CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Rabu, 14 Julai 2010

Dukacitanya seorang Rasul

Hadith :
Dari Anas r.a katanya,:”Rasulullah s.a.w pernah qunut selama sebulan iaitu ketika ahlul qurra (ahli-ahli membaca al-Quran) ramai yang tewas dalam peperangan. Belum pernah saya melihat Rasulullah s.a.w berdukacita seperti itu.” (al-Bukhari)

Huraian:

Rasulullah s.a.w adalah rasul akhir zaman. Ketika hidup baginda seluruh umat merasai akan kedamaian dan kemanisan Islam menerusi ajaran yang dibawa.

Begitu pun baginda juga merasa bahagia dengan adanya pengikut yang terdiri dari golongan sahabat dan umat Islam yang ikhlas beriman dan taat setia terhadap baginda serta sanggup berkorban harta dan nyawa demi membela agama tercinta.

Maka apabila berlakunya kematian oleh mereka-mereka yang mengharumkan nama Islam dan menjaga ketinggian maruah Islam ini, baginda merasa suatu kehilangan yang teramat sehingga kedukaan baginda itu dikesani oleh para sahabat yang lain.

Baginda tidak putus-putus berdoa akan kesejahteraan golongan ini dan baginda sentiasa memohon keselamatan untuk umat baginda seluruhnya.


Seorang Rasul yang maksum pun memiliki perasaan dukacita dan dapat dikesan oleh para sahabat, apa tah lagi hamba yang lemah ini. Rasullulah berdukacita kehilangan ahlul qurra, orang yang sanggup berkorban harta dan nyawa demi membela agama islam tercinta. Tapi hamba ini?

Adakah sekadar menyisihnya seorang anak membawa diri, hamba perlu berdukacita sebegini? Ya, dukacita ini kerana terputusnya sebuah persaudaraan kerana Allah. Kasih sayang yang terhubung kerana Allah. Allah yang mempertemukan hamba dengan dia, maka ia amat dihargai. Ibarat sebuah hadiah yang amat bernilai. Hamba tangisi siang dan malam agar hamba sentiasa ingat Allah dan berserah kepada Allah.


Setiap kali teringatkan dia, hamba akan berserah dan berdoa kepada Allah agar memelihara aqidah dan iman dia. Memohon agar Allah melahirkan di hatinya perasaan kasih sayang dan cinta kepada Allah dan RasulNYA. Mohon kepada Allah agar dia sentiasa mentaati Allah dan RasulNYA. Itu sahaja yang hamba ingat dan tangisi. Bukan hamba tangisi dia kerana harta, kerana kuasa atau kerana urusan-urusan dunia. Hamba kasihkan dia hanya kerana ingin membawa dia bersama-sama bernaung di bawah Panji Nabi Muhammad SAW di akhirat nanti, bersama-sama keluarga hamba mengharap rahmat, redha dan kasih sayang Allah.


Semoga Allah memelihara keselamatan, kesejahteraan walau di mana dia berada. Menjauhkan dirinya dari sebarang perbuatan mungkar semada melalui perbuatan,perkataan atau lintasan hati. Hamba gantungkan hati ini hanya pada MU Ya Allah. Peliharalah dia di dalam rahmat MU.


Luahan rasa,
Kembara Samudera Qaseh

0 ulasan: