayangkan
Oleh insan lemah seperti kita
Sekalipun
Mak miliki esok
Takkan mak menolak ketentuan





Luahan rasa,
Kembara Samudera Qaseh

0 ulasan: